BLOK E : Mulanya Di Sini [Com...

By Nazrie_Karim15

234K 13K 1K

Blok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas ting... More

Memo Penulis
BAB 1 - Kunci
BAB 2 - Azila
BAB 3 - Sembang
BAB 4 - Kisah
BAB 5 - Sembang Gebang
BAB 6 - Perkhemahan
BAB 7 - Hari Pertama
BAB 8 - Pokok Ru
BAB 9 - Masak Memasak
BAB 10 - Masak Memasak II
BAB 11 - Rempuh
BAB 12 - Cerita Gayathri
BAB 13 - Cerita Gayathri II
BAB 14 - Cikgu Rosmah
BAB 15 - Burung Hantu
BAB 16 - Malam Yang Panjang I
BAB 17 - Malam Yang Panjang II
BAB 18 - Malam Yang Panjang III
BAB 19 - Malam Yang Panjang IV
BAB 20 - Malam Yang Panjang V
BAB 21 - Malam Yang panjang VI
BAB 22 - Malam Yang Panjang VII
BAB 23 - Malam Yang Panjang VIII
BAB 24 - Malam Yang Panjang IX
BAB 25 - Kotak?
BAB 26 - Siapa Dia
BAB 27 - Sabrina II
BAB 29 - Manusia atau.....
BAB 30 - Lelaki Tua
BAB 31 - Kacau
BAB 32 - Cikgu Nazir dan 'Dia'
BAB 33 - Pertemuan I
BAB 34 - Pertemuan II
BAB 35 - Pertemuan III
BAB 36 - AKHIR
MEMO PENULIS II

BAB 28 - Terpilih

5K 308 48
By Nazrie_Karim15

Imbas kembali...

Azimah, Nadatul dan Zahirah terus kembali semula ke khemah. Manakala Syazrin , Jiha dan Huda pula terus berjalan ke arah pokok besar yang terletak di tepi padang.

Dalam fikiran mereka bertiga telah direncana suatu rancangan. Dan rancangan itu menjadi suatu rahsia yang mereka bertiga sahaja yang tahu. Bukanlah rahsia besar tetapi boleh menjadi besar andai salah percaturan.

‘’Wanita Melayu terakhir oi, cepat la sikit jalan tu’’ geram pulak Syazrin lihat Huda yang berjalan seperti di atas  pentas peragaan pula. Padahal jalan di padang sekolah  aje pun.  Macam-macam hal la dia ni.

‘’Sabar laa.... Cepat-cepat nak pergi mana sangat. Tak lari mana pun pokok tuh.’’ Balas Huda selamba.

‘’Pokok tu memang la tak lari, tapi kalau ada cikgu nampak, kita yang jenuh nak lari nanti.’’ Teriak Syazrin lagi.

‘’Ye la ye la. Aku cepat la ni’’ Huda mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia berlari-lari anak. Jiha dan Syazrin pula sudah beberapa meter di hadapannya. Padahal sebentar tadi mereka jalan sama-sama. Sebelah menyebelah.  Entah macam mana mereka berdua  boleh mendahului dia. Berjalan ke melompat budak dua orang nih?

‘’Fuh, lega. Akhirnya sampai juga.’’ Syazrin duduk di atas akar pokok yang agak besar timbul di permukaan tanah sambil memerhatikan Huda.

Jiha turut melabuhkan punggung di sebelahnya. Huda yang sampai kemudiannya jugak turut mengambil tempat di sebelah Syazrin. Akar pokok yang timbul itu muat-muat sahaja untuk mereka bertiga duduk. Jika salah seorang daripada mereka tidak mengawal makan selama  seminggu, nescaya salah seorang daripada mereka akan terjatuh ke atas tanah.

‘’Bosan la kalau macam ni. Ingat ini perkhemahan tahun 1990 ke tak ada handphone bagai. Apa la cikgu ni pun. Tak mengikut peredaran zaman betul.’’ Rungut Jiha.

‘’Aha la, macam mana nak ambik gambar kalau macam ni. Tak akan nak harapkan kamera cikgu saja. Jenuh la kita nak kejar dia tayang muka depan kamera je setiap masa.’’ Tambah Huda pula. Nyata mereka berdua sangat tidak berpuas hati dengan peraturan perkhemahan tersebut.

‘’Cikgu Nazir kan ada.  Kita pinjam la handphone cikgu Nazir.’’ Cadang Jiha. Di rasakan itu cadanganya yang cukup bernas dapat dia utarakan ketika ini.

‘’ Hang sanggup ker? Kalau aku tak sanggup. Nanti entah apa la yang cikgu Nazir nak troll kita.  Bukan boleh harap sangat cikgu Nazir tu.’’ Huda berfikiran jauh. Mengenangkan perangai cikgu Nazir yang kadangkala terlebih masuk air itu membuatkan dia meremang bulu roma. Kenapa bulu roma? Eh, suka hati la bulu apa pun.

‘’Kecoh betol la hangpa dua ni. Sumbat rumput dalam dalam mulut tu nanti baru ada akai sikit. Pot pet pot pet je kerjanya’’ Celah Syazrin sambil berusaha mengeluarkan sesuatu daripada poketnya seluarnya.

‘’Nah, makan kuaci ni lagi baik.’’ Sebungkus kuaci cap matahari yang telah dibuka bungkusannyaa  di keluarkan. Di hujungnya di ikat dengan getah berwarna oren.

‘’Cis, kuaci aje pun. Pulun la nak buat gempak.’’ Cebik Jiha. Entah apa-apa la Syazrin nih.

‘’Ini kuaci bukan sebarang kuaci, kuaci datang dari kayangan. Barang siapa yang melihatnya pasti akan tersenyum menyegih menampakkan gigi. Malah boleh buat orang jadi tidak keruan dengan hanya melihatnya sahaja.’’ madah Syazrin secara tiba-tiba yang mengundang tawa Jiha dan Huda.

Apabila getah oren tersebut ditanggalkan, Syazrin pantas menyeluk ke dalam bungkusan itu lalu mengeluarkan sesuatu dari dalamnya dalam gerak perlahan. Berdebar-debar mereka berdua menanti. Malah rasa macam nak tumbuk saja muka Syazrin yang acah-acah nak buat saspen tu.

‘’Taraaaa.......’’ satu telefon bimbit yang dibalut plastik lutsinar di keluarkan. Terpancar cahaya kegembiraan di wajah Huda dan Jiha hinggakan matahari petang itu tidak terlawan sinarnya. Malah senyuman mereka turut melebar seperti madah Syazrin tadi.

‘’Wahh...bijak – bijak’’ puji Jiha sambil menepuk belakang bahu Syazrin.

Tanpa berlengah mereka terus mengambil gambar seberapa banyak yang di mahukan. Pelbagai aksi di lakukan di hadapan kamera. Mulut itik, ayam, beruang semuanya dibuat. Hingga tiada satu aksi pun yang ketinggalan dilakukan mereka.

Gaya menutup mulut dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diangkat ke sisi lebih kurang 45 darjah juga menguasai hampir kesemua aksi-aksi yang ada. Tiada istilah penat bagi mereka bertiga selagi bateri handphone masih ada kuasanya.

‘’Syazrin, ambil gambar aku dengan Jiha atas tunggul ni. ‘’ Huda terus berdiri di atas tunggul tersebut dan cuba mengimbangkan dirinya. Maklumlah, Huda ni kan ‘comel’.

Apabila sudah bersedia, Huda memberikan isyarat kepada Syazrin. Sedang Huda ber- posing, entah macam mana boleh pula Jiha melompat terkena Huda. Akibatnya Huda gagal menyeimbangkan dirinya lalu jatuh terduduk di atas tanah.

‘’Aduh,..’’ adu Huda sambil cuba bangkit.

‘’Sorry sorry. Aku terkejut tengok uklat tu tadi. geli’’ beritahu Jiha sambil cuba membantu Huda bangun. Namun Huda menarik semula tangannya daripada pegangan Jiha.

Dia berhenti lalu menoleh ke belakang apabila dirasakan tangannya memegang sesuatu yang sejuk dan keras dan sejuk di atas tanah.

Huda melihat dengan lebih dekat. Objek yang separuh tenggelam di dalam tanah itu di gali keluar lalu di angkat.

‘’Kotak apa ni? Cantik pulak aku tengok. ‘’ puji Huda. Rasa sakitnya tadi tiba-tiba pula hilang akibat terpana dengan kecantikan kotak tersbeut.

Tanah-tanah dan kotoran di buang.

‘’Aha la. Tapi kan, kotak apa ni?’’ soal Syazrin.

‘’Entah, mana la aku tahu. Kita bukak nak?’’

‘’Uish, tak payah la. Buatnya nanti keluar asap hitam ke putih ker, susah kita nanti. kalau keluar jin macam cerita Aladdin tu tak pa juga.’’ Jiha menegah.

‘’Hang ni banyak tengok cerita hantu betul la. Ke hang baca cerita hantu kat Wattpad macam cikgu Nazir tu? ‘’ perli Syazrin. Muka Jiha sedikit kemerahan diperli sebegitu.

‘’Kalau macam tu, buka lah. Jadi apa-apa nanti aku tak tanggung.’’ Jiha mengalah. Walaupun dalam hatinya, mula terbit rasa bimbang.

Huda memutuskan untuk membuka kotak tersebut. Mudah saja kotak dibuka kerana hanya dikuci dengan satu besi kecil yang hanya perlu di tarik untuk membukanya. Itupun setelah jenuh Huda membelek-belek kotak tersebut.

Berdebar-debar mereka menanti untuk melihat kandungan kotak tersebut.

‘’Hah, kosong?’’ Huda nyata terkejut. kotak itu kosong sahaja. Tiada apa-apa. Kalaulah ada cincin emas ker, gelang emas ke tak apa la juga. Ini tak ada apa-apa. Hampeh betul.’’ Rungut Huda.

‘’Hahaha.. Padan muka. Kan aku dah kata tak payah buka.’’

‘’Habis tu kita nak buat apa dengan kotak ni? Nak buang ker?’’ Soal Huda pula. Kotak kosong, tapi cantik. Huda berhasrat untuk memiliki kotak tersebut.

‘’Tak payah la buang. Kita simpan aje dalam khemah kita. Nanti kalau dah tahu nak buat apa-apa, kita buang la. Kan senang.’’ cadang Syazrin.

‘’Betul juga tu. Eh, cukup la kita cakap pasal kotak tu. Jom  la kita makan dulu.’’ajak Syazrin. Nyata dia sudah berasa lapar.

Syazrin mengeluarkan beberapa jenis jajan yang simpan di dalam kocek seluarnya. Begitu juga dengan Huda dan Jiha. Tiba-tiba sahaja poket mereka seperti poket Doraemon. Macam – macam makanan ada.

Mereka bertiga makan sambil berborak dengan galaknya di bawah pokok rendang tersebut. tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang sesekali datang menyapa.

Dari dalam salah sebuah kelas di Blok E, gelagat mereka bertiga diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata milik seorang perempuan. Bukanlah niat Sabrina untuk mengintai mereka, tetapi hanya kebetulan sahaja apabila dia memasuki kelas tersebut untuk menikmati angin di bawah kipas di dalam kelas. Tanpa sengaja dia terpandang kelibat mereka bertiga di bawhah pokok rendang di tepi padang itu.

Sewaktu mereka sedang kerumun melihat sesuatu di tangan Huda, Sabrina perasan sesuatu. Ya, dia dapat melihat dengan jelas walapun di siang hari. Dan dia tidak menafikan apa yang dilihat oleh matanya pada ketika itu.

Sesuatu seperti asap terhembus laju ke atas lalu membentuk seperti jasad dan hinggap di atas salah satu dahan pokok tersebut. Asap apa tu?  Hantu? Pontianak? Anehnya, Huda, Jiha dan Syazrin tidak pula kelihatan terkejut. Atau....... sebenarnya mereka tidak nampak apa yang dia nampak.

Sabrina menyeka peluh di dahi. Dadanya berombak. Apa yang ditakuti dan cuba dihindari terjadi lagi. Apa yang terjadi pada Azila juga sudah membebankan fikirannya. Apa yang baru dilihatnya tadi nyata menambahkan beban dirinya sebagai seorang insan istimewa. Dia tunduk merenung lantai. Memikirkan dan juga mencari kekuatan untuk dirinya menghadapai apa jua keadaan nanti.

Wajahnya diangkat lemah. Sabrina melihat kembali ke arah pokok tersebut. Kelibat berupa bayang putih tidak berjasad tadi sudah pun hilang. Manakala mereka bertiga masih lagi bergelak ketawa di bawah pokok tersebut.

Apa harus aku buat sekarang? Dan dia sangat yakin pasti akan berlaku sesuatu nanti. jika tidak sekarang, mungkin malam ini. Atau, bila-bila masa sahaja.

*Hangpa = korang= kamu/awak
*****
Memo penulis: kebetulan penulis terasa nak update lagi. Mungkin sebab lama tinggal, bergunung pula rasanya rindu pada mereka. Haha.

Bila tulis pasal budak bertiga ni, selalunya penulis akan melalut jauh. Maafkan penulis. Haha.

Moga malam ni penulis rajin untuk satu bab lagi.huhu

Fakta : pokok, padang dan Blok E sememangnya wujud di alam nyata. Hehe😉




Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 183 14
CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia ya...
14.6K 397 25
membuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku...
68.2K 272 27
eight story LAMBAT UPDATE SEBAB START SEKOLAH!! cerita romance oneshot LGBT, and normal couple Semua ni hanyalah rekaan semata mata boleh jadi men...
155K 9K 71
Di sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.