7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 16

12.3K 597 55
By PiNKster31

Random facts about girls and jejaka:

1. Lynn dan Ana sangat sukakan pink, kebanyakkan barang mereka berwarna pink jadi kadang-kadang tertukar.
2. Ezact tidak pernah makan McDonalds, mamanya tidak membenarkan dia dan adik-beradiknya makan McD.
3. Keluarga girls bukan semua kaya, ada yang daripada keluarga sederhana.

"Baiklah, kamu semua tahu tak ada pelajar baru masuk? Meh cikgu ajak dia perkenalkan diri."

Alangkah terkejutnya Lynn dan Ryan apabila pelajar baru yang baru pindah itu merupakan...

"Hai guys! Nama saya Sophea Natrah binti Fariz Haikal. Boleh panggil saya Phea for short." Dia memandang Ryan. "Dulu saya sama sekolah dengan Ryan so kitaorang kenal each other."

Lynn dan Ryan memandang sesama sendiri. Psycho gila perempuan ni sampai pindah sini untuk bersama Ryan!

"Okay Sophea, awak duduk sebelah Lynn ye. Meja kumpulan dia sahaja yang kosong." Suruh cikgu tersebut. "Semua keluarkan kalkulator dan buku, harini kita belajar topik baru."

Sophea menarik kerusi di sebalah Lynn lalu duduk. Dia memandang Lynn lalu menghulurkan tangannya. "May we be best friends."

Tidak mahu nampak kurang ajar, Lynn menyambut tangan Sophea sambil mengangguk kepalanya. "Y-yeah..."

Sepanjang waktu pembelajaran, Lynn tidak dapat fokus. Sophea akan sibuk kacau dia dengan tanya itu dan ini sewaktu cikgu sedang mengajar. Apabila dia menjawab pertanyaan Sophea, dia melaporkan kepada cikgu yang Lynn sedang mengacaunya.

Mujurlah cikgu hanya menegur begitu sahaja dan tidak menghukum Lynn.

Bermula sahaja waktu rehat, terus Lynn blah dari kelas secepat mungkin. Tak mahu dia hadap perangai mengada Sophea. Dia menceritakan perihal Sophea kepada girls.

"Eeeeeeeee melampau la perempuan tu!" Marah Ezact.

"Aku dengar pun dah sakit hati." Sambung Eve.

"Memang sah dia datang sini sebab nak duduk dekat dengan Ryan. Gatal betul..." Kata Fa Ra.

"Kau abuse la kuasa kau sebagai pengawas." Hasut Ana. "Biar dia tahu supaya don't play-play with you."

"Ana! Engkau ni takde idea lain ke?" Marah Lili.

"Em aku tak tahulah. Balik nanti aku fikir lah." Kata Lynn.

"Let me help you! We can devise a devious plan to annoy her or kick her out of school muahahahaha!" Tawar Zahra.

Lynn menggeleng kepalanya sebelum dia bangun dari kerusi. "Aku jumpa junior kejap."

Selepas melambai tangannya, Lynn pergi mencari junior dia untuk memberi juniornya itu buku untuk dipinjamkan.

Dia jumpa junior tersebut di tepi padang bersama rakan-rakannya yang lain.

"Thank you kak Lynn!" Kata junior tersebut apabila Lynn menghulurkan buku rujukan Bahasa Inggeris.

"Your welcome. Jangan lupa jaga elok-elok, Jannah."

"Iyeeeee kak Lynn." Jannah baru sahaja mahu meletakkan buku tersebut dalam begnya apabila dia teringat sesuatu. "Kak Lynn tau tak, ada budak baru pindah ke kelas saya."

"Really? Samalah kita."

"Ish tapi bapak gedik minah poyo tu. Cara dia cakap tu macam um apa eh perkataan tu dalam Bahasa Inggeris? Look down? Ha macam tu."

Lynn mengerutkan dahinya. "Apa nama perempuan tu?"

"Tengku Vivian."

Tersedak Lynn dengan air liur sendiri.

"Kak Lynn okay tak ni?" Tanya Jannah sambil mengusap-ngusap belakang Lynn.

"Okay-okay." Lynn meminta diri untuk pergi lalu dia terus bergegas kembali ke girls dan menceritakan tentang berita tersebut.

Ana yang sedang minum ice lemon tea dalam tin menggenggam tin tersebut sampai kemek. Dia menarik nafas panjang dan hembus. "Fuh, dia pindah sebab dia nak belajar. Dia pindah sebab nak tuntut ilmu, bukan nak rampas Adam."

"...tapi sekolah kat Kl kan banyak yang bagus-bagus, buat apa dia pindah sini ke sekolah yang hebat tahap negeri je?" Pertanyaan Ezact mendapat jelingan tajam dari Ana. "What? Just sayin',"

"Uh oh." Bisik Lili.

"Um Ana, jangan pandang belakang." Suruh Zahra.

Terus Ana menoleh ke belakang.

Jejaka baru sahaja tiba di kantin... bersama dengan mereka adalah Sophea dan Vivi, masing-masing melekat dengan Ryan dan Adam. Muka mereka nampak sangat tidak rela namun terpaksa hadap.

"Adam!" Jerit Ana dengan kuat, menyebabkan kantin yang tadi riuh-rendah menjadi sunyi sepi.

Adam terus tersenyum melihat Ana. Dia menepis tangan Vivi lalu berjalan ke arah meja girls.

Vivi sudah tentu merungut tapi Adam tidak endahkan pun dia. Ryan juga menolak Sophea dengan perlahan agar dia tidak berpaut padanya. Jejaka yang selebihnya juga berjalan ke arah mereka.

Sophea dan Vivi menjeling ke arah girls sebelum beredar pergi dari kantin.

"Ana!" Sapa Adam dengan gembira.

Ana menjeling matanya ke arah Adam, geram.

"What?" Tanya Adam sambil mengambil tempat duduk di sebelah Ana.

Separuh daripada girls ke meja kosong di sebelah, begitu juga dengan jejaka agar mereka semua muat untuk duduk.

"Vivi. Why dia rapat semacam dengan kau? Kau tak bagitau dia ke yang kau ada gf, which is me? Bukan aku nak conquer kau ke apa..." Bebel Ana, matanya langsung tidak memandang Adam.

"Ana, aku dah bagitau dia. Tapi dia sibuk nak melekat dengan aku." Terang Adam.

Ana masih lagi tidak bertentang mata dengan Adam.

"After school, kita date nak?" Ajak Adam, mahu memujuk gf-nya itu.

Terus muka Ana menyala. "Date? Hmmm... kalau kau belanja, baru saya nak date."

"Fine, anything for you."

Ana tersenyum, gembira.

"Waaah untungnya bf dia ajak pergi date." Fa Ra menoleh ke arah Lucas. "Aku punya ni entah bila lagi dia nak ajak date..."

"Untung la ada gf yang tak kuat merungut, aku punya ni hampeh." Lucas memberi 'roll eyes'.

Mereka semua ketawa melihat telatah mereka berdua.

°■°■°

Balik sekolah, mereka semua membuat kerja masing-masing. Ada yang membuat homework atau mengulang kaji, ada yang tidur dan ada juga yang bermain game.

Iaitu Zahra dan Zach. Mereka berdua sedang main game tembak-tembak di PS5.

Sejak mereka bermula main game sehinggalah sekarang, Zach asyik mencuri pandang muka Zahra.

"Zach, kau okay tak? Dari tadi aku perasan asyik pandang aku, ada something kat muka aku ke?" Tanya Zahra, mata tidak berganjak dari skrin televisyen.

"Uh um um... aku nak tanya kau something."

"Tanyalah. Jangan tanya soalan sains-sains atau math sudah. Yang tu, aku tak boleh jawab."

Zach ketawa sebelum menggeleng kepalanya. "Um kau pernah suka someone?"

"Of course la pernah, zaman budak baru masuk sekolah menengah, semua senior yang aku kawan, aku ada crush kat diaorang."

"S-sekarang?"

"Hmm entah. Aku terfikir pasal orang tu, tapi suka tu tak tahulah."

Zach mengangguk kepalanya lalu memandang skrin televisyen.

"Kau pulak Zach? Ada crush?"

"A-a- t-tu rahsia."

"Ehhhhhh nak tahu." Zahra meletakkan controller ke lantai lalu memandang Zach. "Aku kan kawan kauuuuu."

Zach meng'pause' game tersebut dan meletakkan controller ke lantai juga. "Tapi kau tau siapa dia, tak nak lah aku bagitau."

"Budak kelas kita eh? Aisyah ke? Ke Nana? Or is it Alia?" Zahra mula menyenaraikan nama-nama perempuan dalam kelas mereka.

"Tak, tak, tak! Rahsia, rahsia lah!"

Zahra diam seketika sebelum muka dia bertukar jijik. "Takkan la kau gay?"

"TAAAAAAAAAAAAAAAAK ZAHRA! AKU SUKA KAU LA!"

Terbeliak mata Zach apabila dia sedar apa yang dia cakap. Dia terluahkan perasaannya.

"Mon dieu." Bisik Zahra.

Zach menutup mukanya, mahu sorokkan rasa malu. "K-kau buat-buat tak dengar. A-aku uh um..."

Zahra tersenyum. "Cute la kau ni Zach, dengan pipi merah macam ceri."

"Comel? A-aku macho, hensem la! Tak main la comel-comel ni..."

Zahra ketawa. "Comel la. Cara kau ter'confess' ke aku, cara kau blush everytime aku puji kau."

"Manada!"

"Manada apa? Betullah."

"..." Zach menggigit bibirnya sambil memeluk lututnya ke dada. Malu tetapi nak buat macam mana? Bukannya boleh putar masa semula.

(kepada mereka yang takleh bayangkan, ni lah yang saya cuba describe)

"Lepastu apa?" Tanya Zahra.

"Tak tahu?.. Aku mana pernah confess..."

"Hmmm apa kata kau confess next time, bila kita dah besar?"

Zach memandang Zahra dengan muka sayu. "Kau... tak suka aku?"

Zahra menggeleng kepalanya. "Bukan macam tu." Zahra mengigit bibirnya. "Akupunmungkinsukakau." Cakapnya laju-laju.

Mata Zach bersinar. "Kau suka aku jugak?"

Zahra mengangguk kepalanya perlahan-lahan. "Yeah... but that's why kita tak patut couple dulu. Just enjoy life sebagai remaja, you know?" Zahra mengambil controller PS5 lalu memberinya kepada Zach. "Cepat, kita kena kalahkan boss ni, baru boleh naik level seterusnya."

Zach tersenyum sebelum mengambil controller tersebut. Kali pertama dia confess, dia tidak di-reject... kan? Hanya bukan pada masa yang sesuai. Jadi dia akan tunggu selama mana yang perlu sehinggalah Zahra dah sedia untuk terimanya.

"Zaaaaaachhh!" Panggil Lynn, bersamanya adalah Lili yang sedang membawa buku Latihan fizik.

"Tolong ajar kitaorang fizik boleh tak?"

"Boleh-boleh, lepas aku main game ni eh?" Balas Zach lalu matanya kembali ke skrin televisyen.

"Hmm? Yang korang berdua ni senyum macam kerang busuk kenapa?" Tanya Lili sambil duduk di sofa yang ada.

"Korang borak apa sampai tersenyum ni haaa?" Usik Lynn.

"Rahsia." Jawab Zach sambil memandang Zahra yang juga tersenyum.

"Ceh!"

Continue Reading

You'll Also Like

45.3K 151 11
Kompilasi perkongsian cerita dari korang semua
147K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
20.4K 1.4K 32
" Perasaan aku tak penting ke?" " Saya akan bantu awak " " Saya ni bahaya" " Aku akan pastikan perasaan kau jadi penting selepas ni" " Nado saranghae...
1.6K 369 26
Watak utama:Byun Baekhyun dan Song Ji Hyo kisah dua hati yang nekad untuk bersama sehingga ke akhir hayat.Namun,ji hyo terpaksa memutuskan hubungan m...