THE TRUTH 2.0

By Meats-

1.2M 25.2K 1.4K

The Winner Wattys 2018 ( Contemporaries ) The Winner Action On Infinity Awards 2018 Beautiful Cover by ; @ali... More

THE TRUTH
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
E-books

Bab 9

20.5K 1.1K 63
By Meats-

Pertama sekali, nak minta maaf sbb lambat update. Dah siap dah part ni tapi pakcik oren buat hal 😥😢

Terpaksa kita dari awal. Maaf tau 😫😭

* * * *

Insyirah memerhatikan Adam yang sedang memperbetulkan kot bajunya. Insyirah duduk di birai katil sambil mencebikkan bibirnya. Tangannya naik menopang dagu. Hari ini, suaminya itu akan pergi ke kerja. Kerja apa dan di mana pun Insyirah tidak tahu kerana suaminya itu yang tidak mahu membuka mulut.

"Tak boleh ke saya ikut?" Kali ini sudah masuk kali ke-20 Insyirah bertanyakan soalan yang sama. Adam mendengus sedikit kasar lalu menjeling Insyirah melalui biasan cermin meja solek itu.

"No! Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama hah? Tak pandai faham bahasa betul kau ni." Adam mencapai tali lehernya yang diletakkan di atas meja solek itu. Badannya dipusingkan lalu dia menghampiri Insyirah yang duduk di birai katil. Tali leher disuakan kepada isterinya itu.

"Pasangkan necktie aku."

Insyirah mencebik lagi. Dia segera bangun lalu melangkah longlai ke arah suaminya. Tali leher yang disuakan ke arahnya sebentar tadi, diambil. Muka Insyirah muram habis. Tidak henti-henti bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

"Tapi saya tak nak tinggal sendiri kat sini. Saya takut..." Suara Insyirah berubah manja sepenuhnya. Berharap agar keajaiban akan berlaku lalu Insyirah berdiri betul-betul di hadapan suaminya. Tali leher Adam dimain-main dalam jari-jemarinya. Adam menghela nafas panjang. Tangan kanan Adam mula menarik pinggang isterinya itu. Kemudian, kedua-dua tangan sasanya merangkul pinggang Insyirah erat. Adam segera memberi isyarat mata agar Insyirah tidak melengahkan masa untuk memasangkan tali lehernya.

Tangan Insyirah naik merangkul leher suaminya lalu segera memasangkan Adam tali leher.

"Ada aku cakap yang aku tinggal kau sendiri? Hari ni kita transfer tempat lain sebab itu aku suruh kau bersiap sengal." Adam berdecit.

"Kau pergi pantai kelmarin bukan main berani." Dia menambah lagi. Bibirnya naik mengukir senyuman mengejek.

Insyirah membulatkan matanya. Tudung shawl instant yang sudah siap digosok segera dicapai. Laju sahaja tangannya mencari skarf tudung dan disarungkan di kepalanya. Kemudian, tudung shawl instant pula disarungkan.

Baju panjang lengan putih bercorak mustache dan seluar palazzo berwarna kelabu sudah menjadi pilihannya sejak dari tadi. Tidak perlulah dia bersusah-payah untuk bersiap.

"Kita pindah ke mana?" Insyirah segera menghampiri Adam yang ingin mengambil beg beroda mereka. Adam menjungkit bahu membuatkan Insyirah mencebik kegeraman. Tangannya naik menyilang di dada. Mereka berdua segera keluar dari bilik itu dan menuju ke pintu utama. Setelah mengunci pintu, pasangan suami isteri itu mula masuk ke dalam lif untuk menuju ke tingkat bawah.

"Kau lapar tak?" Adam mencuit pipi Insyirah.

Gadis itu hanya menggeleng perlahan.

"Tempat tu jauh tak dari sini?" Insyirah mula merangkul lengan suaminya. Adam mengangguk lalu mengerling Insyirah sekilas. Satu ciuman berlabuh di dahi Insyirah yang masih memandang ke arahnya.

"Kau akan tahu juga nanti."

TING!

Pintu lif terbuka lalu mereka berdua melangkah ke arah kaunter. Insyirah tersengih dan ketawa kecil apabila dia ternampak kelibat Ben yang berdiri berhampiran dengan kaunter. Ben mengecilkan matanya memandang Insyirah lalu ketawa kecil. Hanya mereka sahaja yang tahu maksud di sebalik sengihan dan ketawa kecil itu.

"Yang kau tersengih pahal? Nak mengurat Ben pulak kali ni?" Adam bertanya dingin lalu segera menghulurkan dua bagasi beroda itu kepada Ben.

Insyirah mencebik. Buat apa dia hendak mengurat Ben kalau dia lagi sayang suami dia?

Selepas selesai urusan daftar keluar, pasangan suami isteri dan Ben mula melangkah keluar dari perkarangan hotel itu. Mereka bertiga menghampiri kereta limousin hitam yang parkir tidak jauh dari hotel tersebut. Ben mula memasukkan beg-beg tersebut ke dalam bonet kereta manakala Adam sibuk berbicara sesuatu dengan pemandu kereta.

Insyirah masih berada di luar kereta sambil matanya memandang ke arah Ben yang sibuk menyusun beg-beg tersebut. Insyirah tersentak apabila Adam menarik kasar tangannya. Pintu kereta dibuka lalu pasangan suami isteri itu masuk ke dalam.

"Sakit..." Insyirah mendongak lalu memegang pangkal lengan Adam yang sedang mencengkam tangannya. Adam mendengus lalu melonggarkan sedikit pegangannya.

"Sit at the front." Adam berkata tegas kepada Ben yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta. Ben mengangguk lalu membongkokkan badannya. Pintu hadapan dibuka lalu Ben duduk di sebelah kerusi pemandu.

Insyirah memandang suaminya lalu tangan kanannya yang masih dipegang silih berganti. Pipi Adam itu diusap menggunakan tangan kirinya. Kemudian, tangannya membawa wajah Adam agar memandang ke arahnya.

"Awak okay prince?" Insyirah bertanya lembut. Adam menepis tangan Insyirah perlahan lalu mengangguk. Badannya disandarkan ke kerusi lalu memejamkan matanya. Tangan isterinya dilepaskan.

Insyirah mengetap bibirnya. Tangan suaminya itu dicucuk perlahan.

"Awak marah saya ke?"

"Saya minta maaf kalau saya ada buat salah." Insyirah menambah lagi.

"Jangan ganggu aku." Adam berkata dingin. Insyirah mencebik. Kalau sudah namanya Insyirah, gadis itu semestinya bukanlah manusia yang cepat berputus asa. Pipi Adam dicucuk lembut.

"Insyirah..."

Insyirah menahan tawanya lalu memeluk lengan Adam erat. Adam membuka mata sedikit lalu mengerling ke arah Insyirah.

"Mengantuk?" Adam menyoal. Pelukan di lengannya dileraikan lalu Insyirah ditarik masuk ke dalam dakapannya. Tangan Insyirah diletakkan di atas pinggang miliknya. Insyirah menggeleng perlahan. Tangannya yang memeluk pinggang Adam mula beralih arah ke bidang dada suaminya. Dada Adam diusap-usap perlahan.

"Awak marah saya ke?"

Adam membelai pipi Insyirah lembut lalu tangannya naik menyentuh hujung mata isterinya.

"Mata ni..."

"Jangan pandang benda yang bukan-bukan. Tundukkan pandangan. Kau hanya boleh pandang benda yang halal untuk kau je. Aku tak pernah larang kau pandang aku. Sebab aku tahu yang aku ni hak kau. Milik kau."

"Jaga mata ni elok-elok okay?"

Insyirah mengangguk perlahan menyebabkan sebuah senyuman tipis terukir di bibir Adam.

"Awak marah saya pandang Ben tu eh? Saya bukan apa. Dia kan tahu saya menipu kelmarin sebab tu saya buat macam tu." Insyirah kembali memeluk pinggang suaminya. Kepalanya dilentokkan di bidang dada Adam.

"Aku tak suka."

Insyirah mendongak.

"Aku tak suka kau buat macam tu. Dia pun lelaki macam aku. Kau hanya boleh buat macam tu dengan aku je. Faham?" Insyirah mengangguk perlahan sambil tersenyum manis.

Akhirnya terluah juga apa ingin Adam katakan. Lebih baik dia berterus-terang daripada berdiam diri membiarkan Insyirah diselebungi rasa bersalah. Dia sebagai suami perlulah membimbing dan menjaga Insyirah sepenuh hatinya kerana itu adalah amanah Allah swt.

"Saya nak pinjam phone." Insyirah mengerdipkan matanya berulang kali. Adam menghela nafas panjang. Hatinya macam mahu luluh sahaja melihat wajah comel isterinya.

"Mana phone kau?" Adam bertanya pelik. Walaupun begitu, telefon pintarnya tetap dikeluarkan dari kocek seluar jeansnya. Telefon itu disuakan kepada Insyirah.

"Habis bateri." Insyirah tersengih lalu segera berpusing menghadap tingkap. Sejujurnya dia ingin menangkap gambar panorama di luar. Bolehlah dijadikan kenangan semasa menetap di Rom ni. Bahu Insyirah jatuh merudum apabila terlihat kaca tingkap kereta yang tinted. iPhone X suaminya itu ingin sahaja terlepas dari tangannya kerana terlalu kecewa.

"Kau jangan nak buka tingkap eh? Don't you dare..."

Tindakan Insyirah yang ingin membuka tingkap kereta terus sahaja terhenti. Suaminya sudah mula mengeluarkan amarah titahnya. Insyirah mencebik. Matanya membulat apabila dia melihat sebuah bangunan bersejarah.

"Oh my Allah, is that colloseum?!"

"Really?! Yes! Thats colloseum!"

"But really?! Is that colloseum?!"

Adam berdecit perlahan. Telinganya akan beralih fasa ke arah pekak selepas ini jika Insyirah tidak henti-henti berteriak.

"Berapa kau nak ulang benda yang sama makcik? Sah-sahlah itu colloseum." Adam mendengus kasar. Insyirah mencebikkan bibirnya lalu dia segera memeluk lengan Adam. Matanya dikelipkan-kelipkan.

"Awak...kita pergi sana nak?"

Adam menggeleng.

"Kita ke sini bukan untuk melancong." Adam menjawab datar. Wajahnya dikalihkan daripada memandang Insyirah. Boleh jatuh imannya kalau Insyirah memandangnya begitu. Adam takut yang dia akan kalah dengan pandangan isterinya.

"Tapi saya nak pergi ke sana..."

"Awak..."

"Please..."

Lengan suaminya digoncang perlahan.

"Awak pernah tanya saya kalau saya nak apa-apa dulu... kita kan dah sampai sini. Jadi saya nak pergi colloseum... sempena hadiah birthday saya? Please..."

Adam menghela nafas panjang.

"Hmm..."

Tidak sanggup dia melihat wajah sayu isterinya begitu. Adam mengukirkan senyuman nipis apabila pipinya dikucup lembut oleh Insyirah.

"Thanks and I love you!"

Adam mengangguk perlahan. Matanya memandang isterinya di sisi. Isterinya itu sedang membuka youtube di dalam telefon pintarnya. Adam merangkul bahu Insyirah erat. Sebuah ciuman dilabuhkan di sisi kepala Insyirah.

Insyirah mendongak lalu tersenyum.

"Kita pergi bila?"

"Lusa. Hari ni dan esok, aku sibuk."

Insyirah mengangguk lalu menyandarkan kepalanya di bidang dada Adam. Matanya masih ligat memandang skrin telefon tersebut.

"Dah sampai..."

Insyirah segera memandang ke hadapan. Dia membulatkan matanya apabila terpandangkan sebuah villa di hadapan. Adam mula menarik tangan Insyirah lalu mereka berjalan seiring menuju ke villa itu. Pintu pagar yang kecil menjadi pilihan mereka memandang Adam terlalu malas untuk membuka pintu pagar yang besar.

Insyirah memasukkan kata laluan pada villa tersebut seperti yang diarahkan suaminya.

"Our wedding date."

Itu sahaja yang keluar dari bibir suaminya saat dia menanyakan mengenai kata laluan tersebut.

Insyirah melopongkan mulutnya apabila mereka berdua melangkah masuk ke dalam. Ben meminta kebenaran dari Adam untuk naik ke tingkat atas bagi meletakkan beg bagasi mereka berdua.

"Suka?"

Insyirah mengangguk.

Insyirah mula berlari anak-anak ke tingkat atas dan menuju ke bilik mereka memandangkan Ben ada di situ. Insyirah sudah dapat meneka itu adalah bilik mereka kerana Ben meletakkan beg bagasi mereka di dalam bilik itu.

"Madam..."

Ben membongkokkan badannya lalu mempersilakan Insyirah untuk masuk ke dalam. Insyirah mengangguk lalu meniru perlakuan Ben sambil tertawa kecil. Kakinya mulangkah masuk ke dalam. Sekali lagi dia terpegun. Bilik itu sangat luas dan cantik.

"Aku dah nak gerak ni." Adam memeluk Insyirah dari belakang lalu menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Insyirah.

"Sekarang?"

Adam mengangguk lalu meletakkan dagunya di bahu Insyirah.

"Awalnya. Saya tak tahu pun selok-belok rumah ni. Kang saya sesat macam mana?"

Adam berdecit.

"Kau tak payahlah nak gerak mana-mana. Ruang tamu kau dah tahukan? Oh...dapur pun kat bawah..." Adam tersenyum sinis apabila teringat akan nafsu Insyirah terhadap makanan. Stok makanan sudah disedia lebih awal hanya untuk insan yang bernama Insyirah. Insyirah mengangguk lalu memalingkan badannya ke belakang.

Tangan suaminya disalam dan dikucup lembut. Adam membalas dengan mencium bibir Insyirah.

"Bye!" Insyirah melambaikan tangannya dan dibalas oleh suaminya itu. Insyirah menghantar pemergian Adam hanya dengan ekoran mata. Gadis itu terlalu malas untuk ke tingkat bawah.

• • •

"All of this? Are you out of your mind? You must be kidding me." Adam mendengus kasar. Matanya mencerlung tajam memandang Clara di hadapannya. Kelihatan gadis itu mengerutkan dahi putih miliknya.

"What? Don't be so surprised Greyson. You always kill more than ten people before. Whats the matter?" Clara sudah mula berdecit. Mukanya nyata menunjukkan reaksi malas melayan karenah majikannya. Memandangkan mereka bukan dalam kawasan pejabat, Clara bebas memanggil Adam dengan nama lelaki itu.

"I just want to stop from kill anybody starting from now on."

Clara mendongak untuk memandang wajah Adam.

"Eww what?! Hahahahahaha..." Clara sudah ketawa berdekah-dekah. Kaca matanya ditanggalkan untuk mengelap air matanya yang mengalir. Peryataan Adam terlalu lucu buat dirinya.

"Its not funny." Adam menjeling Clara. Tangannya menghentak meja sedikit bagi menyedarkan Clara yang masih lagi ketawa tidak berhenti.

"Oh, let me guess... wife?" Clara tersenyum sinis. Adam hanya membuat riak biasa. Tidak terkesan dengan ayat yang dilontarkan oleh Clara. Adam lebih suka jika berita dia sudah berkahwin tersebar luas dalam LOM.

"Are you crazy? You put yourself and your wife in a dangerous situation. You created it. Don't you realized that?"

"Or maybe you forgot about your father. Don't your afraid something might happen to your wife?"

Clara menyoal serius. Dia bukan tidak kenal perangai Adam macam mana. Lelaki ini sangat keras kepala dan baran orangnya. Tidak boleh tersilap kata jika bertutur dengannya.

"My face told everything. I don't care! She's my wife and I know what to do. Mind your own bussiness. I don't need your advice." Adam berkata sedikit sinis. Matanya menjeling Clara di hadapan. Dia memang tidak suka orang luar masuk campur dalam hal peribadinya.

"Ergh! Fine. As you wish, this mission is yours. Don't you dare to say no!"

Adam mengangguk malas. Matanya mengerling sekilas ke arah jam tangan miliknya.

"I'm done right? So, gotta go."

Adam bingkas bangun lalu meninggalkan Clara di situ. Clara hanya menjeling angin. Terlalu geram dengan sikap ketua mereka yang suka membuat keputusan sendiri.

"ASSALAMUALAIKUM." Adam menutup pintu villa lalu membuka kasut. Pintu almari kecil dibuka lalu Adam meletakkan kasutnya di dalam almari tersebut. Adam mengerutkan dahi apabila Insyirah tidak membalas sahutannya.

"Insyirah?" Kakinya mula menapak menuju ke ruang tamu namun kelibat isterinya tiada di situ. Adam sudah mula memicit pelipisnya.

"Insyirah Zahra Binti Eiman!" Adam menjerit lantang lalu menuju ke ruang dapur. Tiada tempat lain yang terlintas di fikirannya selain ruang dapur. Langkah Adam terhenti apabila seorang gadis terkocoh-kocoh keluar dari dapur lalu memeluk dirinya. Adam membelai rambut Insyirah.

"Saya tak beberapa dengar. Sorry..."

Insyirah meleraikan pelukan lalu menyalam tangan suaminya itu. Seperti biasa juga, Adam akan membalas dengan mengucup bibir Insyirah.

"Kita ada tetamu! Dia kat dapur. Sebab tu saya lambat."

Tangan kanan Adam merangkul pinggang Insyirah manakala tangan kirinya membelai rambut isterinya.

"Kalau ada tetamu, kenapa tak pakai tudung?" Adam menyoal dingin.

"Oh, tadi saya pakai tudung tapi dia cakap dia bapa mertua saya. So, saya bukalah tudung tadi." Usapan pada rambut isterinya terhenti.

"What did you say? Your father-in- law?"

Insyirah mengangguk lagi.

"Naik atas."

Insyirah tercengang mendengar arahan suaminya.

"Tapi kenapa?"

Adam mula mencerlung tajam ke arah Insyirah.

"Aku kata naik atas! Kau faham ke tak?!"

Insyirah sekali lagi tersentak. Mata Adam terus sahaja terpaku ke arah sekujur tubuh yang keluar dari ruang dapur. Chris Sanchez sedang mengunyah sepotong kek di mulutnya.

"Watch your voice. Too loud."

Chris Sanchez tersenyum sinis melihat wajah amarah Adam.

"Are you okay my dear Insyirah?"

Insyirah mengangguk sambil tersenyum nipis. Insyirah mengerutkan dahinya apabila pangkal lengan terasa sakit dicengkam oleh suaminya. Matanya mendongak memandang Adam lalu memandang kembali tangannya. Dia sangat berkecil hati dengan perlakuan suaminya sekarang.

Tadi dia ditengking, sekarang tangannya pula dicengkam bagai mahu putus.

"Sakit..."

Adam menghela nafas panjang.

"Look at me."

Insyirah perlahan-lahan mendongak memandang wajah suaminya. Tangan Adam melekap pada kedua pipi Insyirah.

"Naik atas okey? Duduk diam-diam kat atas nanti aku datang. Jangan turun selagi aku tak suruh." Adam berkata dengan nada yang cukup lembut. Mata Insyirah sudah berkolam sedari tadi.

"Don't cry...please..."

Insyirah mengangguk lalu Adam menarik isterinya ke dalam pelukan. Isterinya dipeluk erat lalu dia meleraikan pelukan cintanya. Adam menghantar pemergian Insyirah dengan ekor matanya. Chris Sanchez membuat muka menyampah. Tidak suka apabila Adam terlalu memanjakan isterinya sebegitu.

"What do you want?"

Adam menyoal kasar. Kakinya mula mengikuti langkah Chris Sanchez yang menuju ke ruang tamu. Adakah Chris Sanchez berpura-pura bodoh atau sememangnya bodoh?

Tidakkah lelaki ini malu?

Adam masih ingat peristiwa Chris Sanchez ingin meragut nyawanya dan Insyirah di dalam gim beberapa minggu yang lepas.











Sorry for late update. Vote and comment ❤ pls tegur kalau ad typo atau kesalahan grammar.

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 380 18
Di sebalik wajah polosnya, terdapat kisah silam yang memberi trauma kepadanya. Itulah Arabella Camiela berketurunan Eloise, keturunan yang dihormati...
33.2K 2.9K 23
❝ I will love you even when I am dust on the wind ❞
43K 4.2K 65
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
4.8M 237K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...