Duduk

By senimanmaya

11K 1.2K 233

Duduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah... More

Duduk: Pemimpin Diri
Duduk: Terjebak
Duduk: Tepi Tingkap
Duduk: 'Clever'
Duduk: Jenazah Hati
Duduk: Tak Apalah
Duduk: Janganlah Begitu
Duduk: Tentera Jiwa
Duduk: Kusut
Duduk: Pesan Kawan
Duduk: Angan-angan
Duduk: Pasti Ada
Duduk: Petapa
Duduk: Pesan Si Ggagap
Duduk: Lunyai
Duduk: Ganti
Duduk: Sempurnakanlah
Duduk: Pikio (Fikir)
Duduk: Diam-diam
Duduk: Hari Celaka
Duduk: Bersedia Untuk Jatuh
Duduk: Memori
Duduk: Cerita
Duduk: Sangsi Sang Besi
Duduk: Anjing Kehidupan
Duduk: Perhatilah
Duduk: Ayat Berbunga-bunga
Duduk: Muhasabah Negeri
Duduk: Suasana
Duduk: Apa Boleh Buat
Duduk: Lain
Duduk: Madah Di Naskhah
Duduk: Rungkai dan Pakai
Duduk: Kubur Semalam
Duduk: Orang, Manusia dan Dia
Duduk: Kita Ini ...
Duduk: Tak Cukup
Duduk: Datanglah
Duduk: Kaki Berbudi, Tangan Berjasa
Duduk: Saatnya
Duduk: Pelayaran
Duduk: Angkara Dendam
Duduk: Simpang
Duduk: Alkisah
Duduk: Manis
Duduk: Sekejap
Duduk: Sekejap (2)
Duduk: Sekejap (3)
Duduk: Sekejap (4)
Duduk: Masakan Itu Andainya Ini
Duduk: Panji Janji
Duduk: Dalam Cerminan Luar
Duduk: Di Antara Puas, Buas, Kupas dan Culas
Duduk: Sepanjang Hayat

Duduk: Terlambat

190 26 6
By senimanmaya

Sewaktu kau kecil,
Kau membesar bersama dia,
Teman sepermainan yang selalu ada,
Seringkali alat permainan baru dia bawa.
Tak macam kau, hari-hari dengan permainan yang lama.

Sewaktu kau bersekolah,
Kau sekelas dengan dia,
Rakan sebaya kau yang sering dipuja,
Seringkali nombor satu itu dia punya,
Tak macam kau, hari-hari tuisyen pun tetap lupa.

Apakah kau sudah terlambat?

Ketika kau terpilih,
Kau berlatih bersama dia,
Acapkali wakil sekolah dia yang ditaja,
Tak serupa kau, hari-hari bersukan pun boleh koma.

Ketika kau remaja,
Kau sefakulti pula dengan dia,
Acapkali namanya dijulang dan dijaja,
Tak serupa kau, hari-hari duduk di belakang orang tak sapa.

Apakah kau sudah terlambat?

Dikala kau dewasa,
Kau sudah tak sehaluan dengannya,
Sekali di media sosial tersiar berita pangkatnya,
Tak seperti kau, hari-hari jadi kuli pendapatan tak seberapa.

Dikala kau berkerjaya,
Kau sudah bertahun-tahun sendiri sahaja,
Sekali di peti surat tersadai kad jemputannya,
Tak seperti kau, hari-hari menanti bulan jatuh ke riba.

Apakah kau sudah terlambat?

Semasa kau bersendirian,
Kau masih dengan harapan yang sama,
Sekali di telefon pintar terpapar mesej kelahiran cahaya matanya,
Tetapi kau, hari-hari anak kucing sahaja yang kau riba.

Semasa kau bersedih,
Kau masih dengan rintihan tanpa irama,
Sekali di telefon pintar terlantar panggilan kematiannya,
Lalu kau, berlari-lari mengiring jenazah kawan lama.

Apakah kau sudah terlambat?

Sebenarnya tidak,
Masih belum terlambat
jika kau tahu matlamat,
Masih lagi sempat
jika kau mahu bertaubat.

Continue Reading

You'll Also Like

436K 19.5K 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari o...
15.3K 1.2K 21
Sebelum hari itu tiba.. aku perlu habiskan masa dan saat terakhir bersama dia.. Tapi.. tanpa aku sedar... hari itu datang tanpa diduga. Dia terdiam s...
879 35 40
Kerana takdir itu tidak selamanya rasa kejam. -fitri umairah- "Aku umpama bunga azalea di kaki pergunungan, yang kelopaknya keguguran di atas pusara...
2.8K 736 177
Hanya puisi sekelam hati secebis madah kehilangan punca. Biarkan bayu berbicara seiring dengan nafas yang dihela.
Wattpad App - Unlock exclusive features