7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

625K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 15

13K 615 43
By PiNKster31

Random facts about girls and jejaka:

1. Girls dan jejaka pilih roommates dengan bermain 'osom'.

2. Jikalau nampak lipas, Ryan, Is, Lucas dan Aidan akan melompat-lompat/berlari keluar dari bilik yang ada lipas, Adam dan Zach akan buat tak tahu atau menghalau lipas, Daniel akan jerit dahulu.

3. Antara girls, Ana dan Fa Ra akan bangun awal diikuti Lynn dan Eve. Lili akan bangun lewat pada hujung minggu. Ezact pula akan berjaga malam dan tidur lepas subuh manakala Zahra ada waktu tertentu. Kadang-kadang tak tidur langsung, kadang-kadang tidur lewat tapi bangun awal.

♡•♡•

"Ugh, tak puas la cuti seminggu." Rungut Ezact.

Seminggu cuti sudah berlalu. Bermakna mereka semua sudah kembali ke sekolah.

"Engkau memang." Kata Zahra.

Mereka sedang turun tangga bersama memandangkan sesi persekolahan baru sahaja tamat. Eve, Lili, Fa Ra dan Ana berada di tempat lain jadi mereka tidak dapat berjalan bersama.

"Korang balik dulu tau." Kata Lynn. "Aku dengan Lili ada mesyuarat pengawas so kena stayback.

"Korang balik naik apa?" Tanya Zahra.

"Dengan mama dia."

"Kau nak apa-apa tak? Kitaorang plan nak singgah kedai makan dengan jejaka."

Lynn menggeleng kepalanya.

"Oh, alright. Kitaorang balik dulu, bye-bye!" Ezact dan Zahra melambai tangan mereka lalu meninggalkan Lynn. Mereka berjalan bersama-sama ke pagar depan sekolah.

Di situ, girls yang lain termasuk beberapa kawan mereka sedang lepak sambil menunggu penjaga mereka tiba.

"Eyyo!" Tegur Zahra.

"Eyyo Zahra!" Sapa Anis, rakan sekelas Lili. "Lili kata dia stayback. Dia suruh bagitau incase dia lupa nak bagitau pagi tadi."

Sementara Zahra borak dengan Anis, Ezact pergi berborak dengan girls yang lain.

Zahra mengangguk kepalanya. "Tahu-tahu. Dia stay dengan Lynn." Zahra memandang ke arah Aina, rakan sekelas Eve. "Harini tak date, Aina?"

Aina menggeleng kepalanya. "Start minggu ni off dating. STPM kan nak dekat. So aku nak la bf aku tu sedar sikit and pergi study."

"Oh wow STPM huh? Pejam celik turn kita pulak untuk SPM." Kata Zahra.

"Bagus la Na. Kalau tak, tiap-tiap hari ber-sweet-sweet bawah jejantas tu." Anis menunjuk ke arah jejantas di luar pagar sekolah mereka.

"Betul-betul. Jealous aku!" Setuju Zahra.

"Eleh! Kau dengan Zach tu apa pulak?" Usik Anis.

"Aku dengan Zach? Kawan je."

"Eeeee yelah tu." Sampuk Aina. "Kau dengan Zach together." Aina menunjuk ke arah Anis. "Anis pulak dengan Izzu."

"Eeeeeeeeeeeeeew!" Kata Zahra dan Anis serentak.

"Woaaa! Kenapa ew ew ni? Ada lipas ke?" Tanya Zach yang baru sahaja tiba bersama jejaka yang lain. Hanya Zach dan Ryan pergi ke Zahra dan yang lain. Jejaka selebihnya pergi lepak bersama girls yang lain.

"Lipas? Mana-mana?" Ryan mula menginjit kakinya sambil memandang ke lantai.

"Ish kau takut lipas ke? Tak macho ah." Kata Anis kepada Ryan.

"Lynn berani, takkan kau tak berani?" Zahra ketawa sebelum menoleh ke arah Zach. 'Aku dengan Zach? Kawan je... takde pun perasaan suka... kan?'

"So nak gerak tak?" Tanya Zach.

"Jom. Kitaorang tunggu kau orang lah, lembap sangat." Jawab Zahra. Sebelum mereka bertiga pergi ke arah girls dan jejaka yang lain, mereka mengucapkan selamat tinggal pada Anis dan Aina.

"Korang gi ah." Kata Ryan. "Aku dengan Adam kena balik dulu ah. Ada kerja nak kena buat."

"Yeah, kerja." Kata Adam lalu dia meletakkan tangan di atas bahu Ryan.

"Lah, kerja apanya?" Tanya Fa Ra.

"Kerja ah!" Jawab Adam.

"Kalau kerja korang tu berkaitan dengan masuk bilik kitaorang, siap korang kena dengan aku!" Ezact memberi amaran.

"Kau ni bersangka buruk je dengan kitaorang. Betul lah sebab kerja." Kata Ryan. "Lagipun, Lynn dengan Lili pun takleh join. So, lain kali je lah ramai-ramai."

"Yeke sebab kerja?" Tanya Daniel dengan nada mengusik. "Ke sebab Lynn tak join?"

"Hah? Yelah sebab kerja. Dah ah blah dulu."

"Assalamualaikum la, bukan blah dulu." Tegur Aidan.

Selepas memberi salam, Ryan dan Adam menaiki Grab untuk balik ke rumah. Yang lain pula menunggu driver untuk mengambil mereka untuk ke kedai makan.

"Kenapa kau mention Lynn?" Tanya Ana kepada Daniel.

"Saja. Bukan haritu diaorang keluar makan sama-sama ke?" Daniel merujuk semasa mereka bercuti di Shah Alam.

"Oh tu sebab kitaorang malas nak teman Lynn makan. Ryan gentleman jugak, offer nak teman dia. Ha pergi la diaorang berdua." Terang Eve. Dia menoleh ke arah Is yang sedang meneguk air Tinge perisa anggur.

Dia menghulurkan tangannya, tanda mahu sedikit air tersebut. Is memberi air tersebut ke Eve. Dia minum air tersebut sehingga titis yang terakhir.

"Eww Eve!" Jerit Ezact.

Beberapa daripada girls dan jejaka tersengih, selebihnya memberi muka jijik.

"Dah kenapa?"

"Eve indirect kiss dengan Is!" Jerit Ana sambil tersenyum.

"Ew. Kenapa kau tak lap dulu? Ada bakteria jijik Is kut." Kata-kata Ezact menyebabkan dia dapat pukulan di bahu daripada Zahra.

"Aku first kiss kau ke?" Tanya Is yang dari tadi cuba untuk menyorokkan senyuman tetapi gagal.

Eve menggeleng kepalanya, menyebabkan mata mereka semua terbeliak.

"Who's your first kiss?!?" Tanya Ana.

"Mak ayah aku, duh?" Jawapan selamba Eve menyebabkan mereka semua mengeluh kecuali Is yang entah kenapa berasa lega.

°■°■°

"What the?!?"

Alangkah terkejut Lynn dan Lili apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Bersepah... dan bau seperti ada sesuatu yang terbakar?

Siapa pulak yang masak? Kawan-kawan mereka belum balik dari kedai makan lagi... takkan lah ada pencuri pecah masuk?

Mereka perlahan-lahan masuk berjalan ke arah dapur lalu menjenguk kepalanya. Terdapat seorang perempuan dengan rambutnya diikat sedang mengipas-ngipas asap hitam yang keluar dari oven.

"Kau siapa?" Tanya Lynn dengan berani. "Kau tau tak kau sedang mencerobohi rumah orang?"

Perempuan tersebut memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan seperti sedang menilai mereka.

"Aku gf Ryan, kau orang siapa?"

Entah kenapa Lynn sedikit terasa mendengar kata-kata perempuan tersebut.

"You mean ex-gf." Kata Ryan sebaik sahaja dia tiba di dapur. Ryan menoleh ke arah Lynn dan Lili. "Sori gais, aku tak bagitau awal-awal ada pengacau nak datang sini."

Perempuan tersebut menghentak kakinya dengan geram. "Ryan, I love you! Kenapa you break dengan I?!? I siap buat biskut untuk you!" Dia menunjukkan biskut hangus.

"Aku tak nak, kenyang. Lagipun, nampak tak sedap je. Balik la, Sophea." Suruh Ryan sebelum dia keluar dari dapur.

'Sophea? Dialah yang Lia cerita tu...' Lynn teringat kembali cerita Lia.

"Ryan!!" Ngomel Sophea. Dia meletakkan biskut hangus tersebut di atas meja lalu berlari mengikut Ryan. Semasa dia berselisih dengan Lynn dan Lili, dia menjeling matanya.

"Dah kenapa perempuan tu?" Tanya Lili.

"Entah. Sakit mata kut."

Mereka berdua memandang ke dapur. Bersepah.

"Perempuan takde adab. Guna dapur orang, habis bersepah. Bukannya nak kemas!" Rungut Lili.

Lynn mengeluh. "Jom, tolong aku kemas. Dapat pahala."

Mereka baru sahaja mahu mengemas dapur apabila tiba-tiba mereka terdengar orang memberi salam.

"Diaorang baru balik. Aku pergi tarik diaorang tolong kemas eh." Kata Lili sebelum dia meninggalkan Lynn. Dia pergi ke pintu depan.

"Lili!" Jerit Ezact apabila dia masuk ke dalam rumah. "Kenapa bau hangit ni? Kau ngan Lynn masak apa sampai hangus?"

"Bukan kitaorang lah. Panjang ceritanya but first help us kemas-kemas kat dapur." Lili mula menolak girls ke arah dapur namun Ana dapat melepaskan diri.

"Hihi tak nak! Kau kena tangkap aku dulu!" Ana melarikan diri ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia apabila dia bersemuka dengan orang yang dia paling tak disangka.

"Vivi? Kau buat apa kat sini?"

"Hi sepupu 'kesayangan' ku. Aku visit bf aku, salah ke?" Vivi, seorang perempuan yang berumur setahun muda daripada Ana balas sambil mengepitkan dirinya dengan Adam.

"Ugh Vivi, kau tak faham bahasa ke? Aku ex-bf kau!" Adam mengeluh. "Rimas la! Minyak wangi kau dah la kuat sangat, sakit hidung aku." Adam cuba menolak Vivi dari badannya namun gagal.

"Mana boleh Vivi lepas! Nanti baby kena goda dengan orang lain." Vivi memandang tajam ke arah Ana.

Ana mengerutkan dahinya. "Dah kenapa nak jeling-jeling ke aku? Mintak penampar kat pipi kau ke?"

Vivi bangun dari sofa. "Sebab kau la si penggoda yang selalu hancurkan relay aku! Semua ex-bf aku clash sebab kau!"

"Not my problem yang aku cantik sangat sampai diaorang tak setia dengan kau." Ana menjongketkan bahunya.

"Wow Ana, confident tahap kerajaan langit, cool!" Puji Adam dengan senyuman.

"Grrrr!" Vivi menarik muka Adam agar Adam memandangnya. "Jangan pandanglah budak bodoh tu!"

"Bodoh tapi hati baik takpe. Jangan pandai tapi hati jahat, nanti takde orang suka." Kata Adam sambil menepis tangan Vivi dari mukanya.

Ana memberi 'thumbs up'.

Vivi mendengus, geram dengan perangai Adam dan Ana. "I bagitau mummy I!" Dia menunjukkan jarinya ke arah Ana. "Biar ayah kau kena dengan mummy I!"

"Bagitau la, tak takut pun." Ana menjelir lidahnya, mahu menaikkan lagi kemarahan Vivi.

"Kak Phea!" Jerit Vivi.

Sophea berjalan masuk ke dalam ruang tamu sambil berpaut kuat pada tangan Ryan. Jeritan Vivi juga menyebabkan girls dan jejaka yang lain untuk ke ruang tamu.

"Apa Vivi?" Tanya Sophea.

"Jom balik! Vivi tak nak la duduk sebumbung dengan sepupu Vivi yang gedik nih!" Vivi memberi 'blowing kiss' kepada Adam sebelum dia mengambil beg tangannya. Dia keluar dari rumah tersebut.

"Bye-bye Ryan. I'm gonna miss you. Don't forget to call I tau." Kata Sophea dengan suara manja sebelum dia keluar dari rumah tersebut.

"What the heck was that?" Tanya Zahra.

"Entah. But because of you guys," Ezact menunjuk ke arah Ryan dan Adam sebelum sambung berkata, "Habis mood kitaorang semua hancur!"

"Betul. Tak sangka pulak jumpa perempuan-perempuan puaka tu." Sambung Daniel.

"Yeah. Kau orang tak bagitau pun kitaorang diaorang nak datang." Tambah Is.

"Care to explain?" Suruh Lynn, tangannya disilangkan pada dadanya.

Ryan dan Adam mengeluh sebelum mereka mulakan cerita.

Cerita Ryan: Lia dengan tidak sengaja terberitahu yang dia jumpa Ryan semasa cuti hari itu kepada Sophea. Selepas dengar cerita tersebut, dia terus mengugut Lia untuk memberitahu di mana Ryan tinggal jikalau tidak mahu ayahnya dibuang kerja. Nak tak nak, terpaksalah Lia mendengar arahan Sophea.

Cerita Adam pula: Vivi merupakan junior kesayangan Sophea. Apabila Sophea beritahu Vivi, dia pun mahu ikut sekali dalam misi mencari ex-bf mereka.

"Wow, macam dalam drama." Kata Eve. Girls yang lain mengangguk kepala mereka, setuju.

"Ish tapi tak sangka kau pernah jadi bf cousin aku." Kata Ana sambil memandang Adam. "Dia tu dah la kurang ajar dengan orang sekeliling. Tak hormat langsung orang-orang tua dalam hidup dia, lagi-lagi bapak aku."

"Bapak kandung atau tiri?" Tanya Lili untuk kepastian.

"Kandung." Jawab Ana. "Dia kata, "Eh duda tua! Sukati aku lah nak buat apa, hidup aku bukan hidup kau!" kat ayah aku. Aku dah nasihat dia tapi dia tak endahkan pun. Lagi melawan adalah!"

"Ooooh dia ke? Kau pernah cerita pasal dia kat kitaorang." Kata Fa Ra.

"Erm sabar je lah dengan perangai dia. Kau doa la untuk dia supaya dia berubah." Nasihat Lynn.

"Ugh aku redho dah dengan perangai dia. Tapi bila dia datang sini, menyusahkan korang semua pastu buat perangai, aku rasa malu tau tak?"

"Aku pun malu." Adam menggaru tengkuknya. "Sori ah korang kena hadap dengan dia. Dia tiba-tiba hantar gambar rumah kita dekat aku dengan Ryan. Terkejut ah kitaorang sebab tu tak join korang makan."

"Lah, tu alasan korang rupanya." Kata Is.

Ana berpaling ke arah Adam. "Asal type kau macam tu? Takde yang lebih baik and cantik ke?"

"Uh..." Pipi Adam mula memerah. "Ada..."

"Ha dahtu? Apa tunggu lagi, confess la."

Zahra menepuk bahu Ana. "Kau ni agressif sangat, paksa-paksa Adam kenapa? Relax sikit."

Ana menyandar pada sofa, tangannya disilang. "Aku tau la kau suka aku, cepat la confess hmph."

"Oi oi oi oi!" Tegur Lili.

Ada antara mereka menggeleng kepala, ada yang tersengih, ada yang terkejut dengan keberanian Ana.

Adam salah seorang yang terkejut. "How did you?... Siapa bagitau?"

"Tengok gerak geri kau pun dah tahu." Ana bangun dari sofa lalu berdiri depan Adam. "Aku suka kau, kau pulak?"

"Uyoooo Adam! First time ada perempuan confess straight forward dekat kau!" Jerit Daniel sambil memukul-mukul bahu Adam.

Lynn dan Lili menggeleng kepalanya.

"Jangan zina." Tegur Lili sebelum dia naik ke atas, Lynn mengikutinya dari belakang.

"Balas ah cepat Adam, takkan kau nak buat Ana tertunggu-tunggu?" Suruh Is sambil menolak-nolak Adam.

Jejaka yang lain menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Mereka tahu yang Adam mesti sedikit cuak sebab pertama kali orang confess dengan cara begitu. Selalunya melalui media social tetapi ini secara depan-depan, gelabah la Adam.

Adam memandang belakang Ana, iaitu ke arah girls yang lain. "Kau orang okay aku couple dengan dia?"

"Lynn and Lili won't be that happy." Mula Zahra.

"Tapi depends on kau lah. Kau orang yang tanggung dosa." Sambung Eve.

"Couple je! Takdelah aku dengan Lucas je yang ber'couple'!" Hasut Fa Ra.

Ezact hanya memberi muka 'aku tak kisah, aku tak nak tahu'.

Adam memandang semula ke arah Ana. "Kalau kau nak-"

"Memang aku nak lah. Ish, kau ni lambat lah."

"Okay-okay, kita couple."

Tersenyum Ana mendengar kata-kata tersebut. "Alright!"

Continue Reading

You'll Also Like

321K 20K 35
[karya pertama queenzfina] [Cover by @IrisAzalea_] Group 5 Prince merupakan pengawas di Royalty School. Full package? Dingin? Garang? Itulah mereka...
55.2K 7.7K 33
"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la n...
165K 3.7K 77
[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya ber...
10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...