MINE ✔ (In Editing)

By adranana

98.7K 1.3K 30

Arin Isabella X Adrian Ukasyah More

Hey
Prolog | Aksara vs Victorian
1 | Past is past
3 | Bapak dan Anak
4 | Siapa Dani?
5 | Keputusan
6 | Gentleman
7 | Fav Student

2 | Heart

5.1K 155 1
By adranana

Dua jam sudah berlalu semenjak Tengku Afiah keluar daripada bilik perbincangan itu. Meninggalkan mereka berempat untuk berurusan sesama sendiri setelah mendengar arahan terbaru daripada pihak atasan.

Mereka berempat masih bertentang mata sesama sendiri. Tiada bicara yang keluar sehingga Hilman naik lemas dibuatnya. Sudahlah dia tersepit di antara kawan baik dan sepupunya.

Hilman mengeluh perlahan. Inilah sebabnya jangan nak bercinta awal-awal. Inilah masalahnya! Masalah kecik jadi masalah besar!

"Sampai bila kita nak main tenung ni. Boleh tak.." baru Hilman nak menghentikan keheningan yang berlaku, Arin terlebih dahulu menyergah dengan nada meluatnya.

"Sampai bila-bila pun aku takkan bercakap dengan dua orang manusia ni. Diorang tak layak nak bercakap dengan aku. Meluat aku duduk depan diorang ni." kata Arin lalu terus bangun dari kerusi.

Hilman menangkap tangan Arin pantas, nak tak nak kena bincang juga, mana boleh main lari-lari macam ni dan dia tak mahu Tengku Afiah bergaduh dengan Arin pula kerana gadis itu tidak memberi kerjasama. Ikut kepala si Arin ni memang tak jalan kerja nanti. Nak tak nak, kali ini dia perlu bertegas.

"Sit down Arin. Please..just for once." pujuk Hilman, berharap gadis itu boleh menurunkan ego dan kemarahannya buat sementara waktu. Nak kata si Arin ni tak profesional, dia juga faham dengan situasi yang Arin lalui. Bukan mudah.

Adrian pula mengepal tangannya di bawah meja. Geram dengan Hilman yang sengaja nak bagi dia cemburu. Main kasar kau Man!

Ingat cemburu seorang perempuan je ke yang bahaya, ini cemburu seorang lelaki pun bahaya tau!!

"Arin..Arin. Why don't you just accept the fact that OUR father dah ceraikan mak kau. Already 10 years berlalu dah pun. Takkan tak tahu nak kawal emosi sendiri? Tak ada la bagus mana Aksara ni pun rupanya." sinis Fasha. Hilman membulatkan mata, bab nak cari gaduh bagi ajelah dekat perempuan gila ni.

"Kau.."

"Ataupun kau still tak boleh lepaskan Adrian kat aku? Both of us are hot couple tau dekat Victorian. Kau takkan.."

"Fasha! Just stop it. Jangan sampai aku suruh kau keluar daripada bilik ni." balas Adrian.Dia tak mahu lagi nak menyakiti hati Arin. Sudah cukup lama dia bertahan dengan kerenah Fasha, dia mahu tamatkannya secepat yang mungkin.

Arin yang sudah hilang sabar, menghentak meja itu kuat. Tajam matanya memandang Fasha.

"Kau fikir aku bodoh macam kau ke perempuan? I don't even care about Tengku Ismail. Our father? Kalau kau nak sangat ada bapak, ambik la. Kau kan jenis suka ambik hak orang, perampas sama macam mak kau." Sembur Arin. Ingat dia seorang pandai cari gaduh.

"Jaga mulut kau.."

"Ohh, tahu nak naik angin. Jaga mulut konon, kau tu yang patut jaga mulut kau. And one more thing, kalau kau ingat aku still belum move on daripada mamat ni, kau silap. Kau boleh pergi mati la dengan Adrian kau tu. Hot couple huh? Like I care,bitch!" hambur Arin.

"Ell..it's not like what you think. Antara Fasha dengan Ian.." celah Adrian. Dia mahu jelaskan perkara sebenar.

"Huh? Bukan macam apa yang aku fikir? Tengku Adrian Ukasyah,stop being a hypocrite. Lagipun benda dah lama, and tak ada benda yang kau perlu jelaskan lagi dah, whatever it is, I don't buy it this time."

Arin lekas bangun daripada duduk. Katakan dia tidak profesional, namun selama ini, dia seorang yang menderita.

"Ell..no.." Adrian pantas mengejar langkah Arin. Berlari anak dan dia berjaya menyaingi langkah Arin.

"Awak tahu how much I love you Arin Isabella. Awak tahu ni semua tak betul. Saya masih sayangkan awak. Saya tak pernah lupakan awak. Tolong la percayakan saya, saya dan Fasha.."

"Maaf Tengku Adrian. Aku tak nak dengar apa-apa pun dari mulut kau. Aku dah tawar hati, everything between us..is over. I won't trust you anymore. And that's it."

tubuh lelaki itu ditolak ke tepi. Adrian yang terkaku mendengar kata-kata Arin hanya membiarkan gadis itu pergi. Dia terngadah. Hanya satu ayat yang berputar di telinganya berulang kali.

'I wont trust you anymore.'

Adrian ketawa kecil.

"Just who you think I am, Ell? I'm not gonna give up. If I want you then I'll make sure you're gonna be mine." Monolog lelaki itu, yakin Arin Isabella akan kembali pada dirinya. Dia cuma perlu bersabar.

Hilman meninggalkan Fasha yang masih tersenyum sinis dan terus melangkah mendekati Adrian. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"Bro, jangan mengalah lagi, cuba sampai kau dapat dia balik. Aku yakin hati dia akan lembut juga nanti lagi-lagi bila dia tengok usaha kau nak dapatkan dia balik"

Adrian memandang Hilman. Dia mengeluh perlahan. Tadi dia yakin, tapi bila dia fikirkan kembali, bolehkah dia lembutkan hati wanitanya itu?

"Tapi Man, Ell.. dia bencikan aku. Sangat benci. I can see it through her eyes." kata Adrian. Kalau bukan kerana Fasha Hafina, hubungannya dengan Arin takkan terputus.

"Aku bukan nak takutkan kau Ian, tapi Arin bukan lagi your sweet lover anymore, she's broken inside. Kau kena usaha lebih lagi, biar dia nampak effort kau." kata Hilman.

"I know it. And she's mine to begin with." Putus asa? Itu bukan Tengku Adrian Ukasyah la.

©®©®©®

Arin masuk ke dalam kelas dengan wajah masam. Terus dia duduk di mejanya, penat menghadap perangai manusia yang ada di bilik mesyuarat sebentar tadi. Aliya memandang Arin yang baru duduk di sebelahnya.

"Masam je muka, kau okey tak ni? Masalah apa pula kali ni?" Tanya Aliya. Faham sangat dengan kerenah kawan baiknya itu. Ada la tu benda jadi dalam bilik mesyuarat tadi.

Arin menundukkan wajahnya. Digeleng kepala perlahan. Memang hati dia tak okey daripada seminggu yang lalu.

Tengku Adrian Ukasyah.

Lelaki pertama bagi seorang Arin Isabella. Jumpa bekas kekasih hati yang cuba dilupakan selepas bertahun, mana mungkin dia boleh kekal tenang. Moving on is not easy and same goes to me.

"..saya masih sayangkan awak. Saya tak pernah lupakan awak.."

Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak mencuit hati kecilnya. Tapi, di tahap mana kepercayaan yang dia ada untuk Adrian?

"Kau dah jumpa dia?" tanya Aliya perlahan.

"Huh?"

"Lahhhh, aku cakap bukan main panjang lagi, kau tak dengar rupanya. Ish, aku tanya, kau dah jumpa dia ke belum? Aku tahu kau jumpa dia masa awal haritu, but kau dah cuba bagi dia explain tentang dulu ataupun tak?" Tanya Aliya panjang lebar.

"Dah, tapi tak adalah sampai nak dengar dia explain apa semua. Just macam tu ajalah. Dia masih tak berubah. He is still the old Adrian. Yang lainnya, dia nampak lagi matang..ehh, yang kau tanya pasal dia buat apa? Aku dah tak nak la cakap pasal dia. Buang masa." kata Arin. Tipu la kalau dia sudah membuang segala rasa yang pernah hadir dahulu.

"Eleh, buang masa konon. Ada yang kena ludah dengan aku ni karang. Kau still cintakan dia kan?" Aliya mencebik, menyampah. Buang masa la sangat, bukan sehari dua dia kena budak Arin ni.

Namun, Aliya tahu, Arin Isabella ini bukan lagi Arin Isabella yang dulu. Dia bukan lagi gadis naif yang ikut cakap orang. Well, it's true though, pengalaman mematangkan diri.

"Why should I?"

Wajah Arin angkat,menunjukkan keangkuhannya seperti yang selalu dia lakukan. Dia tak rugi apa-apa pun kalau tak bercinta dengan Adrian.

"I can get better without him. Aku bukannya perempuan yang tak boleh hidup kalau tak bercinta dengan dia. Sekarang aku kena fikir pelan macam mana nak kacau hidup Fasha tu sepanjang dia ada dekat sini."

Senyuman sinis diukir. Buat apa dia sibuk fikir tentang lelaki itu, kalau dia boleh manfaatkan situasi sekarang untuk dia hancurkan Fasha Hafina.

"Aku akan pastikan hidup dia tak aman sepanjang hidup dekat Aksara. Tunggu, jagan kau Fasha."

Aliya mula seram dengan perubahan Arin yang tiba-tiba ini. Kawan baik dia ni memang lain macam.

Keesokkannya, kelas pertama mereka, Matematik Moden. Sementara menunggu kedatangan guru, semuanya bersembang antara satu sama lain.

"Weh, dengar cerita kau dengan Adrian pasangan bercinta dulu, dekat Victorian? Betul ke?" Tanya Rara kepada Fasha.

Fasha tersenyum sambil memandang Arin. "Haah, kalau kau nak tahu, Adrian dulu pernah putus dengan girlfriend dia sebab aku."

"LAHHHHH, maksudnya kau ni perampas ke?" Bidas Rara, dengan wajah tak bersalah.

"Apa kau ni? Adrian nak dekat aku sebab.."

Baru sahaja Fasha mahu memarahi gadis itu, Adrian terlebih dulu memyampuk,

"Tu semua tak betul, aku tak pernah ada hubungan dengan dia. And aku tak pernah minta putus dengan girlfriend aku."

"ADRIAN!!" Jerkah Fasha. Tidak sangka, Adrian boleh cakap begitu.

Rara tersengih comel. "Ohh, selama ni khabar angin je la. Fasha, kau ni perasan sangat la. Kan dah malu." Arin ketawa kecil, menyembunyikan tawanya. Padan muka!

"Terbaik la kau! Kasi swing je lain kali." Kata Taufiq, sambil menepuk bahu Adrian. Bangga dengan kawannya itu.

Tak lama selepas itu, Puan Azlida masuk ke dalam kelas.

"Bangun kelas."

"Good morning teacher!" bersemangat Ariff memberi salam kepada Teacher Azlida.

"Good morning class. Okey,memandangkan ada pelajar dari Justis Highschool yang masuk ke dalam kelas kita, jadi saya nak awak semua susun meja berempat." arah Teacher Azlida.

Pantas dan tangkas pergerakan daripada pelajar 5 Permata.

"Okey,senarai nama saya akan baca.Awak semua akan duduk bercampur 2 buah sekolah ni.Baik..

Gp 1- Fakhrul,Dahlia dan Fasha,Shafiq

...

Gp 8 - Hilman,Aliya,Arin dan Adrian.

Okay,that's all guys. Sebenarnya Teacher ada meeting lepas ni, jadi awak semua boleh bukak kerja rumah yang saya tahu awak semua masih tak siap lagi tu okey. Arin and Hilman,you guys are needed in the meeting."

Arin dan Hilman terus bangun daripada kerusi mereka.Apahal pula mereka kena panggil kali ni?

Keluar sahaja Teacher Azlida,Arin dan Hilman,kelas menjadi sunyi. Mereka sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan semalam.

Aliya sudah siap,jadi dia yang duduk bertentangan dengan Adrian ini mula membuka bicara. Dia keliru dengan apa yang jadi. Lebih baik dia tanya terus pada empunya badan.

"Apa plan pengetua kau hantar kau semua datang sini? Aku tak rasa semua ni hanya untuk gabung highschool macam tu saja."

Straight to the point. Itu Aliya Raissa. Menjadi kawan baik kepada Arin yang dingin membuatkan dia terikut perangai gadis itu.

Dan dia kenal Tengku Adrian Ukasyah.

"Nothing. Cuma jalinan private school like what the principal said."

Aliya ketawa sinis.

"Aku tahu ada something yang Tengku Ismail dan kau sorokkan. Dan hanya kau berdua saja yang tahu. Aku bukan orang yang sabar, Ku Ian." Aliya mula nak keluar perangai kurang penyabar dia tu.

Adrian juga ketawa perlahan. Mereka berempat sudah kenal daripada kecil, tidak mungkin dapat bohong antara satu sama lain.

"Kenapa gelak? Ataupun rahsia yang kau mak sangat tutup dah terbongkar?" kata Aliya. Pelik dengan lelaki itu. Hanya Arin sahaja yang boleh baca facial expression lelaki ini.

Dan dia juga tahu,

Tengku Adrian, bukan seseorang yang boleh dibawa main.

"Liya,kau kena tahu satu benda, maybe Tengku Ismail ada rancang dia yang tersendiri and so do I. Apa masalahnya kan, sambil menyelam minum air?" kata Adrian. Makin Aliya tidak faham dengan lelaki ini.

"Apa yang kau nak sebenarnya?"

"Simple.Aku nak Ell aku balik.Cause my heart wants what it wants."

Dah agak dah!

Continue Reading

You'll Also Like

55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
46.3K 1.3K 22
Where an unfortunate boy gets attacked by the Honkai and is being taken care of the flamechasers...
1.8M 117K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
3.2M 263K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...