7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 14

12.6K 607 9
By PiNKster31

Fun fact tentang Aidan Shah

• 30 Jun 2000
• Keturunan Jerman belah ayah
• Anak sulung daripada 3 adik beradik
• Baik, Lemah lembut dengan perempuan, Rendah diri, Dependable, Matang

Selepas bersarapan, mereka mengemas beg mereka dan check-out dari hotel. Sebelum mereka bertolak ke Shah Alam, Lynn berjumpa dengan Uncle Lim dan kembarnya untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

Dalam pukul 1 lebih, mereka sampai di Shah Alam, di mana mereka akan tidur di rumah Lynn. Well, rumah lama Lynn sebelum dia pindah ke Kuantan.

"Assalamualaikum!" Kata Lynn semasa kakinya mencecah lantai rumahnya. Lynn membuka lampu. "Nasib baik ayah datang sini sekali-sekala. Takdelah berhabuk sangat rumah ni." Dia menoleh ke belakang untuk melihat kawan-kawannya. "Sori ah rumah kecik, ni je aku mampu offer."

Rumah Lynn bukanlah banglo tetapi sebuah rumah teres berdekatan dengan sebuah tasik.

"Hmm tak kisah pun." "Asalkan ada katil, I'm not complaining."

"Betul. Lagipun, rumah kecik tapi penuh dengan orang lagi fun!" Kata Ana.

"You're thinking about your mom, right?" Tanya Zahra, tangannya memegang lengan Ana.

Ana mengangguk kepalanya sambil menayangkan muka sayu. "Haah. Aku kena stay dengan korang, abang aku kat U. Ayah aku pulak kadang-kadang kena outstation lama. Tinggal dia dengan bibik je la kat rumah tu dengan kucing-kucing."

Adam yang terdengar perbualan mereka mencelah. "Gi lah visit dia tiap-tiap minggu. Bukannya jauh pun rumah kita dengan rumah mak kau kan?"

Ana tersenyum nakal. "Amboi kau, 'rumah kita' ek?"

"Eh! M-maksud aku rumah yang k-kau, aku dengan yang l-lain duduk la!" Kata Adam cepat-cepat, pipinya mula merah.

Zach yang berada di tepinya ketawa. "Uish Adam, kenapa nak malu sangat tu? Memang la rumah kita, kau fikir apa ha?"

Sementara mereka berempat sibuk berborak, Lynn sudah mula memberi 'tour' rumahnya.

Rumah tersebut mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Ryan, Is, Aidan dan Adam akan tidur di bilik ruang tamu bawah. Jejaka yang selebihnya di bilik tidur atas. Lynn, Evelyn, Lili dan Ana sebilik, Ezact, Zahra dan Fa Ra sebilik.

Separuh dari mereka ke bilik, mahu berehat dan mengemas beg mereka. Yang selebih lepak di ruang tamu.

"Koraaaaang! Jom keluar makan." Ajak Lynn selepas dia turun tangga. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Haa tu la kau. Tadi masa on the way ke sini, dah singgah kedai, tak nak lunch." Kata Lili.

"Kenyang la tadi. Aku minum milo ais je lah."

"Kitaorang kenyang la." Kata Eve.

"Ala temanlah. Kita naik Grab. Tak berani la aku nak naik sorang-sorang." Pujuk Lynn.

"Nak aku temankan?" Tawar Ryan. "Aku bukannya ada benda nak buat pun."

"Eh? Um uh..."

"Ha baguslah tu ada orang sudi teman." Kata Fa Ra.

"T-tapi Fa Ra, kau pun tadi tak makan. Kau lah teman aku."

Fa Ra menggeleng kepalanya sambil bangun dari sofa. Dia berjalan ke arah tangga. "I have somewhere to go so I'm gonna bersiap-siap dulu. Bye-bye chingu-ya!"

"Huh?" Lynn menoleh kea rah Eve dan Lili. "Dia nak pergi mana?"

"Date dengan Lucas." Jawab Eve dengan selamba, matanya tidak berganjak dari telefonnya.

Lili mengeluh. "Tapi katanya as a friend. Tak tahulah dia tu."

Lynn baru mahu tanya soalan lagi apabila dia dipanggil oleh Ryan.

"Grab dah nak sampai. Kau dah siap ke belum?"

"Huh? Kau dah book Grab?"

"Yelah. Aku kan teman kau."

"Tapi..."

"Kau ni banyak cakap lah. Kau kan anak dara, keluar sorang-sorang bahaya. Aku teman lah."

"Entah Lynn. Pergi je lah. Kitaorang punya buntut dah melekat kat sofa ni, takleh la nak teman kau." Kata Eve.

"Eleh cakap je lah malas."

Lili gelak. "Hihi yelah kitaorang malas. Makan elok-elok, take care. Kalau Ryan buat apa-apa kat kau, call je kitaorang."

"Eh muka aku ni jahat sangat ke hah?"

"Yelah. Kau pernah sakiti Lynn."

"One time je."

"Je?" Lili mengangkat salah satu keningnya. "Kau better jaga dia, kalau tak aku report ke parents kitaorang."

"Iye, tahulah."

Pon! Pon!

"Jom, Grab dah sampai tu." Ajak Ryan lalu dia keluar dari rumah.

Lynn memandang ke arah Eve dan Lili. Mereka berdua sibuk menonton sesuatu di telefon Eve.

'Ceh, sombong. Pemalas.'

Nak tak nak, terpaksalah Lynn pergi dengan Ryan. Bukannya dia takut atau marah ke Ryan. Dia rasa 'awkward' bersama dengan seorang lelaki. Tetapi apakan daya? Kawannya malas, Ryan pula rajin mahu teman. Pergi ajalah berdua bersama pak cik Grab.

□●□●□

"Kat sini? Well, this is unexpected..." Kata Lynn apabila dia melihat kedai mamak di depannya.

"Asal? Kau nak gi kedai cantik-cantik, aesthetic bagai ke?" Ryan mengeluarkan fonnya. "Kejap, bagi aku book Grab."

"No, no! I mean, aku tak expect kau untuk pilih kedai macam ni. I thought..."

"Kau ingat aku suka kedai fancy-fancy, 5 stars gitu? Kedai mamak la paling best." Mereka berdua mula berjalan memasuki kedai mamak tersebut. "Lepak sampai Subuh, borak dengan member. Mamak memang the best!"

Mereka mengambil tempat duduk lalu memesan makanan.

"Tu plan korang ke malam ni?" Tanya Lynn selepas pelayan mengambil pesanan mereka.

Ryan mengangguk kepalanya. "Of course lah."

"Tak penat ke? Besok korang nak blah pergi Kl."

Besok, girls dan jejaka akan berpecah. Jejaka akan ke Kl, girls akan stay di Shah Alam sehinggalah tamat cuti persekolahan.

"Kl je pun. Bukannya jauh dari sini."

Air mereka tiba. Mereka minum air dengan senyap.

"Kita actually tak kenal each other dengan mendalam kan? How about you tell me interesting things about you?" Tanya Ryan, mahu hilangkan rasa awkward antara mereka berdua.

Lynn diam seketika sebelum menjawab. "Aku tak rasa ada benda interesting tentang aku..."

"Hmm?" Ryan mendekatkan dirinya ke meja. "Takkan la langsung takde."

Lynn merenung ke arah gelasnya. Nampak refleksi dirinya dari gelas tersebut. "Dulu aku confident tapi bila dah besar, confident tu hilang. And now aku rasa kekok sikit cakap dengan lelaki..."

Ryan mengangkat salah satu keningnya. "Kau cakap dengan aku, dengan kawan aku, elok je. Tak awkward langsung."

"Awal-awal tu awkward la. Ni thanks to my friends, takde la rasa pelik."

"Kenapa nak rasa awkward? Sebab kitaorang hensem sangat?" Tanya Ryan dengan nada mengusik.

Lynn membuat 'eye roll'. "You know, berkawan dengan kau buat aku sedar something about you."

"Which is?"

"Kau ni perasan je lebih."

Ryan ketawa. "No. Betul lah aku hensem. Bukan sebab tu ke kau suka aku?"

Pipi Lynn mula merah. "M-manada! Tu sebab kau tiba-tiba puji aku cantik..."

"Betul la. Kau cantik."

Lynn memandang tempat lain, tak berani nak memandang mata Ryan. Takut Ryan dapat rasa yang jantungnya berdegup kencang. "Another thing about you is that you are a playboy kan?" Kata Lynn, mahu tukar subjek.

"Playboy?" Ryan memandang ke atas sambil menyandarkan badannya pada kerusi. "I guess you could say it like that... Tapi bagi aku, aku bukannya mainkan hati perempuan. Aku bagi apa yang diaorang nak je."

"And that is?"

"Chance to be my girlfriend."

"Lepastu, kau break up dengan diaorang."

"Dah tu? Takkan nak stay forever? Aku bukannya suka pun diaorang."

"Lebih baik reject diaorang."

"Tch tch tch!" Ryan menggelengkan kepalanya. "Nanti kang diaorang sibuk stalk aku, sibuk berebut nak satu kumpulan dengan aku."

Lynn baru sahaja hendak membalas apabila ada seseorang memanggil Ryan.

"Ryan?"

Mereka menoleh ke arah tuan empunya suara. Seorang perempuan berpakaian sopan tersenyum apabila melihat Ryan.

"Lia?"

"OMG, it is you!" Perempuan tersebut terus berdiri di tepi meja mereka. "You tak cakap pun you balik sini. Kalau I tahu, I boleh ambik you dari airport."

"Tak payah susahkan diri kau. Aku datang sini dengan Adam, semua tu."

Lia memandang Lynn kemudian tersenyum. "Bawak girlfriend sekali eh?"

"Eh takdelah!" Cepat-cepat Lynn nafikan. "I'm his friend je." Lynn menghulurkan tangannya. "Saya Lynn."

"Hi, Lynn!" Sapa Lia dengan ceria. "I'm Lia. Boleh I join korang?"

"Sure, sure." Lynn menarik kerusi di sebelahnya. Lia duduk di sebelahnya.

"Kau buat apa kat sini Lia? Tiba-tiba je ada kat sini, kau stalk aku jugak ke."

"Eh tolonglah!" Marah Lia. "Aku datang sini sebab nak singgah butik kat sini la. Area ni kan, butik best-best."

"Betul. Dengar cerita ada sale sebab tengah musim cuti." Sampuk Lynn.

Lia mengangguk kepalanya laju-laju. "Yes! See, Ryan. Lynn pun tahu. Apalah you ni."

"Tak tahu pulak kau ni jenis ambik tahu butik-butik kat sini." Kata Ryan kepada Lynn sebelum dia menghirup air minumannya.

Lia memesan air sementara Lynn membalas, "Minat je nak ambik tahu pasal butik kat sini. Baju diaorang cantik-cantik and stylish pulak tu. Cuma mampu cuci mata je lah."

"Kau nak pergi check butik-butik tu? Aku belanja kau as apology when we first met."

Lia tersenyum mendengar perbualan mereka berdua. "Eeeee yeke korang ni kawan? Macam lebih dari kawan jeeee."

"Hah? Kau merepek apa Lia? Dah lama tak jumpa, kau mula merepek bukan-bukan."

Lynn tergelak. "Ryan, not nice la kau ni." Lynn menoleh ke arah Lia. "But we are just friends. Nothing more."

"Eeeeh ruginya. You're so pretty Lynn, sesuai dengan Ryan yang ada rupa ni."

"Ew Ryan ada rupa ke?" Gurau Lynn lalu dua orang gadis tersebut ketawa manakala Ryan memasamkan mukanya.

"Of course la ada. Kalau tak, takdelah banyak ex aku."

"Eee still dengan perangai player kau eh?" Lia memegang lengan Lynn. "Kalau si Ryan ajak you couple, you reject tau. Masa kitaorang satu sekolah dulu, dia pernah couple with my friend, Sophea. And OMG they're like the perfect couple ever. But this stupid boy breaks up with her."

"Ish ish ish, Ryan." Lynn menggeleng kepalanya.

"Apa salah aku? Macam aku cakap sebelum ni, aku bagi dia chance untuk couple dengan aku. Cukup lah setahun jadi girlfriend aku. Dia paling untung sekali sebab dapat couple dengan aku paling lama."

"But then why break up?"

"Perangai dia tu aku tak tahan lah. Mengada. Aku couple ngan dia lama pun sebab waktu tu papa aku tengah buat projek dengan daddy dia. Tak habis-habis ugut aku untuk cancel projek dengan ayah aku kalau aku tak dengar cakap dia."

"Hmm betul jugak. Sophea tu... gedik and possessive sikit. Tak suka sangat bila dia mula buat perangai tu."

Lynn memandang Lia, mukanya berkerut. 'Aik? Tadi puji, sekarang kutuk pulak kawan dia...'

"Kau tak payah la buat muka Lynn. Macam arwah nenek aku je kerut kat dahi tu." Tegur Ryan sebelum dia sambung. "Lia memang macam ni."

Lia mengangguk kepalanya. "I terpaksa jadi her friend sebab my dad kerja bawah her daddy. I tak suka sangat pun dia."

Lynn meng'o'kan sahaja kata-kata Lia.

Makanan mereka pun tiba. Lia juga ikut sekali makan. Sambil mereka bertiga makan, Lia menceritakan cerita tentang Ryan dan jejaka yang lain.

Lia merupakan sepupu Aidan dan dia sudah kenal jejaka yang lain sejak kecil lagi.

Ada cerita yang membuatkan Lynn ketawa, ada yang membuatkan Ryan mahu cekik Lia kerana sibuk meng'expose' masa silamnya yang memalukan. Namun, entah kenapa apabila nampak Lynn tersenyum, Ryan tak jadi mahu marah lama-lama.

Setengah jam kemudian, mereka selesai makan. Ryan yang dipaksa menjadi gentleman oleh Lia membayar makanan mereka.

"It was so fun meeting you guys, especially dapat kenal you, Lynn." Kata Lia. "Tak perlu berlakon macam dengan Sophea."

Lynn senyum. "Seronok jugak dapat kenal dengan awak Lia. Kalau datang Kuantan, roger lah."

"Of course! You guys kena bagi I tour satu Kuantan hehe."

Lia dan Lynn berpelukan. "See you when I see you, Lynn!" Lia memandang ke arah Ryan. "Kirim salam dekat Aidan. Suruh dia singgah rumah I before balik." Lia menepuk-nepuk bahu Ryan lalu membisikkan, "Goodluck tackle Lynn!"

"Huh?" Tak sempat Ryan nak tanya apa yang dia maksudkan, Lia sudah berjalan pergi dari mereka.

Lia melambaikan tangannya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua.

Lynn membalas lambaian tersebut. "She's such a nice girl, kan?"

"Hmm baik la jugak walaupun perangai tu kadang-kadang pelik sikit." Ryan masih lagi tak faham dengan kata-kata Lia. 'Tackle Lynn? Aku tak suka pun dia.'

□●□●□

Semasa Lynn dan Ryan keluar makan, Fa Ra dan Lucas pergi ber'dating' as a friend.

Mereka berdua pergi ke restoran menjual makanan Korea.

"Korean eh? Kau tak bosan ke makan makanan Korea?" Tanya Lucas apabila mereka melangkah masuk ke kedai tersebut.

"Walaupun omma aku Korean, dia suka masak makanan Melayu. So, jarang lah aku dapat makan makanan Korea."

Mereka mengambil tempat duduk di meja kosong lalu memesan makanan.

Oleh kerana Lucas tak berapa tahu tentang makanan Korea, Fa Ra meng'order'kan makanan untuknya.

Dia memesan tteobokki sebagai hidangan ringan, set bulgogi untuk dirinya dan set bibimbap untuk Lucas.

Mereka berborak tentang kehidupan mereka sementara menunggu makanan mereka tiba.

Tidak sampai 15 minit, makanan mereka tiba.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada waiter.

"So, macam mana nak guna chopstick?" Tanya Lucas sambil memegang chopstick dengan tidak betul.

"Lah, noob rupanya kau ni." Kata-kata Fa Ra menyebabkan Lucas memasamkan muka. Fa Ra ketawa sebelum menolong Lucas memegang chopstick dengan cara yang betul.

Fa Ra juga mengajar Lucas cara untuk mengambil makanan menggunakan chopstick namun, Lucas gagal mengambilnya.

Fa Ra mengeluh lalu mengambil sebijik tteobokki menggunakan chopstick. Dia menghulurkannya ke mulut Lucas. "Kesian aku tengok kau, nah aku suapkan."

Lucas makan tteobokki tersebut lalu mengunyah-nya perlahan-lahan. Tak sampai lima saat dia menelan makanan asing tersebut, dia sudah mengipas mulutnya. "Pedas gila doh!"

"Haish, orang kacuk barat pun tak boleh tahan pedas?" Fa Ra menghulurkan segelas air masak kepada Lucas. "Nasib baik aku tak order spicy bibimbap untuk kau."

Lucas cepat-cepat mengambil gelas tersebut lalu meneguknya dengan rakus, menyebabkan dia tersedak. Fa Ra cepat-cepat menepuk belakang Lucas.

"Ish dia ni, pabo betul! Lain kali, jangan minum laju-laju lah."

"Aww sweetnya!" Jealousnya I, awek dia manjakan bf." "Ish bersemut meja nanti."

Fa Ra menggeleng kepalanya. "Busybody betul. Kita chingu je, bukannya couple."

"Siapa kata kita bukan couple?"

"Hmm?" Fa Ra memandang Lucas lama-lama. "Aku?"

"Well, it's about to change." Lucas mengambil fonnya lalu menghalakannya ke Fa Ra yang masih lagi blur. Dia menaip sesuatu di fonnya sebelum meletakkannya di tepi.

Pada masa yang sama, fon Fa Ra bergetar. Dia melihat notifikasi fon lalu memandang ke arah Lucas dengan pelik. Lucas telah tag dia pada story Instagram. Fa Ra membuka aplikasi Instagram lalu menekan story Lucas.

Terbeliak mata Fa Ra, pipinya mula merah.

Lucas telah mengambil gambarnya lalu post ia di story dengan tulisan, 'Tengok kesayangan saya ni, cantik kan dia?'

"Lucas!"

"What?"

"What apa? Kau tau tak apa yang kau post kat story kau ni?"

"Tahu. Aku bagitau semua followers aku yang kau awek aku."

Terdiam Fa Ra, tak tahu mahu membalas apa.

"Why? You don't like it?"

"B-bukan... otak aku tengah proses keadaan sekarang ni."

"Don't worry, aku tag kau tapi aku sembunyikan nama kau. Nanti kau kena harass pulak dengan fans aku."

"Ish aku tak kisah la pasal tu!.. C-Cuma that means, you're my boyfriend... right?"

Lucas tersenyum. "Of course! And you are mine."

°■°■°

"Wowz Fa Ra, wowz!" Jerit Ezact dengan kuat.

Balik sahaja daripada date, Fa Ra terus pecut masuk ke dalam biliknya. Girls yang lain juga berkumpul, mahu mendengar dari mulut Fa Ra sendiri bagaimana dia dan Lucas boleh ber'couple'.

"Ugh untungnya kau! Adam ni pengecut la, tak mintak-mintak pun nak jadi gf dia." Rungut Ana.

"Manalah aku tahu wei. Dia confess dengan post kat story Ig."

"Habis ah kau kena dengan fans dia Fa Ra. Kitaorang tengok dari tepi je lah." Kata Eve.

"I don't even want to care or know." Kata Lynn lalu dia bangun dari katil.

"Eleh kau dengan Ryan tu takde apa-apa ke?" Tanya Ana.

"No!" Jerit Lynn. "Kitaorang kawan je."

"Kawan hmph! Macam tu la aku dengan Lucas, and now we're a couple." Fa Ra menjongketkan keningnya beberapa kali.

"Eh eh kau." Tegur Lili. "Aku happy untuk kau but at the same time not."

"What why Lili? Hancur mood ah kau ni." Ana memuncungkan mulutnya. "Kau tak nak tengok kawan kau happy ke?"

"Of course la nak. But not this way. Kau tahu kan cara ni boleh jadi zina."

Terus sentap mereka semua. Nasib baiklah Allah SWT turunkan kawan seperti Lili untuk mengingatkan mereka tentang perkara seperti ini.

"I don't like that you guys are a couple. Dah, aku dah laksanakan tanggungjawab aku untuk tegur kau."

"Yeah me too!" Setuju Lynn. "Kau pun tahu how haram relationship ends right? Dah banyak kali kau couple, kata nak last until Jannah last-last hampeh, break up."

Fa Ra memuncungkan mulutnya. "Tapi kali ni taklah..."

Sebelum apa-apa pergaduhan berlaku, Zahra cepat-cepat mencelah. "Ingat tak waktu Lili ejek one of Fa Ra's ex?"

~ Flashback bermula ~

Semasa tingkatan dua...

Mereka sedang membuat kerja masing-masing memandangkan cikgu tiada. Jadi cikgu lain telah masuk untuk menggantikan cikgu mereka. Sambil membuat kerja, mereka berborak tentang bf Fa Ra.

"Salim yang baju putih tu kan?" Tanya Ezact.

Fa Ra mengangguk kepalanya.

"Yang gemuk tu kan? Salim gemuk, Salim gemuk, Salim gemuk." Ejek Lili.

Kelas yang tadinya separuh bising terus diam. Hanya Lili sahaja bercakap jadi rakan sekelas yang lain dan juga cikgu yang ganti dapat mendengar dengan jelas kata-kata Lili. Namun, Lili tidak perasan. Dia teruskan ejekannya.

"Amboi-amboi dia ni! Sedap mulut je kata orang gemuk ye?" Tegur cikgu tersebut.

Terus Girls dan rakan sekelas mereka ketawa, terhibur dengan perangai Lili.

"A-a... tu..."

~ Flashback tamat ~

Mereka semua ketawa teringat kejadian tersebut kecuali Lili. Mulutnya muncung, tangan disilang.

"Ish korang ni! Betul lah kan dia gemuk. Bukannya aku body-shaming. Aku just cakap je dia gemuk, not that it's a bad thing."

"Yelah Lili." Kata Eve dengan senyuman.

Girls sambung berborak tentang macam-macam perkara. Walaupun berbeza pendapat, mereka tetap boleh berkawan antara satu sama lain.

Continue Reading

You'll Also Like

143K 12.8K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
213K 4.2K 50
Highest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan u...
81.3K 3.9K 30
Adik, Akak Suka Awak - Aira Pengakuan jujur. Penantian Cinta Yang Terindah. 10 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Adakah Benar Dia Jodoh Yang Telah Di...
20.4K 1.4K 32
" Perasaan aku tak penting ke?" " Saya akan bantu awak " " Saya ni bahaya" " Aku akan pastikan perasaan kau jadi penting selepas ni" " Nado saranghae...