7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 13

12.6K 616 11
By PiNKster31

Fun fact tentang Alastair Zachary

• 4 April 2000
• Mix Canada-Melayu
• Anak ketiga daripada 4 adik beradik
• Pandai, Pemalu, Nerdy yang comel, Hardworking, Bercita-cita tinggi

♡•♡•

Keesokan pagi, Fa Ra dan Lili pergi berjogging bersama Lucas dan Aidan selepas menunaikan solat Subuh.

Tetapi bukan mereka berempat sahaja yang bangun awal pada pagi tersebut. Memandangkan hari ini mereka akan check-out dan ke Shah Alam, Ana dan Eve memutuskan untuk berenang di kolam renang hotel sementara Ezact dan Zahra akan berbasikal sekitar kawasan hotel bersama Daniel dan Zach.

"Waaaaa, kosong! Boleh kita conquer, Eve!" Sebaik sahaja mereka tiba di kolam renang, hanya ada beberapa pekerja di situ. Tiada orang lain selain mereka berdua. Mereka mengambil tuala yang disediakan khas untuk berenang lalu meletakkan barang mereka di atas meja yang kosong.

"Bagus la tu, takdelah siapa boleh tengok aku yang tak pandai berenang ni." Eve dan Ana mula memanaskan badan, tak mahu benda yang tidak diingini berlaku seperti kaki cram.

"Meh aku ajarkan kau."

Antara girls, hanya Ana dan Zahra sahaja yang pandai berenang. Yang selebihnya hanya pandai menyelam atau menerapungkan diri atas air.

"Ajar aku float je la, tu senang kan?"

"Boleh la." Mereka berdua berdiri di tepi kolam. "Tapi sebelum tu, jom terjun!"

Ana dan Eve berlari lalu terjun ke dalam kolam... namun apabila Eve naik ke permukaan, Ana sedang berdiri, perutnya dipegang sambil ketawa.

"HAHAHAHAHAA LAWAK LA KAU EVE!"

"Ana, bongok la kau nih!" Marah Eve. "Buat malu aku je terjun sorang-sorang!"

Ana sambung ketawa sebelum dia berhenti lalu mengambil nafas panjang. Dia kemudian lompat ke dalam kolam. Apabila dia naik ke permukaan, dia berenang ke arah Eve.

"Sorry, sorry. Cepat aku ajar. Cuba kau baring, try ringankan diri kau."

"Kejap, kalau tenggelam?" Ragu-ragu juga Eve dengan Ana kerana dia suka mengenakan orang.

"Tak, aku pegang. Janji."

Eve membelakangi Ana lalu menyandarkan dirinya pada badan Ana. Lengan Ana dipegangnya dengan kuat.

"AMIEFOHEBAVIMKVRW!!!" Eve baru sahaja mengangkat kakinya dari lantai, namun dia sudah mula tenggelam dalam air.

Ana menarik Eve supaya dia berdiri. "Eve, elok-elok lah!"

"Dugong mana pulak dalam kolam ni?" Tanya seseorang.

Mereka menoleh ke arah suara tersebut. Is dan Adam!

"Hoi! Kitaorang bukan dugong la!" Marah Ana.

"Kau orang buat apa kat sini?" Tanya Eve.

"Nak basuh baju." Is mencabut bajunya lalu jalan ke tepi kolam dan mencangkung sambil acah-acah basuh baju.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni Eve? Of course la untuk mandi." Jawab Adam.

Satu idea muncul dalam kepala Ana. "Is~" Panggil Ana dengan manja. "Tolong ajar Evie swimming boleh? Dia ni noob sangat la."

"Huh?" Eve memandang ke arah Ana dengan muka pelik. "Kau yang offer nak ajar aku."

"Boleh je." Kata Is. "Tapi kasi aku stretching dulu."

"Ana!" Eve menarik lengan Ana. "Aku nak kau yang ajar aku, bukan Is!"

"Ala Is kan pandai jugak berenang. Bagilah aku ngorat Adam."

"Eh minah arab ni, gatal pulak. Memang patut tinggalkan kau kat rumah."

"Dah ready?" Tanya Is. Tahu-tahu, dia sudah berada dalam kolam dan sedang berjalan ke arah mereka.

Ana dengan senyap-senyap meninggalkan Eve bersama Is

"Uh takpelah Is. Aku tak nak kacau kau swimming." Kata Eve sambil berjalan ke belakang sehinggalah belakangnya terlanggar hujung kolam renang. "Aku pergi swimming dengan Ana."

Dia baru sahaja hendak ke Ana apabila kedua-dua tangan Is memerangkapnya di tepi kolam, menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

(macam ni tapi dalam kolam)

"Aku janji aku takkan biarkan kau lemas." Bisik Is di telinga Eve.

Tercair sedikit Eve. Dia memandang bawah lalu mengangguk kepalanya laju-laju.

Is melepaskan Eve lalu berenang ke tengah kolam. Sementara itu, Eve melihat refleksi mukanya di kolam. Sedikit merah.

"Eve!" Panggil Is, menyebabkan Eve sedar dari lamunannya. "Kalau kau tak ke sini dalam lima saat, aku campak kau masuk laut!"

"Y-ye! On the way, on the way la ni!" Cepat-cepat dia berjalan ke arah Is.

Sementara itu, Ana dan Adam sudah pun lima kali berenang dari satu hujung kolam ke hujung lagi satu. Dua-dua sibuk mahu tahu siapa perenang paling laju.

Ezact dan Zahra pula...

"EEEEEEEEEEEEERGH! Semua ni, kau punya pasal!" Marah Ezact.

Begini ceritanya, apabila Ezact, Zahra, Daniel dan Zach mahu menyewa basikal hotel, hanya tinggal dua sahaja basikal. Tetapi basikal tersebut mempunyai seat belakang, cukuplah untuk mereka berempat naik.

Tak mahu menunggu kepulangan basikal lain, mereka sewalah basikal tersebut. Ezact menunggang bersama Zahra, Daniel menunggang bersama Zach.

Apabila mereka sudah menunggang basikal hampir separuh kawasan hotel, mereka bertukar orang untuk membawa basikal. Namun, Ezact mahu menunggang basikal yang sebelum ini ditunggang Daniel dan Zach. Katanya sebab nampak lagi selesa dan best.

Daniel pula tak mahu mengalah. Jadi berebutlah mereka berdua dengan basikal tersebut. Zahra dan Zach hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah kawan mereka. Ezact sudah dipujuk untuk mengalah, tak mahu. Daniel pula suka buat masalah walaupun dah dinasihat jangan.

Entah macam mana, tayar basikal tersebut pancit.

Kembali ke masa sekarang...

"Asal salah aku? Kau ah tarik-tarik basikal ni. Habis pancit!"

"Salah kau la, tak genteleman langsung! Tak nak mengalah dengan perempuan, hmph!"

Zahra dan Zach melihat antara satu sama lain, penat tengok mereka berdua gaduh.

"Um, apa kata kalau-" Tak sempat Zahra mahu habiskan ayatnya, Ezact memotong.

"Kau diam, jangan masuk campur."

Zach di tepi Zahra melihat basikal tayar pancit tersebut lama-lama. Tiba-tiba dia tersenyum. Dia membisikkan sesuatu ke Daniel.

Daniel tersenyum lalu menyuruh Ezact untuk menunggang basikal tersebut.

Ezact mengerutkan dahinya. "Tak pandai eh? Tayar pancit, mana smooth nak naik basikal."

"Naik je lah kau ni." Daniel memegang basikal tersebut supaya Ezact senang nak naik basikal tersebut.

Ezact memberi muka 'kau buat benda bukan-bukan, aku bunuh kau' sebelum duduk di atas basikal tersebut.

"Pegang kuat-kuat handle tu. Aku tolak kau dari belakang." Daniel mula menolak basikal tersebut.

Sebuah senyuman terukir di bibir Ezact. Walaupun tidak dapat menunggang dengan cara yang betul, ditolak oleh orang dari belakang pun seronok juga. Zach mengayuh dari tepi bersama Zahra di tempat duduk belakang melintasi mereka berdua.

Zahra menjelir lidahnya. "Blueeeeek! Siapa last, kena belanja aku snek!"

"Takdenya! Kau yang kena belanja kitaorang slurpee!" Jerit Ezact. "Daniel, go go!"

"Yes boss!"

Lynn dan Ryan pula...

Khooo! Khooo! Khooo!

Masing-masing masih dibuai mimpi.

Continue Reading

You'll Also Like

ADIK By symeimei

Short Story

324K 3.3K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
5.1K 54 4
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Sebuah karya satira (satire) yang pertama daripada aku. Amat relevan di era 2024 ini, di mana manusia menjadi semakin gila. Se...
52.8K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
7.7K 719 23
[ naega wolf 2 ] "We're still one, right?" @kaereumdawo