7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 11

13.4K 630 16
By PiNKster31

Fun fact tentang Carl Iskandar:

• 17 September 2000
• Keturunan Brazilian belah ibu
• Anak bongsu daripada 3 adik beradik
• Bertanggungjawab, Pandai melayan kanak-kanak, Dalam diam suka/mahu dimanjakan, Penakut, Friendly

*Bahasa Cina yang digunakan daripada Google Translate jadi mungkin ada yang salah. Kalau tahu yang betulnya, boleh comment elok-elok. Thank you!

"Jarang aku nampak kau pakai cheongsam." Kata Lili sebaik sahaja dia masuk bilik tidur dia dan Lynn.

Cheongsam yang dipakai Lynn bukanlah Cheongsam traditional yang ketat atau mempunyai belahan yang tinggi. Namun Cheongsam yang diubah suai untuk menepati cita rasa dan trend zaman moden.

Dress Cheongsam berwarna merah yang berhenti di lututnya. Bahagian skirtnya kembang sedikit seperti princess.

"Tuan empunya hotel ni Cina. Aku pun ada keturunan Cina, eloklah aku pakai baju tradisional orang Cina." Kata Lynn sambil menempek bedak di mukanya. "Boleh kau panggil Ana? Aku nak suruh dia tolong stail rambut aku."

Lili memanggil Ana.

"Asal- Oh my God!" Ana terus memegang bahu Lynn lalu memusingkan badannya 360 darjah. "You're so beautiful, cute, gorgeous and elegant!"

Lynn gelak. "Biasa-biasa je lah. Can you help me? Boleh buat rambut bun cantik-cantik tak?"

"Untuk kau, semua boleh!" Ana menyuruh Lynn duduk sementara dia mengambil sikat.

"Lili, kau tolong make sure budak lelaki pun siap-siap. Aku tak nak kita semua lambat."

"Alright, aku boleh whatsapp-"

"No, kau kena check. Dekat chat, kata je dah siap. Padahal mesti baru nak mandi. So, can you please check up on them?"

"Okeyhh~" Lili keluar dari bilik tidur mereka untuk ke ruang tamu. Di ruang tamu, hanya Fa Ra sahaja yang ada di situ, sibuk bermain dengan telefonnya.

"Fa Raaaaaaaa!" Ngomel Lili. "Teman aku pergi ketuk bilik budak lelaki jap?"

Fa Ra mengerutkan dahinya. "Untuk apa?"

"Lynn suruh. Nak make sure diaorang pun dah get ready."

Tak sempat Fa Ra hendak membalas, Lili sudah menarik tangannya untuk bangun. Dengan tidak rela, Fa Ra mengikuti Lili ke bilik sebelah: bilik jejaka.

Ting tong! Ting tong!

"Apa lagi- oh. It's you guys." Lucas membuka pintu bilik mereka dengan luas. "Masuk la."

Fa Ra baru mahu melangkah masuk tetapi bajunya ditarik Lili.

"No thanks. Masuk bilik lelaki sama dengan masuk sangkar penuh dengan harimau."

"La kitaorang bukannya buat apa-apa pun. Rumah pun kongsi, kau tak trust kitaorang lagi ke?"

"Itu terpaksa. Ni dapat separate, Alhamdulillah."

Fa Ra membuat 'eye roll'. "Apa-apalah. Kitaorang datang nak make sure yang korang dah siap-siap... tapi aku tengok kau nampak stress semacam je."

"Haah kan. Bukak pintu, marah-marah tapi nampak kitaorang je, terus elok."

"Lucas! Kalau tu perempuan-perempuan yang kita jumpa dekat pantai tadi, halau je-" Aidan berhenti bercakap apabila bertentang mata dengan Lili dan Fa Ra. "Oh, korang je. Lucas tak ajak masuk ke?"

Lili menggeleng kepalanya. "Issokay... anyway perempuan-perempuan? Korang datang sini nak cari girlfriend ke apa?"

Lucas menggaru tengkuknya. "Bukanlah! Masa kitaorang pergi jalan-jalan kat pantai tadi, jumpa satu group perempuan ni. Diaorang tegur dulu, pastu borak kejap."

"Tapi diaorang... sedikit gedik."

"Sikit kau cakap?" Tanya Lucas. "Bapak gedik siot! Nak je aku kutuk diaorang depan-depan. Tapi sebab nak jaga imej aku, aku diam dan tersenyum je."

Aidan mengeluh. "And diaorang ikut kitaorang ke sini, sampai ke bilik. Dari kitaorang balik, sampai lah kejap tadi sibuk ting tong, ting tong."

"Serabut bodo! Aku datang sini nak lepaskan stress, bukannya tambah."

Fa Ra ketawa. "PFFT HAHAHAHAHA BIASALAH TU!!! Perempuan kalau nampak laki hensem, diaorang samada stalk kat IG atau terus ajak borak nak tackle."

"Korang tak macam tu pun." Kata Lucas.

"Memang la tak." Balas Lili. "Korang tak hensem, bukan standard kitaorang."

"Oooooh burn~!" Kata Fa Ra lalu dia dan Lili ketawa manakala Lucas dan Aidan memasamkan muka.

"Tak best ah kawan dengan korang..." Bisik Lucas.

Aidan menggeleng kepalanya. "Apa sebab korang datang sini?"

"Oh yeah, Lynn suruh kitaorang check korang. Nak remind yang dinner malam ni pukul 8 malam so, korang should siap-siap pukul 7.45." Jawab Fa Ra.

"Korang rasa dalam pukul berapa habis?" Tanya Aidan.

"Hmm, maybe 10 lebih." Jawab Lili. "Kenapa?"

"Aku dengan Lucas ingatkan nak jogging pagi besok lepas Subuh."

"Waw! Healthy lifestyle gitchew." Kata Fa Ra.

"Memang healthy. Korang berdua nak ikut?" Ajak Lucas.

Lili memandang Fa Ra. "Kau nak ke?"

"Aku on je. Kau?"

"Hmmm." Lili menoleh ke arah dua orang jejaka. "Ada orang lain join jugak ke?"

Aidan menggeleng kepalanya. "Tak, kitaorang berdua je and you guys if korang bangun besok."

"Hmm boleh jugak. Bukan selalu bangun pagi untuk jogging tepi pantai."

"Alright, sporting jugak eh kau Lili?" Tanya Lucas.

"Sporting je asalkan tak langar hukum agama Islam."

"Allahuakbar. Dia memang macam ni ek?" Tanya Aidan kepada Fa Ra.

Fa Ra mengangguk kepalanya. "Yep, this is our cute and small ustazah."

Mereka bertiga ketawa mendengar kata-kata Fa Ra manakala Lili memuncungkan mulutnya, merajuk dengan kata-kata Fa Ra.

°■°■°

"Ni hao (你好)(Hello), uncle Lim!" Sapa Lynn dengan ceria.

Setelah semua sudah siap, rombongan empat belas orang itu berjalan ke arah restoran hotel. Sampai di sana, terdapat seorang uncle Cina berumur dalam lingkungan awal 50-an menunggu mereka bersama dua orang remaja lelaki.

"Ni hao, Lynn! You've grown big since the last time I saw you!" Balas uncle Lim lalu dia memeluk Lynn. "You ingat lagi tak anak uncle?" Dia menoleh ke belakang lalu memanggil, "Cheng Lok! Hui Liang!"

"Ni hao, Lynn! Waaa you're so mĕilì (美丽)!" Puji Cheng Lok.

"Mĕilì? Sorry for asking this but what does that mean?" Tanya Lynn.

Sudah lama Lynn tak berbahasa Cina. Walaupun di sekolah belambak kawan bangsa Cina, Lynn suka berborak menggunakan bahasa ibunda.

"Pretty la!" Balas Hui Liang.

"Oooh~ xièxie (谢谢)." Lynn mengucapkan terima kasih. "Uncle, these are my friends." Lynn menunjuk ke arah kawan-kawannya.

Mereka memperkenalkan diri masing-masing.

"Well, what are we waiting for? Wǒmen chī ba (我们吃吧)!" Kata uncle Lim dengan penuh senyuman.

"Um... uncle, maksud dia apa?" Tanya Lynn.

Uncle Lim ketawa dengan kuat. "Mari makan la!"

Uncle Lim membawa mereka ke meja makan. Makanan yang terhidang ialah makanan Cina yang halal, khas di masak untuk Lynn dan kawan-kawannya. Sementara Lynn dan uncle Lim berbincang untuk memberi harga murah, kawan-kawannya berbual dengan anak kembar uncle Lim.

Sejam setengah kemudian, majlis makan malam mereka tamat. Uncle Lim minta diri untuk pulang dulu kerana dia ada kerja yang perlu disiapkan.

Namun, anak kembarnya mahu lepak dengan mereka jadi mereka berdua akan pulang kemudian.

"Marilah, kami tunjuk you guys around the hotel." Kata Cheng Lok.

"And what you guys can do here." Sambung Hui Liang.

Mereka berenam belas mula jalan sekitar kawasan hotel. Lynn berada di depan sekali, diantara Cheng Lok dan Hui Liang. Kawan-kawan dan jejaka dibelakang mereka.

"Lynn, you sekarang ini buat apa?" Tanya Cheng Lok.

"Sekolah macam biasala." Lynn menarik lengan baju mereka agar mereka tunduk. "But because of the guys..." Lynn menoleh ke arah jejaka. "... I merana."

"Nak saya kerjakan mereka tak?" Tanya Hui Liang sambil membuat aksi acah-acah menumbuk.

"Bù (不)(Tidak)! They're my péngyǒu (朋友)(kawan)." Lynn menghalang Hui Liang.

"Kawan boleh jadi lawan." Kata Cheng Lok.

"Wah sejak bila you pandai berkata-kata ni?" Tanya Lynn.

"Ini Cheng Lok la." Jawab Cheng Lok dengan bangga sambil menepuk-nepuk dadanya.

Lynn dan Hui Liang ketawa.

Mereka berdua membawa Lynn dan rakan-rakannya sekitar kawasan hotel. Berdekatan dengan restoran, terdapat dua buah swimming pool dan satu jacuzzi. Jalan beberapa langkah, ada gym yang menghadap laut. Spa, taman dan laluan ke pantai berada berdekatan dengan lobi. Oleh kerana lobi jauh dari bilik mereka, mereka mempunyai tiga cara untuk ke sana; jalan kaki, menunggang basikal atau menaiki buggy.

Habis sahaja memberi 'tour' hotel tersebut, mereka meminta diri untuk pulang.

"Xièxie Cheng Lok, Hui Liang. See you when I see you?"

Mereka mengangguk.

"Nanti kami datang Kuantan." Kata Cheng Lok.

"Boleh la you guys bawak kami jalan-jalan." Sambung Hui Liang.

"Of course!"

"Kalau ada apa-apa, call us. Wǎn'ān (晚安)(Selamat malam), Lynn." Kata Cheng Lok.

"Good night, guys. It's nice meeting you guys." Sambung Hui Liang.

Mereka mengucapkan selamat malam dan melambai tangan sehingga kembar tersebut hilang dari pandangan mata mereka.

"Waaaah, rapatnya kau dengan diaorang." Usik Ana sambil memeluk tangan Lynn.

Sekarang, mereka sedang menuju ke bilik masing-masing bersama-sama.

"Haah. Tengok perangai diaorang, macam minat ke kau je." Sambung Ezact di tepi Lynn.

Lynn membuat 'eye roll'. "Memang perangai diaorang macam tu lah. Dari kecik sampai besar, tak pernah berubah."

"Really?" Tanya Ryan. Dari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka bertiga. "Sebab berdasarkan pemerhatian aku, diaorang nak attention kau sebabtu rapat semacam dengan kau."

"Betul sebab aku pun pernah buat gitu dekat crush aku." Kata Daniel.

Ezact mengangkat salah satu keningnya. "Tak mintak pun kau punya pendapat."

Mereka ketawa.

"Kejap, kau dapat tak crush kau dengan cara tu?" Tanya Ana.

Daniel memuncungkan mulutnya. "Sadly, no."

Ezact ketawa dengan kuat sambil menunjuk kea rah Daniel. "HAHAHAHAHAHA TAK LAKU, PADAN MUKA!"

"Siapa yang tak laku?" Tanya Adam. Tadi dia berborak dengan orang lain, sekarang berjalan ke arah mereka berlima.

"Daniel." Jawab Ana lalu dia gelak. "Sian ye, kau. Tulah lain kali, straightforward je."

"Kau suka confession jenis straightforward ke?" Tanya Adam.

"Haah, baru aku rasa romantik."

Ezact dan Lynn memandang sesame mereka. Mereka tahu Ana sedang 'push' Adam untuk confesss dan ajak couple. Padahal boleh je Ana confess sendiri tetapi dia je tak mahu.

Tahu-tahu je, mereka sampai di bilik mereka. Mereka mengucapkan selamat malam sebelum memasuk bilik masing-masing.

Lynn merupakan orang terakhir untuk masuk dalam bilik. Dia baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik apabila Ryan memanggilnya.

"Um is there something wrong?" Tanya Lynn.

"Takdelah. Nak bagitahu kau nampak cantik malam ni."

Terus merah pipi Lynn. Dia cepat-cepat memandang ke bawah. "K-kau tak payah menipu. Aku nampak biasa-biasa la."

"Hei aku tak tipu eh. Mak aku ajar dari kecik untuk sentiasa jujur. Aidan!"

"Yea, what's up?" Tanya Aidan sambil menjenguk keluar pintu bilik mereka.

"Aku tak pernah tipu kan?"

Aidan mengangguk kepalanya. "Haah. Dia ni jujur je dengan semua orang walaupun kejujuran dia tu kadang-kadang menyakitkan hati."

"So bila aku kata kau cantik tu, cantik lah."

"X-xièxie I guess..." Kata Lynn dengan perlahan. Dia cepat-cepat minta diri lalu masuk ke dalam bilik.

Aidan memandang Ryan. "Kau... tak de niat buruk kan?"

"Hah? Of course la tak! Awal-awal tu je, sekarang tak."

Aidan mengeluh sebelum berdiri di tepi pintu. "Yelah. Ha cepat la masuk, aku nak tutup pintu ni."

Selama Aidan berkenalan dengan Ryan, dia memang tak pernah menipu. Kalau dia rasa seseorang itu cantik, dia akan beritahu secara depan-depan. Kalau dia rasa seseorang itu sedang buat perkara bodoh, tetap dia akan beritahu secara depan-depan.

Tetapi itulah yang buat sesetengah orang pening. Adakah Ryan cakap ini sebagai pujian semata-mata atau sesuatu yang lebih? Hanya Ryan seorang sahaja yang tahu.

°■°■°

Selepas habis dinner, mereka masing-masing buat aktiviti sendiri. Ada yang membuat rutin malam, menonton televisyen, ada yang sudah pun dibuai mimpi.

"Aku kat luar, baca novel tau. Jangan mengada-ngada kunci pintu pulak." Eve memberi amaran sebelum keluar ke balkoni bilik mereka.

"Nak ikut jugak! Nak tengok bintang-bintang." Zahra mengikut jejak Eve dari belakang.

Mereka duduk di atas kerusi masing-masing lalu membuat aktiviti masing-masing; Eve membaca novel manakala Zahra melihat bintang di langit.

"Anti-sosial!"

Mereka menoleh ke arah bilik jejaka. Is juga berada di balkoni bersama Zach. Zach sedang menuding jarinya ke arah Is, menunjukkan bahawa Is yang jerit 'anti-sosial!' dan bukanlah dia.

Eve memasamkan mukanya. "Manada! Aku tengah baca buku la!" Eve menunjukkan bukunya.

"Anti-social jugak!" Jerit Is.

Eve mengeluh sebelum dia masuk ke dalam bilik. Apabila dia kembali semula ke balkoni, dia sedang memakai headphone.

"Oi! Oooooi! Kau boleh je dengar suara aku kan? Oooooooooooiiiiiiiii!!!"

Zahra dan Zach ketawa melihat telatah Is.

"Memang dia ni macam ni ke?" Tanya Zahra kepada Zach.

Zach menjongketkan bahunya. "Tak pun... tapi entah kenapa dia sibuk nak kacau orang. Tadi dia kacau Lucas mandi. Sibuk main bukak tutup lampu. Sekarang, kacau Eve pulak."

Mereka menoleh ke arah Eve dan Is. Is sedang cuba menarik perhatian Eve, namun Eve tak layan. Mata sibuk membaca perkataan pada muka surat novel, telinga pulak ditutupi headphone.

"Kau pulak buat apa kat luar ni? Teman Eve?" Tanya Zach.

"To see the stars actually." Mata Zahra memandang ke atas.

Langit kali ini cerah, tak banyak awan. Jadi bolehlah mereka melihat bintang dengan jelas.

"Kau tahu ke buruj-buruj?"

"Tak pun, tengok saja-saja je sebab cantik." Zahra menuding jarinya ke arah sekelompok bintang-bintang. "Tu nampak macam kepala kucing kan?"

Zach melihat ke atas. "Hmm... haah la!" Matanya memandang ke kanan lalu mengecil. "Tu kalau kau tengok lama-lama jadi ketupat!"

"Ye duh!"

Mereka berdua sedang sibuk melihat bintang apabila dengan tiba-tiba Eve menjerit.

"Is! Kau kenapa gila?!?" Jerit Eve dengan geram.

Rupa-rupanya, Is telah melempar sebijik bantal kepada Eve. Kena betul-betul pada bukunya, menyebabkan buku tersebut terlempar ke tepi.

"Nak attention."

Eve menggenggam tangannya. "Nak attention sangat?" Dia mengambil bantal lalu mensasarkannya ke arah Is. "Meh sini aku bagi!"

Balingan Eve tepat kena badan Is.

"Owww owww oww!"

Zahra gelak lalu mengambil bantal yang ada. "Pillow fight!!!" Dia membalingnya ke arah Zach.

Nasib baik Zach sempat mengelak. Matanya terbuntang luas. "Apa salah aku?!?"

Zahra ketawa. "Takde pun, saja je hehehe!" Zahra mengambil lagi satu bantal lalu membalingnya. "Kau better start defend diri kau unless kau nak kena lepuk dengan bantal!"

Zach tersenyum. Dia juga mengambil bantal yang ada di kerusi balkoni. "Hei kau yang patut defend diri tu!"

Lalu bermulalah 'pillow fight' di antara mereka berempat... sehinggalah salah satu daripada bantal tersebut jatuh ke laut. Mereka semua memandang antara satu sama lain.

"Cau dulu bossku!" "Not my fault!" "Buat-buat tak nampak!" "Is punca bantal jatuh dalam laut!"

Mereka berlari masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu balkoni, denganharapan tiada CCTV nampak perbuatan mereka itu.

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
5.2K 54 4
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Sebuah karya satira (satire) yang pertama daripada aku. Amat relevan di era 2024 ini, di mana manusia menjadi semakin gila. Se...
298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
391K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...