Protect The Boss (MalayNovel)

By hnurain_

525K 17.2K 445

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pili... More

1
2
3
5
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
34
35
36
For Readers

33

11.2K 400 3
By hnurain_


"Allahuakbar." Perlahan-lahan aku membuka mata. Siapa pulak yang tumpang solat kat bilik aku dengan Hafiz ni? Aku menggosok mata. Biar betul?

Hafiz? Dia solat? Syukur Alhamdulillah! Ya Allah. Tapi , err . Mana dia belajar? Mata aku terlalu berat. Semakin lama semakin kuyu. Argh! Terlalu mengantuk!

Baru aje aku nak terlayang .. tangan hangat itu membelai rambutku lagi. Aku tidak melawan. Aku sempat menikmati usapannya.

"Sayang . Bangun. Solat." Hafiz berbisik di telingaku. Aku merapatkan lagi kelopak mataku.

"Heii. Sejak bila sayang degil nak solat ni..?"

"Bukan degillah abang.." Terus terbeliak mataku. Alamak! Terlepas cakap . Terpanggil dia abang pula. Aduh! Mesti dia dah suka. Aku dah agak dah! Dia dah senyum macam kerang busuk dah. Hu hu hu.

"Habis kalau bukan degil apa?" Hafiz dah membangunkan aku. Haihh. Mengantuklah sayang oii!

"Fif.. Err.. Fif.." Aku malulah nak cakap! Aduh! Kenapalah dia duduk tanya dengan serius ni? Mana aku nak sorok muka.

"Fif apa?" Lembut aje pertanyaan dia. Comel! He he he!

"Fif.. Err.." Aku masih lagi melambatkan-lambatkan pemprosesan jawapan. Ha ha ha.

"Fif apa??!" Hafiz terus geletek aku . Sampai menangis aku dibuatnya.

"Fif period lah!" Terus Hafiz berhenti. Kening kanannya terangkat.

"Hah? Period?" Aku mengangguk. Arghh! Malu! Terus aku menarik selimut dan bersembunyi di bawah selimut. Dup dap dup dap hati ni. Hu hu hu!

"Ape tu?" Aku dah mengeluh. Apalah , kata pencinta wanita ? Takkan tu pun tak tahu? Arrghh, tak nak. Tak nak terangkan lagi. Malu!

" Sayang , cakap lah ape tu?" Hafiz menggegar-gegarkan tubuhku. Haish! Dia ni tau!

" Cuba kau google , cari perkataan period." Tu je jawapan yang mampu aku beri. Hu hu hu.

"He he he! Sorry sorry . Aku tak tahu , he he! Tidurlah. Ya? Tidur. Tidur." Aku tak menjawab . Aku masih bersembunyi di bawah selimut tebal atau kata lainnya comforter . Macam mana aku nak menghadap muka dia ni? Malulah! Auch. Ha ha ha.

___________________________________________________________________

Sepanjang hari aku melekat dengan Hafiz. Pagi-pagi lagi dia dah ajak aku keluar cari sarapan untuk semua isi rumah papa. Lebih kurang adalah dalam lima belas orang termasuk aku dan Hafiz.

Lepas balik bawa makanan untuk sarapan dan bersarapan sama dengan semua. Aku dan Hafiz keluar semula kerana ada barang perkahwinan yang masih belum lengkap lagi. Aku bersyukur Hafiz ada dengan aku hari ni. Sebab pagi-pagi lagi mama dah bagi hint nak bawa aku pergi spa lagi. Aku nak cakap dengan mama yang aku tak suka pergi spa tu , aku takut mama kecil hati pulak. Last last Hafiz yang selamatkan aku dengan alasan nak cari barang tak cukup lagi.

"Kita nak pergi mana ni Fiz?" Aku bertanya. Hafiz yang sedang memegang stereng memandang aku.

" Kita nak pergi ambil kek . Tadi aku dah call dia orang , dia orang kata dah siap. Lepas ambil kek , aku rasa kita hantar balik dululah takut rosak pulak. Lepas tu baru kita pergi jenguk dewan kat hotel yang kita tempah hari tu. Khairi kata semua dah tip top. Cuma tinggal nak pasang bunga hidup aje." Aku terangguk-angguk . Sebaik sahaja lampu isyarat berubah hijau , Hafiz terus memokuskan pandangannya di jalanraya pula.

" Habis bunga hidup tu nak pasang bila?" Aku terfikir juga. Kalau pasang malam ni , sama aje kaedahnya .Mesti layu bila tiba hari esok.

" Tak tahulah , esok pagi-pagi kot." Hurrm , kalau pagi . Mungkin tak layu kot.

Continue Reading

You'll Also Like

193K 8.3K 25
"Ok aku terima challenge kau fan! Setakat perempuan hodoh macam tu senang je nak dapat dan buang"- FAIQAL "Maaflah ya Faiqal dan terima kasi...
606K 23.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
16.7K 641 18
7 tahun dahulu masih jelas diingatan. Tambah lagi bila mempunyai crush yang kau dah pun bagitahu kau suka dia. "Kenapa Nad lari lepas Nad bagitahu Em...
9.1K 97 9
Yang dah baca semua cakap cerita ni best! Mengisahkan tentang salahsangka dan rahsia seorang Mutiara.