7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 8

15.7K 681 7
By PiNKster31

Fun fact tentang Farhan Ryan

• 27 Julai 2000
• Mix American-Melayu
• Anak tunggal
• Judge semua perempuan yang suka/minat akan dia dengan tidak baik, perangai santai je selepas mengenalinya dengan lebih lama, Protective, Mendengar kata orang yang dia percayai, Jujur

♡•♡•♡

"Helloooooo! Assalamualaikuuuuuummm!" Jerit seseorang sebalik pintu bilik Lynn dan Ana. "Korang dah siap ke belum?"

"Hish apa?!?" Marah Ana sambil memusingkan badannya ke kanan.

"Jawab salam aku dulu lah!"

Ana bangun terduduk, mukanya berkerut. "Waalaikumussalam. Dah kau nak apa? Sibuk kacau orang tidur."

"Hah, tidur?" Dentuman pintu mula menguat. "Woi, harini Isnin la!"

Terus Ana terjaga. Dia mencapai telefon. 6.42 pagi.

"Weyh Lynn!" Ana menggoncang badan Lynn.

"Mmm?"

"Bangun weyh! Dah lambat!"

Lynn terus terduduk. "Lambat?" Dia mencapai telefon dan melihat masa. 6.43 pagi.

Terus Lynn bangun, capai tuala dan bergegas ke bilik air. "Aku mandi dulu, kau make sure yang lain dah bangun!"

Ana cepat-cepat bangun lalu buka pintu bilik. Adam berada di pintu mereka, segak dalam uniform sekolah.

"Baru bangun?"

"Kau diam, jangan cakap dengan aku."

"Aik, apa salah aku?"

Ana meninggalkan Adam yang terpinga-pinga untuk ke bilik Eve, Fa Ra dan Zahra. Dia mengetuk pintu berkali-kali. "Bukak pintu cepat woi!"

"Aaaaah kejap!" Jerit seseorang disebalik pintu.

Apabila pintu dibuka, Zahra sedang memakai tudung sekolah. "Weyh kitaorang bangun lambat, asal tak kejut?!?"

"Aku ngan Lynn baru bangun gila! Kau orang la asal tak kejut? Adam pulak tu yang pergi kejutkan hwaaaaaaaaa!"

"Fa Ra dah siap, Eve tengah mandi." Zahra melihat ke belakang pada jam di dinding. 6.47 pagi. "Baik kau check Ezact dengan Lili. Entah-entah diaorang pun belum bangun."

Ana mengeluh tapi dibuatnya juga. Dia turun ke bawah untuk ke bilik Ezact dan Lili namun terhenti apabila nampak lampu dapur terbuka. Dia menjenguk kepalanya ke ruang dapur.

Jejaka sedang makan, samada roti, bijirin ataupun buah.

"Korang dah siap?!?"

"Uh yeah. Kau tak nampak ke kitaorang dah siap pakai baju lagi untuk pergi sekolah?" Kata Adam yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Aku pelik jugak sebab patutnya kau, Eve dan aku siapkan breakfast tapi bila aku sampai dapur, ada aku seorang je." Kata Lucas lalu dia mengunyah roti kaya buatanya itu.

"KENAPA TAK KEJUT ATAU CALL AKU?!?" Marah Ana dengan kuat sebelum dia berlari ke arah bilik Ezact dan Lili. Sampai di bilik mereka, Ana mengetuk pintu sambil memulas tombol.

Pintu terbuka. Lili sudah siap dengan uniform pengawas sekolah... Cuma Ezact di mana?

"Ha bagus kau ada!" Lili mengheret Ana masuk ke dalam bilik dia dan Ezact. Dia menunjuk ke arah katil Ezact.

Di atasnya, terdapat Ezact yang sedang dibuai mimpi, badannya berselimutkan selimut tebal yang panas dan gebu.

"Kejutkan dia sementara aku makan please."

Ana tak sempat nak menolak, Lili sudah keluar dari bilik.

"Aduuuuu Lili ni! Aku mandi pun belum, nak suruh kejutkan budak ni ish!" Ana cuba menarik selimut dari Ezact namun Ezact tidak berganjak. Ana cuba beberapa kali sebelum dia berputus asa. "Suruh orang lain je lah."

Dia ke dapur lalu jerit, "Siapa-siapa tolong kejutkan Ezact! Mekasih in advanced."

"Ana ni kan!" Marah Lili.

"Kejutkan Ezact?" Tanya Daniel lalu dia tersenyum sinis. "Aku boleh tolong kejutkan dia."

Lili memandang Daniel lama-lama sebelum dia berkata, "Kali ni je someone from the opposite gender boleh masuk bilik kitaorang. Kalau kau buat benda bukan-bukan, aku call polis."

"Jangan risau, aku budak baik." Kata Daniel lalu dia berjalan ke bilik Ezact. Dia mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum masuk.

Nasib baik Ezact tidur dengan memakai hood hoodie, jadi tidak nampaklah aurat rambutnya.

"Ello Ezact!" Sapa Daniel dengan kuat.

Tiada respon.

"Em okay." Daniel ke hujung katil Ezact lalu memegang selimut. "Kalau kau tak bangun dalam kiraan tiga, aku tarik selimut kau."

"Mhhm!" Ezact menarik selimutnya lagi dekat dengan dia, tak mahu selimutnya ditarik.

"Satu."

...

"Dua."

...

"Tiga."

...

"Okay, say bye-bye to your selimut." Daniel memegang selimut Ezact lalu menariknya dengan kuat ke arahnya.

Terus mata Ezact terbuka. Dia duduk di atas katil, mata memandang tajam ke arah Daniel. "Kau dah kenapa hah? Masuk bilik anak dara, tak tahu malu ke gila?!?"

"Apa? Lili kasi green light, aku pun masuk la. Tu pun sebab nak kejutkan kau." Daniel menggesa ke arah jam di dinding. "Dah nak pukul 7, bila kau nak siap pergi sekolah?"

"Urgh pepandai aku la!" Ezact kembali baring, matanya ditutup dengan lengannya. "Dah blah."

"Okay fine."

Selang beberapa saat, Ezact terdengar bunyi pintu dihempas. Dia senyum. 'Pergi dah pun budak semak ni. Boleh sambung tidur.'

Gruk gruk gruk! (Diam, aku tak tahu macam mana nak describe bunyi paip air bukak HAHAHAHAHAHA)

Ezact mengerutkan dahinya. Dia duduk di atas katil, hairan. Hantu mana pulak pergi bukak paip air?

Pintu bilik air terbuka. Daniel berada di situ.

"K-kau buat apa hah?" Tanya Ezact, selimutnya dipegang dengan kuat.

Daniel hanya tersenyum. Dia berjalan ke arah katil Ezact.

Entah kenapa Ezact menghesot dirinya ke belakang, mungkin dapat merasakan ada sesuatu buruk akan berlaku kepada dirinya jika Daniel berada dekat dengannya.

Malangnya, dia tiada tempat untuk lari.

Jadi Daniel mengambil kesempatan untuk tarik lengan Ezact dan memngangkatnya dengan cara 'bridal carry'.

"EH EH EH!" Ezact memukul-mukul dada Daniel tetapi tidak diendahkan Daniel. "KAU MINTAK PENUMBUK KAT MUKA KE HAH?!?"

"Bising la kau ni pagi-pagi." Daniel berjalan ke arah bilik air.

"DAHTU KAU PERGI ANGKAT AKU KENAPA? TURUNKAN AKU SEKARANG!!!"

Daniel berhenti tepi tab mandi. "Okay." Lalu dia melepaskan Ezact ke dalam tab mandi.

Splaaaaaaaaaaash!

"WAAAAAAAAARGH DANIEL!!!" Jerit Ezact sambil memeluk tubuhnya. "S-sejuk la gila!"

"Biar kau terjaga sikit mandi air sejuk. Cepat mandi... ke kau nak aku tolong mandikan kau?" Daniel tersenyum nakal.

"Tak payah, aku bukan baby!" Ezact mencampak segala benda yang dia dapat capai seperti sabun dan syampu ke arah Daniel. "Jangan berani intai, pervert tak guna!"

Daniel ketawa sambil berlari keluar dari bilik air, mahu elak dari sabun dan syampu yang dibaling Ezact. "Jangan lama sangat!"

Dalam masa yang sama...

Ana mengetuk pintu bilik air sambil berkata, "Lynn, cepat la sikit! Aku pun nak mandi nih!"

"Kejap la, belum berus gigi lagi!" Jerit Lynn. "Mandi la kat bilik orang lain!"

"Lynn kau ni lembap la!" Marah Ana. Dia mencapai tuala dan mengambil uniform sekolah sebelum keluar dari bilik.

'Eve mungkin tengah mandi lagi, bilik Ezact dengan Lili pulak... malas nak turun.'

Apabila tiba di ruang tamu atas, Adam sedang duduk di salah satu sofa yang ada.

"Asal kau tak mandi lagi?" Tanya Adam.

"Lynn tengah mandi. Bilik girls yang lain pun penuh..." Tiba-tiba muncul satu idea dalam kepala Ana. "Adam, tumpang mandi bilik kau boleh?"

"Hmm okay." Adam ke biliknya dan Ryan, Ana mengikuti dia dari belakang.

Tiba di bilik, Adam menunjukkan bilik air ke Ana. "Make sure kau kunci. Kalau Ryan tiba-tiba nak guna bilik air, bukan salah aku."

"Of course la. Bukan dengan Ryan je aku kena hati-hati, dengan kau pun aku kena hati-hati."

"Hei walaupun perangai aku macam badboy sikit, aku takkan cemar maruah perempuan."

Ana memandang Adam atas bawah, mahu pastikan yang Adam serious dengan kata-katanya. "Hmm okay, aku akan percaya kata-kata kau." Dia baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam bilik air apabila dia terhenti dan pandang Adam lagi sekali. "But just in case, kau masuk atau mendekati bilik air ni, aku sumbat bola golf dalam mulut kau." Lalu dia masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintu.

Sementara itu...

"Aku dah kejutkan Ezact." Kata Daniel sebaik dia masuk ke dapur untuk sambung makan roti kaya buatan Lucas.

"Thanks Daniel." Kata Lili yang baru sahaja habis makan. Dia mengambil blazernya yang digantung pada kerusi lalu memakainya. Memanadangkan hari ini hari Isnin, di mana perhimpunan akan berlangsung, dia wajiblah memakainya.

Tetapi entah kenapa butang pada blazernya tidak mahu di kancing.

"Ish apa masalah butang nih?!?" Marah Lili.

"Nak aku tolong?" Tanya Aidan. "Dari tadi aku tengok, tak lepas-lepas kau nak butang."

'Haduh orang boleh je buat sendiri tapi dia baik sangat nak tolong tu kenapa? Kalau tolak, kata sombong lak. Ah biarlah dia nak tolong! Asalkan dia tak sentuh aku ngan sengaja sudah.' Lili mengangguk.

Aidan menolong Lili membutangkan blazer. Masa tu, muka mereka berdua sangat dekat.

Entah kenapa, Lili terkesima melihat rupa Aidan.

"Um Lili? Ada apa-apa kat muka aku ke?" Soalan Aidan membuatkan Lili tersedar daripada lamunannya.

"Huh? Eh tak tak. Thank you Aidan." Kata Lili, pipinya merah menahan malu. 'Dia sedar ke aku tengah usha dia? Huwaaaaaaaa malu!!!'

"No problem."

"What are you guys doing?" Tanya Fa Ra dengan pelik. Dia baru sahaja turun dan mahu makan.

"Aku tolong dia butangkan blazer."

Fa Ra memandang Lili untuk kepastian.

Lili cepat-cepat mengangguk. "B-betul. Kau jangan salah faham pulak."

"Hmm okay." Fa Ra melihat atas meja. Terdapat roti berbentuk segi tiga dipenuhi kaya di atas pinggan. "Siapa buat?"

"Aku la, turn aku." Jawab Lucas.

"Thanks." Fa Ra duduk di kerusi lalu mengambil satu roti untuk dimakan.

"Thanks je?"

Salah satu kening Fa Ra diangkat. "Yelah. Kau nak apa lagi?"

"Puji la kerajinan aku. Aku siap buang kulit roti tepi tu lepastu potong jadi bentuk segi tiga."

"Eleh baru sikit je."

"Sikit pun kena la puji." Lucas menyilangkan tangan pada dadanya. "Apa la kau ni."

"Eh gediknya perangai."

"Hei!" Kata Lynn sebaik sahaja dia tiba di dapur. "Of course la benda kecik macam tu kena dipuji. Especially untuk kitaorang yang tak selalu buat benda-benda gini." Dia mengambil tempat duduk sebelah Fa Ra lalu mengambil satu roti.

"Betul-betul." Setuju Lucas. "Kitaorang yang selalu mengharapkan bibik untuk lakukan sesuatu sebelum ni, buat something simple macam ni pun dah buat kitaorang rasa hebat."

"Ceh! Padahal buat roti ni budak kecik pun boleh buat." Kata Ryan. "Kau orang still lagi mengharapkan bibik untuk buat roti? Ish ish ish."

"Tu dulu la!" Marah Lynn. "Sekarang duduk sini, kitaorang belajar la."

"Entah kau ni pun. Patutnya ajar la kitaorang, puji kitaorang. Ni tak." Sambung Lucas.

Fa Ra tergelak. "Aduh princess and prince betul la korang ni."

"Itu ah. Aku yang kaya ni pun, tak pernah pun nak ambik bibik."

Lynn dan Lucas memasamkan muka.

"Yelah Ryan, kau bagus. Kitaorang tak." Kata Lucas.

"Betul tu. Kitaorang kena ada bibik, baru boleh hidup selesa."

"Alololo korang berdua merajuk ke?" Ejek Fa Ra. "Meh sini Lynn aku peluk kau." Fa Ra pun memeluk Lynn, menyebabkan Lynn tersenyum.

"Dah tu aku?" Tanya Lucas.

"Meh sini bro." Ryan melingkarkan lengannya di leher Lucas lalu memberi 'headlock'. "Nah kasih sayang aku kat kau."

"ADUH KAU NI, TAK BERNAFAS AKU RYAN!"

Mereka yang berada di dapur ketawa melihat telatah Ryan dan Lucas.

Tak lama lepas itu, Ana, Eve dan Zahra turun dari tingkat atas. Mereka bertiga sudah siap berbaju dengan uniform masing-masing. Hanya tingal...

"EZACT!!!" Jerit Ana. "CEPAT LA, DAH LAMBAT NI!"

"Kau ni bising la pagi-pagi." Kata Ezact dengan rileks sambil berjalan ke dapur. "Ha aku dah siap, jom la."

"Aik korang berempat tak makan ke?" Tanya Is.

"Makan on the way ke sekolah boleh." Jawab Eve lalu dia ke cabinet untuk mengambil bekas.

"Atau semasa kelas." Sambung Ezact.

"Korang pulak?" Tanya Zach kepada Zahra dan Ana.

"Aku tak makan pagi-pagi macam ni. Sakit perut." Jawab Zahra.

"Takde masa lah nak makan kalau lambat macam ni." Ana memandang ke arah mereka semua. "Siapa hantar kita sekolah? Or we naik Grab?"

"Mak aih, pokai aku kalau naik Grab setiap hari." Jawab Adam.

"Don't worry." Kata Is. "Parents aku kata diaorang ada ambik driver kerja. Dia patutnya ambik kita."

"Heh drive kereta ke? Mana muat kita empat belas." Kata Lucas.

"Itu tak penting." Kata Daniel tiba-tiba. Dia menunjukkan jam tangannya. "Dah pukul 7.23. Mana sempat nak sampai sekolah sebelum 7.30."

"Haah." Sokong Ezact. "Baik tak payah pergi."

Lynn dan Lili memandang ke arah mereka dengan muka serious.

"Kitaorang pengawas, ada kerja kena buat." Kata Lynn. "Lagi-lagi Lili."

"Kalau aku tak datang, habis aku kena jawab dengan guru kelas aku." Kata Eve.

"Lagipun kalau tak datang, nanti ketinggalan bab belajar." Sambung Zach.

"Unless kau mampu belajar sendiri, baik kau pergi sekolah." Kata Aidan.

"Bila budak-budak nerd bersatu bebel Ezact." Bisik Daniel.

"Hei aku dengar la!" Marah Ezact.

Peeep peeep!

Kedengaran bunyi hon dari luar pagar rumah. Mereka empat belas keluar bersama untuk menaiki van yang tiba. Masuk sahaja semua, mereka bertolak ke sekolah.

°■°■°

Pukul 7.41, tibalah mereka di sekolah. Lambat 11 minit.

Mereka diminta tulis nama dan berdiri di depan khayalak ramai semasa perhimpunan.

Memalukan tetapi nak buat macam mana? Mereka terima ajalah dengan redho.

Tamat perhimpunan, mereka berjumpa dengan guru displin, Puan Shartini.

"Lili, Lynn! Saya expect awak berdua untuk jadi pengawas yang bertanggungjawab, menepati masa!" Bebel puan Shartini.

"Sorry puan Shartini. Kitaorang janji takkan buat dah." Kata Lynn.

"Janji awak ni boleh dipercayai ke? Haritu kamu berdua gaduh dengan this people," Puan Shartini menunjukkan jarinya ke arah jejaka. "Bukannya stop the fight. Kalau kamu berdua buat lagi salah laku, saya buang awak jadi pengawas!"

"Puan Shartini." Panggil Ryan. Apabila puan Shartini memandang Ryan, dia sambung, "Salah kitaorang sebab mulakan gaduh tu, so puan jangan marah ke diaorang je."

"Betul tu. Salah kitaorang jugak sebab layan perasaan." Kata Ana.

Puan Shartini mengeluh. "Memang salah kamu semua, tapi orang lain akan pandang pengawas dulu baru korang." Dia menggelengkan kepala. "Sebagai denda, kutip sampah yang berada di kawasan perhimpunan dan padang." Dengan itu puan Shartini meninggalkan mereka.

"Well, this suck." Kata Zahra.

Sudah lima minit mereka mula mengutip sampah. Oleh kerana jumlah mereka yang banyak, hampir siap mereka bersihkan tapak perhimpunan.

"This situation won't happen kalau korang tak bangun lambat." Kata Daniel.

"Kalau korang kejutkan awal sikit takde la kene kutip sampah ni." Kata Ana.

"Oi aku ngan geng aku dah baik hati nak check korang dah bangun ke lom. Patutnya korang berterima kasih sikit." Kata Adam.

"Haah. Betul kata Adam." Kata Lynn. "Thanks guys."

Zahra memuncungkan mulutnya. "1-0."

"Apa yang 1-0?" Tanya Zach.

"You guys kinda help us so... 1-0."

"Kau ni, benda macam ni pun nak lawan." Eve menggeleng kepala lalu mengeluh. "Kebudak-budakkan betul."

Mereka semua ketawa kecuali Zahra. Dia hanya memuncungkan lagi mulutnya.

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
148K 9.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
ADIK By symeimei

Short Story

326K 3.3K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
12.9K 847 23
seorang lelaki yg berdendam dgn seorang yeoja akibat satu peristiwa yg sangat pahit. _______________ "Jungkook!saya mintak maaf!"-Tzuyu "Kau x payah...