7 Girls, 7 Boys (Completed)

By PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 7

15.7K 688 23
By PiNKster31

Fun fact tentang Liliana Amirah:

• 13 April 2000
• Keturunan British belah ibu
• Anak keempat daripada 5 adik beradik
• Comel, Pendek, Takut kucing, Pandai melukis, Clumsy

♡•♡•♡

Hari Ahad, hari di mana orang rileks-rileks di rumah.

Itulah apa yang girls dan jejaka lakukan.

Tiiiiing tiiiiing tiiiiiing!

Lynn mengelip mata beberapa kali sebelum mencapai telefon di meja tepi katil. Dia melihat jam yang tertera pada skrin telefon. 6.15 pagi.

Dia menggerakkan tubuh Ana. "Ana bangun, Subuh."

"Mmm."

Lynn menggeliat lalu bangun dari katil. Dia sekali lagi menggerakkan tubuh Ana. "Banguuuuuuuuun. Kau dah la ada training."

"Bangun dah niiiiiii." Ngomel Ana.

Ana adalah seorang golfer. Setiap hari dia ada training golf sekurang-kurangnya selama satu jam.

Ana mengucapkan terima kasih. "Kau masuk la tandas dulu. Aku nak stretching."

Lynn mengangguk lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wudhuk dan mencapai kain telukungnya yang tergantung. Semasa Lynn solat, Ana ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk.

Selesai solat Subuh, Lynn mengetuk pintu bilik Eve, Fa Ra dan Zahra. "Oiiii. Dah bangun Subuh ke belum tu?"

"Dah dah dah." Sahut siapa entah. Lynn tidak mengecam suara yang baru bangun tidur itu.

Lynn kembali semula ke bilik, menukar pakaian kepada pakaian yang sesuai untuk melakukan senaman.

Selepas itu, dia mengambil laptop dan turun ke bawah dan masuk ke bilik Ezact dan Lili.

Lili sedang solat Subuh manakala Ezact masih lagi tidur. Dia lompat ke katil Ezact selepas meletakkan laptop di meja sedia ada. "Assalamualaikum kak. Dah Subuh ke belum?"

"Ish Lili tengah solat. Nanti dia dah siap, kejutkan la aku." Ezact menarik selimutnya supaya menutupi tubuh badannya.

"Kau tak jawab lagi salam aku."

"Waalaikumussalam." Jawab Ezact lalu dia menggulingkan diri, tidak mahu layan Lynn.

Lynn menggeleng kepalanya melihat telatah kawannya itu. Dia duduk di katil Lili sementara menunggu Lili habis solat.

"Aku nak tukar baju." Kata Lili sebaik sahaja dia habis berdoa. Dia mencabut telekung lalu mula melipatnya. "So kau tunggu je lah kat luar, ambik yoga mat yang ada. Lagipun, aku kena kejut sleeping beauty kita ni ha." Lili menunjuk ke arah Ezact yang masih lagi dibuai mimpi.

Lynn mengangguk kepalanya lalu bangun dari katil dan mengambil laptop. Dia ke ruang tamu, di mana ada Ryan dan Aidan. Mereka sedang lepak di ruang tamu dengan fon di tangan.

'Huh? Ingatkan diaorang jenis tidur balik...' Bisik hati Lynn. Dia berjalan ke kerusi yang agak jauh dari mereka lalu duduk.

Ryan yang perasan kelibatnya bertanya, "Bua tapa bangun awal-awal? Nak pergi jogging?"

Lynn menggeleng kepalanya, tangannya sibuk mengikat rambut. "Nak buat yoga."

"Yoga?" Tanya Aidan.

"Haah." Kata Lili yang baru sampai di ruang tamu. Dia sudah pun dalam pakaian baju sukan, sesuai untuk melakukan yoga. "Saja nak jaga flexibility dan cari ketenangan."

"Tak tenang ke duduk serumah dengan kitaorang?"

"Ish bukan lah! Awal sangat untuk rasa serabut duduk serumah dengan korang." Cepat-cepat Lili nafikan dakwaan Aidan.

"Hmm kalau gitu nak join boleh?" Tanya Ryan.

"Kitaorang terbangun awal pastu tak tau nak buat apa sekarang." Sambung Aidan.

Lili terdiam sebentar lalu memandang Lynn. Dia mahu pastikan yang Lynn setuju, baru dia boleh kasi Ryan dan Aidan untuk turut serta.

Lynn mengangguk kepalanya.

"Ikutlah. Tapi kalau ter'twist' mana-mana otot tu, jangan salahkan kitaorang."

Mereka berdua keluar ke laman luar melalui sliding door. Lynn ke stor luar untuk mengambil tikar exercise manakala Lili, Aidan dan Ryan menunggu dia di tepi kolam renang. Lili menghidupkan laptop Lynn lalu mencari video yoga yang sesuai untuk diikuti.

Selepas membentang tikar exercise, Lili mengingatkan mereka, "Kalau tak boleh buat, jangan paksa diri."

Maka bermulah sesi yoga mereka berempat berdasarkan video yang terpapar di laptop Lynn. Antara gaya yoga yang mereka lakukan ialah butterfly stretch, mountain pose, downward dog, tree pose, bridge pose and seated twist.

Video di Youtube menunjukkan yoga tang berpasangan pula. Lili memberhentikan video. "Nak buat ke yang ni?"

"Boleh je." Kata Lynn lalu dia menunjuk ke arah Ryan dan Aidan. "Aku buat dengan Lili, korang buat berdua."

Mereka bertiga mengangguk kepala lalu sambung ber'yoga'.

Mereka membuat pose Half Lotus.

Pose kedua, buddy boat pose.

"Korang sambung ah dulu." Kata Lili secara tiba-tiba. "Aku nak ambil botol air jap. Korang nak?"

"Boleh jugak." "Nak nak!" "Thanks in advance Lili."

Lili masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka bertiga.

"So nak sambung?" Tanya Lynn.

"Tak kisah." Kata Ryan.

Lynn menekan butang 'play'. Pose seterusnya yang ditunjukkan ialah Dancer Duo.

"Ah tak nak aku buat dengan kau! Jadi kunyit nanti aku." Kata Aidan kepada Ryan apabila dia melihat pose tersebut.

"Kalau gitu..." Ryan memandang Lynn atas bawah. "Kau buat ngan aku." Lalu dia menarik Lynn untuk membuat pose yoga tersebut.

Lynn tak sempat nak membantah.

Tangan mereka bersentuhan, muka mereka deka tantara satu sama lain. Lynn boleh rasa Ryan bernafas kerana posisi mereka yang deka tantara satu sama lain.

'SADFGHBSFGJEINFRAWIF?!?'

Lynn cuba menenangkan hatinya yang berdebar-debar. First time kut dia berada begitu dekat dengan lelaki!

"Hmm betullah." Kata Ryan secara tiba-tiba.

Lynn pandang atas. "Apa?"

"Kau memang cantik bila tengok dekat-dekat."

Focus Lynn hilang begitu juga dengan keseimbangan dia. Dia terjatuh ke depan bersama-sama Ryan.

"Aduh!!" Ryan mengusap buntutnya. "Asal engkau ni?! Takde angin, tiba-tiba jatuh."

"T-tak de apa!" Lynn cepat-cepat bangun. "Aku baru teringat ada something aku kena buat. So, bye!" Dia berlari ke dalam rumah.

Lili yang baru sampai hampir terjatuh dek Lynn yang berlari tanpa memandang kiri kanan.

"Dah kenapa?" Tanya Lili kepada dirinya sendiri sambil melihat kelibat Lynn menaiki tangga. Dia berjalan ke arah Ryan dan Aidan. "Kenapa Lynn blah?"

Ryan menjongketkan bahunya. "Entah. Dia kata ada benda dia kena buat pastu dia blah."

"Hmm whatever. Jom sambung."

°■°■°

"Morning babe." Sapa Ana apabila dia masuk ke dalam dapur.

Fa Ra sedang memasak telur goreng. Di atas kaunter dapur ialah beberapa bungkusan nasi lemak yang dibelinya tadi selepas solat Subuh.

"Morning, nak makan? Tu ada nasi lemak. Aku boleh gorengkan telur."

Ana menggeleng kepalanya. "Takde ke makanan yang tak berat?"

"Tu ada beli donut gula." Fa Ra menunjuk kea rah bekas donut gula. "Training sampai malam ke?"

"Yep." Kata Ana sebelum dia menggigit sebijik donut.

"Hah?!? Sampai malam?"

Ana dan Fa Ra menoleh ke kiri. Adam baru sahaja turun, pakaian yang dipakai sesuai untuk bermain golf.

"Aku je lah. Sukati kau la nak balik pukul berapa." Jawab Ana.

"Kau pun golfer ke?" Tanya Fa Ra, tak sangka ada jejaka yang bermain golf juga. Di sini, tak ramai golfer. Padang golf pun ada dua tempat sahaja.

"Of course! Kat KL, main golf ni sukan orang kaya."

"Ceh. Kat sini, golf dikira sukan untuk orang yang cantik macam aku dan orang yang dah pencen." Balas Ana.

"Aik kau cantik ke?" Usik Fa Ra.

"Fa Ra!!" Marah Ana sambil memukul bahu Fa Ra.

Selepas Ana dan Adam selesai makan pagi, mereka menaiki Grab untuk ke padang golf.

Tidak sampai sejam, giliran geng yoga iaitu Lili, Aidan dan Ryan pula untuk makan.

"Thank you Fa Ra belikan breakfast." Kata Lili.

"Welcome." Fa Ra memandang belakang mereka. "Aik, bukan Lynn pun buat yoga sekali dengan korang ke?"

"Haah."

"Halfway tu dia kata ada something kena buat." Sambung Ryan. "Pastu dia blah la."

"Apa la agaknya 'something' tu?" Tanya Aidan.

Habis mereka bertiga makan, mereka ke bilik masing-masing.

"Mornin'!" Sapa Lucas ketika masuk ke dapur, dia baru sahaja bangun dari tidur. Rambut serambai dan berpakaian baju tidur pajama.

"Morning." Fa Ra pandang Lucas atas bawah. "Kau dah cuci muka ngan gosok gigi ke belum? Kalau belum, tak boleh makan." Fa Ra menarik bungkusan nasi lemak ke arahnya.

"Dah mummy." Balas Lucas.

"Eww I'm not your mom! Aku ni... apa eh?" Tanya Fa Ra. "Nak kata kawan, aku tak consider kau kawan aku lagi... nak kata musuh, tak dek la sampai macam tu sekali."

"Frienemy." Jawab Lucas sepatah sebelum dia mengambil satu bungkus nasi lemak lalu duduk di kerusi yang tersedia di kaunter.

Semasa mereka berdua berborak di dapur, mereka terdengar suara beberapa orang dari luar dapur.

Fa Ra menggeleng kepalanya. "Pagi-pagi dah bising, ish ish ish."

Lynn, Eve, Zahra, Is dan Zach masuk ke dapur.

"Rombongan bersar-besar ni nak ke mana?" Usik Fa Ra.

"Terserempak kat tangga la." Jawab Zahra.

"Betul." Setuju Eve. "Tak sangka korang bangun awal jugak."

"Eh selalunya memang bangun lambat." Is menggeleng kepalanya. "Paling lambat pukul 12 tengah hari."

"Tapi mungkin sebab tempat baru, katil baru, terbangun awal." Sambung Zach lalu dia mengambil tempat duduk di tepi Lucas.

Yang lain jugak mengambil tempat duduk di keliling kaunter.

"Meja makan yang luas ada, nak juga duduk sini." Kata Fa Ra. Dia memandang Lynn. "Ha tadi bukan kau join Lili yoga ke? Kenapa kau blah awal?"

"Oh tu um." Lynn memandang tempat lain, minda cuba memikirkan alasan. Kalau beritahu sebab dia rasa malu apabila Ryan pujinya, mungkin akan menyebabkan salah faham ataupun dia diusik oleh kawannya. Jadi dia menipu, "Aku ada kerja yang baru teringat. Aku kena um susun buku aku kat rak ha!"

"Hmm apa-apa lah. Asalkan kau tak skip breakfast."

Mereka berlima ikut serta makan nasi lemak. Lucas siap tambah makan dua bungkus nasi lemak!

°■°■°

"Food~ where are you???" Ezact nyanyi sambil mencari makanan di atas kaunter.

"Baru bangun tidur?" Tanya Eve yang baru masuk ke dapur. Dia memandang jam di dinding. "Baru pukul 11. Awal."

"Lapar. Aku pun bangun la."

"Kalau kau tengah cari makanan, well sorry to say tapi dah habis. Lucas makan kau and Daniel punya portion of nasi lemak." Eve menunjuk ke arah roti di atas kaunter. "Kau makan la roti atau masak sendiri." Dia mengisi botol air dengan air masak lalu keluar dari dapur.

Ezact mula membuka semua cabinet sehinggalah dia jumpa acuan penkek. Apabila sudah jumpa, dia mengikut arahan pada kotak untuk memasaknya.

Dia sudah siap bancuh acuan, tinggal nak masak sahaja apabila Daniel tiba di dapur.

"Kau masak apa tu?" Tanya Daniel sambil menjenguk dari belakang.

Ezact memasamkan muka. "Penkek. Yang hanya untuk aku seorang sahaja."

"Nak sikit, aku pun tak sempat breakfast."

"Blah ah! Aku susah-susah buat sendiri."

"Aku tolong." Daniel merampas acuan yang berada di tangan Ezact. Dia membuka api, meletakkan kuali leper di atas api lalu meletakkan sedikit mentega.

Ezact cuba rampas kembali acuan tetapi gagal.

Apabila kuali leper sudah cukup panas, Daniel mencurahkan acuan tersebut ke kuali leper.

"Woi!" Ezact cepat-cepat memegang pemegang kuali leper. "Kalau hangus, buat penat aku je siapkan acuan!" Dia meng'flip' penkek tersebut.

"Eh aku pun pandai la!" Daniel merampas lalu meng'flip' penkek... tetapi penkek itu tidak jatuh.

Mereka perlahan-lahan mendongakkan kepala ke atas.

Penkek melekat di siling.

"Tengok apa yang kau dah buat!" Marah Ezact. "Salah kau ah ni!"

"Hehe sori sori." Kata Daniel sambil menggaru tengkuknya. "Aku kikis, kau masak... untuk aku sekali. Please?"

'Kalau tak tolong, nanti dia kacau...'

"Fine. Tapi jangan menyemak dekat aku."

Maka Ezact masak penkek manakala Daniel kikis penkek yang melekat pada siling.

Continue Reading

You'll Also Like

99.7K 3.4K 16
just vote for this story. you will like it.
511K 24.7K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
20.4K 1.4K 32
" Perasaan aku tak penting ke?" " Saya akan bantu awak " " Saya ni bahaya" " Aku akan pastikan perasaan kau jadi penting selepas ni" " Nado saranghae...