7 Girls, 7 Boys (Completed)

Por PiNKster31

624K 27.5K 1.4K

Girls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama... Más

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Rumah 7 Girls, 7 Boys
Movie Marathon (Special)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Babysitting (Special)
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 26
Barbie (Special)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
A Boring Vacation? - Part 1 (Special)
A Boring Vacation? - Part 2 (Special)
A Boring Vacation? - Part 3 (Special)
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Hari Sukan (Special)
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 42.5

Bab 3

16.7K 734 24
Por PiNKster31

Fun fact tentang Ezact Claire:

• 18 Januari 2000
• Keturunan Australian belah ayah
• Anak ketiga daripada 4 adik beradik
• Ice queen, straightforward dengan kata-katanya, jika dia mahukan sesuatu, dia akan terus melakukan/membeli, sayang akan kucing, tidak suka physical contact dengan orang yang dia tidak rapat, tidak tahan pedas

♡•♡•♡

Sudah sebulan berlalu sejak sekolah bermula. Begitu juga sudah sebulan berlalu sejak jejeka pindah ke sekolah girls.

Hubungan girls dan jejaka biasa-biasa sahajalah. Hanya Ana dan Fa Ra sahajalah yang rapat dengan jejaka dari kelas mereka. Yang lain seperti rakan sekelas biasa... kecuali Lynn dan Ryan.

Hubungan mereka berdua seperti... kuli dan tuan. Ryan selalu minta tolong Lynn untuk meminjam buku nota atau buku latihan Lynn. Apabila Ryan pulangkan, buku nota Lynn dalam keadaan kotor atau rosak. Namun, Lynn tak marah pun.

Ini menyebabkan girls yang lain rasa seperti ada udang di sebalik batu.

Jadi waktu rehat, girls memutuskan untuk menasihati Lynn.

"Lynn, kau tak geram ke dengan perangai si Ryan tu hah?" Tanya Ezact dengan terus terang.

"Itulah. Pinjam buku kau tapi bila bagi balik, dah rosak-rosak sikit." Sambung Lili.

"Alah sekali tu je."

"Sekali? He did it three times dalam masa hampir sebulan, mon dieu!" Kata Zahra.

"Aku yang bukan mangsa pun geram dengar." Kata Eve. "Kau tak rasa ada benda yang tak kena ke?"

"Tak sengaja la tu."

"Kan. Mesti dia suka kau weyh!" Kata Ana.

"Yep! Asyik pinjam buku kau je padahal boleh je pinjam buku orang lain." Sokong Fa Ra.

Lynn menggeleng kepalanya. "Manadalah. Dia kan budak baru, aku just tolong dia je." Lynn melihat ke jari-jemarinya. "Lagipun mana pernah lelaki suka aku."

"Ugh kau ni confident la sikit!" Marah Ana. "He probably likes you."

Lili menggeleng kepalanya. "Apa-apapun, kitaorang dah warn kau pasal dia."

"Kalau dia apa-apakan kau, tahu-tahulah siapa bunuh dia." Ezact menunjuk penumbuk.

Kriiiiiiiiing! Kriiiiiiiiing!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tamat. Mereka berjalan ke kelas bersama. Oleh kerana mahu ke kelas dengan cepat, mereka lalu kawasan tapak perhimpunan.

Semasa lalu di kawasan tapak perhimpunan, mereka terdengar gelak tawa beberapa orang lelaki.

Jejaka-jejaka!

"Apa yang diaorang buat tu?" Tanya Ana.

Lili memasamkan mukanya. "Boleh lagi lepak. Patutnya masuk kelas sekarang." Dia memandang Lynn. "Jom buat kerja."'

Lynn mengangguk kepalanya. Mereka berdua berjalan ke arah mereka, diikuti girls yang lain. Memandangkan jejaka sedang membelakangi girls, jejaka tidak perasan kehadiran mereka.

"Kelakar duh si Lynn tu!" Kata Ryan lalu ketawa.

"Kau ni lebih-lebih pulak." Aidan menyiku badan Ryan. "Tak baik ah."

"Nak buat macam mana? Nampak sangat si Lynn tu ada hati ke Ryan. Gunakan lah dia jadi kuli." Kata Lucas lalu dia minum air cola dari tin.

"Betul." Setuju Is. "Budak perempuan kelas aku semua takde interest ngan aku atau Aidan! Tak best langsung."

Adam ketawa. "PUAHAHA PADAN MUKA!" Dia menggumpalkan plastik roti inti kacang merah. "Si Ana dengan geng dia dah selesa dengan aku. Tunggu nak mintak 'tolong' buatkan kerja je."

"Ish ish ish." Daniel menggelengkan kepalanya. "Tak main ah kuli-kuli. Aku suka kacau orang sampai diaorang annoyed. Macam Ezact. Terhibur aku tengok reaksi dia."

"Camne la reaksi diaorang kalau diaorang tahu?" Tanya Zach sebelum dia menghabiskan burgernya.

"MEMANG DAH TAU LA JANTAN TAK GUNA!!!" Jerit Ezact dengan geram.

Tersedak Zach. Dia dan jejaka lain menoleh ke belakang untuk melihat girls, muka mereka merah menahan geram. Ada yang menjeling mata ke arah mereka dengan tajam.

"Eh Ssi-Bal-Nom (씨발놈) (son of f*cking b*tch)!" Carut Fa Ra. "Apa masalah kau orang hah? Lynn baik hati nak tolong kau, tapi kau gunakan dia!"

"Bukan jantan tak guna tu sorang je." Sambung Zahra, mukanya memandang jejaka dengan jijik. "Dengan geng-geng dia pun sama; semua son of a f*cking b*tches."

"Sukati kau orang je nak gunakan orang dengan kebaikan diaorang!" Marah Ana.

"Ey babe chill." Adam meletakkan tangannya pada bahu Ana.

"Eh bile mase aku 'babe' kau hah? Tak nak aku jadi 'babi' kau!" Ana memukul tangan Adam yang berada di bahunya.

"Apa ni main pukul-pukul!" Kata Ryan dengan nada marah.

"Buta eh?" Tanya Eve. "Kawan kau yang letak tangan dia atas Ana tanpa izin Ana. Boleh dikira sebagai sexual harassment tau tak?"

"Sebagai pengawas, aku pun takleh berdiam diri." Kata Lili. Dia mengeluarkan buku catatan dan pen lalu mula menulis.

"Oi kau tulis ape hah?" Tanya Lucas.

"Your stupid names."

Aidan cepat-cepat merampas buku catatan Lili dan mencampaknya ke tepi, jauh dari mereka berempat-belas.

"Wha-??? Aidan? Aku ingatkan kau budak baik! What did I expect from you bila kawan kau macam ni?!?" Tanya Lili kepada dirinya sendiri sambil menggeleng kepala.

"Sorry Lili, terpaksa." Aidan menggigit bibirnya. "Aku mintak maaf sebab kelakuan diaorang ni macam ni."

"Tak payah minta maaf kat diaorang Aidan." Sampuk Ryan. "Siapa suruh jadi bodoh sangat!" Ryan menjeling matanya ke arah Lynn.

Lynn terus memandang bawah apabila bertentang mata dengan Ryan. Dari tadi lagi dia berdiam diri. Perasaan tidak diingini mula muncul dalam dirinya; sedih, malu, takut.

Keadaan mula bertambah teruk apabila entah macam mana Ezact dan Fa Ra mula gaduh secara fizikal dengan beberapa jejeka. Tak lama lepas itu, Zahra dan Ana juga ikut serta pukul-memukul jejaka.

Beberapa jejaka tidak membalas pukulan mereka, sebaliknya mempertahankan diri mereka dengan menggunakan tangan mereka untuk mengelak pukulan mereka.

Ada beberapa jejaka membalas dengan menarik tudung mereka.

"Kaki aku!" "Tudung aku!" "Muka hensem aku!"

Murid-murid yang lalu kawasan tersebut mula berhenti untuk melihat kejadian tersebut.

"Korang berhenti!" Jerit Lili tetapi tiada siapa endahkan. "Malu la sikit orang tengok! Kalau cikgu nampak, we're going to get in trouble!"

"What's all the-" Seorang guru telah perasan riuh-rendah yang berlaku di tapak perhimpunan. Apabila dia tiba di situ, terkejut dia melihat beberapa girls dan jejaka di lantai dengan penumbuk di tangan. "Girls, boys! Get up!"

Mereka semua berhenti. Mereka yang berada di lantai cepat-cepat bangun sambil menepuk-nepuk baju sekolah mereka.

"What happened here?" Lynn kenal cikgu tersebut. Cikgu yang telah memhentikan pergaduhan mereka ialah Madam Noor, guru Bahasa Inggeris sewaktu girls tingkatan tiga. Jadi Madam Noor kenal sangatlah mereka.

"Nothing-"

"Karma's a b*tch." Belum sempat Lynn nak menjawab soalan madam, Zahra sudah jawabkan dengan selamba.

Madam Noor menarik nafas dengan tajam, terkejut mendengar carutan Zahra. Tak pernah dia mendengar anak muridnya mencarut jadi dia sangat terkejut, lagi-lagi apabila ia keluar dari mulut murid kesayangannya.

"Leonelle Nor Azzahra!" Tegur Madam Noor dengan kuat. "Everyone to the principal's office now!" Dia memandang pelajar-pelajar lain. "The rest of you return to your class... NOW!"

Girls dan jejaka mengangguk kepala mereka sambil berjalan ke pejabat pengetua. Madam Noor berada di belakang mereka untuk memastikan mereka tidak lari dari menerima hukuman.

Girls kesal dengan perbuatan mereka. Namun, apabila ada salah seorang daripada mereka dibuli atau dihina, mampus la orang yang cari pasal tu.

Sampai sahaja di bilik pengetua, mereka memberitahu apa yang berlaku.

Pengetua juga libatkan Puan Shartini, guru disiplin sekolah memandangkan ada dua orang pengawas terlibat sekali iaitu Lynn dan Lili.

Hampir dua jam mereka dibebel oleh pengetua dan Puan Shartini. Akhirnya, pengetua mengambil keputusan untuk melibatkan ibubapa girls dan jejaka untuk selesaikan masalah.

Sampai sahaja ibubapa girls dan jejaka, mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat manakala girls dan jejaka perlu menunggu di luar. Nasib baik mereka dibenarkan duduk walaupun atas lantai. Jadi mereka duduk dan menunggu keputusan ibubapa dan pengetua.

"Salah korang ah ni." Ezact mula berbicara.

"Kitaorang? Kau tetiba tumbuk aku!" Kata Daniel sambil memegang rahangnya.

"Eh kalau Adam tak sentuh aku, korang takkan lebam-lebam gini." Ana menunjuk ke arah lengan jejaka.

"Korang tu lembik, kitaorang bagi chance la." Kata Is.

"Kitaorang lembik?" Tanya Fa Ra. "Meh aku tunjuk lembik ke tak." Dia menunjukkan penumbuknya.

"Dah la tu korang." Kata Aidan, tak mahu perkara yang sama berulang. "Bende dah jadi."

"Betul betul." Sokong Lili.

"Lagipun salah aku." Lynn bersuara. "Korang semua pulak yang terjebak."

"Tau pun..." Kata Ryan dengan perlahan tetapi dapat didengari mereka semua.

Girls memberi jelingan tajam kecuali Lynn.

Belum sempat girls untuk mengherdik, pintu bilik mesyuarat terbuka.

Terus mereka diam, tunjuk adab yang sopan-santun.

"We all decided that we will discuss more about this... 'fight' tonight during dinner at Zenith." Kata ibu Ana, Tengku Ameena. "Kemas barang kamu semua, kamu dibenarkan balik awal." Dia memandang Ana. "Ibu tunggu dalam kereta, jangan lama sangat."

Ana mengangguk kepalanya. Dia bangun dari lantai lalu bergegas ke kelas. Sebelum itu, sudah tentu dia mengucap selamat tinggal ke girls.

"Hmm kau rasa mak dia marah tak?" Tanya Lili.

"Confirm marah dalam kereta, on the way balik ke rumah." Jawab Zahra.

Tiba-tiba, kedua-dua pipi mereka di tarik.

"Lili, Zahra." Panggil Puan Zana. Dialah yang menarik pipi mereka berdua. "Lain kali jangan Malukan cikgu lagi ye."

"Baaaaaaiiiik ma/cikgu." Kata Lili dan Zahra serentak.

Lili dan Zahra merupakan dua pupu. Oleh itu, hal-hal sekolah berkenaan Zahra, mak Lili yang urus.

"Fa Ra-shi." Panggil ayah Fa Ra. "Sebagai denda, duit belanja minggu depan ayah bagi half." Ayah Fa Ra seorang polis jadi dia mendidik anaknya dengan tegas.

"Alah 아빠 (appa) (ayah) please! Jangan la potong half." Rayu Fa Ra.

"Nak appa tak bagi kamu duit langsung ke? Boleh je ni."

Kata-kata ayah Fa Ra membuatkan Fa Ra terus menggeleng kepalanya. "Boleh la half hehe."

"Mama, sorry menyusahkan mama." Kata Lynn apabila dia berada di sisi makciknya. "Mama mesti ada kelas mengaji." Nadanya penuh dengan kesal.

"Takpe Lynn." Makciknya mendekatkan mulutnya pada telinga Lynn. "Mama pun rasa diaorang yang bersalah."

Lynn tersenyum sambil mengangguk kepalanya, setuju dengan pendapat makciknya.

"Dah kamu pergi panggil Lisa, ajak dia balik awal sekali."

"Okay, mama."

"Mama tunggu sini, nak borak dengan parents-parents yang ada."

Lynn mengangguk kepalanya. Dia meninggalkan kawasan tersebut untuk ke bangunan tingkatan dua.

"Eve, kamu pun ikut tumbuk sekali ke?" Tanya ayah Eve.

"Mestilah tak abah. Gila kalau nak suruh Eve bertumbuk dengan lelaki. Eve tengok je lah."

Ayah Eve menggeleng kepalanya. "Kamu tak tolong hentikan pergaduhan tu ke?"

Eve menggeleng kepalanya. "Terhibur la abah tengok diaorang tarik-tarik tudung hahahahaha!"

"Kemalasan kamu ni sangat membimbangkan." Ayah Eve melihat ke arah makcik Lynn. "Jom cakap terima kasih dekat makcik kawan kamu sebab sudi hantar kamu balik."

"Okay, boleh-boleh."

Persamaan ayah tiri Eve dan Eve ialah mereka berdua cepat untuk melepaskan perkara yang lepas. Bak kata mereka berdua, benda sudah lepas jadi move on.

Jejaka-jejaka juga balik awal hari itu untuk berehat dan bersiap untuk makan malam pada malam ini.

Seguir leyendo

También te gustarán

827K 84.5K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
212K 4.2K 50
Highest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan u...
3.3M 290K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
287K 10.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...