BLOK E : Mulanya Di Sini [Com...

By Nazrie_Karim15

234K 13K 1K

Blok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas ting... More

Memo Penulis
BAB 1 - Kunci
BAB 2 - Azila
BAB 3 - Sembang
BAB 5 - Sembang Gebang
BAB 6 - Perkhemahan
BAB 7 - Hari Pertama
BAB 8 - Pokok Ru
BAB 9 - Masak Memasak
BAB 10 - Masak Memasak II
BAB 11 - Rempuh
BAB 12 - Cerita Gayathri
BAB 13 - Cerita Gayathri II
BAB 14 - Cikgu Rosmah
BAB 15 - Burung Hantu
BAB 16 - Malam Yang Panjang I
BAB 17 - Malam Yang Panjang II
BAB 18 - Malam Yang Panjang III
BAB 19 - Malam Yang Panjang IV
BAB 20 - Malam Yang Panjang V
BAB 21 - Malam Yang panjang VI
BAB 22 - Malam Yang Panjang VII
BAB 23 - Malam Yang Panjang VIII
BAB 24 - Malam Yang Panjang IX
BAB 25 - Kotak?
BAB 26 - Siapa Dia
BAB 27 - Sabrina II
BAB 28 - Terpilih
BAB 29 - Manusia atau.....
BAB 30 - Lelaki Tua
BAB 31 - Kacau
BAB 32 - Cikgu Nazir dan 'Dia'
BAB 33 - Pertemuan I
BAB 34 - Pertemuan II
BAB 35 - Pertemuan III
BAB 36 - AKHIR
MEMO PENULIS II

BAB 4 - Kisah

8.4K 438 48
By Nazrie_Karim15

Cerita Azila tergantung apabila kelibat cikgu Nazir sudah melangkah masuk ke dalam kelas mereka.

Cikgu ni lagi, tak ada cikgu lain ke kat sekolah ni? Haha.

Cikgu Nazir tersenyum di dalam hati melihat Azila sudah berada di tempatnya. Dia berjalan ke tempat Azila.

‘’Kamu dah sihat, Azila?’’ tanya cikgu Nazir inginkan kepastian.

‘’Alhamdulillah, cikgu. Saya okey.’’ Jawab Azila bersemangat seraya mengukir senyum. Senang hati cikgu Nazir melihat semangat yang ditunjukkan oleh Azila.

‘’Baguslah kalau macam tu.’’ Cikgu Nazir terus berjalan ke arah tempat duduknya di hadapan kelas. Buku nota kulit berwarna hitam dibuka. Sebenarnya hari ini dia tidak ada apa-apa perancangan untuk mengajar kelas ini.

Fikirannya lebih terarah kepada kejadian yang menimpa Azila minggu lepas. Segera kejadian-kejadian aneh yang pernah diceritakan oleh kakaknya dahulu mengenai sekolah ini menerjah ke dalam fikirannya.

Cikgu Nazir bangkit sambil memandang ke arah pelajar 4vt2 yang sedang menanti dia untuk memulakan sesi pengajaran.

‘’Hurmm...sebenarnya untuk kelas hari ini cikgu tidak ada apa-apa perancangan. Jadi cikgu nak tanya, kamu nak buat apa dalam masa sejam ni?’’

‘’Tidur.’’

‘’Buat kerja sendiri.’’

Yang diam lebih ramai dari yang menjawab. Mungkin mereka buntu tidak tahu hendak berbuat apa-apa dalam masa sejam yang ada ini.

‘’Apa kata cikgu bercerita.’’ Saran satu suara dari kumpulan berhampiran tingkap di hadapan meja guru.

‘’Bercerita? Cerita pasal? Pasal sejarah. boleh jerr..’’ Jawab cikgu Nazir tenang.

‘’Alaa, bosan la pasal sejarah. pasal lain laa pulak...selain daripada sejarah.’’

‘’Pasal awek cikgu!’’

‘’Iskh, kamu ni, cikgu mana ada awek.’’ Nafi cikgu Nazir.

‘’Eleh.. gebang je tu.’’

‘’Cerita hantu!’’

‘’Aha, cerita hantu! Lagipun kan ni siang. Tak la takut sangat nanti.’’

‘’Hurmmm...kejap.’’ cikgu Nazir kelihatan sedang berfikir menimbangkan cadangan tersebut.

‘Baik, cikgu akan cerita.’’ Putus cikgu Nazir akhirnya. Terbit senyuman di wajah para pelajar di hadapannya.

Mereka mula merapatkan kerusi ke meja hadapan. Cikgu Nazir menarik sebuah kerusi lalu di letakkan di hadapan kelas betul-betul di bawah kipas. Seperti hendak bermain aktiviti hot chair atau kerusi panas pula.

Hampir separuh pelajar kelas itu sudah berkumpul di meja kumpulan Azila. Masing-masing teruja hendak mendengar cerita daripada cikgu Nazir. Dan yang paling bersemangat dan berani tentunya Syazrin dan kumpulannya.

‘’Cepat la cikgu cerita.’’ Huda kelihatan sudah tidak sabar.

‘’Okey, okey. Cikgu cerita sekarang. Tapi dengan syarat. Kamu jangan menjerit pula walaupun cerita cikgu ni tak seram.

Mereka mengangguk tanda setuju.

‘’Pada suatu hari................’’ cikgu Nazir mula bercerita dengan mukadimah yang sudah lapuk.

Padang sekolah Datuk Panglima riuh rendah dengan sorakan para pelajar. Petang itu satu acara sukantara antara rumah sukan  di adakan. Pelbagai acara sudah dan sedang dilangsung dimana setiap pelajar berpeluang menyumbang markah untuk rumah sukan mereka.

Dan acara yang paling mencuri tumpuan semestinya adalah acara larian terutamanya melibatkan acara 100 meter yang sungguh ramai peminat dan penyokongnya. Di hujung padang di trek garisan permulaan untuk acara 100 Meter, kelihatan para peserta sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan.

Namun, jika diperhatikan betul-betul, cuma terdapat tujuh orang peserta sahaja. Sedangkan garisan yang dibuat mempunyai lapan lorong. Setiap wakil rumah sukan diperuntukkan dua lorong. Dan keanehan itu seringkali menimbulkan tanda tanya kepada peserta dan juga pelajar-pelajar yang menyaksikan perlumbaan tersebut.

Dan pada hari itu, seorang guru baru di sekolah tersebut telah bertanyakan kepada seorang guru senior berkaitan perkara tersebut.

‘’Rasanya lebih baik kamu tak tahu daripada tahu. Tapi kalau kamu hendak tahu juga, saya boleh ceritakan.’’ Guru senior tersebut mula bercerita.

‘’Beberapa tahun dahulu, di sekolah ini ada seorang pelajar yang sangat aktif dan berbakat di dalam sukan. Walaupun berbakat dalam pelbagai jenis sukan, namun yang paling menyerlah adalah di dalam acara lumba lari.’’

‘’100 meter?’’

‘’Ya. Pelajar lelaki tersebut telah banyak kali mengharumkan nama sekolah dan juga pernah mewakili daerah ke peringkat negeri. Dia juga telah terpilih untuk mewakili negeri Perak ke kejohahan olahraga peringkat kebangsaan. Sejak hari itu, dia mula gigih berlatih. Namun, sesuatu yang tidak di duga telah menimpa pelajar tersebut.’’

‘’Apa yang terjadi?’’ Tanya guru muda tersebut tidak sabar.

‘’Dia telah meninggal dunia sebelum sempat ke pertandingan tersebut.’’

‘’Habis tu, apa kaitan dengan lorong nombor satu yang harus dikosongkan itu?’’

‘’Lorong itu adalah lorong kesukaan pelajar tersebut. Tiap petang dia akan berlatih di lorong tersebut. Katanya dia sungguh serasi berlari di lorong nombor satu. Seolah-olah jiwanya ada disitu.’’

‘’Err..maaf cikgu. Saya masih tak faham. Maknanya sebagai tanda menghormati atau penghargaan kepada pelajar tersebut, lorong tersebut tidak digunakan? Begitu?’’

‘’Bukan begitu sebabnya. Sejak pelajar tersebut meninggal, ramai pelajar mendakwa pernah terlihat kelibat arwah sedang berlatih berlari di lorong nombor 1. Bahkan guru-guru juga pernah melihatnya. Arwah sebenarnya meninggal dunia di trek tersebut ketika sedang berlatih pada  hari terakhir sebelum pertandingan.’’
Guru muda tersebut kelihatan sungguh terperanjat.  Guru senior itu menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan. Dadanya terasa sedikit sebak mengenangkan kejadian itu. Kemudian dia kembali bercerita.

‘’Sejak hari itu juga, mana-mana pelajar yang menggunakan lorong tersebut pasti gagal untuk menghabiskan larian mereka. Ada yang tiba-tiba tersungkur ke tanah hingga sukar hendak bangun. Ada yang tiba-tiba sahaja pengsan dan yang paling teruk ada yang histeria kerana mendakwa di kacau oleh jelmaan tersebut. Katanya jelmaan pelajar tersebut marah kerana lorongnya telah diganggu. Oleh itu, pihak sekolah menetapkan hanya tujuh lorong sahaja yang digunakan. Walaupun ada cadangan supaya ditambah satu lorong yang lain, namun kejadian tersebut tetap juga berlaku selagi ada lorong yang bernombor satu.’’

‘’Punca kematian?’’

‘’Itu saya tak tahu. Tiba-tiba sahaja pelajar tersebut rebah ketika sedang berlari. Ada yang mengatakan arwah disergah oleh makhluk halus memandangkan ketika itu sudah petang benar hingga menghampiri senja.’’

‘’Oh... begitu..tapi, macam mana cikgu tahu cerita ni?’’

‘’Macam mana saya tahu? Saya jurulatih olahraga kepada arwah.’’

‘’Tamattttt.....’’ cikgu Nazir mengakhiri ceritanya.

Mereka yang sedang mendengar menghembuskan nafas kelegaan. Pelbagai reaksi dapat dilihat pada riak wajah mereka sepanjang cikgu Nazir bercerita. Ada yang menunjukkan riak wajah cuak sambil curi-curi menoleh ke arah padang. Ada yang gelisah tiba-tiba. Kembali ke tempat duduk dan pura-pura membaca buku.  Mujurlah tiada yang menjerit.

‘’Ala cikgu, hambar la cerita ni. Tak seram langsung.’’ Syazrin meluahkan kekecewaan di hatinya. Sepanjang bercerita tadi, cikgu Nazir dapat melihat tiada sebarang reaksi takut ditunjukkan oleh Syazrin. Kental sungguh jiwanya.

‘’ Hantu tak semestinya kena seram. Itulah tipikal orang sekarang, asal hantu aje mesti nak kena muka hodoh, berulat, gigi taring, mulut berdarah, rambut panjang mengerbang, baju koyak-koyak ada kesan darah dan yang paling selalu mesti menjerit dan mengilai. Kamu tahu tak ada hantu yang cantik?’’

‘’Hah, hantu cantik? Hmm.. cikgu ni macam nak gebang kami je ni.’’ Tanya Huda ragu-ragu.

‘’Eh, gebang apa pulak. Betul la ada.’’

‘’Hantu apa?’’

‘’Ada laaa... haha.’’ Jawab cikgu Nazir sambil ketawa dua harakat.

Dalam kerancakan berbual,  cikgu Nazir perasan ada beberapa pelajar yang diam selepas dia bercerita tadi. Sepertinya ada sesuatu yang sedang mereka pikirkan.

‘’Azila, Sabrina, Farah, kenapa kamu diam ni?’’ Tanya cikgu Nazir sedikit bimbang.

‘’Sabrina, hang perasan tak waktu hari sukan bulan lepas?’’ Tanya Azila tanpa memandang wajah cikgu Nazir.

‘’Perasan apa?’’

‘’Alaa, macam cikgu cerita tadi tu la. Kan waktu lumba lari 100 meter tu, ada tujuh orang jer yang lawan walaupun ada lapan lorong. Sekolah kita macam tu jugak kan?

‘’Hang ni biaq betoi Azila.’’ Farah kelihatan ragu-ragu. Berkhayal agaknya Azila ni.

‘’Tapi kan, betul juga tu. Aku perasan juga. Entah – entah....’’ Sabrina tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

‘’Sudah, jangan nak pikir bukan-bukan. Cikgu reka aje cerita tadi tu.’’ Beritahu cikgu Nazir bagi menghilangkan resah mereka. Dia perlu bertindak cepat, jika tidak fikiran mereka akan diracuni oleh ketakutan yang sengaja diada-adakan.

Cikgu Nazir mengerling jam pada dinding  di hadapan kelas. Masih ada setengah jam sebelum masanya habis.

‘’Tapi kan cikgu, macam sama jer cerita tuh.’’ Azila masih tidak berpuas hati.

‘’Aha la, lapan lorong dan satu lorong tak digunakan. Sama la macam kat sekolah ni. Kami pun tak tahu kenapa.’’ beritahu Sabrina pula.

‘’Kebetulan aje tu sama. Okey, sekarang kamu nak dengar cerita lagi ke tak?’’ Tanya cikgu nazir lagi

‘’Nakk..!’’

‘’Cerita apa pulak?’’

‘’Cerita hantu lagi laa.. yang seram sikit’’

‘Iskh kamu ni, hantu sungguh...okey biar cikgu fikir dulu hantu apa. Cerita hantu bungkus nak?’’

‘’Hantu bungkus tu hantu yang macam mana , cikgu?’’

‘’Ala kamu ni, hantu pocong la. Kan dia berbungkus satu badan tu.’’

‘’cerita lah cikgu..’’

‘’okay, ceritanya begini...pada suatu malam.......’’ dengan mukadimah yang sama lagi. Hantu punya penulis. Takda mukadimah lain ka nak mula cerita. Haha.

Aiman, Zakkir, dan Aqhar akan pergi mengaji di rumah Ustaz Armin pada setiap malam. Mereka pergi dengan berjalan kaki sahaja memandangkan rumah ustaz Armin tidak berapa jauh daripada rumah mereka bertiga.

Malam itu, selepas habis mengaji, mereka bertiga berjalan untuk balik ke rumah masing-masing melalui jalan yang sama. Untuk sampai ke rumah, mereka perlu melalui kawasan kebun milik orang kampung. Dan yang paling terserlah disitu adalah kebun pisang milik Haji Deris.  Sungguh banyak pisang yang ditanamnya.

Ketika melalui kebun pisang tersebut, mereka rancak berbual-bual pelbagai isu termasuklah isu cincin yang harganya tidak akan mampu mereka beli di usia mereka ini jika tidak mula menabung sejak dari kecil. Perbualan mereka terganggu apabila Aiman  menepuk bahu Zakkir dan Aqhar secara tiba-tiba.

‘’Woii, jom kita lumba lari nak tak.’’ Kata Aiman dalam nada perlahan. Suaranya berubah serak.

‘’Boleh jaa...’’Sahut Aqhar yang suka akan persaingan.

‘’Aku kira sampai tiga, kita lari.’’ Kata Aiman sekilas menoleh ke arah kebun pisang Haji Deris.

Mereka bertiga mula berlari apabila Aiman sudah mengira sampai tiga. Antara mereka bertiga Aiman berada paling hadapan. Bersungguh pula dia berlari malam ini. Aqhar yang terkenal dengan kepantasan berlari juga tidak mampu menewaskan Aiman malam ini. Kepantasan Aiman luar biasa sekali.

Mereka berhenti apabila sudah tiba di rumah Aiman yang terletak antara rumah Zakkir dan Aqhar. Tercungap-cungap mereka menarik nafas. Aiman yang memenangi larian itu tidak pula menunjukkan tanda kegembiraan. Sebaliknya menghembuskan nafas kelegaan.

‘’ Hangpa tau tak kenapa aku ajak lari?’’

‘’Kenapa?’’

‘’Tadi waktu kita lalu kat kebun pisang Haji Deris, aku nampak pocong! Bukan sekoq, tapi banyak ekoq. Tiap-tiap pokok ada. Semua dok  berdiri tepi pokok sambil tenung kat kita.’’

Aqhar dan Zakkir yang mendengar cerita itu tidak tunggu lama, terus sahaja mereka berlari masuk ke dalam rumah. Begitu juga dengan Aiman.

‘’Eeee....’’ reaksi seorang daripada pelajar di hadapannya apabila cikgu Nazir habis bercerita.

‘’Seram tak?’’

‘’Seram, seram’’

‘’Memang pun, cikgu pun seram jugak nih sebenarnya.’’ Ujar cikgu Nazir sambil menggosok bulu roma pada lengannya yang sudah tegak berdiri dari tadi. Belakang tengkuknya juga diusap-usap.

‘’Cerita betul ker cikgu?’’

‘’Tak lah, cikgu ambil dari Wattpad jer cerita ni. Nama watak tu pun nama budak kelas sebelah. Haha’’

‘’Patut macam kenal je nama.’’

‘’Sudah, habis dah cerita hantu. Cikgu nak tanya, kelas ni sapa yang ikut perkhemahan unit beruniform hujung minggu nanti?’’

‘’Semua.’’ Jawab mereka hampir serentak.

‘’Semua? Wahh...bagus-bagus. Semangat betul kamu. Cuma cikgu nak pesan buat la persiapan yang secungkupnya untuk perkhemahan nanti.’’

‘’Persiapan apa la sangat cikgu, khemah pun dalam sekolah.’’

‘’Pasal dalam sekolah la cikgu pesan. Maksud cikgu persiapan dari sudut yang lain.’’ Kata cikgu Nazir sambil mengerling jam di dinding kelas. Tiga minit lagi. Dia mula mengemas barang-barang di atas meja. Berjalan hendak keluar daripada kelas.

Masanya hari itu habis begitu sahaja. Hantu punya cikgu.

Continue Reading

You'll Also Like

265K 10.2K 31
Kompilasi ayat power, sentap & banyak lagi.
2.7K 266 48
"Pernah kah Tuhan,yang selama ini kau anggap sebagai pencipta mendengar rintihan hati kau?" "Dia yang kau sembah dan puja,tetapi bukankah dia juga ya...
27.6K 1.8K 22
Cahaya putih yang muncul menyebabkan 3 orang gadis dan 3 orang jejaka telah masuk ke alam yang tidak pernah mereka ketahui. Sikap dan perangai mereka...
10.1K 538 18
6 orang pelajar di berikan tugas untuk membuat penyelidikan bagaimana zombie terjadi.Mereka menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji.Selepas 3 jam,m...