MINE ✔ (In Editing)

By adranana

98.7K 1.3K 30

Arin Isabella X Adrian Ukasyah More

Hey
Prolog | Aksara vs Victorian
2 | Heart
3 | Bapak dan Anak
4 | Siapa Dani?
5 | Keputusan
6 | Gentleman
7 | Fav Student

1 | Past is past

7.3K 193 3
By adranana

Bunyi sahaja loceng untuk waktu rehat, Arin melangkah laju masuk ke pejabat ibunya. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa mereka yang pernah membuatnya sakit, kini masuk ke sekolahnya? Dengan ura-ura mengatakan bahawa sekolah ini akan bergabung. Arin Isabella sanggup tukar ke sekolah yang lain. Jadi dia perlukan jawapan. Sudah semestinya umi mengetahui perkara ini terlebih dahulu tapi tidak pula diberitahu kepada dirinya.

"Why?" hanya itu yang mahu ditanya. Ahh, ibunya pasti mengerti.

Tengku Afiah mengangkat wajah memandang puteri tunggalnya. Sudah diagak Arin akan segera mencarinya.

"Apa yang Arin tak puas hati ni? Pengarah yang arahkan ini semua. Bukan umi yang nak.."

"Everything. Arin tak puas hati dengan semuanya dan kenapa umi tak bagitahu Arin benda penting macam ni? Sepatutnya masa Arin outing tu umi bagitahu Arin, ni umi buat diam je. "

Tengku Afiah memicit dahinya. Dia juga buntu dan bingung dengan arahan ini. Namun apakan daya sekiranya itu satu arahan dari pihak atasan. Dia hanya seorang pengetua biasa.

"Anggap saja yang kita cuba untuk berbaik semula dengan Victorian. Bukan satu masalah besar pun kan?"

"Berbaik semula yang macam mana tu? Berbaik dengan pengetua diaorang ke ataupun semua pelajar Victorian?" berang Arin.

Dendamnya cuma satu..

Hapuskan Victorian.

"Arin kena terima hakikat yang abah bukan hak umi lagi untuk dia berikan sepenuh perhatian lepas kami bercerai. Dia ada tanggungjawab..."

"Tanggungjawab umi cakap? Dia abaikan umi waktu umi masih isteri dia! Dia abaikan Arin! Dia pergi pada perempuan nama Lily tu! I wonder if Lily tu akan terima nasib yang sama macam kita ataupun tidak? Pandai pula orang tua tu pasal tanggungjawab"

"Arin Isabella! He is still your father!"

"I'm done with it! I don't think he deserves that title after what he put us through."

Senyap.Hanya mata mereka berdua yang berbicara.

10 tahun tanpa seorang bapa membuatkan Arin tahu bagaimana untuk jadi kuat. Bergelar anak kepada Tengku Ismail buatkan dia menjadi pendendam.

Dan lelaki itu hanya menghulur salam kemaafan melalui jaringan 2 sekolah private yang terkenal ini. What the hell is going on?! Semudah itukah erti kemaafan?

Tidak ingatkah lelaki itu saat mereka melemparkan kata-kata hina kepada anak yang diabaikannya ini?

Fasha Hafina.

Anak tiri bapanya hasil perkahwinan Lily,si ibu dan Farid. Entah apa yang istimewa gadis itu, dia sendiri tidak tahu sehingga bapanya begitu berhati-hati menjaga perempuan sewel itu.

Gadis itu juga pernah menghilangkan kepercayaannya kepada Tengku Adrian,bekas teman lelaki Tengku Arin Isabella.

Oppss..Banyak pula spoiler.

Back to real situation.

"Arin..umi tak nak ingat apa-apa pun berkaitan hal lama. Past is past. Umi nak hidup tenang,tak nak ada musuh. Umi nak kita semua berbaik especially you, lady."

Arin memandang arah lain. Dia tak sedia untuk menerima lelaki itu sebagai ayahnya. Tidak. Never. Nehi. Andwe. Titik.

"I'm out."

Arin berlalu meninggalkan Tengku Afiah. Semakin lama dia berada di situ, mungkin uminya dapat memujuk dia untuk memaafkan lelaki itu.

"I'm trying to make it work. But it's too hard." keluh Tengku Afiah. Makin pening kepalanya menghadap anak dara yang seorang itu.

Hati anaknya itu keras. Sukar untuk dilembutkan sekiranya bercakap tentang Tengku Ismail.

"Sama je macam bapak dia. Degil. Cuba jadi macam aku ni sikit, dah la cantik, sopan, baik, tak degil.." bebel Tengku Afiah.

©®©®©®

"Well Arin, kau tak payah nak serabut sangat la. Nak ke tak nak ke, kita kena terima semua ni juga akhirnya. Kau tahu je la pihak atasan tu macam mana." kata Hilman.

Arin yang sudah habis memanaskan badan,menoleh ke arah Hilman. Kecik besar, kecik besar je aku pandang budak Hilman ni lah! Ni semua bapak kau punya pasal lahh!!

"Aku akan pastikan diorang tak selamat tinggal dekat sini. Tengoklah apa aku nak buat. Kau warning bapak kau siap-siap. Prepare van jenazah kalau boleh." balas Arin. Suara gadis itu dingin selepas pertengkaran bersama Tengku Afiah siang tadi. Takut-takut Hilman nak menegurnya tadi.

"Baba cakap diaorang ada perlindungan daripada pihak atasan. No one can touch them. Backup besar tu, kau jangan nak main gila sangat Rin. Kang tak pasal-pasal dengan aku sekali kena cekik dengan Baba, macam mana?" kata Hilman.

Arin tersenyum sinis.'Nampak sangat takut aku buat something kat diorang.'

"Macam mana lagi, macam tu la. Bukannya pihak atasan tak tahu memang ada bad blood dengan budak sekolah tu. Lagi mau buat jadah macam ni."

Hilman mengangguk. Ada betulnya jugak. Tapi tidak pula dia soal pada Baba haritu.

"Diorang tahu kau macam mana Arin. That's why diorang try sehabis baik untuk jaga budak-budak Victorian tu."

"Tch..dah tahu tapi still wants to take the risk. Setakat budak-budak tu, aku tengok macam lempeng je masing-masing." Kata Arin, suka hati dia nak samakan orang dengan lempeng.

Nak dijadikan cerita,

Setahun yang lalu,seorang pelajar lelaki dari Victorian dipukul oleh Arin. Nasib tak koma je budak tu.

Hilman menggaru keningnya perlahan apabila mengingati pergaduhan Arin dan Khairul. Uish, memang tak boleh buat main la minah sorang ni.




Flashback




"Uiiiittt, pweeeittt. Ni ke anak pengetua Aksara weh. Lawa juga kau ni kan?"

Cat calling.

Arin yang bersendirian ketika itu hanya diam dan terus berjalan. Lantak engkau la nyah, tak ada masa nak layan. Namun, sempat juga dia melihat kumpulan lelaki itu. Hm, budak rempit.

Selekeh.

Baju tak tuck in.

Kasut tak berkapur.

'Budak bermasalah. Patutlah pun.' desis hati Arin. Menyesal pula mengikut kehendak umi yang meminta dia dan Hilman untuk berjumpa dengan penolong kanan hal ehwal murid Victorian,Puan Farhana.

Cakap pasal budak Hilman ni,

Apa yang Hilman lama sangat pergi tandas?! Cirit ke apa dia tu?

"Dia palau kita la!HAHAHA!Hey, kau pandang la sini, jangan sombong sangat." Lelaki yang ber'name tag' Khairul itu berjalan ke arah Arin dan merentap tangan gadis itu.

Eh silap hari la mat,

"What do you want?!" tengking Arin. Ditepis tangan lelaki itu kuat.

"Waauu!! Garangnyaa but i like it." kata-kata lelaki itu disambut oleh rakannya yang lain.

Benci melihat tawa mereka, Arin lekas mengilas tangan Khairul ke belakang.

"Argh!!"

Kaki gadis itu menyepak pelipat Khairul sehingga lelaki itu melutut.

Tak cukup dengan itu, kakinya diangkat menghentak kepala lelaki itu kuat. Dicengkam rambut Khairul. Rasain lohhh.

"Ha, kau yang lain ni nak cuba? Nak try lagi perempuan cantik macam aku?" Kata Arin selamba, sempat dia memuji diri sendiri. Mana tahu nak dia 'urut' jugak macam mamat bebal ni.

"Mommy!!" Lintang pukang mereka lari selamatkan diri.

"LAAAHHHH!! Arin!!"

Gadis itu pusing ke belakang apabila namanya dipanggil. Hilman pula terkocoh-kocoh melepaskan Khairul dari cengkaman Arin.

Mata gadis itu tidak teralih dari bertembung dengan seseorang yang tidak jauh daripada mereka.

"Ell.." sayu.

Lelaki itu mendekati ke arah Arin. Namun dihalang keras oleh gadis itu.

"No. Don't you dare to come any closer Tengku Adrian Ukasyah! Stay where you at!"

Tidak diendahkan kata-kata gadis itu. Terus dilajukan langkah, sebelum tubuh Khairul yang rebah mengejutkan mereka semua.

"Damn! Khairul pengsan!"

"Oh shit, should I be scared?"

"Eh gila, tolong aku cepat! Dah buat onar jangan nak lepas tangan eh?!" Marah Hilman.




Present




Hilman geleng mengingatkan peristiwa itu. Tapi lawak juga apabila Khairul datang untuk meminta maaf daripada Arin selepas keluar dari wad. Dengar cerita terus keluar sekolah, masuk tahfiz tu. Alhamdulillah, semoga Khairul sihat sentiasa.

"Kau apahal geleng tu? Cepatlah coach dah tunggu tu. Lembab la kau ni." jerit Arin yang sudah jauh meninggalkannya.

"Tunggu la woii."

Hilman sempat berfikir,apa caranya untuk buat Arin menerima semula Tengku Adrian Ukasyah dalam hidup gadis itu. Bukan apa dia kesian, lagipun Adrian dihukum atas kesalahan yang dia tak buat. Dia nak juga tolong pulihkan hubungan mereka berdua.

After all,lelaki itu masih sepupu Tengku Hilman.

Continue Reading

You'll Also Like

537K 11.3K 31
"and then she does the simplest thing in the world. she leans over and kisses him. and the sky cracks open." || the walking dead | season1-8| daryl d...
1.8M 115K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
46.1K 1.3K 22
Where an unfortunate boy gets attacked by the Honkai and is being taken care of the flamechasers...
1.7M 103K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...