Gengster Tu Aku Punya!

By cuteflwara

8.9M 468K 65.6K

Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku pun... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
Epilog
thank you!

BAB 53

112K 6.8K 1.3K
By cuteflwara

"Wey.. Kau tk rasa something ke bila tengok Alief dngn Ayna tu?" soal Faris tiba-tiba. Ameer yng sedang bermain telefon bimbitnya terhenti seketika. Dia menoleh ke arah Faris..

"Maksud kau?" Ameer bertanya lalu sambung membelek Iphone nya. Faris membuat muka bosan. Dia menukar posisi meniarap kepada duduk bersila di sebelah Ameer.

"Maksud aku, kau tk rasa ke yang dia ada sesuatu dengan Ayna. Something special.." terang Faris dengan lebih terperinci. Ameer mula memberi perhatian.

"Something special like.. Something?" Ameer menggerakkan dua jarinya ke atas dan ke bawah. Faris pantas mengangguk.. Ameer berfikir sejenak. Kemudian dia memandang Faris. "Obviously.."

"Ha yela. Something special kan. Sampai langsung tak bagitau kitaorng. Teruk sangat ke benda tu?" sindir Hasya menyampah. Apa yang susah sangat untuk mereka terangkan tentang situasi mereka?

Faris menghela nafas. Setuju juga dengan kata-kata Hasya. "Cuba korang ingat balik. Tadi kat kantin, ingat apa Hafey cakap??" Faris berfikir lebih dalam. Kata-kata Hafey bagaikan ada maksud tersirat di dalamnya. Sesuatu yang kita semua tak tau.

Hasya menghela nafas lalu mengangkat bahu. Malas mahu fikir. Hafey juga dah syok dekat Ayna. Iqa memandang Faris kemudian dia ikut berfikir.

"Siapa kata dia bukan milik aku?"

"She's mine" 

"Kau bertanggungjawab untuk jaga dia. Then, take a good care of her instead of hurting her. Kalau kau rasa kau tak boleh jaga dia, kau lepaskan dia"

Mata Iqa membulat. Badannya yang bengkok tadi terus menegak. Faris, Ameer dan Hasya memandang pelik ke arah Iqa. "Kau pahal??" soal Hasya.

"Kau bertanggungjawab untuk jaga dia."

"Kalau kau rasa kau tak boleh jaga dia, kau lepaskan dia"

Kata-kata Hafey itu diulang-ulang di dalam kepalanya. Adakah kemungkinan yang dia fikir selama ini adalah benar? Sesuatu yang mereka rahsiakan itu..

"Memang dah kahwin dah pun"

"Ayna. Kau cinderella aku"

"Rindu ape? Tiap2 hari hadap muka aku"

Iqa berdiri. Mungkin..

●●●●●

"Pripp!"

Bunyi wisel ditiup menandakan yng separuh masa pertama telah tamat. Ayna mengeluh kepenatan. Dia mengambil tempat di sebelah Iqa. "Aku tau yng dia ada sesuatu dengan Alief ni" bisiknya perlahan tapi masih mampu didengari oleh Ayna.

Dahi Ayna berkerut. Dia menoleh ke arah Iqa. "Apa kau cakap?" soalnya inginkan kepastian. Air mineral diteguk perlahan. Iqa memandang Ayna lama. Betulkah tekaannya selama ini? Hubungan di antara Ayna dan Alief bukan sekadar couple tetapi lebih dari itu?

"Kau..."

Belum sempat Iqa bercakap apa-apa, cikgu Azlina terus meniup wisel. "Pelajar perempuan! Cepat cepat cepat!" Arah guru itu kuat. Terus mereka berdiri dan berlari anak ke tengah-tengah padang.

"Tukar posisi. Ingat! Main dengan adil. Saya tak nak sesiapa pun main kotor!" Cikgu itu mengangkat bola tinggi. Wisel ditiup kuat sebelum bola dibaling ke atas.

Pelajar perempuan mulakan permainan netball mereka manakala pelajar lelaki ada yang bermain bola sepak, dan ada yang bermain bola keranjang.

"Alief sini!"

Mata Ayna spontan terarah ke budak lelaki yang sedang bermain bola keranjang. Dia mencari si tiang di dalam kumpulan budak lelaki di situ. Nampak sahaja Alief, mata Ayna langsung tidak lepas daripada memandang.

Dia merenung Alief yang seakan-akan pemain handal bola keranjang. Peluh menitik ke seluruh badannya. Tangannya cekap menangkap dan meng-dribble bola. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.

Rindu. Dia rindu sangat pada Alief. Rindu senyuman dia. Rindu gelak tawa dia. Rindu usikkan manja dia. Rindu perangai mengada dia. Dia rindu semuanya tentang Alief. Adakah Alief pun rasa begitu?

Heh. Maybe not.

Tiba-tiba mata Alief juga terarah kepadanya. Mata mereka bertembung buat seketika.

"Ayna be careful!"

Ayna menoleh. Sebiji bola laju menerpa ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Mata dipejam rapat. Bersedia untuk ape sahaja yang akan datang..

Alief yang berlari ingin menyelamatkan Ayna terus terhenti langkahnya apabila melihat Ayna selamat berada di dalam pelukan Arfan. Bola itu melantun selamat tanpa terkena sesiapa.

Ayna terkaku. Dia membuka matanya. Arfan dipandang seketika.

"Kau langgar aku arfan?!" Dania yang dari tadi jatuh tergolek di atas tanah kerana dilanggar Arfan tiada siapa hiraukan. Dahinya berkerut menahan sakit. Arfan dijeling tajam. Semangat sangat nak selamatkan Ayna dia tu sampai terlanggar aku!

"Awak okay?" soal Arfan. Ayna mengangguk. Dia terus menolak tubuh Arfan. Bajunya dibetulkan. Perhatiannya lebih tertumpu kepada Dania yang sudah mula membuat sinetron tv3.

"Auww sakit" Dania memegang kakinya.

Alief terus pergi ke arah Dania. "Sakit sangat ke??" soalnya memegang lembut kaki Dania. Semua pelajar memandang mereka seketika kemudian memandang Ayna.

"Sakit youu. Rasa macam tak boleh bangun" adu Dania lagi dengan muncung yang dibuat-buatnya. Bahu Alief sengaja dipegang. Sengaja mahu menyakitkan lagi hati Ayna.

Ayna mengetap bibir. Air mineralnya dicengkam kuat. Hebat betul lakonan kau kan sotong. Tiang pun sama. Layan! Tetapi Ayna tetap mengekalkan wajah tenang. Kita lek je.

"Ish. Lain kali tolong berhati-hati. Alief, bawa dia pergi bilik kesihatan" Cikgu Azlina bercekak pinggang. Alief menghela nafas seketika. Aku pulak yang kena bawak??

Dia sengaja memberi perhatian kepada Dania kerana ingin menyakitkan hati Ayna. Dia mahu buat Ayna cemburu. Asyik dia sahaja yang cemburu. Tetapi apabila melihat wajah tenang Ayna, hati dia pulak yang sakit.

"Ok semua! Pj kita sampai di sini sahaja. Tolong kutip bola lepastu boleh terus masuk kelas. Jangan merayau!" laung Cikgu Azlina kuat.

"Bangun ah cepat" ujar Alief dengan wajah jelas tidak suka. Dia memandang Ayna yang berlalu begitu sahaja. aish! Ayna tidak rindukah pada dirinya?? Kenapa dia macam tak kesah? Dia di sini separuh mati menanggung rindu kepada gadis itu.

"Alief! I tengah sakit nii. Tolong lah i!" Dania menghulurkan kedua belah tangannya. Alief menghela nafas berat. Nasib baik si Dania ni perempuan. Kalau lelaki, mahu dicepuknya dekat tengah-tengah padang ni jugak.

"Kau jangan nak membongak. Bangun cepat. Kalau tak aku tinggalkan kau kat sini" Alief mencapai botol airnya dan berlalu pergi. Dania merengus kasar. Perlahan-lahan dia bangun sambil membebel-bebel.

"Alief tunggu!"

●●●●●

Alief melangkah turun ke tingkat bawah. Dia memandang sekeliling ruang tamu lalu dia berlalu ke dapur. Kepala dijengukkan ke dapur. Kosong.

Alief berlegar-legar di ruang tamu sebelum dia melangkah naik ke atas. Kakinya laju sahaja mengatur ke bilik Ayna. Sampai di hadapan pintu bilik Ayna, langkah Alief terhenti.

"Dah kenapa kau ni Alief?" gumam Alief sendirian. Dia merenung pintu bilik Ayna lama. Terasa dadanya berdebar. Otak kata jangan tetapi hati kata nak. Sampai bila kau asyik nak salahkan Ayna ni haa?

Alief ingin mengetuk tetapi tangannya teragak-agak. Nafas dihela sebelum dia berpusing ingin berlalu tetapi sekali lagi langkahnya terhenti. ish. Apa masalah kau ni ha tiang?

Ah! Lantak.

Alief terus membuka perlahan pintu bilik Ayna. Kepala dijengukkan ke dalam. Kelihatan Ayna sedang tenang menggosok baju tanpa sedar kehadirannya. Alief perlahan-lahan melangkah masuk.

Rambut Ayna yang panjang mengurai dipandang seketika. Rambutnya 2 kilometer dah boleh bau. Alief perlahan-lahan berdiri di belakang Ayna. Nafas dihela seketika.

Dengan perlahan-lahan juga tangannya menyelinap ke tubuh Ayna lalu tubuh Ayna dipeluk dari belakang. Tubuh Ayna serta merta kaku. Ayna yang sedari tadi tenang menggosok baju menjadi tidak keruan. Iron di tangan perlahan-lahan diletak. Tak pasal-pasal terbakar baju tu nanti.

"I miss you" bisik Alief perlahan.

Jantung Ayna berdegup kencang. Air liur ditelan kasar.

"I miss you so much" Alief mengetatkan pelukannya. Ayna menutup matanya seketika. Adakah Alief maksudkan kata-katanya atau hanya sekadar melepaskan nafsunya? Ah! Rindunya pada si tiang ini!

"Say something please?"  bisik Alief lagi.

"ak-"

Belum sempat Ayna berkata apa-apa, telefon bimbitnya berbunyi lantang di atas meja bersebelahan iron board. Alief dan Ayna serentak menoleh. Terus wajah Alief berubah apabila melihat nama Arfan tertera di dalam telefon bimbit itu.

Pelukan dilepaskan lalu dia mencapai telefon bimbit itu. "Srsly? You even save his number?" ujar Alief dengan dahi berkerut. Jelas bengang dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

"Its just a number Alief. Jangan jadi budak-budak boleh tak?" Balas Ayna merampas telefon bimbit itu lalu butang merah ditekan. "huh. yeah right. Memang aku budak-budak. Budak sangat!" tukas Alief menguak rambutnya ke belakang.

"Kau kenapa ni? Sekejap okay, sekejap tak okay. Kenapa kau boleh, aku tak boleh?" Ayna memandang tepat ke dalam anak mata Alief. "Boleh, tak boleh ape ni?" soalnya semula.

"Kau boleh lah text si Dania tu hari-hari, kononnya kesah sangat pasal minah tu? Aku call dia pun tak boleh?"Ayna sengaja ingin menguji Alief. Call Arfan tidak pernah langsung pun dia angkat. Buang masa!

Alief ketawa sinis. "Ohh. Seronok lah call mamat ni tiap-tiap malam??"

"Ha seronok. Memang seronok gila." Balas Ayna. Sakit hati!

"Ok. Fine. Call lah dia puas-puas! Aku pergi mesej Dania sampai pagi besok!" Alief terus melangkah keluar dari bilik Ayna. Pintu dihempas kuat.

Bahu Ayna tersentak. "Kau kan ada game esok! Jangan nak mengada-ngada!!" jeritnya lantang walaupun dia tahu Alief tidak akan mendengarnya. Dia merungut sebelum menyepak katilnya melepaskan geram.

Geram dengan tiang. Geram juga dengan dirinya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

44.8K 3.5K 68
1st series of Darkness. ๐๐š๐ข๐ซ๐š ๐„๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐ฑ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ/๐€๐ซ๐ข๐ณ ๐‹๐ฎ๐ญ๐Ÿ๐ฒ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
3.9M 8.8K 2
MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seor...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3M 28.8K 8
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...