THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 67: Putik Cinta

Bab 66: Kenyataan

1.3K 112 10
By Alexna_Syufa

Sedutan episod lepas..

"SEMUA....tolong maafkan saya... Saya...bukannya seorang manusia seperti yang korang sangkakan.."

   Tersentak.Langkah Syah serta-merta mati.Reaksi wajahnya mengambarkan 1001 perasaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.Kecewa,sedih dan terkejut dalam masa yang sama.

  "Bu-bukan manusia? Apa maksud awak?" Soal Syah dengan perasaan yang bercampur-baur.

  Dia berharap sangat apa yang dicakapkan oleh The Undead Devil tempoh hari adalah tidak benar.Tolong! Harap-haraplah ia tak benar!

    Iryan sudah menangis tersendu-senduan di hadapan pintu.Hiba benar tangisannya.

"Saya...sa..saya...isk...sebenarnya...seekor The Undead Ghoul..." Ucapnya dengan suara yang terketar-ketar.

   Perlahan-lahan dia menyelak lengan bajunya,lantas menampakkan tangannya yang hodoh dan menakutkan sebagai bukti yang kukuh.

   Zinnt terkedu.Jadi benarlah dia nampak tangan yang menakutkan itu sebentar tadi?

Masing-masing sudahpun menekup mulut,rasa tak percaya.Mata terbuntang luas.Ada sesetengah dari mereka yang tidak dapat menerima kenyataan.

  Tiba-tiba Saga menyampuk disebalik kebisuan mereka semua.

   "Kau? The Undead Ghoul? Hmm..setahu akulah,Undead Ghoul ni adalah sejenis raksasa mitologi yang mendiami kubur dan memakan daging manusia.Dalam erti kata lain juga,raksasa yang sering diklasifikasikan sebagai tidak mati.Betul tak apa yang aku cakap tadi? Tapi kan..bukan ke raksasa jenis macam kau ni dah pupus beribu tahun yang dahulu? Macam mana kau boleh hidup sampai ke hari ini?"

   Senyap.Suasana bertukar tegang.Hanya kedengaran bunyi guruh berdentuman di ruang angkasa.Iryan mengesat air mata yang semakin melebat seperti hujan ribut yang melanda kini.

   "Ya...apa yang awak cakapkan itu sememangnya betul.Saya raksasa The Undead Ghoul.Spesies raksasa seperti saya..dah lama pupus kerana tiada lagi orang yang mempercayai kewujudan kami.. Saya wujud kembali kerana di seru.. Dan untuk menunjukkan kesetiaan saya kepada tuan saya,tugas utama saya ke sini adalah untuk membunuh Syah.."

   Hati Syah remuk.Dia lantas memalingkan wajahnya ke arah lain,tak mahu lagi memandang wajah Iryan.

    "Pada awal kita berjumpa,sebenarnya saya duduk diatas pokok kerana ada sebab yang tertentu.Saya cuba nak panah Syah ketika itu tapi..tak menjadi bila baju saya yang dipanah Fellex terlebih dahulu.Rancangan awal saya gagal.Jadi untuk menutup kesalahan saya masa tu,..saya berpura-pura jadi seorang Archer yang tak bersalah dan berperwatakan penakut."

  "Tuan saya suruh saya teruskan jugak perancangan kami walaupun terdapat perubahan yang berlaku."

    "Masa kita dekat Sungai Berasid pulak, saya sengaja jawab teka-teki tu dengan jawapan yang salah dengan harapan korang tak dapat seberangi sungai tu.Tapi..tak sangka pulak Shasha dapat jawabnya dengan betul.Nampaknya perancangan kedua saya dah gagal."

    "Jadi lepas tu,..saya teruskan ke perancangan yang ketiga.Sepatutnya,tuan saya arahkan saya tikam Syah masa dia tidur tapi saya ingkar.Sebab tuan saya yang tak guna tu suka sangat memaksa,saya terpaksa racun makanan korang dengan racun Amfric yang tak berwarna. Kesannya hanya berlaku pada Syah seorang saja.Organ dalaman dia rosak sedikit demi sedikit sehinggalah dia sakit tenat.Saya ingat dia akan mati..tapi nasib baiklah dia terselamat."

   Iryan mengetap gigi sebelum menyambung kembali penceritaannya.

   "Tapi masa tu saya dah lama menyesal! Saya dah lama berhenti bekerjasama dengan tuan saya! Saya nak jadi baik! Saya nak tebus semua kesalahan saya.. Tolong.. Maafkan saya... Syah.. Saya minta maaf! Hukumlah saya jika itu yang awak mahu!"

   Iryan mengakhiri kata-katanya dengan duduk melutut.Banyak air mata yang menitis.Dia menyesal! Benar-benar menyesal atas kesilapannya!

   "Iryan... Siapa sebenarnya yang hantar kau ke sini? Kenapa tuan kau tu nak sangat kau bunuh Syah?" Kini giliran Fellex pula untuk menyoal.

   Suasana menjadi senyap.Masing-masing tak sabar menunggu jawapan yang seterusnya dari Iryan.

   Terketar-ketar Iryan ingin membuka mulut.Dia takut..tetapi kenyataan ini haruslah diberitahu.Dia bersuara perlahan.

   "Tu-tuan saya sebelum ni...adalah...Kif-"

   Gedebanggg!

  Bunyi halilintar yang tiba-tiba berdentum,mentenggelamkan bicara terakhir Iryan.Masing-masing sudah mengerutkan dahi.

    "Hah? Apa kau cakap tadi? Boleh ulang balik?"

   Permintaan Fellex membuatkan Iryan jadi bengang.Lantas dia menjerit sekuat hatinya.

   "TUAN SAYA SEBELUM NI ADALAH KIFFT! DIALAH YANG SURUH SAYA BUNUH SYAH! DIA TAK MAHU SYAH BERJAYA DAPATKAN BUNGA ASFLOERA TU! SEBAB TULAH DIA HANTARKAN SAYA KE SINI!"

   Tercunggap-cunggap dia bernafas selepas menjerit sebegitu.Bukan sebab tak cukup nafas tapi rasa bersalah yang teramat.Dia kemudiannya teresak-esak menangis.

    Tatkala nama Kifft disebut,hati Syah serta-merta menjadi panas.Dia bingkas berdiri sebelum tiba-tiba menerpa Iryan.Lantas tangan kanannya di angkat tinggi ke udara lalu..

   Papp!

   ..penampar mautnya hinggap ke pipi Iryan.

   Iryan terkedu.Pipi yang terasa perit dipegang.Wajah Syah dipandangnya dengan rasa tak percaya.

  Ini kali pertama...

  ...Syah tampar dirinya sebegini kuat.

   Untuk kesekian kalinya,sekali lagi Syah mengangkat tangannya semula.Ingin menampar Iryan buat kali kedua.

   "Syah..! Kenapa awak tampar dia?!" Zinnt bingkas berdiri.Tangan kanan Syah digenggam agar Alchemist itu tidak menampar Iryan lagi.

   "Pergi..." Syah bersuara duka.Tiba-tiba dia merenung tajam Iryan persis pembunuh yang dahagakan darah.

  "...Pergi dari sini!" Amuknya,lantang.Dia kemudiannya merentap kasar tangan yang dipegang Zinnt sehingga terlerai.

   Semakin kuat tangisan Iryan jadinya.Dia juga turut berduka.Sedih hatinya bila Syah menyuruh dia pergi.

   Kini giliran Fellex pula berdiri tegak.Wajahnya menyinga.Dia datang menerpa Iryan tetapi sempat dihalang Syawal.Dadanya berombak kencang.Seperti Syah,dia juga marahkan Iryan.

  Penumbuk digenggam.Kalau Syawal tak menghalang sekarang ni,sudah semestinya penumbuknya sudah melayang ke muka Iryan.

    "Maafkan saya! Saya dah menyesal! Saya nak berubah! Tolong maafkan saya..! Saya tahu saya banyak buat salah! Saya janji takkan ulanginya lagi!" Rayu Iryan dengan linangan air mata.Kaki Syah dipeluknya.Terdesak untuk meraih simpati.
  
    Diam.Syah langsung tak bersuara.Perlahan-lahan dia duduk bercangkung dengan sebelah lutut yang dilipatkan.Pipi Iryan yang ditampar tadi lantas dipegang.

   "Iryan... Aku tampar kau tadi bersebab.Selama ni..aku anggap kau dah macam adik aku sendiri.. Kau suka hiburkan hati kami dengan perangai comel kau tu.. Tapi bila kau mengaku yang kau ni seekor The Undead Ghoul.. aku masih boleh terima kau walaupun hati aku rasa sakit.Ya..sakit sangat...sebab aku dah lama ketahuinya sebelum kau bercerita lagi. Dan bila kau cakap kedatangan kau ke sini untuk bunuh aku..aku masih lagi boleh terima.. Semua yang kau ceritakan tadi..aku dapat terimanya dengan hati terbuka walaupun pedih.Tapi.."

   Bicara Syah terhenti untuk seketika. Air mata Iryan dikesat perlahan.

    "Tapi bila kau cakap yang kau ni dihantar oleh Kifft...aku tak boleh terima kenyataan tu. Kenapa kau tak berterus terang dari awal lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa perlu selepas aku dah tahu rahsia kau? Kenapa Iryan? Kenapa? Kau tahu tak,bertapa pedihnya hati aku lepas aku dapat ketahuinya sendiri tanpa kejujuran dari kau? Kau tahu tak?!" Soalnya,pilu.Dada kiri dicengkam,menunjukkan rasa sakit hatinya ketika ini.

   (Syah ni kalau dah marah,bahasa 'kau,aku' itu semestinya akan terkeluar.Tetapi maco jugaklah bila dia bercakap macam tu.XD)

   Iryan menangis tersendu-senduan.Tiada air mata yang mampu keluar lagi.

    "Saya tak terus terang dari awal se..sebab saya tak mahu awak bencikan saya! Saya tak nak awak tinggalkan saya! Saya nak jadi kawan awak! Tolong..! Jangan suruh saya pergi! Saya tak mahu! Maafkan saya!"

   Rayuan Iryan sedikit sebanyak menyentuh hati Syah.

   Alchemist itu mengeluh perlahan.Iryan lantas ditarik ke dalam pelukannya.Erat sekali.

   "Maaf kerana terlalu berkasar.. Sudah..berhenti menangis..saya maafkan semua yang awak dah buat..tapi dengan satu syarat,tolong jangan jumpa Kifft lagi selepas ni.." Syah berbicara perlahan.

   Iryan lantas mengeratkan pelukannya.Tangisan semakin kuat.Wajahnya disembamkan ke dada Syah.Walaupun begitu,dia tetap mengangguk laju.

   Manakala Fellex pula,..sudah pergi meninggalkan ruang tamu itu dengan wajah kelat.Dia tak suka betul bila Syah senang-senang saja maafkan Iryan yang jahat tu! Dan seperti biasa,..Zinnt adalah tukang pujuknya.

  Perlahan-lahan bibir Syah mengukir senyuman tipis.Dia mengusap-usap perlahan rambut pendek Iryan.Mata kemudiannya ditutup.Hatinya membaca sebaris mantera.

  'Kesedihan..hilanglah pergi dari lubuk hatinya..dan berpindahlah pula ke hatiku..'

  Serentak dengan itu,satu cahaya hitam keluar dari tubuh Iryan dan berpindah masuk ke dalam badan Syah.Ya.Syah sedang menyerap pergi segala kesedihan Iryan ketika ini.

    Tak lama kemudian...,

  ...seorang demi seorang mulai jatuh tertidur akibat kesan sampingan kuasa yang digunakan.Iryan juga tidak terkecuali.Kuasa yang digunakan,terlalu kuat penangannya.

     Melihatkan keadaan ini,Syah terus sahaja ketawa kecil.Dia lantas membuka gelang tangan berukiran sayap yang dipakainya lalu dipakaikan pula ke pergelangan tangan Iryan.

   "Maka dengan ini... Iryan... Tuan awak bukannya Kifft lagi.Sekarang ni awak adalah orang saya.. Jadi setialah kepada saya.."

  Kata-kata terakhir Syah disahuti dengan cahaya hijau dari gelang tersebut.Perlahan-lahan tangan raksasa Iryan kembali ke bentuk tangan manusia.

   Ya.The Undead Ghoul yang tidak setia dengan tuannya,boleh mempunyai tuan yang baharu.Dengan satu syarat,tuan baharunya itu haruslah memberikan sesuatu yang berharga sebagai 'tanda'.

   Ini bermakna,gelang yang Syah berikan itulah 'tanda'nya.




to be continued..


(1371 words)

Continue Reading

You'll Also Like

20.8K 67 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
226K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
137K 1.6K 18
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
215K 8.8K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...