Kakak Sayang Adik Kakak

De khilxf

22.5K 116 35

"Akak ni kalau tak kacau Aiman, tak boleh ke?" -Aiman Irfan- "Man comel sangat. Tak boleh kalau tak kacau. HA... Mais

Kakak Sayang Adik Kakak

22.5K 116 35
De khilxf

Aku geram sangat dengan kakak aku seorang ni. Kerja nak menyakat orang je tahu. Kalau aku kecik lagi tak apa la. Ni tak, aku dah form 4 kot.

Kat sekolah, aku antara student paling macho kot. Bila balik rumah je. Hidup aku kucar kacir dek kerenah kakak aku. Arghh tak suka gile. Hilang kemachoan aku. Cis.

Kau orang tahu, satu hari tu dia pergi upload gambar aku tengah tidur terkangkang dengan air liur basi meleleh kat instagram. Hampir semua junior and senior bahan aku bila aku balik asrama. Malu kot. Haish.

Aku ada 4orang adik beradik termasuk aku. 3 kakak dan aku lah yang paling bongsu. Kakak pertama namanya Ein Nabila, sudah berkahwin. Kakak kedua namanya Eisha Syahirah, dia pun dah kawin. So tinggallah kakak aku yang ketiga ni, umur dia 17 tahun. Kau orang tahu, daripada 3 orang kakak aku ni, aku paling tak suka kakak atas aku ni haa. Nama dia Ain Maisara. Muka cantik dah. Otak pandai. Masalah part suka menyakat and beberapa sifat pelik dia tu je. Haih, kalau tak ada sifat-sifat pelik dia tu, dah lama aku sayang dia macam aku sayang kakak-kakak aku yang lain.

.

Badan aku sumpah penat. Malam tadi studi fizik sampai pukul 4. Lepas solat subuh aku terus tidur.

Dan sedang lena aku tidur... Terasa katil aku bergegar. Aku terkejut dan terus terbangun. Aku nampak kakak berhenti melompat.

"Haa bangun pun. Tau tak sekarang pukul berapa? Nak bangun solat pukul berapa haa?" soal Kak Ain dengan nada tak puas hati.

Aku geram. Dah la datang-datang terus lompat atas katil aku. Lepas tu bila aku bangun, dia marah-marah pulak. Banyak cantik perangai..

"Akak ni kenapa haa? Aiman dah solat okay." Aku mendengus geram.

"Oh eh? Hee.. Sori man. Senanya akak saja kacau man. Hee." Kak Ain senyum kerang busuk. Sumpah menyampah. Salah satu benda yang aku paling pantang ialah orang kacau aku tidur. Aku pandang Kak Ain dengan muka yang dah merah. Marah ni marah.

"Akak tau tak semalam Aiman studi sampai 4 pagi? Penat tau tak?" Aku tengking dia. Senyuman Kak Ain mati.

"Maaf." Faham-faham la muka dia macam mana kan? Ofkos la muka serba salah. Heh.

"Dah la. Apa lagi, Aiman nak sambung tidur ni." Aku halau dia keluar. Sampai di pintu, dia pandang aku lagi.

"Sorry Man." Dan dia terus berlalu. Aku nak sambung tidur balik tapi hati aku rasa tak tenang semacam. Last sekali aku turun bawah tapi sampai je kat tangga, aku dengar orang menangis.

'Siapa pulak yang menangis ni?' Aku jenguk ke ruang tamu. Terlihat Kak Ain menangis teresak-esak dengan lututnya dirapatkan ke muka.

Aku mengeluh. Haih.. Ni la lagi satu sifat dia yang buat aku kureng suka dengan dia. Manja dan sensitif gile. Mudah sangat terasa hati kalau aku marah. Haish. Nak pujuk satu problem lak buat aku. Haih... Sumpah haru biru hidup dengan kakak aku seorang ni.

"Akak ni kenapa menangis?" Saja aku berbasa-basi dengan dia. Macam la aku tak tau dia nangis sebab aku. Heh.

"Sorry la. Tadi akak ingat Aiman belum solat. Sebab tu akak kejut kasar sikit. Mula-mula tu akak dah kejut baik-baik dah tapi akak tak bangun. Sorry la. Jangan marah akak dah." Dia bercakap dalam keadaan teresak-esak.

Aku geleng kepala. Apasal la akak aku sorang ni manja sangat. Haish.

'Rileks Man. Dia kakak kau. Jangan ego sangat. Pujuk je dia. Salah kau jugak tengking dia tadi.' bisik hatiku.

Aku peluk dia. "Ye ye, Man maafkan akak. Lain kali jangan buat macam tu dah eh?" Kak Ain mengangguk perlahan. Dia mengesat airmata. Aku meleraikan pelukan longgarku sebentar tadi.

"Man, akak cantik tak?" Aku terkejut sikit. Baru habis menangis terus tanya soalan cenggini? Tu sebab aku kata kakak aku ni pelik.

"Erk. Tak." Jawabku ringkas. Act, cantik je. Cuma malas nak bagitahu. Nanti kembang setaman pulak dia ni. Tak ke susah aku nanti?

"Kalau macam tu akak comel la?"

"Tak." Muka Kak Ain kembali masam mencuka.

"Habis tu apa je yang cantik or comel?" Aku pandang dia dan aku geleng kepala.

"Tak ada apa-apa yang cantik atau comel." Jawabku selamba.

"Erm, Man ni tak sporting la. Merajuk la camni." Kak Ain dah mula buat muka merajuk.

'Eii, gediknye kakak aku seorang ni.' getus hati ku.

"Merajuk la. Man tak kesah pun." Aku baru melangkah dan tak sampai empat langkah dan kau orang tahu aku dengar apa?

Berapa banyak dan daa...

Aku toleh. Kak Ain menangis. Aduhai kakak aku seorang ni. 'Annoying nyaaaaaaaa.' jerit Aiman dalam hati.

"Akak ni kenapa macam budak-budak sangat ni haa? Tahu tak Aiman tak suka?!" Kak Ain senyap tapi airmata dia tak henti-henti lagi mengalir.

"Kenapa akak ni hati tisu sangat hah? Aiman cakap akak tak cantik and tak comel je, tu pun nak menangis ke? Annoying tau tak?" Kak Ain berdiri dan terus berlalu meninggalkan Aiman seorang diri di ruang tamu.

Dua hari selepas kejadian itu...

Kak Ain langsung tak tegur aku. Merajuk mungkin. Biarlah dia. Malas aku nak pujuk.

Tengah syok-syok aku tengok tv tiba-tiba aku terdengar sesuatu. Bunyi camera dan bila aku toleh, aku nampak Kak Ain ambil gambar aku.

"Akak buat apa?" Soalku dengan nada tak puas hati. Aku tak suka orang ambil gambar aku secara curi-curi.

Macam budak sekolah perempuan yang batak bila jumpa budak sekolah aku. Untuk pengetahuan semua, aku bersekolah di sekolah lelaki dan aku ni boleh kata femes jugak. Maklumlah, aku satu-satunya pelajar tingkatan empat yang pegang pangkat captain dalam team bola keranjang dan bola sepak. Gempak kan? Aku juga runner sekolah dan wakil debat bahasa inggeris sekolah. Senang cerita, aku ni aktif dalam kokurikulum. Jadi tak hairan jika budak sekolah lain mengenali aku. Ceh, bongkak sat.

Ok ok, disingkatkan cerita, aku agak femes dikalangan budak sekolah perempuan yang dekat dengan sekolah aku tu. Oleh sebab tu aku tak suka orang curi-curi ambil gambar aku. Aku jadi teringat kat budak-budak perempuan yang batak bila jumpa aku.

Eh, terpanjang plak citer. Haa sambung-sambung...

"Snap gambar. Why?" Kak Ain jawab dengan wajah tanpa riak.

"Padam balik gambar Aiman." Arahku, tegas. Kak Ain menjelir lidah.

"Tak nak. Nak masuk instagram gambar ni. Biar fans Aiman tengok macam mana Aiman kat rumah. Selekeh." Aku naik geram. Hishhh.

"Kalau akak post, siap akak." Aku ugut Kak Ain tapi dia buat muka tak kesah dan terus berlalu naik ke bilik.

Aku tahan rasa geram. Sakitnya hati dapat kakak annoying macam Kak Ain ni.

Beberapa minit kemudian...

Iphone ku berbunyi 'beep' menandakan ada notification yang masuk. aku lihat notification. Kak Ain tag aku?

'Damn, dia buat betul-betul ke?' aku tekan notification itu dan...

Aku terkejut. Kak Ain masukkan gambar aku sedang mengaji dengan caption 'Moga jadi mukmin yang tak lupa pada Tuhan. Sayang adik.'

Aku tersenyum. Nasib gambar okay. Dalam masa beberapa saat je, peminat-peminat Kak Ain dah pakat like gambar.

Petang tu..

"Man keluar beli barang dengan Kak Ain ya? Ummi tak pakai stokin ni, jadi ummi tunggu dalam kereta je ya?" Aku mengangguk lalu keluar dari kereta.

Waktu nak lintas jalan tu, tiba-tiba je Kak Ain pegang tangan aku. Aku tarik pantas tangan aku. Tak suka orang pegang-pegang aku kecuali ummi. Muka Kak Ain agak berubah. Semua mesti tau kan, Kak Ain terasa la tu tapi aku buat-buat tak kesah je. Malas layan la katakan.

Waktu kami tengah sibuk pilih-pilih barang tu. Tiba-tiba ada orang tegur Kak Ain.

"Hai Ain, lama tak jumpa awak." Kak Ain senyum manis.

"Hai, ha'ah lama tak jumpa." Lelaki tu pandang aku. Atas bawah pulak tu. Sumpah tak suka orang tenung-tenung aku ni.

"Boyfriend awak ke ni?" Kak Ain geleng sambil ketawa sopan.

"Eh tak la, ni adik aku." Aku tercengang. Aku? Kak Ain bahasakan diri aku je? Patutlah tak pernah ada boyfriend. Kasar orangnya. Tak nampak menawan langsung.

"Kiranya saya ada peluang la ni? Haha." Kak Ain ketawa je. Aku pulak naik menyampah tengok kakak aku dengan mamat tu.

"Btw boleh saya nak nombor awak?" Kak Ain angguk je. Aku mula naik panas.

Lepas lelaki tu berlalu, aku tarik Kak Ain dekat. "Asal akak bagi dia nombor akak?" Aku tak puas hati ni.

"Kawan lama je. Biarlah, nanti senang dia nak contact akak." Aku rasa geram tiba-tiba dengan sifat keterbukaan Kak Ain.

Tengok tu... Semua nak menyampah. Susah betul nak faham Aiman ni.

"Akak jangan nak menggedik dengan dia eh?" Aku bagi amaran keras. Kak Ain pandang aku dengan muka tak ada perasaan.

"Habis tu, nak manja dengan adik sendiri tak boleh. Akak cari orang lain lagi bagus." Aku sentap. Pedas duh. Tepat ke hati betul. Almaklumlah, aku tak suka layan dia. Heh.

Sejak Kak Ain jumpa kawan lama dia.. Dia dah tak kacau aku dan dia lebih banyak berkepit dengan telefon. Jujur, aku agak menyampah jugak dengan perubahan dia yang satu ni. Dia tak layan aku langsung dah. Sunyi tau tak?

Actually Aiman kecil hati bila Kak Ain tak layan dia. Tapi faham fahamlah, Aiman ni ego nak cakap dia sedih bila Kak Ain tak sakat dia macam dulu dah. So, dia cakap la dia menyampah. Haih, ego betul Aiman ni.

Satu hari tu, aku curi Iphone dia then aku ceroboh whatsapp dia. Terkejut aku bila tengok Kak Ain berwhatsapp dengan seorang lelaki ni. Oh Arfan nama lelaki ni. Eh, macam kenal nama mamat ni. Tapi tak ingat la kat mana.

Tiba-tiba ..

"Man buat apa dengan fon akak?" Soal Kak Ain dengan nada keras. Marah mungkin. Aku cuba acah-acah tenang.

"Tengok telefon lah, takkan tengok akak." Jawab aku dengan nada selamba. Padahal berbedar gile kot. Fuh fuh. Jangan kantoikan diri kau, Man.

"Bak telefon tu." Aku geleng kepala.

"Akak couple eh?" Teka ku.

"Mana ada!" Jawab Kak Ain, tegas. Aku tak puas hati.

"Habis tu, Arfan ni siapa?" Nada suaraku tinggi. Geram.

"Kawan lama akak la." Jawab kakak ringkas.

"Tipu. Dia boyfriend akak kan?" Wajah Kak Ain terkejut.

"Ma.. Mana ada. Aiman ni merepek lah." Aku geram lalu aku campak Iphone Kak Ain atas katil dan terus berjalan keluar dari bilik Kak Ain. Kak Ain terkedu tengok aku campak Iphone dia.

"Aiman.!" Aku terus je blah. Tak toleh langsung waktu dia panggil nama aku. Biarkan dia. Sakit hati aku dengan perangai dia ni.

Aku rasa annoying gila dengan Kak Ain. Dulu dia yang over-over larang aku supaya tak layan perempuan lain. Last-last sekali dia yang gedik melayan lelaki.

Tiba-tiba satu mesej masuk, aku buka mesej tersebut.

'Hai Aiman 😊' -Syasya-

Aku terkejut. Syasya? Budak hot sekolah perempuan tu. Budak bijak plus baik plus sopan plus cantik. Senang cerita pakej lah kalau dapat dia. Aku tersenyum sendiri membalas mesej dia.

.

Beberapa bulan aku berkenalan dengan Syasya. Akhirnya kami setuju nak berjumpa di Alamanda. Peluang nak tatap muka cantik dia berganda-ganda.

Pagi tu, aku duduk kat ruang tamu sementara tunggu abang ipar sulung aku bersiap nak hantar aku pergi Alamanda.

Tengah-tengah aku tengok Iphone, tiba-tiba Kak Ain duduk sebelah aku then peluk aku. Aku tak tunggu lama, terus aku tolak dia. Dia peluk aku lagi. Aku dah start tak suka dah. Ahh, tak suka nya kene peluk...

"Akak ni kalau tak kacau Aiman, tak boleh ke?" Soalku dengan nada tak puas hati.

"Man comel sangat. Tak boleh kalau tak kacau. HAHAHA." Kak Ain gelak jahat. Disebabkan aku rasa macam aku menyampah sikit dengan dengan Kak Ain so aku tolak dia ke kusyen lain. Kak Ain gelak lagi.

"Eh, akak ni tak penat ke kacau orang?" Kak Ain geleng sambil gelak lagi. Tiba-tiba dia senyap. Pelik kan dia ni? Haih. Aku sendiri tak faham dengan kakak aku seorang ni. Pelik yang amat.

"Man, kalau akak dah tak ada nanti Man sedih tak?" Aku pandang wajah kakak. Apa kakak aku merepek ni? Tiba-tiba mood sedih, tadi bukan main menyakat orang.

"Tak kot." Aku cakap sambil pandang Iphone ditanganku. Aku curi-curi tengok wajah kakak melalui ekor mata. Kak Ain senyum hambar. Tiba-tiba dia berdiri dan masuk ke bilik. Aku biarkan je.

Sesampai di Alamanda, aku terus call Syasya. Dia tak sampai lagi rupanya. Aku tunggu Syasya kat Burger King. Syasya kata dia teringin nak makan Burger King. Aku follow je la. Awek kan? Haha.

Tiba-tiba...

"Hai Aiman." Aku toleh dan bibir aku automatik tersenyum bila pandang muka dia. Dia duduk depan aku. Kami makan sama-sama, tengok wayang, main bowling and shopping barang dia sikit. Sayang la kata kan, follow je la..

Tepat jam 6 petang. Aku and dia pulang ke rumah masing-masing.

Sesampai je kat rumah, Kak Ain tunggu aku kat ruang tamu.

"Ummi walid mana, kak?"

"Keluar."

"Oh."

"Man pergi mana tadi?"

"Jumpa kawan." Jawabku ringkas. Aku malas nak layan soalan Kak Ain jadi aku terus jalan nak naik bilik tapi kata-kata Kak Ain buat langkah kaki aku terhenti.

"Kalau betul Aiman sayang Syasya, Aiman takkan tarik dia ke neraka." Berapi jugak hati aku. Tiba-tiba sebut tentang neraka bagai ni. Aku berdiri depan Kak Ain.

"Akak cakap apa ni hah? Neraka bagai?" Bengang, marah semua ada. Rasa panas hati aku time tu.

"Aiman ingat akak tak tau Aiman couple dengan Syasya selama ni? Aiman ingat akak tak tau tadi Aiman pergi keluar dating dengan dia? Aiman ingat akak tak tau yang Aiman dah pandai pakai sayang-sayang segala bagai ni dengan dia? Aiman ingat akak tak tau apa yang Aiman dengan Syasya buat tadi? Aiman nak jadi apa Man? Tak ada guna belajar hebat-hebat tapi Allah tak ada dalam hati!" Pang.. Kak Ain tergamam. Aku pun sama. Tak sangka tangan aku tampar pipi kakak aku sendiri.

"Aiman tampar akak ? Aiman tampar akak sebab apa? Marah akak nasihat? Marah bila akak nak betulkan keslahan adik akak? Hah? Aiman memang tak sayang akak kan? Aiman memang tak nak ada kakak macam akak kan? Fine." Kak Ain terus berlari keluar rumah. Aku kejar. Dalam hati aku tak henti-henti memohon maaf dan istighfar.

Aku nampak Kak Ain di seberang jalan. Tanpa berlengah aku terus melintas, langsung tak pandang kiri kanan dan tiba-tiba...

Pinnn... Aku terkaku, mata aku pejam... Buk...

Badan aku terasa seperti di tolak. Kepala aku terasa sakit. Mungkin kerana hentakan kuat aku di tolak. Perlahan lahan aku cuba buka mata.

Aku di bahu jalan? Jadi siapa yang dilanggar? Kak Ain !? Aku terus bangun. Kelihatan Kak Ain terbaring di tengah jalan dengan darah yang berlumuran di tubuh Kak Ain. Jalan juga sudah dibasahi darah Kak Ain.

Aku terus berlari mendapatkan Kak Ain. "Akak, bangun kak. Akak bangun. Maafkan Aiman. Jangan tinggalkan Aiman, kak. Akak, tolong kak. Akak..." Aku meraung dengan airmata mengalir laju di pipi. Pipi Kak Ain aku usap.

Jiran-jiran aku mula keluar. Salah seorang daripada mereka menelefon ambulans. Akhirnya, ambulans yang di nanti-nanti, sampai.

Tangan Kak Ain sentiasa berada dalam gengaman aku. Air mata aku mengalir lebat. Akalku langsung tak mampu berfikir apa-apa melainkan keadaan Kak Ain.

"Akak, maafkan Aiman kak." Sesampai di hospital, aku terpaksa melepaskan Kak Ain bila dia di bawa ke dalam bilik unit kecemasan.

Dalam hati, aku menyumpah-nyumpah kebodohan diri aku.

'Man kenapa kau bodoh sangat Man? Kalau kau tak tampar Kak Ain, keadaan tak akan jadi seperti ni!' Persoalan yang sama menujah akal fikiran aku.

"Aiman.." Aku toleh. Badan si pemanggil aku peluk erat.

"Ummi, Aiman salah. Aiman salah, ummi. Aiman benci diri Aiman. Aiman benci Aiman, ummi. Aiman lebih rela mati dari tengok Kak Ain pergi. Ummi, selamatkan Kak Ain ummi. Aiman nak Kak Ain." Ummi membalas pelukan aku kuat, seakan-akan ingin memberi sedikit ketenangan dan kekuatan. Ummi mengusap belakang kepala aku manakala walid mengusap belakang badanku. Kedua-duanya meminta aku bersabar.

Doktor yang merawat Kak Ain keluar..

"Maafkan saya, Ain di tahap yang kritikal sekarang. Buat masa sekarang, kami tak mampu buat apa-apa selain daripada melwtakkan Ain dalam pengawasan kami. Sekarang, Ain di ICU." Ummi walid mengangguk.
Sementara aku, kepalaku terasa pening. Pandangan mataku terasa gelap dan badanku terasa seakan tiada daya.

Gelap.. Semuanya gelap.. Tiba-tiba satu cahaya datang dan aku lihat seseorang yang amat aku sayangi. Kak Ain! Dia hanya tersenyum melihat aku. Aku berlari kearahnya. Tangannya aku genggam kuat.

"Kak Ain, jangan tinggalkan Aiman. Aiman sayang akak. Aiman nak akak sakat Aiman macam biasa. Akak jangan tinggalkan Aiman." Kak Ain senyum. Tangan aku disentuh.

"Selamat hari lahir, Man. Akak sayang Man." Tiba-tiba saja Kak Ain hilang dari pandangan mata dan keadaaan menjadi gelap gelita.

"Kak Ainn." Aku tersedar. Ummi terus memeluk aku.

"Ummi, kakak mana?" Ummi geleng kepala. Aku senyap. Hanya air mata yang mengalir.

"Kak Ain dah tak ada ke ummi?" Soalku lemah. Ummi mengangguk perlahan, lemah sekali anggukan itu. Aku kuatkan pelukan. Kali ini tangisanku berserta esak tangis.

"Kakak, maafkan Man. Kakak, Man nak kakak. Datang pada Aiman balik, kak." Aku meleraikan pelukan. Bahu ummi aku pegang.

"Ummi, ummi tipu Aiman kan? Tadi kakak datang kat Aiman. Dia siap wish birthday Aiman lagi. Dia kata dia sayang Aiman. Kalau dia sayang Aiman. Dia takkan tinggalkan Aiman. Ummi tipu Aiman kan? Kak Ain hidup lagi kan?" Ummi geleng lagi. Pipi Aiman diusap lembut.

"Man, kakak dah tak ada. Aiman dah tiga hari tak sedarkan diri. Kak Ain pergi semalam Aiman. Kak Ain dah pergi jumpa Allah, Man." Aiman terus menangis...

"Ya Allah, Kak Ain aku..." Dadaku terasa sakit mengenangkan Kak Ain yang telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Seminggu selepas pemergian Kak Ain, Aiman masih mengalami kemurungan. Dia masih tidak hadir ke sekolah. Kerjanya berkurung di dalam bilik sambil membelek-belek gambarnya bersama Kak Ain.

Pemergian Kak Ain amat memberi kesan yang mendalam pada diri dan kehidupannya.

Segala memori yang terimbas di mindanya pasti berakhir dengan air mata. Dia rindukan usikan dan sifat pelik Kak Ain. Hidupnya terasa sunyi. Tiada lagi si kakak annoying. Tiada lagi orang yang akan merajuk dengannya.

Tok tok tok... Pintu bilik ditolak sedikit. Aiman langsung tidak menoleh. Dia masih lagi baring di katil. Matanya tidak lepas memandang wajah Kak Ain pada Iphone nya.

"Aiman.. Abang senior sekolah Aiman nak jumpa." Aiman duduk dari pembaringannya.

"Abang Amir? Abang buat apa kat sini?" Amir hanya tersenyum nipis.

"Nah." Amir duduk di sebelah Aiman. Tangannya mencari sesuatu di dalam begnya lalu dia mengeluarkannya dan menghulurkan sekotak hadiah kepada Aiman. Aiman merenung kosong kotak tersebut. Tangannya perlahan-perlahan menolak kotak tersebut. Namun Amir pantas meletakkan kotak tersebut di atas riba Aiman.

"Buka dulu." Aiman membuka kotak tersebut, perlahan.

Terdapat sehelai baju yang paling dia gemari terlipat cantik. Di bawah lipatan baju tersebut, terdapat sebuah buku dan Iphone yang amat dia kenali.

Aiman pandang Amir.

"Ni Iphone Kak Ain.." Amir mengangguk.

"Hadiah ni dari Kak Ain untuk kau." Aiman diam. Air matanya kembali mengalir.

"Dia suruh aku bagi ini pada kau time kat sekolah haritu tapi kau tak datang." Aiman senyap, dia menunggu Amir menyambung bicara.

"Aku lah Arfan. Aku yang chat dengan kakak kau, Man. Dia rancang nak buat surprise untuk kau sempena birthday kau. Dia banyak cerita pasal kau kat aku. Dia kata dia terlalu sayangkan kau sebab kau satu-satunya adik dia.."

"Hari Sabtu tu, kami jumpa di Alamanda dan secara tak sengaja, aku dan kakak kau nampak kau dengan Syasya pegang tangan. Dia tak banyak cakap. Aku tahu dia pendam apa yang dia rasa."

"Dia terus hulur kat aku Iphone dia. Aku pelik dan tanya kenapa dia bagi. Then kau tau dia jawab apa?" Aiman geleng.

"Dia kata hidup dia mungkin tak lama dah. Jadi dia nak kau jagakan barang dia. Dalam Iphone tu, berbakul bakul gambar kau. Dari kau kecik sampai besar panjang macam sekarang."

"Buku tu pula diari dia. Semuanya pasal kau Man. Bacalah." Aiman menyelak buku tersebut. Helaian di helaian. Air matanya menitis membaca bait-bait kata yang tertulis di dalam diari tersebut.

"Aku tak couple dengan Ain, Man. Aku dan Ain bincang tentang kau. Semuanya tentang kau. Jujur, aku ada juga cuba nak mengurat kakak kau tapi dia tak layanaku, Man. Dia kata, tujuan dia mesej aku hanya untuk kau. Tak lebih daripada tu."

"Akhir sekali, dia minta tolong aku sampaikan salam sayang dan selamat hari lahir pada kau." Aiman angguk. Makin laju dan lebat air matanya tumpah.

Tangan Aiman terhenti pada helaian terakhir diari kakaknya itu.

15062016 Sabtu

Bila pandang wajah Aiman, sayang akak pada Aiman makin bertambah. Walaupun akak tahu Aiman tak suka akak. Akak tahu Aiman tak suka perangai akak yang suka mengusik Aiman. Akak tahu Aiman tak suka akak punye perangai pelik tapi... Itu tak bermakna akak berhenti dari sayang Aiman bila Aiman tak suka segala-galanya tentang akak. Akak tahu akak annoying. Suka peluk Aiman. Suka buat Aiman rimas. Aiman nampak comel. Akak tahu Aiman dah besar. Dah form4 dah pun. Tapi tu tak bermakna akak akan berhenti skat Aiman.

Sejak akhir-akhir ni, akak rasa rindu akak pada Aiman bertambah-tambah. Walaupun Aiman depan mata akak, tapi akak tetap rasa rindu. Mungkin sebab Aiman nak balik asrama dah kut. Jadi akak tak dapat nak sakat adik akak dah. Tak dapat nak peluk Aiman. Tak dapat nak bermanja-manja dengan Aiman dah. Mungkin ini hari terakhir akak dengan Aiman.

Rahsia Allah, kita tak tau, kan?

Baru tadi akak tahu, Aiman tak kesah kalau akak pergi nanti. Baguslah, sekurang-kurangnya, akak tak seksa hati Aiman nanti.

Aiman, Aiman satu-satunya adik kesayangan akak. Akak harap satu hari nanti, akak dapat bimbing Aiman ke arah kebaikan. Akak tak nak tengok Aiman berlama-lama dalam lembah maksiat ni. Akak tak sanggup tengok adik akak kene seksa nanti. Aiman, selagi ada masa, berubahlah ye? Akak harap sangat Aiman berubah. Akak harap sangat.

Akhir sekali, akak sayang adik kakak ;')

Buku diari itu ditutup lalu dipeluk kuat.

'Kakak, Aiman akan berubah. Aiman janji Aiman tak akan ulang lagi kesalahan sama. Maafkan Aiman, kak.'

-Tamat-

Continue lendo

Você também vai gostar

233K 5.2K 74
imagines as taylor swift as your mom and travis kelce as your dad
336K 19.4K 41
You live in a different time zone Think I know what this is It's just the time's wrong
259K 13.3K 92
Being flat broke is hard. To overcome these hardships sometimes take extreme measures, such as choosing to become a manager for the worst team in Blu...
178K 15.8K 30
"သူက သူစိမ်းမှ မဟုတ်တာ..." "..............." "အဟင်း..ငယ်သူငယ်ချင်းလို့ပြောရမလား..အတန်းတူတက်ခဲ့ဖူးတဲ့ အတန်းဖော်လို့ ပြောရမလား...ဒါမှမဟုတ်..ရန်သူတွေလို...