Gengster Tu Aku Punya!

By cuteflwara

9M 471K 65.8K

Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku pun... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
Epilog
thank you!

BAB 45

124K 6.5K 1.3K
By cuteflwara

"Rizki tu pahal?" soal Ameer dengan dahi berkerut. Faris mengangkat bahu. "Orang pandai ni kadang-kadang memang ada masalah mental sikit. Asyik hadap buku je, mana tak mental" balas Faris selamba.

"Habis kau nak cakap aku ni mental lah?" soal Hasya. Faris mengangkat keningnya. "Kau pandai ke?" balasnya sinis.

Hasya menjeling.

"Guys guys guys! aku ada berita panass" Farisya menyelit di antara Hasya dan Iqa. Mata mereka semua tertumpu pada gadis kepochi itu. "Berita panas apa lagi kau?" soal Hasya dengan dahi berkerut. Menyemak aje.

"Aku dengar ada budak baru masuk sekolah ni." tukas Farisya dengan penuh semangat dia. Semua membuat muka. "Budak baru pun nak kecoh ke kau ni" balas Ilham dengan cebikan.

"Dengar lah dulu!" tukas Farisya menjeling sorang-sorang rakan sekelasnya.

"Aku dengar dia masuk kelas kita" ujar Farisya lagi. "Lelaki ke perempuan?" soal Ilham dengan kening terangkat. Spontan semua di situ mencebik. "lelaki laa. Kau jangan nak berangan" jwb Farisya.

"Aku dengar dia hensem gila doo" Laila yang datang dari mana entah menyampuk dengan senyuman.

"Uuu hensemm" Ayna, Hasya dan Farisya sudah bertepuk tampar. Alief mencebik. Terus dia menarik tangan Ayna daripada bertepuk tampar dengan minah-minah itu sambil menggeleng.

Tak payah.

"Stand up class!" Kedengaran ketua kelas menjerit. Semua pelajar mula berlari anak kembali ke tempat masing-masing dan berdiri.

Cikgu Nurul melangkah masuk dengan senyuman.

Seisi kelas sudah mula berbisik-bisik apabila mereka melihat seorang murid lelaki berdiri di luar kelas. Muka tidak kelihatan kerana dia memandang lantai.

"Good Morning teacher nurul!"

"Good morning cikgu nurul" sengaja mereka menukar kerana sudah biasa dengan panggilan cikgu.

Cikgu Nurul hanya tersenyum. "Okay morning class. Everyone take a seat" ujar Cikgu Nurul seperti biasa. Clipboard di tangannya untuk memeriksa kedatangan.

"Cikgu mana budak baru??" soal Lina tak sabar-sabar. Seisi kelas memandang gadis itu. "Aduuuu" kelas mulai kecoh.

Lina membuat muka "aku tanya je pun!"

"Ok dah diam! Sabar ye Lina. Nanti saya perkenalkan dekat semua orang" balas Cikgu Nurul memandang setiap kelas sambil tanggan ralit menulis sesuatu di kertas.

Sempat dia memandang Ayna. "Ayna? Feeling better?" soal guru itu mesra. Ayna mengangguk. "Saya dah sihat dah ka-- cikgu" Ayna menayang sengih. Cikgu Nurul hanya tersenyum.

Senang dia melihat kemesraan Ayna dan Alief sekarang. Macam bestfriend. Asyik nak berkepitt aje.

"So, today we have a new classmate. Dia baru pindah dari Johor" Cikgu Nurul memandang ke luar kelas lalu tersenyum pada anak murid barunya.

"Masuk"

Semua memandang ke arah pintu masuk. Murid lelaki itu melangkah masuk. Kepalanya masih tertunduk merenung lantai membuatkan semua orang tertanya-tanya.

"Perkenalkan diri kamu" arah Cikgu Nurul.

Lelaki itu mengangguk lalu perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dengan senyuman.

Senyuman Ayna yang teruja tadi serta merta hilang bagaikan ditiup angin. Alief juga kelihatan terkejut.

"Hai, nama aku Arfan Daniel"

●●●●●

"What. The. Actual. Hell? Apa dia buat dekat sini?!" Hasya memulakan perbualan sebaik sahaja dia duduk di atas bangku kantin itu. Mahu berkecai kotak minuman di dalam genggamannya tu.

"Pindah sini nak temankan ayah? Puih! Banyaklah kau" Alief mengunyah rotinya dengan penuh rasa geram. Kalau mamat silaka tu nak sekolah sini, dia tak ada masalah.

Apa yang dia tidak suka adalah, kenapa dia perlu satu kelas dengan mereka juga?!

"Takkan sampai sini dia kejar Ayna" dahi Iqa berkerut tidak puas hati. Nabati penuh keju tidak lagi dihiraukan. Rasa panas sahaja badannya apabila melihat senyuman Arfan tadi.

Lain macam!

"He is obsessed with Ayna" komen Ilham pula sambil melantak nasi gorengnya. "Gila" Ameer menggeleng-geleng sambil mulutnya penuh dengan biskut Chipsmore

Ayna menghela nafas kuat.

Semua menoleh ke arah Ayna.

"Acaner Ayna? Kau nak getback tak dengan si Arfan tu?" soal Faris selamba mendapat jelingan tajam Alief. Sekali Alief kasi penampar, mahu tak menyesal.

Ayna mengeluh lagi. Perlahan lahan dia meletakkan kepala di atas meja. "Ya allah, nak kena hadap muka mamat tu lagi" keluh Ayna perlahan.

Semua mata masih tertumpu pada Ayna sambil kunyah makanan masing-masing.

"Aku penat lah nak tengok muka dia" sambung Ayna lagi. "Aku malas, penat, menyampah, meluat, geli, jijik, benci, tak suka tengok muka dia tahu tak!!" Dari rendah terus naik highnote suara gadis itu.

Alief yang berada betul-betul di sebelah Ayna terpejam mata seketika. Tudiaa jeritan tertelan speaker diaa.

Ayna terus menghantukkan kepala di atas meja berkali-kali.

Alief terus menahan kepala Ayna dengan meletakkan tapak tangannya di atas meja. "Jangan buat macam tu, sakit dahi tu nanti" ujar Alief dengan dahi berkerut.

"Kau tak payah lah pandang muka dia. Pandang muka aku pun dah cukup" sambung Alief lagi dengan muka poyo dia.

Spontan Ayna tersengih.

Yang lain sudah buat muka meluat.

"Kalau dia kacau aku lagi cane?" soal Ayna pula. Memang tak aman dah sekolah ini dengan adanya kewujudan lipan di sini.

"Ala Ayna, Alief kan ada, pandai-pandailah pakwe kau tu protect kau" jawab Ilham selamba. Alief mengangguk setuju lalu dia mendekatkan wajahnya ke telinga Ayna.

"Aku kan hero kau" bisiknya perlahan.

Terus Ayna menolak kepala Alief jauh dari telinganya. Meremang bulu roma dia mendengar bisikan syaitan Alief HAHAH.

"Ha dah dah tak payah nak bisik-bisik sangat" ujar Iqa. Sentiasa menjaga keselamatan Ayna. Lelaki ni kadang-kadang bahaya jugak.

Alief menayang wajah selamba.

"Eh Alief, nanti cikgu syukri suruh stayback kan?" soal Faris sambil meneguk minumannya. Alief mengerutkan dahinya lalu memandang Faris. "Ha? Buat apa?"

"Lahai kau. Perjumpaan bola keranjang lah kau ni. Lagi dua bulan kita ada game kut" jelas Ameer pada Alief pula. Alief terus mengangguk.

"Oh! Ha ha ye. Aku lupa" jawab Alief baru teringat. "Kau sejak dah ada awek baru ni kan, asyik nyanyuk je!" Faris menolak kepala Alief kasar.

Alief terus memberi jelingan mautnya pada Faris. Suka-suki dia je tenyeh kepala otak aku.

Faris tersengih tak bersalah.

Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Murid-murid terus berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing.

Ayna berjalan beriringan dengan Alief dan seperti biasa, pelajar yang berjalan melepasi mereka sempat tertoleh-toleh dan berbisik. Macam topik hangat bulan ni.

Ayna menggaru kepalanya perlahan. Dia menoleh ke arah Alief yang selamba berjalan sambil memasukkan tangan ke dalam poket. Terus Ayna melajukan langkah lalu menyelit pada Hasya dan Iqa.

Ayna menarik tangan dua orang rakannya itu lalu mereka terus masuk ke kelas.

Alief tersenyum seketika. Tahu sangat yang Ayna tidak suka dengan perhatian yang diberikan pelajar-pelajar sekolah ini. Kepochi gila! Asyik nak menyebok aje.

Langkah Ayna terhenti apabila dia bertembung dengan Arfan di pintu kelas. Hampir sahaja dia melanggar lelaki itu.

Pantas Ayna masuk ke kelas tanpa menghiraukan Arfan yang tidak lepas memandang dirinya.

Alief yang baru sampai di pintu kelas itu terus mencengkam bahu Arfan dengan sengaja lalu dia tersenyum manis. "Too late bro" ujarnya lalu terus melangkah ke tempatnya dengan selamba.

Faris dan Ameer yang mendengarnya tersengih geli hati. Alief memang suka sangat cari pasal.

Arfan merengus perlahan. Terus dia menapak semula ke tempatnya.

"Ok kelas! semua duduk tempat masing-masing! Cikgu ada pengumuman!" Cikgu Nurul melangkah masuk dengan tergesa-gesa. Tak menyempat.

Dia terus berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan kelas sambil memandang wajah setiap seorang murid-muridnya.

"Jadi, sekarang bulan berapa?" soal guru itu.

"Bulan 6!" jawab mereka serentak.

Cikgu Nurul mengagguk perlahan sambil tersenyum penuh makna. "Jadi maksudnya??" soalnya lagi. Mereka semua meemandang sesama sendiri.

"Its time to change seats!" umum guru itu dengan penuh ceria lagi gembira dia. Seisi kelas ternganga sebelum mereka mulai kecoh kerana protes.

Ada yang menggeleng tidak setuju ala-ala pelakon bollywood. Ada yang tersenyum gembira. Ada yang buat tak tau. Lantak kau lah. Ada juga yang macam nak buat drama sinetron.

"Alaa cikguuu" Alief menarik muncung memandang kakanya yang tersengih selamba. Terus Alief menggeleng tidak setuju apabila guru itu memandang dirinya.

Dah elok-elok dia duduk di sebelah Ayna ni. Tiba-tiba nak tukar pulak dah. Cari nahas betul lah kakanya yang seorang itu. Tak kasi chance langsung!

"Tak nak tukar cikguuu" protes Hasya pula. Iqa mengangguk pantas.

"Tak payah tukarr" jerit Faris pula.

"Dah ok dah cikgu!" sokong Ameer pula.

"Dah baik dah cikgu! Tak perlu tukar!" tukad Iqbal pula.

Cikgu Nurul hanya tersenyum.

"Ok semua diam! Kelas cikgu, ikut suka hati cikgu lah" balas guru itu selamba mendapat keluhan semua pelajar.

"Nama yang saya sebut, tolong kemas beg anda dan berdiri" Cikgu Nurul memandang kertas di tangannya. "Hasya dan Ameer Bangun!" laung guru itu memandang kedua orang anak muridnya itu.

Dada Hasya sudah berdebar. Mana cikgu nak letak aku ni?

"Hasya duduk tempat Ameer" arah Cikgu Nurul lagi membuatkan mata Hasya terbeliak. Dia memandang Faris yang juga terkejut.

"Sa- saya kena duduk sebelah dia ke cikgu?" soal Hasya sambil menunjuk ke arah Faris. Faris pantas menggeleng.

Cikgu Nurul pula mengangguk. "Ye! Cepat bergerak Hasya!" ujar guru itu selamba. Hasya pula terasa mahu pitam melihat jelingan maut Faris. Malang sungguh nasibnya.

"Jadi, saya sebelah Iqa lah ye. Terima kasih cikguu" Ameer terus duduk di sebelah Iqa. Cikgu Nurul tersenyum sinis lalu menggeleng. "Not so fast Ameer"

Langkah Ameer terhenti. Dia menelan air liur seketika.

"Iqbal bangun! Ameer duduk sebelah Rizki!" arah Cikgu Nurul. Ameer ternganga. Dia memandang Rizki yang duduk di hadapan sekali itu. Aduh! Kena duduk dengan mamat tu pulakk.

"Tapi cikgu--"

"Takde tapi tapi! Bergerak cepat!" Cikgu Nurul bercekak pinggang dengan mata membulat. Ameer merengus. Nak tak nak, kena jugak lah dia bergerak ke hadapan.

Musnah harapan ingin duduk di sebelah Iqa.

"Iqbal, sebelah Iqa" ujar guru itu lagi. Iqbal hanya akur. Sempat dia membalas senyuman dengan Iqa. Ameer memejamkan matanya seketika. fuh! Sabar jelah!

Pelajar lain masih berdebar-debar. Takut namanya dipanggil.

"Farisya! Tukar tempat dengan Ayu"

"Nooooo!!!" Farisya terus menggenggam tangan rakan baiknya Laila erat. Dia menggeleng-geleng dengan penuh dramatisnya seolah-olah sedang berlakon dalam drama tv3.

"Tidakkk. Laila! Aku tak sanggup nak berpisah dengan kau!" laung Farisya apabila Ayu mula menarik dirinya.

Laila menepuk dahi seketika. Susah betul ada kawan dramatik begini. Cikgu Nurul menggeleng-geleng. Macam mana lah dia boleh dapat anak murid macam ni.

"Aku tak nak duduk dengan Lina!!" Farisya menggeleng-geleng lagi. Siapa je yang ingin duduk dengan si hipokrit itu. Ayu memandang Farisya dengan wajah simpati.

Akhirnya! Dia jauh juga dari si Lina itu! Kejam sungguh.

Seisi kelas sudah mula ketawa terbahak-bahak. Pandai betul buat sinetron si Farisya ni. Farisya akhirnya duduk juga di sebelah Lina dengan wajah cemberut.

"Alief berdiri!" tukas Cikgu Nurul pula.

"tak nak" Alief pantas menggeleng. Cikgu Nurul mula bercekak pinggang kembali. Dipandang Alief dengan kening terangkat. "Alief Danyel. Berdiri" arahnya lebih tegas.

Ayna terus menepuk bahu Alief perlahan. Degil betul si tiang ni. Alief mengeluh kasar lalu perlahan-lahan dia berdiri dengan wajah cemberut.

Cikgu Nurul memandang seisi kelas. Semua menggeleng-geleng perlahan memberinya isyarat suapaya tidak meletakkan Alief di sebelah mereka.

Masing-masing tidak mahu duduk di sebelah Alief. Semua orang pun tahu kenapa. Tengoklah apa jadi dekat seorang budak cina yang duduk dengan Alief dulu. Sampai pindah sekolah dia dibuatnya.

Ayna juga pernah kena benda yang sama, tapi nasib baik tak sempat sampai ke tahap kritikal. hehe.

"Alief duduk sebelah budak baru. Arfan" Alief terus memandang Cikgu Nurul dengan mata membulat. Ayna ternganga sedikit sambil memandang Alief.

"Cikgu. Takde tempat lain ke?" soal Alief protes. Tengok Arfan tu pun dia dah rasa nak kasi penampar. Ini pula duduk sebelah dia, memang makan penampar hari-hari lah si Apan tu.

Cikgu Nurul menggeleng. "Go now" arahnya tegas. Alief merengus sebelum dia menapak ke tempat Arfan yang nun jauh di sana. Memang jauh jugak lah dari Ayna. Alahai tiang tiang.

Alief merenung Arfan tajam. Begitu juga Arfan. Masing-masing tidak mahu kalah

"Dania berdiri! Duduk sebelah Ayna" tukas guru itu membuatkan Ayna dan Dania serentak berdiri. "No way!" protes mereka serentak.

"Yes way" guru itu tersenyum sinis.

"Dania bergerak cepatt!" Cikgu Nurul menepuk meja kuat. Tersentak Ameer yang duduk di hadapan itu. Meja aku diketuknya cikgu Nurul ni.

Dania merengus kasar. Sempat dia membebel-bebel sambil melanglah ke tempat Ayna. Ayna dijeling penuh rasa benci. Ayna menayang wajah selamba.

"Don't talk to me. Don't smile to me. Don't touch me. Don't touch my things. Don't touch my desk. Don't you even look at me" Dania sudah mula dengan peraturan dia.

Ayna menghela nafas lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Habislah aku.

Continue Reading

You'll Also Like

264K 29.1K 35
🍯 before marriage story of aku dan crush aku yang introvert Walaupun pernah direject dengan perkataan kasar waktu sekolah dulu, Amirah masih tidak t...
9M 471K 68
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang...
360K 6.1K 33
Mengisahkan tentang lelaki paling hot and kacak di universiti tapi malangnya memiliki perasaan yang songsang atau lebih dikenali sebagai gay. Memang...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...