THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

β€’Openingβ€’
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 57: Ada 'Sesuatu'

1.3K 91 1
By Alexna_Syufa

Dari kejauhan,

   Hujan rintik mulai turun membasahi bumi.Bunyi kilat dan dentuman guruh dapat di dengari.Nampaknya hujan ribut bakal tiba.

   Vine mencebik geram sebelum menjerit marah.Viola Kematian lantas dihempaskan ke lantai.Berkecai habis viola tu dibuatnya,berteraburan di merata tempat.

   Arghhh! Lain pula yang diharapkan,lain pula yang jadi! Sakitnya hati! Tak guna! Jahanam!

   Dengan hati yang sakit,Vine pantas membuka sayapnya selebar mungkin.Dia terbang meluru keluar dari tingkap istana tersebut,ingin meninggalkan tempat yang sudahpun musnah itu.

    Dia tak boleh menyeberangi Jurang Kekayaan ketika ini,kerana ia takkan muncul selagi hujan tidak berhenti.

_________________❤_________________

BASAH kuyup.Kesemua ahli kumpulan Syah,sudahpun basah kuyup akibat di sirami air hujan yang mulai lebat.Tapi nasib baiklah hujan kali ini tidak mengandungi sisa mayat.Taklah mereka berbau busuk nanti.Mereka semua mulai mengigil kesejukan.

     "Ki...kita kena cari tempat berlindung!" Iryan bersuara kesejukan.Dia memeluk tubuhnya,menahan sejuk.

    "A...Apa kata kita berteduh bawah pokok?" Cadang Syawal,juga turut kesejukan.Namun ideanya agak bodoh.

   "Hei! Kau ni dah gila ke? Nak sangat mati kena sambar kilat?!" Sampuk Fellex secara tiba-tiba,geram.Sebenarnya dia geram dekat Zinnt,tapi kawan-kawan dia pulak yang kena tempias.

   Tersentap.Iryan dan Syawal serta-merta terdiam.Mereka masih lagi berdiri kesejukan di situ,cuba mencari jalan bagaimana ingin mencari tempat berteduh.

     "Bertenanglah..." Syah yang masih lagi dirasuk,bersuara selamba.Dia kemudiannya memeluk bahu Syawal dan Fellex secara serentak tetapi kali ini,tidak pula dia meraba.

      "Alarken.."

    Mantera pelindung udara di baca Syah,perlahan.Dengan menggunakan udara di sekeliling,terbentuklah satu perisai lutsinar gergasi yang melindungi mereka semua di dalamnya.Desiran halus hujan yang berlaga dengan perisai tersebut,dapat didengari dengan jelas.

    "Wahhh! Syah buat pelindung kalis hujan! Yeayy! Taklah kita basah lagi!" Ucap Iryan,gembira.Dia kemudiannya melompat ke arah Syah lalu memeluk leher lelaki itu.Bergantungan di belakang Syah.

  Namun Syah hanya berwajah blur.Iryan yang melekat di belakangnya,diendahkan.

    Iryan tiba-tiba saja mencebik.Kerana macam tak dipedulikan,dia segera melepaskan pelukannya itu.Dia kemudiannya mengembungkan kedua-dua belah pipinya macam ikan buntal.

  Syawal pulak sudah tak berkelip matanya.Dia memandang perisai hujan itu dengan penuh rasa takjub.

    "Wah.. Hebat betul.Pelindung ni boleh bertahan sampai bila?" Soalnya,teruja ingin tahu.

    Syah hanya berwajah bongkak untuk seketika.Bangga diri sekejap.Bukan selalu dapat peluang macam ni.

    "Sampai hujan ni berhentilah.Sihir yang beta gunakan ini,tak kurang hebatnya juga.Selain berlindung dari hujan,ia juga boleh digunakan sebagai perisai ketika peperangan." Ucapnya,sebelum melepaskan pelukan di bahu Syawal dan Fellex.

      Syah kemudiannya tegak berdiri di satu tempat.Dia tiba-tiba menutup mata.Memasang telinga.Ada bunyi aneh yang dapat di dengari olehnya tadi.

      Ahli kumpulan Syah hanya terpingga-pingga. Apesal dengan Syah ni? Sakit ke..ataupun sedang cuba untuk tidur berdiri?

      Tiba-tiba Syah membuka laju kelopak matanya.Wajahnya juga turut bertukar serius.Dahinya berkerut seribu.Dia meraup wajah.

    "Beta dah agak." Ucapnya,serius.

       Kawan-kawan Syah dah mula garu kepala yang tak gatal.Tak faham apa yang dimaksudkan.Hairan betul.

    "Dah agak? Dah agak apa?" Soal Fellex,juga turut kehairanan seperti mereka yang lain.Sebelah kening diangkat tinggi.

   Diam.Syah langsung tak membalas.Malah lelaki itu tiba-tiba sahaja berlari keluar dari pelindung udara yang baru dicipta sebentar tadi.Tak tentu arah.Nampak kalut sahaja lariannya.

   Pelik.Kesemua ahli kumpulan Syah hairan melihat lelaki itu semakin lama,semakin jauh meninggalkan mereka dibelakang.

   "Syah! Kau nak pergi mana tu?!!" Laung Fellex, nyaring.Dia juga membuka langkah,mengejar lelaki itu dari belakang.Hujan lebat mulai menimpa tubuhnya kembali.

   "Kejar Syah cepat!" Arah Syawal,cemas. Zamry pantas dikendongnya semula.Masing-masing sudah membuka langkah.Syah perlu dikejar sebelum apa-apa yang buruk berlaku kepadanya!

_________________❄_________________


Manakala di Empayar Kota Bayangan pula;

KIFFT tersenyum jahat sambil menepis debu yang melekat di bajunya.Kesemua pengawal diraja yang sudahpun tewas itu,dipandang penuh jengkel.Semuanya sudah mati dibunuh kerana cuba menghalang dia memasuki istana sebentar tadi.Huh.Padan muka!

    "T...tolong... Tolong... Sesiapa... Tolong saya..!"

   Suara yang meminta tolong itu,membuatkan Kifft pantas menoleh ke arah belakang.Kelihatan masih ada lagi seorang pengawal diraja yang hidup.Namun keadaannya cedera parah sehinggakan dia tidak mampu bergerak sedikitpun.

   Kifft tersenyum ngeri.Kesakitan manusia,..merupakan kebahagiaan buatnya.Langkah laju diatur.Belakang pengawal diraja tersebut lantas dipijak tanpa sekelumit pun rasa kasihan.

     "Arghhhh! Tolong! Sakit!"

Pengawal diraja tersebut meronta-ronta kesakitan. Air matanya mengalir deras,menahan azab diperlakukan sebegitu.

   Kifft mulai ketawa kejam.

"Hahahaha! Sakit ya? Kalau kau tak nak rasakan kesakitan ni,lebih baik kau beritahu aku sekarang.Di mana Zaiyron? Kalau kau beritahu aku,aku janji yang aku akan lepaskan kau...." Ucapnya,cuba tawar-menawar.Dengan menggunakan tapak kasut tajamnya,dia menenyeh-nenyeh belakang pengawal itu sekuat mungkin.

   Pengawal tersebut terus saja mengelupur bagai nak gila.Habis daging belakangnya di siat-siat oleh tapak kasut yang tajam itu! Darah merah berlumba-lumba keluar dari luka yang terhasil.

    "Arghhh! Tolong berhenti! Aku akan beritahu! Aku akan beritahu! Tuanku Lord Zaiyron ada di dalam kamarnya!! Tuanku sedang nyenyak tidur!! Arghhh!"

     Berhenti.

   Kifft serta-merta berhenti dari menyeksa lelaki yang malang itu.Kakinya pantas di alihkan.Dia tersenyum jahat.

   "Oh... Zaiyron sedang tidur ya? Baiklah,pengawal diraja yang tak berguna...khidmat kau...dah tak diperlukan lagi." Kifft bersuara jahat.Dia lantas mengangkat kakinya tinggi di udara.Tepat-tepat diatas kepala pengawal itu.

   Melihatkan tapak kasut yang tajam bak duri itu,pengawal tersebut serta-merta menjadi gelabah.Air matanya mengalir laju.

   "Ta-tapi kau dah janji akan lepaskan aku!" Ucapnya,terdesak untuk meraih simpati.

    Namun bagi Kifft,simpati tiada di dalam kamus hidupnya.Dia tersenyum jahat.Anak mata merahnya,benar-benar tajam menikam.

    "Janji orang jahat,sememangnya tak boleh dipercayai." Ucapnya,seraya menghentakkan kakinya di kepala pengawal itu.

   Bukkkk!!!!

  Kepala pengawal tersebut serta-merta pecah.Otaknya bersepai di atas tanah.Sungguh mengerikan bagi yang melihat namun tidak bagi Kifft.Sempat lagi Necromancer gila itu bergelak puas,mentertawakan nasib insan yang malang itu.
   
    Dia kemudiannya membuang pandang ke arah pintu masuk istana yang mewah itu.Sengihan sinis serta-merta terukir di bibirnya.

     Kalau susah sangat nak bunuh anaknya,bunuh saja bapanya sebagai penganti! Hahahaha! Bersedialah untuk mati....Lord Zaiyron... Hati Kifft bersuara kejam.

    






to be continued...

 

Continue Reading

You'll Also Like

138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
113K 781 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
538K 36.7K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
224K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...