Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 53: Endless Smile

14.9K 1K 57
By Nur_Haura

KEPEKATAN malam mula menguasai alam apabila matahari menghilangkan diri di sebalik kegelapan. Perang yang berlaku masih tiada penghujung. Semakin lama semakin ramai tentera yang terkorban dalam peperangan tersebut tanpa sempat untuk ditangisi kerana mereka perlu berjuang demi keamanan dunia Sylvania.

Badan mereka sudah penat dan letih kerana dua hari perang berlaku tanpa henti. Tetapi semangat juang yang ada dalam diri buat mereka terus bertahan. Setiap kali mereka terjatuh dan tersungkur, mereka tetap bangkit berjuang.

“Tak ada idea ke untuk mengalahkan raksasa ni?” jerit Hariel.

“Frielan! Kau yang paling bijak antara kami bertiga. Tidak ada idea ke yang terlintas dalam fikiran kau?” sahut Haziel.

“Aku tahu,” balas Frielan.

Dia membuka Ipadnya untuk mencari strategi yang mantap untuk mengalahkan Ancient Demons.
Semua strategi yang disimpan tidak akan berkesan ke atas raksasa-raksasa tersebut. Dia membuka nota penting dalam satu aplikasi Memopad. Segala info penting dia catat dalam itu. Apabila dia membaca buku dan menjumpai perkara yang menarik, dia akan catat. Kesimpulannya, Frielan semakin cekap menggunakan Ipad.

“Genius! Cepatlah! Kau mahu aku mati terlebih dahulu?” jerit Haziel yang geram.

“There’s no strategy to defeat that things,” balas Frielan dengan muka tidak bersalah. Dia menyimpan kembali Ipadnya.

“I swear! Before I die, I’m gonna kill you, Frielan!” jerit Haziel.

“Before you kill me, your father gonna kill you first,” balas Frielan bersahaja.

“Budak-budak! Ini bukan masa mahu berbunuhan antara satu sama lain,” celah Andrew dengan nada tegas.

Mereka kembali bertarung dengan Ancient Demons. Setiap serangan yang dilakukan oleh mereka tidak berkesan. Kepenatan yang mereka rasa sudah tidak dapat dibendung lagi. Lenhil terhumban di atas tanah. Walaupun badannya sakit, dia tetap cuba bangun berdiri. Saat itu ada seorang menghulurkan tangan. Senyuman terukir di wajahnya lalu menyambut huluran si gadis. Tangan Freya digenggam erat.

“Semua orang berpegangan tangan,” kata Freya.

Mereka semua berpegangan tangan membentuk bulatan. Tiada apa yang boleh lakukan. Mereka telah lama kalah cuma tidak mahu menerima hakikat. Sekarang ini, mereka hanya pasrah dengan nasib diri. Mati di medan perang adalah satu perhargaan bagi mereka semua. Masing-masing menutup mata bersedia untuk mati.

Take back my life,
My power’s turned on,
Starting right now I’ll be strong,
Losing friends and I’m chasing sleep,
Hmmm... Hmmm...

Bunyi orang bersenandung jelas kedengaran di telinga mereka walaupun senandung itu tenggelam timbul dengan ngauman raksasa-raksasa.

Never never losing dreams,
I’m coming to rising it,
Come my friends come with me,
Hold my hand we’ll get through it,
Hmmm... Hmmm...

Satu lagi bunyi ngauman yang sangat asing di pendengaran mereka. Dentuman dan letupan yang kedengaran di segenap ruang memaksa mereka membuka mata masing-masing. Mata mereka terbuka luas apabila melihat dua ekor raksasa telah rebah tercedera parah tanpa mengetahui puncanya.

“What is going on here?” tanya Annabella.

Bunyi kibasan sayap memaksa mereka mendongak ke atas langit. Mereka nampak sesuatu yang sedang terbang ke arah mereka tetapi tidak dapat melihat dengan jelas kerana terlalu gelap. Namun, mereka dapat lihat satu cahaya yang berwarna-warni seperti sfera keluar dari benda terbang tersebut dan menyerang Ancient Demons. Serangan tersebut berkesan.

Apabila benda terbang itu mendarat di tanah, mereka sangat terkejut melihat apa yang sedang berdiri di hadapan mata. Sangat gah dan gagah. Ianya berlainan rupa saat kali terakhir mereka melihatnya. Badan itu lebih sepuluh kali ganda besar dari tadi malah lebih besar daripada gunung membuatkan mereka terpaku melihatnya.

“Now, that’s really big, not red but gold, fierce and creepy,” kata Haziel. Matanya tidak lepas memandang sang naga yang berdiri gah di hadapan matanya.

Tidak dilupakan seseorang yang menunggang sang naga tadi turun dengan menggelongsor dari ekor naga yang panjang.

“Hai, semua!” sapa Annabella dengan sengihan lebar.

Yucks! You guys holding hand! Such a girlish thing!” kutuk sang naga.

“I think you’re dead The Mighty Dragon!” jerit Hariel.

It’s The Unsleeping Dragon, the legendary creature. I hate that blue-haired boy!” dengus Pierce.

“Hahaha... Dia benci pada kau,” gelak Hariel.

“Habis rambut aku saja yang berwarna biru, rambut kau warna hijau?” sindir Haziel.

“Kejap lagi aku tukar warna hijau. Baru nampak romantik kan, sayang?” balas Hariel. Kenyitan mata ditujukan kepada Serena.

“I hate you!” kata Serena.

“Hahaha... Kesian! Kena reject on time.” Giliran Haziel pula ketawakan kembarnya.

Andrew menggeleng kepala melihat kerenah si kembar. Macam-macam budak-budak ni. Kalau dia ada anak nanti, janganlah jadi macam mereka. Boleh migrain. Patutlah General Orwell selalu mengadu sakit kepala apabila memikirkan tentang perangai anak kembarnya. Rupanya, memang nakal dan degil.

“You can breath freely, folks! Leave that ugly things to us. It’s time for us to steal the sportlight,” ujar Annabella.

“Apa yang patut kita lakukan?” tanya Karyle.

“Just sit there and be my audience!” balas Annabella.

“Kami hanya perlu duduk dan tengok je?” tanya Haziel untuk kepastian.

“Yes!”

“Oh, yeah! Aku mahu tidur ekejap. Kejutkan aku bila semua dah berakhir!”

Semua mata memandang ke arah Haziel dengan pandangan yang membawa maksud tidak membenarkannya tidur walaupun sesaat.

“Okay, fine! Aku tak tidur!” dengus Haziel.

“Kau pasti tidak mahu kami tolong?” tanya Eidan untuk kepastian. Dia risau akan keadaan gadis itu. Sudahlah tadi Annabella menghilangkan diri entah ke mana. Dia fikir Annabella tidak kembali sampai bila-bila. Lega hatinya apabila dapat melihat wajah kesayangannya kembali.

“Kau jangan risaulah. Aku belum bagi serangan terhebat aku lagi. Kau rehat sambil tengok aku bertarung. Jom, Pierce!” ujar Annabella. Dia memanjat baik kembali ke atas badan si naga.

I’m waiting this moment,” balas Pierce.

Mereka hanya duduk memerhati Annabella dan Pierce menyerang Ancient Demons yang masih tinggal. Mata mereka tidak berkelip melihat perlawanan yang sedang berlangsung di hadapan mata. Serangan yang dilakukan oleh dua kombo tersebut sangat mengagumkan sehingga tidak bergerak melihat pertarungan tersebut. Kekuatan sang naga sangat dahsyat dan hebat. Hembusan api yang berwarna biru gelap sudah mampu mengalahkan Ancient Demons dalam masa yang singkat.

“I adore their teamwork,” gumam Haziel. Dia tidak berkelip melihat Annabella dan Pierce bertarung. Timbul juga sedikit cemburu melihat kerjasama Annabella dan naga itu. Mahu harapkan dia dan si singa berkerjasama begitu? Jauh lagi jawabnya.

Annabella melompat naik ke atas belakang Pierce sebaik sahaja dia berjaya menumbangkan Ancient Demon iaitu golum tanah. Serangannya membuahkan hasil. Pierce menghembuskan nafasnya yang berapi sebagai sentuhan terakhir.

“One more left, Pierce!” beritahu Annabella.

Yang hodoh dan buruk itulah yang tikam aku dengan ekor! Tak boleh jadi! Aku mahu membalas dendam! Bagi aku tumbuk dia sepuas-puasnya.” Pierce mengaum nyaring. Rasa marah meluap-luap di dalam dadanya. Dendamnya mesti dilunaskan.

“It’s yours,” kata Annabella.

Tanpa melengahkan masa, Pierce terus menyerang Ancient Demon yang menikamnya dulu. Annabella pula turun dari badan Pierce dengan menggelongsor dari ekor si naga. Ancient Demons yang tidak bergerak dikunci dalam medan magik yang dilakar menggunakan darahnya sendiri.

“With the light that bless me. Death is the rightful for the Demons. Turn to ash and never rise again!” seru Annabella.

Cahaya dari medan magik bersinar terang. Ancient Demons yang dikunci hancur badannya menjadi debu hitam yang berterbangan di udara. Hanya satu lagi Ancient Demon yang tinggal. Annabella senyap-senyap melakar medan magik di bawah Ancient Demons yang bertarung dengan Pierce.

"Burn the Demon into ashes,” gumam Annabella perlahan.

Baru sahaja si naga ingin melibaskan ekornya ke arah Ancient Demon itu, raksasa itu telah bertukar jadi debu. Dia tahu itu perbuatan Annabella. Belum sempat dia balas dendam sepenuhnya, Annabella sudah jalankan tugasnya.

That’s mine!” kata Pierce geram.

“Aku cuma memendekkan penyeksaan dia,” balas Annabella selamba.

Aku belum puas lagi tahu tak?”

“Itu bukan masalah aku. Lagipun, berapa lama kami perlu tunggu? Kami mahu pulang untuk berehat, tidur dan makan.”

Kriuk!!!

Perut siapa yang berbunyi tu?” tanya Pierce.

“Perut aku! Kenapa? Kau ada masalah? Logiklah perut aku berbunyi. Sudah dua hari aku tidak makan,” balas Annabella.

Aku pergi dulu.” Pierce terus menghilangkan diri.

“Sudah berakhir? Hanya sejam sahja?” tanya Hariel yang tidak percaya.

Tentera yang masih tinggal bersorak riang apabila perang akhirnya tamat jua. Mereka meraikannya dengan menjulangkan senjata ke udara. Senyuman terukir di wajah masing-masing. Wajah gembira mereka tidak dapat disembunyikan lagi.

“That’s amazing,” puji Eidan apabila mendekati Annabella. Tanpa segan-silu, dia terus memeluk erat Annabella. Satu ciuman hinggap di dahi si gadis. Mereka berbalas senyuman gembira.

“Ehem! Ni... Abang dia tak nak peluk?” Andrew bersuara mematikan suasana romantik.

“A group hug?” cadang Annabella sambil tersenyum.

“I’m proud of you, Anna. I’m sure father also proud of you.” Andrew menggosok kepala adiknya sambil tersenyum. Bangga dengan Annabella. Dia memeluk satu-satunya adik yang dia ada.

“Mestilah!” sahut Annabella dengan bangga.

“Anna!!! Gembiranya aku lihat kau selamat!” kata Wilda. Dia berlari lalu memeluk si sahabat. Hatinya lega melihat Annabella tidak apa-apa. Dalam masa yang sama, dia sangat kagum dengan gadis itu kerana tidak berhenti mengalah.

“Aku juga.”

“Aku gembira tengok kau hidup lagi. Aku ingat kau tidak akan muncul lagi.”

“Jangan panggil aku Annabella kalau tidak pernah buat kejutan,” kata Annabella dengan bangga.

Wilda berpura-pura tayang muka menyampah apabila mendengar kata-kata si sahabat. Tidak lama kemudian, mereka ketawa serentak.

“Semua orang ada pasangan masing-masing mahu berpelukan. Aku saja yang tidak mempunyai pasangan...” Lirih saja suara Haziel. Kembarnya sibuk mengusik Serena. Lenhil pula asyik mengusik Freya buat gadis itu menyampah. Dia toleh ke kanan.

“Apa yang kau tengok-tengok?” tanya Clara sambil bercekak pinggang.

“Semua orang ada pasangan. Kau dan aku sahaja yang tidak ada. Jadi...” kata Haziel. Sempat dia menolak rambutnya ke atas bagi nampak menggoda.

“Kau peluk saja si Frielan tu!” potong Clara.

“Peluk Frielan buat apa? Tidak ada rasa apa-apa pun. Lebih baik aku peluk kau.”

“Kau dekat dengan aku lima langkah! Kau, aku kerat kepala!” ugut Clara. Dia melangkah pergi bersama yang lain untuk pulang ke rumah.

“Oh, Clara... Sayang!!!” panggil Haziel yang sengaja mengusik si gadis.

“Kau jangan dekat dengan aku!” marah Clara.

Semakin ditegah semakin seronok Haziel mengusik puteri bongsu dari Wynterland itu. Dia giat mengusik Clara apabila nampak muka gadis itu agak merah. Ada peluang juga dia mahu mencuri hati gadis itu. Jeritnya dalam hati.

“Boleh tak kau berhenti berada di hadapan mata aku?” marah Freya.

“Tak boleh, cinta hati... Hobi aku adalah berada depan mata kau,” kata Lenhil. Ayat yang manis telah digunakan tetapi langsung tidak dapat mencairkan hati si gadis.

“Menyampah betul!” dengan Freya.

“Apa? Kau sayang aku?”

“Bila masa aku sayang dekat kau, hah?”

“Kau mengaku juga kau sayang aku! Yahoo!!! Nanti kau tamat belajar di akademi, kita kahwin ye, sayang?” lamar Lenhil secara tiak langsung.

“Kau ni sudah gila, Lenhil! Gila!”

“Memang aku gila, Freya... Aku gilakan kau,” balas Lenhil. Dia mengenyitkan mata.

“Sakit kepala aku bercakap dengan kau! Harap telinga runcing tapi pekak! Lain yang dicakap, lain pula yang dibalas!” kata Freya dengan geram. Dia terus berjalan pulang tanpa menghiraukan si jejaka bunian.

“Sayang! Mahu pergi ke mana tu? Tunggu abang! Kita jalan sama-sama!” kata Lenhil.

Hariel berjalan mengundur ke depan sambil mengusik Serena. Suka dia lihat wajah cemberut Serena yang kelihatan comel.

“Boleh tak kau jangan menyemak di depan mata aku?” marah Serena.

“Tidak, sayang… Aku dah terbiasa menyemak di dalam hati kau.”

“Hish! Rimaslah dengan kau ni! Kau dengan kembar kau sama saja perangai! Buat orang menyampah nombor satu!”

“Sayang... Tidak elok mengutuk adik ipar sendiri. Restu dia, kita perlukan untuk berkahwin nanti,” balas Hariel.

“Siapa yang mahu berkahwin dengan kau?”

“Kaulah.” Hariel senyum meleret.

“Sejak bila aku kata mahu berkahwin dengan kau?”

“Kau sudah bagitahu! Kita kahwin!” jerit Hariel dengan gembira.

“Tertekannya aku!” Serena ketap gigi geram. Dia terus berjalan meninggalkan lelaki itu di belakang.

“Sayang! Jomlah kita jalan sama-sama! Berpegangan tangan macam Karyle dan kekasih merahnya. Baru romantik!” Hariel mengejar langkah Serena yang jauh ke depan.

“Budak-budak ni... Macam-macam perangai. Kamu berdua jangan buat begitu. Tidak boleh dekat seinci. Duduk jauh-jauh,” kata Andrew kepada Annabella dan Eidan.

Mereka memandang antara satu sama lain apabila mendengar syarat tersebut. Mereka terpaksa menjarakkan diri antara satu sama lain. Nanti keluar pula syarat kedua susah jadinya.

“Bagus, bagus... Jom balik!” kata Andrew. Dia mula mengatur langkah.
Annabella dan Eidan masih tidak bergerak membiarkan Andrew berjalan jauh ke depan. Kemudian, mereka susuli langkah Andrew.

“We’re gonna stay like this?” tanya Annabella.

“Arahan abang kau.”

“Tapikan... Aku letih dan tidak larat untukberjalan. Kau dukung aku ye?” pinta Annabella. Tanpa menunggu persetujuan Eidan, dia terus melompat naik atas belakang lelaki itu.

“Kau ingat aku ni Pierce ke?” marah Eidan. Nasib baik dia tidak tersembam ke depan kerana Annabella tiba-tiba melompat ke atas belakangnya.

“Kau dan Pierce sama saja. Perengus tapi baik,” kutuk Annabella.

“Kau kutuk aku dalam masa yang sama kau puji aku.”

“Kenapa kau tidak suka?”

“Aku suka bila kau dekat dengan aku.”

Annabella senyum memanjang. Tangannya yang melingkar di leher Eidan dieratkan lagi. Tidak menyangka orang yang selalu dia cari gaduh dan bergaduh, mereka boleh serapat ini. Berkongsi perasaan yang sama.

“Eidan, kenapa kita bergaduh?”

“Entah! Aku tidak tahu.”

“That’s sound the stupidity of us. Bergaduh tanpa punca,” ujar Annabella. Dia turun dari belakang Eidan.

“Eidan?”

“Hmmm?”

“Boleh kau cakap lagi sekali?” pinta Annabella.

“Tunggu nanti kita kahwin. Lepas kahwin, aku ucap sebanyak mungkin sampai kau muak mahu dengar.”

“Tapi aku mahu dengar sekarang.”

“Limited edition!”

“Kedekutlah kau ni!” Annabella terus memasamkan mukanya. Dia berjalan meninggalkan Eidan yang jauh kebelakangan.

Eidan mengejar langkah gadis itu.

“I love you more than everything! Puas hati kau sekarang?”

Annabella senyum. Dia mengangguk dengan gembira. Dia mahu lupakan apa yang akan berlaku pada masa depan. Masa yang ada dia mahu gunakan sebaik mungkin untuk mencipta sebanyak mungkin kenangan bersama orang yang dia sayang. Biar masa yang menentukan.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
6.7K 830 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...
37K 5.8K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...