Gengster Tu Aku Punya!

By cuteflwara

8.9M 468K 65.6K

Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku pun... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
Epilog
thank you!

BAB 40

147K 7.4K 1.1K
By cuteflwara

Iqa mengangkat tinggi telefon bimbitnya. Kepala dia sempat tertoleh-toleh. Kakinya laju berjalan tanpa hala tuju.

Ameer tersengih kecil. Dia berpeluk tubuh sambil berjalan perlahan di belakang Iqa. Mata tidak lepas daripada memerhatikan gadis yang tampak gabra semacam itu.

"Iqa??" panggil Ameer perlahan. Iqa buat-buat tidak dengar. Skrin telefon bimbit ditekan-tekan mencari signal. Memang dalam hutan yang tak terlalu tebal ni tak ada signal eh?

"Iqa oh Shafiqah?" panggil Ameer lagi. Senyuman tidak pernah pudar dari bibirnya. Iqa mengetap bibir lalu menoleh "apa?" soalnya memandang Ameer bengang.

"Apasal gabra sangat ni?" soal Ameer tenang. Iqa membuat muka. "awak tahu tak kita sesat sekarang ni? awak boleh pulak tayang muka selamba badak awak tu?" bebel Iqa.

Ameer menghela nafas. "Jalan jelah nanti jumpa lah dorang tu" balas Ameer masih tenang. "ke awak gabra sebab tinggal kita berdua je?" soal Ameer pula. Kening diangkat. poyo kau.

Iqa mencebik. "Kenapa saya nak gabra sebab kita berdua je? takde kerja? kita kena cepat cari dorang! duit ada kat tangan saya" ujar Iqa lagi.

Dia teruskan berjalan. Malas mahu melayan Ameer.

Ameer tersenyum. "how cute" komen Ameer selamba. Iqa menggigit bibirnya lalu terus menoleh memandang Ameer tajam. "stopp" balas Iqa.

Ameer ketawa pula. Dia menggeleng lalu berjalan mengiringi Iqa.

Sementara di suatu kawasan pula,

Hasya berpeluk tubuh. Dia merengus perlahan. Menjeling memandang Faris yang berjarak hampir semeter dengannya.

Faris membuat muka. "Bising lah kau. Ingat aku suka ke nak jalan dengan kau ha?" tukas Faris juga berpeluk tubuh.

Hasya mencebik "Ada aku cakap apa-apa ke?" tukasnya lalu menjeling lagi Faris.

"Telefon lah dorang cepat" arah Faris tiba-tiba. "Kau faham tak takde line kat sini??" balas Hasya. "Adakan lah line tu!" tukas Faris pula.

"Kepala hotak kau!" balas Hasya lagi. "Apahal dengan pala hotak aku?? Ada masalah?" ujar Faris pula. "Kepala hotak kau memang ada masalah!" tukas Hasya menunjukkan kepalanya.

"Ingat kepala hotak kau tu normal sangat ke ha?" Faris melangkah mendekati Hasya. "Otak aku memang normal! Bukan macam kau" Hasya melangkah ke belakang setapak.

"Kau memang suka cari nahas kan?" Faris melangkah lagi mendekati Hasya. "Siapa nahas ha? Aku cari ahli kumpulan aku! Bukan nahas!" jawab Hasya lagi.

Faris tercengang. Boleh pulak dia buat lawak timun kat sini?

"Kau..." Faris melangkah lagi mendekati Hasya. Setapak demi setapak ke hadapan. Hasya menelan air liur. Kakinya melangkah setapak demi setapak ke belakang.

"Memang.. berani kan..." ujar Faris lagi. "Kau percaya ke aku? Kau tak takut dengan aku?" sambung Faris merenung tepat ke dalam anak mata Hasya.

Hasya mengelak daripada bertentangan mata dengan Faris. "Ap- apa kau buat ni" Hasya cuba untuk melarikan diri tetapi nasib tidak menyebelahi dirinya apabila kakinya tersadung pada batu di jalan tar itu.

Hasya menutup mata apabila hampir sahaja dia jatuh tetapi Faris lebih pantas memaut lengannya. Segalanya berlaku dengan pantas. Hasya membuka matanya.

Tubuhnya menjadi kaku apabila melihat Faris betul2 di hadapan wajahnya. Jarak mereka agak rapat. entah kenapa jantung mula berdetak. Oh damn.

"Kalau aku lepaskan ni apa jadi?" bisik Faris tersenyum sinis. Hasya terkebil-kebil. "Aku akan jatuh..?" jawabnya polos.

Terus Faris melepaskan tangan Hasya lalu gadis itu terus terjatuh terduduk di atas jalan tar itu. "Exactly" tukas Faris berpeluk tubuh. Masih tersenyum sinis

"Aduh!" Hasya mengerang kesakitan. Dia mengetap bibir geram. "Damn it" tukasnya perlahan sambil menyapu kotoran di telapak tangannya. Faris menoleh. "Apa dia?" soalnya

Hasya menggeleng. Dia menjeling Faris tajam. Cuba kalau dia maki-maki lelaki di depan-depan. Bukannya dia lepaskan aku dekat atas jalan ni je, dicampaknya aku dalam tasik tu.

Faris terus menghulurkan tangannya pada Hasya yang masih terduduk di atas jalan itu. Hasya mengangkat kening. "Apa ni?" soalnya sengaja mahu tanya.

Faris juga mengangkat keningnya "Kau rasa? Cepatlah! Aku nak tolong ni" tukas Faris. Hasya ketawa sinis. "Once you let go, you will keep letting it go." Ujar Hasya lalu tidak mengendahkan huluran Faris dan bangun dengan sendiri.

Hasya terus berjalan meninggalkan Faris. Faris hanya memandang Hasya.

●●●●●

"Wei Ayna.. kenapa aku rasa macam pernah nampak eh dia?" soal Alief tertoleh-toleh ke belakang. Ayna mengangkat bahu. Masih terkejut.

Adakah ini cuma kebetulan atau.. Arfan memang sudah tahu yang dia akan berada di sini harini? Bukannya dia tidak tahu, Arfan tu memang penyebok nombor satu.

Semasa dia bersama Arfan dulu, lelaki itu selalu aje tanya dia berada di mana. Buat apa. Bla bla bla.

Alief menarik muncung. "Kau kenal dia kan? Dia sebut nama kau tadi. Siapa dia? Asal dia nampak familiar je?" Alief berjalan bersebelahan Ayna. Ayna memandang Alief seketika.

"Sebok lah kau" balas Ayna. Alief terus bercekak pinggang "Hei hei, kau lupa eh aku ni siapa?? Aku ada hak ok nak tahu" tukas Alief.

Ayna spontan tersenyum. "Tak payah lah buat gaya mak jemah kau tu" Ayna menolak bahu Alief. Alief masih menarik muncung. Sejak bila Alief jadi macam ni ni?? Ni semua sebab Ayna lah ni.

Hilang gaya samseng dia.

"Ish,bsiapa eh dia? Ingat balik ingat balik ingat balik!" Alief berjalan ke hulur ke hilir pula. Ayna menghela nafas. Terasa macam dia sedang menjaga budak aje sekarang ini.

"Haa!!!"

Ayna tersentak. Dada diurut perlahan. Alief dipandang tajam. Alief terus melangkah ke arah Ayna dengan wajah serius. "Aku dah ingat! Dia dia dia yang kita jumpa dekat ioi haritu kan? Dengan perempuan lain!" Alief menjerit kerana sudah ingat.

Ayna menghela nafas. Dia menggeleng perlahan. Nasib baik tiada siapa yang lalu di kawasan ini sekarang. Kalau tak, mesti diingatnya beruk mana menjerit terpekik terlolong.

"Siapa dia ha? Baik kau bagitau aku sebelum aku cari dia" Alief mengugut. Bukan susah nak cari orang. Cari lepas tu belasah. Memang Alief Danyel.

Ayna membuat muka. "Dia ex-boyfriend aku. Ha puas?? Kau menjerit-jerit lagi siap" Ayna meneruskan langkah. Alief terus ternganga luas. "Oh, patutlah!" Alief menjerit lagi.

Ayna memejamkan matanya. Baru cakap jangan jerit tadi.

"Aku ingat lah kau cakap. Awak.. awak sia-siakan cinta saya" Alief mengajuk kembali cara Ayna berkata pada Arfan awal tahun dahulu. Langkah Ayna terus terhenti.

"Alief.." panggil Ayna perlahan.

Alief juga berhenti melangkah. Ayna yang berada di hadapannya itu dipandang. Menunggu kata-kata seterusnya.

"Kau tau tak, aku pernah sayang dia sangat-sangat" ujar Ayna. Alief terdiam. "Serius weh. Aku sayang gila dia.. tapi" Ayna menghentikan kata-katanya.

"Dia dah musnahkan kepercayaan aku. He wasted my love that i gave to him." sambung Ayna.

"And that's why.. i'm scared to believe anything anymore. Aku takut nak bagi kepercayaan kepada orang. Dia cakap dia sayang aku but end up, everything was a lie" tukas Ayna lagi.

Alief hanya diam. Agak cemburu kerana lelaki itu dapat memegang cinta Ayna. Dia sudah dapat hati Ayna tetapi sayang.. dia sia-siakan cinta yang Ayna beri.

Senang aje dia buang cinta Ayna begitu, padahal dia di sini masih tidak tahu perasaan sebenar Ayna kepadanya. Adakah Ayna berasa benda yang sama atau hanya sekadar kawan biasa?

Alief mengeluarkan kotak rokok dari poketnya. Dia pantas berjalan melepasi Ayna. Sebatang rokok ditarik keluar. Lalu kotak rokok itu disimpan semula.

Tangannya seluk pula poket sebelah untuk mengeluarkan pemitik api. Tetapi benda itu terus jatuh ke tanah.

Ayna yang dari tadi memerhati terus berlari lalu mengambil pemetik api itu dan disimpan ke dalam poketnya.

Alief memandang Ayna. "Apesal kau letak dalam poket kau? Bagi, aku nak" pinta Alief. Ayna menggeleng. Dia terus membuka begnya lalu sebatang lolipop dikeluarkan

"Kau tak sabar sangat nak mati ke?" Ayna terus merampas batang rokok dari tangan Alief lalu digantikan dengan lolipop itu.

Ayna kemudiannya membaling batang rokok itu ke tanah dan dipijak-pijak rokok itu. Alief tercengang seketika. "From now on, suck that lolipop. i don't care if you look like a child or something. Asalkan bukan rokok" tukas Ayna.

"Kenapa kau bagi aku lolipop ni?" soal Alief mengikut langkah Ayna yang sudah mula berjalan semula. "Habistu? Kau nak apa? Cookies?" Balas Ayna

"Aku nak hati kau" ujar Alief. Langkah Ayna sekali lagi terhenti. "Chiaa" balas Ayna bergurau. Alief menggeleng. Dia berdiri di hadapan Ayna.

"Tak. Aku serius sekarang ni. Mamat tu dah buang hati kau, dia dah sia-siakan hati kau, so now give it to me. I want your heart and I want to keep it. Forever." ujar Alief lagi tidak lepas memandang wajah Ayna.

Ayna diam seketika. Ini kali yang ketiga Alief mengatakan benda yang maksudnya sama. Dia faham. Terlalu faham.

"Kenapa kau kena cakap semua benda ni?" soal Ayna. "Sebab itulah perasaan aku sekarang ni. Can't you understand how I feel?" jawab Alief. Merendahkan egonya demi mendapatkan Ayna.

Dia mungkin sudah halal dengan Ayna. Ye. Mereka suami isteri. Tetapi halal sahaja tiada guna kalau hati Ayna masih tertutup. Ayna sahaja yang telah mengambil hatinya, hati Ayna pula? hilang entah kemana.

"No. I mean I understand that. Tapi kenapa kena bagitau ayat panjang-panjang ni? Perlu ke semua benda ni? Kenapa tak straightfoward je??" soal Ayna lgi.

Dahi Alief berkerut. "Tak cukup straightfoward ke ni?? Kau nak aku cakap macam mana lagi??" Balas Alief. Ayna menghela nafas. Matanya dijulingkan ke atas.

"Boys and their romeo words. Idiot." tukas Ayna membuat muka lalu terus berjalan meninggalkan Alief. Alief menggaru kepalanya. "Kau nak pergi mana??" soal Alief.

"Kayak!" laung Ayna.

Alief menghela nafas berat. Dia kena reject lagi ke?

●●●●●

Ayna memandang sekeliling tasik itu lalu menarik nafas seketika. Suasana tasik itu sungguh tenang. Tidak ramai yang berkayak di sini.

"Alief.. jom kayak!" ajak Ayna memandang Alief. Baru sahaja Alief ingin membalas, kedengaran nama mereka dilaung.

"Ayna!" Hasya terus berlari anak ke arah Ayna. "Woi Alief!" Faris juga berbuat demikian. Cuma dia hanya berjalan poyo sambil memasukkan tangan ke dalam poket.

"Waa jumpa jugak akhirnya!" Hasya merangkul bahu Ayna. Gembira dapat berjumpa balik ahli kumpulannya. Macam dah lama sangat tak jumpa.

"Kau tersesat dengan mamat ni ke?" soal Ayna memandang Faris yang berdiri di sebelah Alief itu. Hasya mengangguk dengan wajah masam. Hampir setengah jam dia berjalan-jalan dengan mamat kurang asam tu.

"Rimas aku!" tukas Hasya menjegilkan mata pada Faris. "Sama lah kita" Ayna menjeling pula Alief.

"Hek elehh" balas Alief dan Faris serentak.

"weh korang!" Serentak empat pelajar itu menoleh. Kelihatan Ilham dan Hariz melangkah ke arah mereka. "Sini korang rupanya" tukas Ilham.

"Enam orang dah ada.. Ameer dengan Iqa mana?" soal Hasya. Mereka memandang sesama sendiri lalu menangkat bahu tanda tidak tahu.

"Ceh.. dating lah tu" tukas Faris mencebik. Semua tersengih setuju.

"Jom lah Hasya. Kita gi dating gak" Ilham menarik lengan baju Hasya. "Wooii" suasan kecoh seketika. Ayna pantas menarik Hasya. Faris terus melepaskan tangan Ilham.

"Dah ah, jom kayak!" Ayna menepuk tangan teruja. Dia pantas turun ke titi. "Jom Ayna kita naik sama2" ajak Hasya lalu merangkul lengan Ayna. Ayna tersengih lalu mengangguk.

"Ah takde. Aku dapat dia dulu" Alief pantas menarik tangan Ayna pula. "eh eh, kau ingat Ayna ni apa? Nak dapat tak dapat ni?" Hasya menarik semula tangan Ayna.

"Aku ada sesuatu nak, em.. bincang dengan dia" Alief menarik Ayna lagi lalu menyarungkan jaket keselamatan pada tubuh Ayna.

"Woi apa ni, kasi lah aku naik dengan Hasya" protes Ayna memandang Alief yang membutangkan jaket keselamatannya itu. Diikat lagi dengan ketat.

Alief menggeleng. Jaket Ayna ditarik lalu spontan Ayna melangkah ke hadapan mendekatinya. Mata mereka bertembung. "I really have a lot to say to you" bisik Alief.

Hasya merengus bengang. Dia duduk di tangga memandang Alief dan Ayna. "Jom lah naik dengan aku. Nak tunggu Iqa entah ke mana dia" ajak Ilham berdiri di hadapan Hasya.

Hasya menongkat dagu lalu menggeleng. "Aku bagi kau duduk depan" tukas Ilham lagi. Kening diangkat dengan senyuman. Terus Hasya berdiri. "Jom!"

Mereka memasang jaket keselamatan masing-masing. Faris dan Hariz akhirnya hanya duduk di tangga itu memandang mereka bersiap sedia untuk menaikki kayak.

"Nak naik dengan aku tak?" pelawa Hariz. "Diam kau" balas Faris. Hariz terus mengangguk faham. Lupa ke wei? Orang sebelah kau tu lah yang tumbuk muka kau tanpa sebab tu.

"Ayna! Kayuh lah!" tukas Alief dengan dahi berkerut. Bengang apabila kayak mereka masih tidak jauh dari titi. Ilham dan Hasya sudah jauh pergi ke tempat bunga teratai dah.

Ayna masih dengan telefon bimbitnya itu. Buat apa? Tangkap gambar lah! Apa lagi. Ayna tersenyum memandang kamera. Dimasukkan sekali Alief yang berwajah masam di belakang.

"Tiang! smile!" ujar Ayna lalu menekan butang itu. Dia ketawa seketika melihat muka cemberut Alief. Mengalahkan beruk weh. "Baling phone tu dalam tasik ni kang" tukas Alief perlahan.

"kayuh pat!" Alief menendang tempat duduk Ayna. Ayna menjeling memberi amaran. "Kau jangan tendang-tendang boleh tak? Kang aku jatuh dalam air ni. Siapa nak selamatkan?!" tukas Ayna menyimpan telefon bimbitnya.

"Aku lah yang kena selamatkan. Aku kan hero kau" balas Alief dengan kening diangkat-angkat. Ayna membuat muka. Tak habis-habis dengan ayatnya 'aku kan hero kau' tu.

"Dah dah kayuh cepat. Jom kita pergi sana tengok bunga teratai" kata Ayna teruja. Dia mula mengayuh. Alief juga ikut mengayuh.

Alief ke kanan, Ayna ke kiri. Apabila Alief pula ke kiri, Ayna ke kanan. Apa yang penting? Kerjasama!

Ayna yang nampak daun teratai terapung itu terus mengangkatnya menggunakan dayung. "Wei Alief. Macam dekat upin ipin ah!" Ayna terus menolaknya pada Alief di belakang.

Habis segala air mereciks pada wajah dan baju Alief. Alief tercengang. "Kau ingat daun tu apa? Telur mata? Nak goreng??" Alief mengelap percikan air yang terkena wajahnya.

Ayna masih tersengih.

Mereka kemudiannya mendayung lagi sehingga ke hujung tasik dan berpatah balik dan terus pergi ke bawah jabatan.
Kadang-kadang terserempak juga dengan Ilham dan Hasya.

"Eh Iqa!" laung Ayna apabila ternampak susuk tubuh Iqa dan Ameer yang sedang makan ais krim di atas jambatan. Iqa dan Ameer menoleh ke bawah. Iqa tersenyum lalu melambai.

"Ayna!" Iqa melambai. "Amboi! makan ais krim berdua nampak?" tegur Alief dengan muka poyo dia. Ameer tersengih.

"Jumpa kat titi tau!" laung Ayna lalu Iqa mengangguk. Ini dinamakan sehati sejiwa. Boleh pulak terjumpa tengah-tengah berkayak ni.

"Bapak laju sia dorang. Jom kejar." tukas Ayna lalu terus mendayung dengan laju. Dia main dayung aje tak sedar akan Alief yang berada di belakangnya sudah basah habis.

"Ayna..." panggil Alief memejamkan matanya. Wajahnya susah basah kuyup. Ayna semakin laju. "Aku kejar korang. Siap korang!" laung Ayna pada Hasya dan Ilham.

Tak sedar langsung cik suami dekat belakang tu dah bermandikan hujan.

"Tengku Ayna Maisarah!" jerit Alief. Hampir terlepas pendayung di tangan Ayna. Dia menoleh ke belakang. Ternganga luas mulutnya melihat keadaan Alief sekarang.

"Alief! Weh... sorry weh!" Ayna terus mengelap wajah Alief dengan lengan bajunya. Alief menghela nafas seketika.

Tiba-tiba tawa Ayna meletus. "Hahahah. Kesian kau basah" tukas Ayna ketawa menepuk-nepuk peha Alief. Alief membuat muka. "Kelakar ke ha??" soal Alief bengang.

Ayna mengangguk. Tawanya masih belum selesai. Alief terus mengambil pendayungnya kayak itu lalu dipercikkan air pada Ayna.

Terus tawa Ayna terhenti. Digantikan dengan jeritan kecil. Bajunya basah tetapi tidak lah kuyup sangat seperti Alief. Ayna memandang Alief dengan pandangan tidak puas hati "Ops, sorry." tukas Alief.

Selamba gila.

"Apa ni woi" Ayna pula bengang. Alief pula yang ketawa. "Haah lah weh, kelakar gila tengok kau basah kena air" ujar Alief.

Ayna membuat muka masam. Dia balas dendam pulak. Alief tersengih. Padan muka.

Selepas itu, mereka pulang semula ke titi. Alief terus berdiri dan naik ke titi kemudian menghulurkan tangan kepada Ayna dan menariknya keluar.

Langsung lupa apa yang ingin dikatakan pada Ayna. Hilang sudah.

"Aku tengok dorang ni macam dah biasa berdua kan. Dah macam suami isteri pun ada aku tengok" bisik Ilham pada Hasya. Mereka berdua sudah lama sampai di titi.

Hasya perlahan-lahan mengangguk. "Nampak natural sangat. Dorang couple senyap-senyap ke?" balas Hasya pula terlebih kuat.

Ayna dan Alief yang sedang membuka jaket keselamatan serentak menoleh. Hasya dan Ilham dipandang. "Korang ada something special eh?" soal Ilham selamba.

Ayna dan Alief berpandangan.

"Haah"

"Tak"

Mereka berpandangan lagi. Hasya dan Ilham memandang Alief dan Ayna silih berganti. Alief kata ye, Ayna kata tidak.

Mana satu betul?

Ayna menjegilkan mata pada Alief. Alief hanya menayang wajah selamba.

"Amboi seronok berkayak sampai basah habis mamat dua orang ni?" Iqa dan Ameer yang baru sampai berjalan mendekati ahli kumpulan mereka. Hasya dan Ayna tersengih.

"Dah aku nak tukar baju. Basah!" Alief memercikkan lagi air pada wajah Ayna. Ayna memejamkan matanya. Apabila dia membuka mata, kelihatan Alief dan gengnya sudah pergi ke tandas.

Bersebelahan tasik aje.

Tinggal Hariz sahaja lelaki di sini.

"Jom amik gambar?" ajak Ayna memandang Hasya dan Iqa. Mereka mengangguk lalu Ayna mengeluarkan telefon bimbitnya dan diberikan pada Hariz.

"Tolong ambilkan gambar kitaorang" pinta Ayna tersengih. Hariz menggeleng perlahan lalu mengambil telefon bimbit Ayna.

Tiga orang gadis itu sudah berdiri di tengah-tengah titi. Masing-masing tersenyum memandang kamera. Hariz pun apa lagi. Snap! Snap! Snap!

Pelbagai pose pelik-pelik yang mereka lakukan. Gaya itik terbang, katak merangkak, macam-macam lah.

"Seronok nampak akak-akak semua bergambar?" tegur seseorang dari tangga. Tiga orang gadis dan Hariz menoleh.

Ayna terkedu. Fikir tadi Alief yang menegur. Rupanya Arfan. Hasya nampak terkejut. Dia kenal sangat siapa lelaki itu.

Iqa cuma beriak biasa. Dia fikir cuma lelaki biasa yang memang suka menegur perempuan.

Arfan tersenyum sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. Nampak lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Biasa lah, perempuan kan. Kena lah oktd dulu" balas Hariz selamba. Langsung tidak sedar dengan perubahan wajah Ayna dan Hasya.

"Long time no see Hasya" sapa Arfan tersengih memandang Hasya. Kakinya pantas melangkah turun ke titi. Teringat dulu waktu tingkatan 3. Hasya yang menolongnya mendapatkan Ayna dulu.

Ayna memang susah nak dapat. Terlalu berharga!

Hasya memandang Ayna seketika. "Kau buat apa kat sini?" soal Hasya. Tidak membalas sapaan mesra Arfan. Ingat dia nak balas mesra jugak ke? Lepas apa yang Arfan dah buat pada Ayna.

"Aku dengan member aku semua skytrex dekat sini. Lepastu kata nak berkayak tadi. Tak sangka jumpa korang dekat sini" tukas Arfan. Tidak lepas daripada mencuri-curi memandang Ayna.

"Laa? Korang saling kenal ke?" soal Hariz yang masih tidak tahu apa-apa. Iqa juga terkejut. Ayna hanya diam.

"Ayna kenapa diam je? Tak suka ke jumpa saya?" soal Arfan melangkah mendekati Ayna. "I missed you Ayna. Awak tak rindu saya ke?" ujar Arfan lagi.

Iqa terkejut lagi. Hariz lagilah. Sudah ternganga. Siapa pula lelaki yang main rindu-rindu dengan Ayna ni.

Ayna terus melangkah setapak ke belakang. "Kenapa aku perlu rindu kau? Tak perlu kut tanya soalan macam tu." jawab Ayna berani. Arfan nampak terkedu. Tidak percaya yang dihadapannya ini adalah Ayna yang dia kenal.

"Ayna, you've changed" tukas Arfan. "Well, you changed first. I thought you don't need me anymore" balas Ayna mendongak memandang Arfan.

Arfam menghela nafas. "Ayna. Awak salah faham" Arfan cuba meraih tangan Ayna tetapi pantas ditepis. "Don't touch me. Salah faham? Stop with your bullshit" tukas Ayna lagi.

"Arfan you should go" Hasya pantas menyelit. Arfan tampak sangat bengang saat ini. Kata-kata Hasya tidak diendahkan. Dia melangkah setapak lagi mendekati Ayna.

"Ayna can you please listen to me first?" ujar Arfan lembut. Ingin memujuk kembali dan meraih semula hati Ayna. Ayna melangkah kebelakang lagi. Jantungnya berdegup pantas akibat marah dan takut.

Ayna menggeleng. "Ayna.. saya--"

"Tak nak. Aku tak nak dengar!" balas Ayna meninggikan suaranya. Entah kenapa susah sangat dia ingin kawal perasaannya apabila berhadapan dengan lelaki ini. Beberapa orang yang lalu lalang di depan tasik itu sempat menoleh ke arah Ayna.

"You have to listen to me!"

"I don't want to." balas Ayna. Kakinya sudah sampai ke hujung titi. Sekali tersilap langkah, dia akan jatuh. Arfan terus mencengkam erat bahu Ayna.

Ayna tersentak.

"Ayna. Semua yang awak nampak tu salah faham. You know that you mean so much to me." jelas Arfan lagi. Tidak mahu mengalah.

"Arfan sudah lah!" jerit Hasya pula.

"Kau diam!" tengking Arfan. Semua di situ tersentak. Gila. Hasya sudah berpeluh. Dia pantas menoleh ke arah tandas. Lega sedikit hatinya apabila melihat Alief dan yang lain sedang dalam perjalan ke sini.

"Enough Arfan. Lepaskan aku." tukas Ayna meronta-ronta. Arfan masih tidak melepaskan bahunya.

"Woah bro, rilek jap boleh tak" Hariz cuba mendekati Arfan tetapi pantas dihalang oleh Iqa. Lebih baik jangan masuk campur. Walaupun dia juga risau melihat keadaan Ayna saat itu.

Hasya menoleh seketika sebelum mengangkat tangan lalu dia melambai-lambaikan tangannya ke arah Alief. "Alief!" jerit Hasya.

Alief yang sibuk berbual dengan Ameer dan Faris itu terus menoleh. Dia memandang Hasya yang tampak cemas. Kemudian dia memandang pula arah yang ditunjukkan Hasya.

Terus meresap naik darahnya apabila melihat situasi Ayna di hadapan matanya.

"Who the hell is that?" soal Faris.

Alief terus melangkah laju ke arah titi itu. "Woi!" jeritnya lantang. Ayna dan Arfan menoleh. "Alief!" jerit Ayna meminta tolong. Wajahnya seperti hendak menangis.

"Kau lepaskan dia sekarang" ujar Alief lalu menarik kolar baju Arfan kuat dengan wajah serius. Suaranya cuba dikawal. Wajahnya merah padam. Arfan ketawa sinis.

"Seriously Ayna? Lelaki ni ke yang awak jadikan pengganti saya?" ujar Arfan langsung tidak takut dengan pandangan maut Alief.

"Lepaskan aku lah!" Jerit Ayna.

"Saya takkan lepaskan selagi awak tak nak dengar penjelasan saya. Please Ayna. I have so much things to say to you." ujar Arfan. Suaranya kembali lembut.

"Sebelum aku mengamuk, baik kau lepaskan dia" tukas Alief. Cengkamannya semakin kuat. Ameer dan Faris sudah berdiri di sisi Alief seperti biasa. Back up member lah katakan.

"Mengamuk? Pft.. kau nak buat apa dekat aku? Kau nak pukul aku?" Arfan ketawa seketika memandang Alief. Dia ingat Alief tengah buat peresembahan sarkas agaknya.

Ayna yang merasakan pegangan Arfan telah longgar sedikit, terus dia mengambil peluang itu lalu dia menolak Arfan kuat.

Tanpa sedar, di belakangnya sudah tiada apa-apa kecuali air. Alief pantas melepaskan kolar baju Arfan dan ingin menarik lengan Ayna tetapi tidak sempat apabila Ayna terus jatuh ke dalam tasik.

"Ayna!" jerit Hasya dan Iqa serentak.

Ayna terus mengapai-ngapai meminta tolong. Ruang bernafas semakin sempit.

Alief yang baru ingin terjun pantas ditahan Arfan. "Aku nak selamatkan dia." tukas Arfan.

Alief merengus kuat. "Fuck off" dia menolak Arfan lebih kuat sehingga tergolek terus lelaki itu dibuatnya.

Ayna sudah tidak boleh bertahan. Kakinya langsung tidak jumpa penghujung. Nafasnya semakin hilang.

"Tolong..."

Alief terus terjun masuk. Nasib baik dia reti berenang. Terima kasih kepada kakak nurul yang memaksanya mengambil kelas berenang sewaktu dia kecil dahulu.

Tubuh Ayna yang hampir tenggelam itu ditarik pantas ke dalam pelukannya. Ayna terus memaut pada leher Alief. Wajahnya pucat. Alief dipandang.

"Ayna tolong bertahan sekajap" bisik Alief perlahan.

"You saved me again" bisik Ayna pula. Suaranya lemah. Tiada kekuatan. Terasa badannya sangat sangatlah lemah.

"What?" Alief tidak berapa dengar. Tubuh Ayna masih erat di dalam pelukannya. Mata Ayna dipandang. "You are my hero indeed" sambung Ayna lagi lalu terus menutupkan matanya.

Alief pantas membawa Ayna naik ke titi. Hasya, Iqa dan yang lain terus meluru ke arah Ayna. Alief membaringkan tubuh Ayna di atas titi itu.

"Adik semua okay?" penjaga yang baru sampai itu terus bertanya cemas. Mana tak cemas dia apabila dengar yang seorang pelajar telah jatuh ke dalam tasik.

Alief mengangguk. Dia berdiri lalu menoleh ke arah Arfan. Tanpa berfikir panjang, dia terus meluru ke arah Arfan lalu diberi sebijik penumbuk ke wajah lelaki itu.

Arfan terus jatuh terjelupok di atas titi.

Lagi terkejut orang sekeliling yang berkumpul. Ingat ni apa? Drama tv3?

"Kau!" Alief mencengkap kolar baju lelaki itu ingin belasah Arfan tetapi pantas ditahan Ameer. "Better jangan tambah masalah" ujar Ameer menenangkan Alief.

Alief merengus. Tangan Ameer yang menahan dirinya itu ditepis kasar. "Kalau aku nampak lagi muka kau muncul depan aku atau Ayna, memang teruk kau aku kerjakan" Alief memberi amaran lalu terus kembali semula ke arah Ayna

"Padan muka. Balasan!" Faris sempat menendang Arfan yang terduduk dia atas titi itu. Ameer terus menjegilkan matanya pada Faris. Memang nak kena betul Faris ni.

"Call cikgu. Cakap Ayna nak balik dulu"

Alief terus mendukung Ayna.

ayo guyss
korang. thank you so much for the support, trust, comfort and love that you guys gave to me.

sis appreciate that so much. Maseh gais🌸

And satu lagi. Bab ni mungkin akan jadi the last chapter sis update. MAYBE.

today start final exam;-;
so i dunno ada masa nak update ke tak.
kita tengoklah gimane.
i'll try to find some time to update ok!

Wish me luck guys.
Byeeee

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 2.3K 1
You're so special to me and i can't even explain why Mula: [17/02/18] 20 in romance - [5/7/20] Tengku Alyanaa Camille "Dia gangster sekolah yang pali...
408K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
1M 56.6K 21
Permulaan tahun baru di sekolah,Emma Qistina terpisah kelas dengan rakan baiknya dan akan masuk ke kelas baru iaitu 5 Alpha yang dia tidak kenal siap...
3.9M 8.8K 2
MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seor...