Aku Suami Kau Isteri ✅

By anissyaaa

3.8M 84.1K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... More

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK
PROMO EBOOK

Bab 30

69.7K 2.3K 159
By anissyaaa

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Qira hanya mendiamkan diri memandang ke luar tingkap kereta. Dia rasa marah dengan apabila melihat Nurin dengan selamba memegang tangan Danish. Tetapi, dalam pada masa yang sama Qira tidak dapat menafikan bahawa apa yang dilihatnya bukan seperti yang difikirkan. Walaupun hatinya berasa marah dan mungkin sedikit perasaan cemburu, naluri Qira tetap kuat mempercayai Danish sebagai suaminya.

Cemburu? Qira tidak pernah mnjangkakan dia akan cemburu dengan seorang insan yang tak berperasaan seperti Danish Arshad. Mungkin hampir 5 bulan hidup bersama, Qira semakin dapat menerima kehadiran Danish dalam hidupnya.

Sebaik sahaja Danish mematikan enjin kereta, Qira terus berlalu keluar. Entah mengapa, dia ingin menunjukkan rasa untuk protest kepada Danish.

"Wei Mak Nenek,!" Panggil Danish apabila Qira hendak mendaki anak tangga untuk menuju kebiliknya.

"Hmm," balas Qira acuh tak acuh. Dia memusingkan badannya sedikit memandang Danish melalui bahunya.

"Pusing belakang," arah Danish dengan nada perlahan.

Qira menghela nafas lemah. Nak tak nak dia berpaling juga menghadap Danish dengan pandangan tajam sambil berpeluk tubuh.

Sebaik sahaja Danish melihat riak wajah Qira, bibir Danish mengukir senyuman kecil dengan tiba-tiba. Qira mengangkat kening. Hakikatnya dia sedikit terkejut melihat senyuman Danish itu. Senyuman yang kecil itu juga sudah mampu mengundang rasa aneh dalam dirinya..

Perhatian Danish daripada wajahnya tidak beralih sebaliknya Danish hanya menatap wajah Qira  dengan pandangan yang serious.

"Are you jealous?" Soal Danish tiba-tiba membuatkan Qira gemuruh.

"What? Apa yang awak merepek ni? Saya jealous? Memang tidaklah," balas Qira cuba menyembunyikan rasa gugupnya. Dia melemparkan pandangan tajam pada Danish.

"Ye lah tu," Danish menyindir.

"Betullah," tegas Qira lagi. Walaupun dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya itu. Ya Allah apa yang mamat ni dah buat dengan aku, qira bersuara dari hatinya. Sungguh, dia benar-benar buntu dengan perasaannya kini.

Perasaan ini lebih kuat daripada apa yang pernah dirasakannya ketika pertama Kali jatuh cinta dahulu. Adakah dirinya sudah jatuh cinta kepada Danish Arshad? Suaminya sendiri.

Fikiran Qira terhenti apabila Danish membaling sesuatu kepadanya. Mujurlah tangannya pantas menyambut bungkusan beg kertas itu.

"Lain kali, belajar hargai pemberian orang lain. Aku nak kau pakai or simpan barang tu," ujar Danish serious. Qira meneliti barang kemas yang dibeli oleh Danish tadi dengan perasaan yang sukar digambarkan.

"And one more thing, aku perlukan kepercayaan kau. And I'll always trust you because you're my wife," ujar Danish serius.  Dan Qira dapat mengesan ketegasan dalam bicara Danish itu.

Danish terus berlalu meninggalkan Qira termangu-mangu sendirian. Qira faham kepercayaan yang dimaksudkan danish itu. ITU tak lain tak bukan pasti kejadian antara Nurin dan Danish yang berlaku di Mall tadi. Qira merasakan dirinya kembali lega. Ya! Dia percayakan Danish. Pasti ada sesuatu yang terjadi dan semua itu bukan salah Danish.

*3 hari kemudian****

NURIN melangkah ke arah wanita yang sedang menunggunya di salah sebuah meja yang agak jauh daripada orang lain. Wanita itu asyik menghayati sesuatu melalui I phone nya.

"Hai Kak," sapa Nurin sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan wanita tersebut.

Wanita itu terus mengangkat muka dan melemparkan senyuman ke arah Nurin.

"Hai,".

"Maaf, Nurin lambat. Ada kerja sikit dekat office tadi," ujar Nurin.

"It's okay. Akak pun baru saja sampai," balas wanita itu pula masih tak lekang daripada senyuman manisnya.

Usai memesan makanan dan bertanya khabar tentang keluarga masing-masing, Wanita itu mula membuka topik yang ingin dibincangkan.

"So, macam mana misi yang akak bagi pada kau hari tu?" Soal Cassie sambil menikmati hidangan makanan tengah hari yang terhidang dihadapannya.

Nurin menarik nafas lemah seraya mendengus marah.

"Sumpah , Nurin dah tak mahu dah dekati Danish," ujar Nurin. Perasaan cuaknya masih belum hilang apabila mengenang kembali wajah Danish yang serius sewaktu bersuara tentang perkahwinannya.

"Kenapa sampai macam tu sekali?" Soal wanita itu, curiga.

"Dia ugut Nurin," Nurin mula menceritakan segala yang berlaku semasa dia menjalankan misinya untuk menggoda Danish. Dari pertama kali Danish tidak mengendahkan salam perkenalannya sehinggalah ugutan Danish yang serious itu.

"Nurin rasa dia memang tak akan pandang perempuan lain selain isteri dia lah akak. Nurin pun dah fed up nak teruskan rancangan akak ni," sambung Nurin lagi seraya melepaskan keluhan berat.

"Interesting," ujar wanita itu mengukir senyuman lebar.

"Seriously Kak?," soal nurin seakan tidak percaya. Punyalah dia cuak apabila diberi amaran sebegitu boleh dia balas dengan senyuman lebar.

Wanita itu masih lagi mengulum senyuman.

"Akak boleh saya tahu kenapa akak suruh Nurin goda Danish tu?" Soal Nurin tiba-tiba diundang rasa curiga. Sebenarnya dia berasa pelik dengan sikap wanita itu.

"Akak cuma nak test something, tak sangka ini hasilnya. So, I decide I'll believe him with her," jawab wanita itu.

"Believe him?" Soal Nurin kehairanan.   " Wait... Ha'ahlah! Sekarang baru Nurin ingat. Bukankah Kak Qira tu best friend akak?" Usul Nurin dengan wajah yang bersungguh. Ingin saja dia ketuk kepala pada meja. Walaupun dia tidak pernah bersua muka dengan Qira , tetapi dia tahu hubungan mereka sangat akrab. Tapi kenapa?

"Kak Cassie, can I know why??,"

"Cuma satu sebab, akak tak nak tengok kawan akak patah hati lagi sebab lelaki. Akak nak tahu Danish tu orang yang berpendirian tetap ataupun tak , so akak minta tolong dengan kau. Akak tak nak Qira menangis sebab patah hati sekali lagi disebabkan lelaki tambahan lagi si Danish tu suami dia. Daripada cerita kau, akak yakin Danish dapat jaga dia dengan baik," jelas Cassie berterus terang. Dia melakukan semua itu kerana dia pernah lihat Qira menangis setiap malam disebabkan cinta. Hati perempuannya faham dengan apa yang dirasakan oleh sahabatnya ketika itu.

Nurin yang mendengar penjelasan Cassie itu merasa terharu dan kagum. Cukup indah sebuah persahabatan bagi mereka berdua. Inilah persahabatan sejati yang hanya dapat dipisahkan oleh maut. Nurin juga tahu Qira banyak menolong Cassie kerana Cassie sering menceritakan tentang kawan-kawannya kepada Nurin. Akhirnya, Nurin turut mengukir senyuman manis.

**** at D.A holdings ******

QIRA sedang menyiapkan laporan yang perlu dihantar dengan segera ketika seorang perempuan lingkungan 23 tahun datang mengetuk mejanya dengan cara yang agak kurang sopan.

"I nak jumpa bos u," ujar gadis itu tanpa memandang Qira. Gadis yang memakai dress merah itu meneliti kukunya yang digilap cantik menggunakan penggilap berwarna pink.

"Maaf , cik kena buat appointment dulu sebelum jumpa bos," balas Qira sedaya upaya cuba memaniskan wajahnya.

"I nak jumpa bos u sekarang. I ada info menarik tentang isteri dia,"

Kening Qira terjongket mendengar kata-kata gadis itu.

"Tapi Cik...,"

"Ah! Aku tak Kira. Aku nak jumpa bos kau sekarang!". Bentak gadis itu dan terus menerjah masuk ke pejabat Danish. Qira menggeleng kepala seraya mengeluh lemah.

"Lantaklah. Kau jawablah sendiri dengan mamat singa tu nanti," comel Qira dengan perlahan.

Qira menarik nafas dalam. Sebelum menghitung.

1

2

3

Interkomnya terus berbunyi. Dengan perasaan malas Qira menekan butang.

"Yess boss," Qira menyapa mesra.

"Kenapa kau benarkan perempuan ni masuk pejabat aku," marah Danish. Entah apalah yang merasuk lelaki bernama Danish sampai begitu anti dengan perempuan.

Qira mengurut perlahan kepalanya sebelum membalas.

"Sorry boss, saya dah halang tapi dia tetap berkeras,"

Setelah itu, talian terus diputuskan.

**** in Danish's office *****

"KAU nak apa?" Danish menyoal kasar. Bengang apabila kerjanya terganggu secara tiba-tiba.

"Tak nak jemput I duduk?" Soal gadis dihadapannya dengan penuh lembut dan lenggok manja.

Danish menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

"Aku tak ada masa untuk semua ni. Baik kau keluar sekarang sebelum aku panggil pengawal untuk heret kau," ugut Danish. Dia maksudkan segala yang diperkatakannya.

"Rileks, I cuma nak bagitahu pasal isteri u," balas gadis yang dikenali sebagai Fiona itu kepada Danish. Dia mula mengesan perangai baran danish sudah muncul. Dia perlu segera bertindak.

Danish mengerutkan dahinya apabila nama Qira disebut.

"Nah, I nak u tengok ni," Fiona meletakkan sepucuk sampul dihadapan Danish.

Danish membuka sampul yang berisi beberapa keping gambar didalamnya. Sekali lagi dahi Danish berkerut.

"U know Danish, isteri u tu main kayu tiga belakang u. U masih nak percayakan dia walaupun dah tengok gambar tu?" Soal Fiona seakan menyindir. Senyuman sinis terukir di bibirnya itu.

Namun, senyuman Fiona lesap apabila Danish membalasnya dengan senyuman sinis juga. Seolah-olah lelaki itu tahu sesuatu yang dia tidak ketahui.

Butang interkom ditekan. Selang sesaat suara Qira kedengaran.

"Yes boss," Qira menjawab malas. Danish mengetap bibir untuk menyembunyikan senyumannya sebaik mendengar nada suara Qira

"Masuk pejabat aku sekarang," ujar Danish dengan tenang.

Tidak lama selepas ITU, pintu pejabatnya dibuka daripada luar. Seperti biasa, gadis itu pasti tidak akan mengetuk pintu seperti kebiasaannya melainkan ada tetamu penting di pejabatnya.

Qira melangkah masuk ke pejabat Danish dengan perasaan geram. Dia sempat menjeling kepada Fiona yang berada disebelahnya.

"Ada apa?"

"Take a look," Danish menghulurkan dua keping gambar kepada Qira. Dahi qira juga berkerut melihat foto tersebut. Wajah Danish dan Fiona dipandang silih berganti.

"Awak upah orang intip saya ke?" Soal Qira tiba-tiba. Mungkinkah Fiona merupakan penyiasat peribadi Danish. Sejak bila Danish mula berhubungan dengan perempuan? Tapi apabila Qira melihat gaya Fiona. Itu adalah sesuatu yang mustahil.

"Never," jawab Danish ringkas.

"Excuse me, I masih ada dekat sini okay, anyway Danish , kenapa u nak libatkan setiausaha u dalam hal ni. Ini kan hal u dengan isteri u yang main kaki tiga tu," ujar Fiona dengan geram.

"What?!" Suara Qira meninggi.

"Weh , kau ni apa masalah perempuan jangan menyibuk boleh tak?!" Marah Fiona.

"Memanglah saya kena menyibuk sebab awak sebar cerita tak betul pasal saya," balas Qira pula. Dia membalas pandangan tajam Fiona .

"Pasal u. U mean...,"

"Yes, she's my wife," celah Danish.

Fiona menelan air liur. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Danish mempercayainya.

"Oh, jadi u lah isteri Danish yang curang tu?" Sindir Fiona.

"Look, you know nothing. Dua orang lelaki dalam gambar tu ialah Darwish adik Danish dan Farouq budak gym. Saya dah inform pada Danish setiap Kali saya berjumpa diorang. Jadi masalah ke semua tu?" Usul Qira .

Danish sekadar menyandar pada kerusi dengan santai mendengar kata-kata Qira.

Fiona pula seperti kehilangan kata-kata. Melihat Danish yang tenang di hadapannya menambahkan lagi rasa paniknya.

"So, semua dah settlekan?. Kau boleh keluar daripada pejabat aku sekarang. Jangan jejakkan kaki ke syarikat aku lagi,". Tegas Danish kepada Fiona. Matanya tepat menikam wajah Fiona dengan pandangan garang.

Fiona menelan air liur dan terus bergegas keluar daripada pejabat Danish tanpa disuruh buat Kali kedua.

Kali ini Qira pula yang melemparkan pandangan tajam pada Danish.

"Awak memang sengaja kan?" Soal Qira dengan geram. Dia tahu Danish sengaja ingin membuatnya marah.

"What?" Danish sekadar menayangkan riak tak bersalah.

"Malaslah saya layan awak," Qira terus.melangkah keluar.

Sebaik sahaja qira hilang daripada pandangannya. Danish melepaskan tawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Senyumannya mati apabila dia teringatkatkan sesuatu. Sehelai kertas yang diselitkan bersama sampul surat tadi kembali menarik perhatiannya. Wajahnya terus berubah menjadi serious. Kertas itu digenggam dengan perasaan marah.

I'm BACK... You'll be MINE

Danish mengetap gigi. Perasaan marahnya semakin membuak. Perasaan benci dan bengang bercampur. Dia tidak mahu perkara sama berulang. Kejadian yang menyebabkan orang sekelilingnya terluka. Dalam diam, Danish berjanji, dia tak kan sesekali membenarkan 'dia' mendekati Qira.

I phonenya dicapai. Jarinya pantas mendail nombor pengawal peribadinya.

Sebaik sahaja panggilan dijawab. Danish terus bersuara.

"Ya bos?"

"Aku nak jumpa korang berdua esok. Tempat biasa. Pukul 2 petang. Sharp!! Aku ada hal penting nak suruh korang buat," ujar Danish. Wajahnya masih berkerut menahan marah.

Continue Reading

You'll Also Like

6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
10.9M 472K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
534K 97 3
{ This story kinda cringe, redflag, cliche, a lot of typo(s). Read on your own risk! } cerita ni terlalu extremely cringe kerana ini cerita pertama y...