Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 45: Eurynomos

16.7K 996 20
By Nur_Haura

SELURUH kawasan Akademi Seraglio dijejaki tetapi orang yang dicari masih tidak dijumpai. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di belakang akademi malah setiap hari mereka berjumpa di situ untuk berlatih bersama-sama. Tetapi hari ini lain pula yang terjadi. Selama dua jam dia menunggu, orang yang ditunggu tidak muncul-muncul.

“Karyle? Kau ada nampak Wilda?” tanya Eidan. Dia terserempak dengan Heroic Knight Kedua di hadapan perpustakaan.

“Sekejap lagi dia datang. Kenapa kau mahu berjumpa  dengan dia?” tanya Karyle kembali.

“Aku mahu tanya dia tentang Anna.”

“Kenapa dengan Anna?”

“Kami selalu jumpa di belakang akademi setiap hari untuk berlatih sama-sama. Tapi hari ini, dia tidak datang. Sudah dua jam aku tunggu dia tapi langsung tidak nampak bayang. Kau ada nampak dia?”

“Kali terakhir aku nampak masa dia marahkan Zen semalam. Mungkin dia ada hal yang perlu diselesaikan. Kau janganlah risau.”

“Bagaimana aku tidak risau? Jika dia berjanji, pasti akan ditepati. Anna tidak pernah mungkir janji. Kalau dia ada perkara pentingg, pasti dia akan bagitahu aku tidak dapat datang hari ini.”

“Sabar, Eidan,” kata Karyle. Ini kali pertama Eidan risaukan orang lain selain dirinya. Dari segi pemerhatiannya, Eidan nampak betul-betul sayangkan Annabella.

“Ada apa-apa yang berlaku ke?” tanya Wilda yang baru sahaja sampai.

“Awak ada nampak Anna?” tanya Karyle.

“Saya tidak berjumpa dengan Anna lagi pada hari ini tapi semalam dia ada datang ke bilik saya,” balas Wilda.

“Apa yang dia cakap?” tanya Eidan.

“Kata-katanya agak pelik. Anna bagitahu saya dia perlu melakukannya sekarang. Kalau tidak, sesuatu akan terjadi,” ujar Wilda.

Wajah Eidan sedikit berubah apabila mendengar kata-kata Wilda. Dia tidak akan biarkan Annabella menghadapinya seorang diri. Dia sudah berjanji untuk membantu gadis itu dengan nyawanya sendiri.
Eidan kembali ke kediaman Heroic Knight dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia menukar baju yang lebih sesuai untuk mencari Annabella. Pedang Griffin yang berada di atas katil disisipkan di tepi pinggangnya. Kelengkapan lain disumbatkan ke dalam beg dengan tergesa-gesa lalu disangkut ke bahu.

Dia terus menuju ke kandang kuda akademi. Kuda milik Annabella iaitu Ethion masih berada di situ. Kuda itu bukan kuda biasa. Lebih kepada penjaga Annabella. Kepala kuda putih itu diusap. Dia yakin Ethion sangat merindui tuannya.

“Kita pergi cari Anna. Kita cari dia sampai jumpa,” beritahu Eidan.

Ethion pula hanya mendengus sebagai balasan tanda memahami kata-kata Eidan. Ekornya pula bergerak-gerak ke kiri ke kanan. Eidan melompat naik ke atas belakang Ethion.

“Griffin, boleh kau berhubung dengan Pierce?” pinta Eidan melalui minda untuk berhubung dengan Griffin.

“Sekejap...”

Eidan menunggu penuh sabar sambil menunggang Ethion yang laju berlari keluar dari akademi. Dia tidak mempedulikan mata-mata yang memandang.

Maaf Eidan... Aku tidak dapat berhubung dengan Pierce. Dia telah memutuskan hubungan minda kami semua,” beritahu Griffin.

“Boleh kau kesan aura Anna?” tanya Eidan.

Boleh.”

“Di mana Anna berada sekarang?”

Wasteland.”

Eidan mengetap gigi. Dia tahu apa yang Annabella cuba mahu lakukan. Dia tidak boleh biarkan Annabella bersendirian. Perasaannya jadi tidak tentu arah sekarang ini. Dia dapat rasa Annabella berada dalam bahaya. Walaupun dia tahu gadis itu kuat, perasaan risau tidak lekang dari hatinya. Anna... Kau tahu peperangan tidak boleh dielakkan lagi.

Dia perlu melepasi sempadan Bandar Diraja Sylvania untuk ke Wasteland. Kawalan di sempadan sangat ketat sehingga medan teleportasi tidak boleh digunakan dan tidak berkesan. Apa yang dia perlu buat sekarang? Sekarang ini dia sudah melepasi bandar dan sudah dekat dengan sempadan. Dia perlu buat sesuatu. Tapi apa?

Eidan... Aku boleh membantumu.” Griffin mahu menghulurkan bantuan.

“Bagaimana caranya, Griffin?”

Aku boleh bawa kau pada Anna dengan menerbangkan aku.”

“Terima kasih, Griffin.”

“Kau boleh pergi. Jangan risau aku akan bawa pulang Anna dengan selamat,” katanya pada Ethion. Eidan melompat turun dari Ethion. Kepala kuda putih itu diusap
Bagai mengerti kata-kata Eidan, kuda putih itu berlari pergi.

“Griffin the Ancient Beast, bersatu bersamamu, menjagaku yang dipilihmu,” seru Eidan.

Tangannya dilukakan dengan menggunakan pedangnya. Satu titik darah menitis ke tanah lalu muncul satu cahaya. Kemudian, perlahan-lahan hilang dan menampakkan seekor haiwan berkepala helang, sayap dan mempunyai tubuh seekor singa. Haiwan yang bernama Griffin itu terus membongkokkan badannya sedikit untuk memudahkan Eidan melompat naik ke atas badannya.

“Jika kita terlambat…”

“Don’t you worry, Prince of Flame. We will meet The Golden Princess soon,” celah Griffin.

SATU panahan cahaya dilepaskan oleh Annabella apabila melihat musuhnya telah tewas. Letupan berlaku sebaik sahaja anak panah mengenai musuhnya. Cahaya yang mula menyinari suasana kian menghilang menampakkan seseorang masih lagi berdiri teguh. Orang itu memakai serba hitam. Kerudung yang dipakai menyukarkan untuk melihat wajah sebenarnya.

Annabella tergamam melihat keadaan itu. Mustahil orang itu boleh berdiri selepas mengenai anak panah cahaya yang dilepaskannya tadi. Dia lihat sendiri anak panah cahayanya menembusi orang itu.

"Kau memang hebat, wahai keturunan Fryswellendine. Tapi tidak sehebat Ardenaur de la Fryswellendine. Kau tidak akan mampu menandingi aku. Kau tidak akan mampu jadi seperti moyang kau. Sedangkan Ardenaur the Silent Knight hampir mati di tangan aku,” kata lawannya itu.

“Kau hanya hampir membunuhnya tapi kau tidak mampu membunuh moyang aku. Sudah jelas yang kau tidak mampu mengalahkannya,” balas Annabella.

“Aku lepaskan dia disebabkan belas kasihan.”

“A daemon like you only have black heart. There's no mercy in your evil heart, Eurynomos.”

“Kau datang ke sini hanya menggali kubur sendiri.” Ketawa Eurynomos bergema sehingga mengejutkan burung-burung yang sedang berehat di atas pokok.

“Aku mahu kau hentikan peperangan ni!”

“Kau fikir aku akan dengar cakap kau? Tuanku Tralgar akan bangkit tidak lama lagi. Aku perlukan satu kerajaan yang hebat untuk mempersembahkan kepadanya. Jika tidak, seluruh alam semesta akan merasai kekuatannya.”

“Tralgar atau Keres? Tralgar telah lama mati. Hanya jasad Tralgar digunakan untuk menghidupkan Keres. Bukankah menguasai seluruh alam semesta impian Keres? Aku tidak  akan biarkan kegelapan menghantui dunia sekali lagi.”

“Jadi, kau tahulah yang bangkit adalah Keres? Bila Keres bangkit dari tidurnya yang panjang, seluruh alam semesta akan tunduk kepadanya. Hidup dalam kegelapan. Yang memberontak akan menjadi makanan dan yang patuh akan dijadikan hamba...”

“Tak guna!!!”

Annabella menarik pedangnya yang tersisip di pinggang. Dia menyerang Eurynomos dengan gerakan pantas. Tetapi Eurynomos lebih pantas darinya sehingga badannya menerima banyak serangan cahaya hitam dari Eurynomos. Annabella cuba fokus supaya dapat mengelak serangan Eurynomos untuk sekian kali. Untuk kali ini, dia dapat mengelak dari cahaya hitam dengan bertahan menggunakan pedangnya.

Baru sahaja dia bertahan dan mengelak dari terkena cahaya hitam, satu cahaya hitam yang kecil berbentuk sfera menghentam tubuhnya. Walaupun kecil, kesannya sangat dahsyat menyebabkan tubuh Annabella terhumban pada sebatang pokok yang telah mati sehingga menyebabkan pokok itu patah.

Annabella terjatuh meniarap di atas tanah. Seluruh badannya terasa sakit apabila terhentak kuat pada pokok tadi. Dia terbatuk-batuk sehingga memuntahkan sejumlah darah. Pedang yang masih kemas berada di dalam genggamannya digunakan untuk bangkit berdiri. Darah yang mengalir di celah bibirnya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

“Kau mahu menghentikan peperangan? Kau sepatutnya berunding dengan Nemesis bukan aku,” kata Eurynomos. Dia melepaskan lagi satu serangan cahaya hitam.

Annabella sempat memunculkan pelindung cahaya sebelum cahaya hitam itu hampir mengenai tubuhnya. Pakaian yang dipakai sudah bertukar putih dengan jaluran emas. Warna anak matanya juga sudah bertukar emas. Pedang di tangannya bercahaya emas. Tanpa melengahkan masa, dia terus menyerang Eurynomos tanpa ragu-ragu. Kali ini pergerakannya lebih pantas dari tadi.

Serangan demi serangan tanpa henti darinya membuatkan Eurynomos tidak mampu bertahan. Sudah banyak kali dia tercedera akibat serangan bertubi-tubi dari Annabella. Tubuhnya yang tidak mampu disakiti oleh sebarang senjata telah tercedera apabila terkena pedang bercahaya Annabella. Kerudung yang dipakai terlucut dari kepalanya sehingga menampakkan wajah sebenarnya yang hodoh. Sebelah wajahnya nampakkan tengkorak, sebelah lagi terserlah isi wajahnya yang telah hitam dan sudah mahu mereput.

“Kau buat aku marah,” ujar Eurynomos.

Annabella berhenti menyerang. Dia berdiri di atas pokok sambil memerhati Eurynomos yang sudah dikelilingi oleh kabus hitam. Tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga membentuk satu pusaran angin.

“Hydra the Ancient Beast, terjatuh dalam kegelapan! Bangkit menentang cahaya! Tuntut kebebasanmu untuk selama-lamanya!” seru Eurynomos.

“Apa yang kau seru, Eurynomos? Anak ikan?” Annabella tersenyum sinis.

“Apa kau cakap?” Eurynomos terkejut.

“Aku sudah pulihkan Hydra semalam. Kau sepatutnya kurung dia. Bukan membiarkan dia terlepas di Tasik Hitam. Dalam perjalanan ke sini semalam, nasib aku barang kali bertemu Hydra. Dia sekarang bebas dari kegelapan. Bukan lagi di bawah pengaruh kau,” beritahu Annabella.

Angin yang bertiup kencang kembali reda. Kabus yang menyelubungi Eurynomos perlahan-lahan menghilang.

“Patutlah aku tidak merasai kehadiran Hydra. Tidak mengapa... Kau tetap tidak mampu mengalahkan aku,” kata Eurynomos dengan nada angkuh. Sebilah pedang yang diperbuat daripada cahaya hitam muncul di dalam genggamannya.

“Masa untuk serius.”

CAHAYA yang muncul seperti kilat di udara menarik perhatian Eidan. Dia tidak dapat melihat punca kilat tersebut kerana terlalu jauh.

Nampaknya ada pertarungan berlaku,” beritahu Griffin.

“Siapa, Griffin?” tanya Eidan.

Anna dan Eurynomos.”

“Anna? Turunkan aku berdekatan dengan tempat perlawanan mereka,” arah Eidan. Dia risau jika berkaitan dengan Annabella.

Hati-hati... Eurynomos bukan calang-calang musuh yang boleh dikalahkan dengan mudah,” ujar Griffin.
Kemudian, ia menghilangkan diri selepas menurunkan Eidan di darat.

Eidan melompat naik ke atas pokok yang telah kering daunnya dengan berpaut pada dahan yang rendah. Dia dapat berdiri di atas dahan pokok yang paling atas. Sesekali dia nampak cahaya berwarna emas dan hitam. Dia perlu fikirkan sesuatu untuk menolong Annabella. Dia tidak boleh berdiam diri membiarkan Annabella bertarung seorang diri.

Eidan menghasilkan satu busur daripada petir. Teknik yang sudah banyak kali dia berlatih dengan Annabella. Sudah tiba masa dia mempraktikkannya di pertarungan. Tali busur yang diperbuat oleh petir ditarik bersama anak panah yang diperbuat daripada api dan petir. Apabila melihat peluang yang ada, dia melepaskan anak panah tersebut ke arah Eurynomos.

Dalam masa yang sama, Annabella dan Eurynomos tidak berhenti menyerang antara satu sama lain. Masing-masing tidak mengaku kalah. Cubaan Eurynomos yang mahu menyerang Annabella dari belakang tidak berhasil apabila muncul pelindung cahaya membuatkan dirinya tercedera.

“Kau mampu bertahan lebih lama daripada apa yang aku sangka,” ujar Eurynomos.

“Kenapa? Kau terkejut?” balas Annabella.

Belum sempat Eurynomos membalas kata-kata Annabella, satu anak panah menusuk tepat pada dadanya. Annabella agak terkejut melihat serangan tiba-tiba tersebut. Matanya liar mencari orang yang bertanggungjawab memanah Eurynomos. Dia berharap sangat yang melepaskan anak panah itu bukan Eidan.

Eurynomos mencabut anak panah yang menembusi dadanya. Lubang yang terhasil di dadanya akibat tusukan anak panah itu perlahan-lahan pulih. Badannya tidak akan tercedera biarpun beribu anak panah menusuk badannya kerana jantungnya sudah lama berhenti berdegup. Dia dapat hidup disebabkan kuasa Nemesis yang menyerunya.

“Apa yang kau buat di sini, Eidan?” tanya Annabella melalui telepati apabila ternampak Eidan.

“Aku takkan biarkan kau hadapinya seorang diri. Aku dah berjanji mahu lindungi kau, Anna,” balas Eidan.

“Tapi kau membahaya diri kau bila kau dekat dengan aku. Pergi dari sini, Eidan!”

“Aku tidak akan berganjak dari sini! Kita pulang bersama-sama!”

Eurynomos ternampak seorang lelaki. Jadi, lelaki itulah yang berani membunuh menyerangnya. Nampaknya lelaki itu sangat bermakna padanya. Menarik... Dia terus bergerak menuju ke arah Eidan tetapi dihalang oleh Annabella.

“Lawan kau adalah aku!” jerit Annabella. Dia menyerang Eurynomos yang mahu mendekati Eidan. Dia tidak akan membiarkan Eurynomos mengapa-apakan Eidan.

“Perasaan kasih sayang buat kau lemah! Lagi seronok kalau lelaki itu mati di hadapan mata kau.”

“Eyes on me! Not him!”

“He’s too attractive.”

Satu bebola cahaya hitam kecil dilemparkan ke arah Annabella tetapi dapat dielak dengan mudah. Apabila bebola cahaya hitam jatuh ke tanah, satu letupan kedengaran sehingga menghancurkan beberapa pokok di sekelilingnya. Di samping itu, menghasilkan gegaran yang dahsyat. Semakin lama semakin banyak serangan bebola cahaya hitam. Annabella berusaha melindungi dirinya dengan menggunakan pelindung cahaya. Eurynomos mengambil kesempatan tersebut menyerang Eidan. Satu bebola kecil cahaya hitam dilemparkan ke arah Eidan.

“Eidan!!!” jerit Annabella.

Satu letupan yang paling kuat sebelum ini kedengaran. Akibat daripada letupan itu, Eidan terbaring di atas tanah dalam keadaan lemah. Walaupun dia dapat mengelak serangan Eurynomos, badannya penuh dengan luka kesan daripada letupan itu. Eidan mengerang kesakitan. Kepalanya pula sudah berdarah.

“Itulah padahnya bila cuba berlawan dengan aku.” Eurynomos bersuara angkuh.

“Tak guna!!!” jerit Annabella.

Annabella semakin agresif menyerang Eurynomos sehingga tidak mampu mengawal emosinya. Oleh disebabkan itu, Annabella mula hilang fokus.

Kesempatan itu diambil oleh Eurynomos untuk menyerang balas dengan cahaya hitam yang dibentuk seperti jari. Kemudian, jari hitam membelit kaki Annabella. Jari yang dibuat daripada cahaya hitam menghumban badan Annabella ke tanah dengan kuat beberapa kali sehingga menumbangkan semua pokok yang berada di situ. Seluruh badannya terasa sakit. Pandangannya mulai kabur. Eidan...

Eurynomos ketawa berdekah-dekah apabila melihat Annabella tidak bergerak lagi. Dia mendekati Eidan yang masih mengerang kesakitan. Jari cahaya hitam itu membelit tubuh Eidan membuatkan badannya terangkat. Kakinya tidak menyentuh tanah.

“Erghhh...” Eidan mengerang kesakitan.

“Bila kau mati, dia tidak akan maafkan dirinya. Kemudian, perlahan-lahan kegelapan menguasai hatinya dan akan menjadi salah seorang suruhan Keres.” Sebilah pedang hasil daripada cahaya hitam muncul di tangannya.

Zupp!

“Anna?” Mata Eidan terbuka luas apabila melihat Annabella yang membelakanginya. Dia dapat lihat pedang hitam Eurynomos menembusi perut gadis itu.

Gadis berambut emas itu menoleh ke belakang sambil melemparkan senyuman yang tidak bermaya. Kesakitan yang tidak terperi menjalar di tubuhnya. Darahnya memercik mengotori baju yang dipakai.

“Light of Justice with The Power of Dragon Force! Destroy the evil who prevent peaceful of the World! Destroy the daemon into ashes and he never rise again!” seru gadis itu.

Sarung tangan yang tersarung di tangan kanan ditanggalkan oleh Annabella. Tangan kanannya bercahaya. Muncul satu bebola cahaya yang berwarna emas dan dicampur dengan warna-warni terus masuk ke dalam badan Eurynomos. Tubuhnya mengeluarkan cahaya lalu terbelah sehingga menjadi abu yang berterbangan di udara.

Pedang hitam yang menusuk ke dalam perutnya hilang menyebabkan Annabella jatuh terjelepok di atas tanah. Jari yang membelit Eidan juga hilang. Dia terus mendapatkan Annabella dengan memangku kepala gadis itu. Luka dari tusukan Eurynomos dibalut dengan menggunakan kain yang dia koyakkan dari hujung baju.

“Anna...” tutur Eidan perlahan.

Continue Reading

You'll Also Like

37K 5.8K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
27.1K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
908K 66.2K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
560K 43.6K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...