Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 42: Luahan hati

16.7K 1K 66
By Nur_Haura

TANGAN kecil Zen mengeluarkan cahaya. Anak matanya bertukar ke biru. Cahaya yang timbul meresap ke dalam tubuh Eidan yang sedang tenat. Warna biru keunguan perlahan-lahan hilang tapi tidak semuanya. Cahaya yang menerangi pula hilang apabila anak matanya bertukar hijau kembali.

“Macam mana, Zen?” tanya Pengetua Erald. Dia sangat risau tentang keadaan Eidan.

“Abang Eidan tidak apa-apa. Nasib baik Kak Anna hentikan pengaliran racun dalam badan Abang Eidan tapi racun masih ada dalam badan Abang Eidan,” beritahu Zen.

“Kenapa tidak keluarkan kesemuanya?” tanya Hariel.

“Kalau Zen keluarkan semuanya nanti fungsi tubuh Abang Eidan akan terhenti. Zen akan keluarkan racun itu peringkat demi peringkat setiap setengah jam. Lepas tu, Abang Eidan akan sihat seperti biasa,” terang Zen.

“Wah! Kamu memang hebatlah, Zen! Siapa yang ajar kamu, hah?” kata Freya . Dia mengusutkan rambut merah Zen.

“Draco, Drake dan Draky yang ajar! Zen tahu banyak benda tentang perubatan” Zen sengih.

“Kamu bukan saja boleh jadi pahlawan yang hebat tapi boleh jadi Healer yang hebat,” puji Karyle.

Zen hanya sengih malu-malu apabila dipuji. Tidak menyangka pengetahuan dia selama ini dapat membantu pada saat gentir begini. Dalam masa yang sama, dia sangat risau tentang keadaan Annabella. Dia sudah menganggap Annabella seperti kakaknya sendiri.

“Auww!!!”

“Auww!!!”

“Auww!!!”

Bunyi salakan serigala tiga kali berturut-turut membingitkan telinga sehingga memaksa mereka menutup telinga.

“Bunyi apa tu?” rungut Serena.

“Itu adalah Cerberus,” bagitahu Prof. Lordes.

“Cerberus? Bukan ke Cerberus tenggelam dalam kegelapan? Macam mana boleh ada di sini?” soal Hariel kehairanan.

“Kemungkinan Arae yang menyerunya,” ujar Prof. Lordes.

“Kalau Eidan ada di sini, bermakna Anna keseorangan. Eh? Kita perlu menolong Anna!” simpul Freya.

“Jom! Jom! Lagipun, bosan berada sini,” kata Haziel dengan bersemangat.

“Kenapa semua orang kisahkan Anna? Dia bukan sesiapa pun! Hebat sangatkah dia ?” rengus Clara. Dia bosan mendengar semua orang bercakap tentang Annabella dari tadi. Dia meninggalkan House of Healing.

“Apa kena dengan dia tu?” tanya Hariel.

“Apa-apa jelah! Jom kita ke colosseum,” kata Haziel.

“Nanti dulu kamu berdua... Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Cerberus bukan tandingan kamu semua. Kamu boleh bertahan tapi tiada jaminan yang kamu boleh hidup. Cerberus merupakan Ancient Beast yang telah dirasuk oleh Demonic Spirit, ia akan menyerang kamu tanpa belas kasihan. Kita serahkan sahaja kepada Anna,” terang Pengetua Erald.

“Lagipun, hanya Anna sahaja yang boleh mengembalikan Cerberus kepada asal,” ujar Prof. Lordes pula.

“Kenapa?”

“Anna satu-satunya pengguna kuasa cahaya.”

“Hah?” jerit semua orang kecuali  Karyle, Frielan dan Zen yang sudah mengetahuinya.

“Mana ada pengguna kuasa cahaya, Prof! Prof tipu kami ye?” ujar Haziel.

“Sebenarnya... Pengguna kuasa cahaya sudah wujud seribu tahun dahulu. Salah seorangnya Fryswellendine dan Wallenstein. Selepas penaklukan Tralgar, semua pengguna kuasa cahaya diarahkan dibunuh kerana Tralgar mendapat tahu ada ramalan yang mengatakan seorang pengguna kuasa cahaya akan menghalang penguasaannya. Tiada lagi pengguna kuasa cahaya yang tinggal selepas itu. Tapi, Tralgar tetap risau kerana ramalan itu tidak berubah biarpun semua pengguna kuasa cahaya dibunuh,” beritahu Prof.Lordes.

“Ramalan itu tidak berubah sehinggalah ke hari ini disebabkan ada lagi pengguna kuasa cahaya yang masih hidup iaitu keturunan Fryswellendine dan Wallenstein,” sambung Pengetua Erald.

“Ini bermakna hanya Zen, Anna dan Lord Andrew yang mempunyai kuasa cahaya?” tanya Karyle.

“Ya... Tetapi hanya pengguna cahaya yang tulen sahaja yang mampu menghapuskan Tralgar,” balas Prof.Lordes.

“Maksud, Prof?” tanya Freya yang agak keliru.

“Andrew memiliki empat kuasa iaitu petir, api, tanah dan cahaya. Manakala Zen memiliki lima kuasa iaitu air, angin, tanah, semangat dan cahaya. Lima kuasa inilah yang membuatkan dirinya seorang Healer yang hebat seperti Wallenstein,” jelas Prof.Lordes.

“Anna pula” tanya Haziel.

“Hanya cahaya. Pengguna kuasa cahaya tulen sahaja yang mampu memulihkan Ancient Beast yang dirasuk oleh Demonic Spirit,” sampuk Frielan yang dari tadi mendiamkan diri. Sejak dari tadi, dia catat satu-persatu apa yang dibincangkan.

“Jadi, siapa yang tolong Anna sekarang ini?” tanya Serena.

“Kamu tidak perlu risau. Abangnya ada menolong Anna,” balas Pengetua Erald.

Tidak lama kemudian, muncul Andrew melalui medan magik teleportasi. Dia mendekati Heroic Knight.

“Bagaimana keadaan di luar sana, Andrew?” tanya Pengetua Erald.

“Semuanya telah selesai. Anna telah mengalahkan Arae manakala Cerberus pula telah kembali seperti dulu,” beritahu Andrew.

“Mana Kak Anna?” tanya Zen. Dia nampak risau tentang keadaan Annabella.

“Jangan risau, Zen. Kak Anna sedang berehat di istana Eatherland. Dia tidak apa-apa. Dia cuma letih sebab seharian berlawan. Bagaimana dengan keadaan Eidan?” Andrew senyum. Rambut merah Zen diusap.

“Eidan mula stabil. Zen sudah keluarkan separuh daripada racun dalam badan Eidan. Saya rasa kamu juga perlu berehat. Baru sahaja selesaikan misi, terpaksa datang ke sini pula,” ujar Pengetua Erald.

“Bukan hal besar pun. Kalau begitu, saya pergi dulu,” ujar Andrew. Dia mula menghilang dengan menggunakan medan teleportasi.

“Kamu semua boleh berehat,” beritahu Pengetua Erald.

“Zen perlu berada di sini untuk menolong Abang Eidan.” Zen bersuara.

“Biar saya temankan Zen berada di sini,” kata Karyle yang menawarkan diri untuk menemani Zen.

Wilda memerhati Heroic Knight, Pengetua Erald dan Prof. Lordes dari jauh. Setelah mereka berlalu pergi, dia mendekati Karyle dan Zen yang sedang menemani Eidan yang belum menyedarkan diri. Lukanya telah pulih sepenuhnya jadi dia dibenarkan berehat di dorm. Tetapi dia tidak boleh duduk diam selagi tidak mengetahui perkara sebenar tentang Annabella.

“Ehem...” Dia berdehem kecil.
Karyle menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi orang berdehem. Dia menguntumkan senyuman apabila melihat Wilda sedang berdiri tidak jauh darinya.

“Saya mahu tahu tentang Anna,” ujar Wilda tanpa berselindung.

“Rasanya Zen tahu segala-galanya, kan?” kata Karyle.

“Yup! Zen tahu semua tentang Kak Anna termasuk...” Kata-kata Zen mati di situ. Dia sudah janji tidak boleh bocorkan ‘rahsia’ Annabella yang itu. Kalau orang tahu ‘rahsia’ itu, habislah dia nanti.

“Termasuk apa, Zen?” tanya Karyle.

“Tak ada apa,” dalih Zen sambil sengih.

KEPALANYA direbahkan di atas riba Puteri Alyana. Rambutnya yang panjang mengurai dibiarkan terlepas mencecah tanah dan dibelai oleh bondanya. Matanya dipejamkan rapat untuk merasai kasih sayang seorang ibu yang sudah lama dia dambakan sejak kecil lagi.

“Kenapa ni?” tanya Puteri Alyana.

“Tidak ada apa-apalah, bonda,” dalih Annabella.

“Betul ke? Bonda rasa anakanda sedang fikirkan sesuatu. Bagitahulah bonda. Mana tahu bonda boleh menolong anakanda.” Puteri Alyana dapat merasai anakandanya sedang fikirkan sesuatu.

“Bonda dan ayah dulu pernah bergaduh sebelum berkahwin?” tanya Annabella dengan tiba-tiba.

“Selalu juga. Kalau bukan bonda yang cari gaduh, ayah yang cari gaduh dulu. Kami berdua seperti musuh. Bila berjumpa, gaduh saja...” Puteri Alyana ketawa kecil. Rambut emas anaknya dibelai lembut.

“Kalau bonda dan ayah selalu bergaduh, macam mana bonda dan ayah kahwin?” tanya Annabella ingin tahu.

“Ayah yang lamar bonda dulu. Bonda sangat terkejut pada masa itu tapi bonda terima sebab cinta. Dalam bergaduh, terbit rasa prihatin. Ambil berat antara satu sama lain. Sehari tidak bergaduh, hati terasa kosong. Resah tidak dapat berjumpa dan bergaduh. Masa itulah, cinta datang mengisi ruang hati. Rindu bertamu dalam diri.”

“Bonda, apa maksud bila orang lain risaukan kita?”

“Ia bermaksud orang itu sangat sayangkan kita. Dia takut kehilangan kita. Kenapa? Anna ada risaukan sesiapa ke? Atau ada orang risaukan Anna?” teka bondanya.

“Tak ada, bonda,” nafi Annabella.

“Ada sesuatu yang berlaku? Bagitahulah bonda,” pujuk Puteri Alyana. Dia dapat merasai beban yang anakandanya tanggung.

“Akademi diserang oleh Arae.” Annabella bangun.

“Arae yang menyerang Anna pada dua tahun lepas?” kata Puteri Alyana.

“Ya.” Annabella mengangguk kecil.

“Anakanda tidak apa-apa, kan?” tanya Puteri Alyana yang risau.

“Ya... Tapi bonda... Eidan yang menolong Anna telah tercedera. Sebab Anna, dia hampir mati,” beritahu Anna. Dia menundukkan wajah kerana tidak mahu bonda melihat dia sedih.

“Bagaimana keadaan Eidan sekarang?” tanya Puteri Alyana prihatin.

“Anna tidak tahu, bonda. Dirinya tercedera disebabkan Anna. Apa yang perlu Anna lakukan bonda? Anna punca nyawa dia terancam,” kata Annabella. Suaranya tenggelam timbul. Dadanya terasa ketat.

Puteri Alyana menarik tubuh anaknya ke dalam pelukannya. Dia dapat rasa yang Annabella sangat risaukan keadaan Eidan sekarang ini. Dia juga dapat rasa yang anaknya sedih atas apa yang terjadi pada Eidan. Belakang badan anaknya diusap.

“Bonda... Macam mana kalau dia telah...” kata-kata Annabella terhenti di situ.

Puteri Alyana mengusap belakang badan anaknya dengan penuh kasih sayang untuk menenangkan diri anakandanya. Esakan halus memecah suasana sunyi di taman diraja itu.

“Janganlah fikir begitu... Bonda yakin Eidan tidak apa-apa. Zen ada menolongnya,” ujar Puteri Alyana.
Dia memaut bahu anakandanya untuk menenangkan hati puteri bongsu di dalam hatinya itu.

“Anna takut..." tutur Annabella.

“Anna takut sebab apa?” tanya Puteri Alyana. Dia merenung wajah Annabella yang basah dengan air mata.

Soalan bondanya tidak dapat dibalas. Annabella hanya menundukkan kepala. Dia  teringatkan kembali kata-kata Eidan sebelum dia menghantar Eidan ke House of Healing.

“Aku gembira apabila melihat kau tidak apa-apa,” kata Eidan tersenyum lemah.

Tapi Dia tidak gembira melihat lelaki itu dalam keadaan begitu. Hatinya rasa sakit. Sepatutnya dia yang berada di situasi Eidan sekarang ini. Kalaulah dia menghalang Eidan dari menolongnya, semua ini tidak akan terjadi. Maafkan aku. Maafkan aku, Eidan.

“Semuanya, bonda.”

“Usah fikirkan tentangnya. Kecapi apa yang ada sekarang ini. Apa yang berlaku selepas itu, ketepikan dulu. Apa yang penting adalah kebahagian sekarang,” ujar Puteri Alyana. Dia menyeka air mata anakandanya.

“Tapi bonda... Hanya derita yang Anna tinggalkan untuk dia. Anna tidak mahu tambahkan derita yang ada. Anna mahu pergi jauh dari dia supaya dia tidak terseksa lagi disebabkan Anna.”

“Kenapa mahu menolak takdir yang sudah ditentukan? Walaupun anakanda pergi jauh dari dia sekalipun, dia tetap tunggu Anna. Pemergian Anna buat dia lagi terseksa. Anakanda tidak mahu kehilangan dia, kan?”

Annabella diam.

“Jadi, berterus-teranglah.”

“Betul cakap bonda... Bagitahu sajalah apa yang susah sangat?” sampuk Andrew dengan tiba-tiba.

“Sejak bila abang ada kat sini?” tanya Annabella. Dia risau abangnya dengar perbualan mereka tadi.

“Hmmm.... Sejak bila ye? Tidak sangka adik abang yang satu ni manja. Nampak saja kuat tapi hati warna merah jambu penuh bunga.” Andrew angkat kening.

“Bonda! Tengok abang ni...” adu Annabella.

“Bonda sudah lama tengok abang. Tepilah! Abang pun mahu bermanja dengan bonda jugak,” kata Andrew. Dia menolak badan adiknya.

“Tak malu! Sudah tua mahu bermanja lagi!” ejek Annabella.

“Dengkilah tu...” kata Andrew. Dia duduk di sebelah kiri Puteri Alyana manakala Annabella duduk di sebelah kanan.

“Sekelumit pun tidak,” balas Annabella.

“Sudah-sudah la bergaduh. Masing-masing sudah besar, kan?” Puteri Alyana meleraikan pergaduhan anak-anaknya dalam masa yang sama dia terhibur dengan gelagat kedua-dua anaknya. Kalaulah suaminya masih ada, pasti hidup mereka akan lebih bahagia.

“Bonda... Kalau bonda mahu tahu, sebenarnya abang sukakan Erena!” Annabella memecahkan rahsia abangnya.

“Anna!” Muka Andrew sudah merah apabila adiknya membocorkan rahsianya. Tidak boleh simpan langsung rahsia budak ni.

“Betul ke?” Puteri Alyana melihat wajah anak sulungnya yang sudah merah.

“Mana adalah! Anna saja bergurau,” nafi Andrew.

“Anna tidak bergurau bonda. Abang sendiri yang bagitahu Anna. Minggu lepas sebelum abang pergi selesaikan misi. Abang bagitahu Anna yang Abang sukakan Erena. Mengaku sajalah…” Tiba giliran Annabella mengenakan Andrew pula.

Andrew mengetap gigi geram. Dia menyesal bagitahu Annabella tentang perasaanya terhadap Erena. Tidak boleh harap langsung budak ni. Selepas ini siap dia... Aku ketuk kepala dia sepuas-puasnya.

"Betul ke, anakanda?”

"Betul, bonda...” akui Andrew. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Annabella tadi memang sudah tidak boleh diundur lagi.

“Baguslah...” kata Puteri Alyana.

“Apa yang bagus, bonda?” tanya Andrew. Dia mengerutkan dahi tidak faham.

“Baru-baru ini Tuanku Mytlehel ada berbincang dengan bonda mahu satukan kamu dengan Erena. Kalau kamu dan Erena setuju, bolehlah dipercepatkan perkahwinan kamu berdua,” beritahu Puteri Alyana gembira.

Andrew agak terkejut mendengar kata-kata bondanya. Pucuk dicita ulam mendatang ke atau orang mengantuk disorongkan bantal? Alah! Tidak kisahlah mana-mana pun asalkan dia dapat restu dari keluarga. Bagaimana dengan Erena? Mereka berkawan sejak belajar di akademi lagi.

“Tuanku Mytlehel sudah tanya pada Erena tentang perkara ini. Erena setuju,” ujar Puteri Alyana.

Andrew agak terkejut mendengar berita yang amat mengejutkan baginya. Biar betul? Tapi kenapa Erena tidak beritahunya?

“Tidak perlu berpura-pura terkejut. Nampak buruk,” kutuk Annabella selamba.

Andrew terus mencapai rambut adiknya yang panjang lalu ditarik. Annabella menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik bagai mahu tercabut dari kulit kepala.

“Kamu berdua adik-beradik perlu berbaik antara satu sama lain.” Sekali lagi Puteri Alyana meleraikan pergaduhan anak-anaknya.

“Abang yang mula dulu bukan Anna.” Annabella membela diri tetapi Andrew buat muka tidak tahu.

“Jadi, anakanda setuju dengan rancangan Tuanku Mytlehel?” tanya Puteri Alyana.

Andrew angguk sambil tayang giginya yang putih. Sudah lama dia menaruh perasaan terhadap Erena sejak berada di akademi lagi. Tapi dia tidak dapat meluahkan perasaannya kerana takut Erena menolak perasaannya. Selain itu, dia juga takut akan merosakkan hubungan persahabatan mereka.

“Bonda, bila majlis perkahwinan akan berlangsung?” tanya Annabella.

“Masih lagi dalam perbincangan. Kalau boleh, bonda mahu dipercepatkan.”

“Selamat pengantin baru! Jangan lupa lantik Anna jadi pengapit abang nanti,” usik Anna.

“Diamlah, budak!” marah Andrew tetapi dalam hati sudah berbunga-bunga dan tidak sabar menanti hari bahagia.

“Anna pergi dulu. Nanti Anna datang lagi.” Kata Annabella sambil memeluk erat Puteri Alyana. Dia hanya melakukan bump fist sahaja dengan Andrew.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
147K 1.8K 20
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...