Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya

16.3K 1K 74
By Nur_Haura

BUNYI letupan tidak putus-putus kedengaran akibat dari serangan cahaya hitam oleh Arae. Disebabkan serangan itu, separuh daripada colosseum hampir musnah. Batu-bata yang runtuh berada di mana-mana. Arae ketawa apabila melihat Annabella dan Eidan tidak dapat menyelamatkan diri dalam runtuhan tersebut. Puas hatinya dapat membunuh keturunan Fryswellendine dan Ralynne.

"Akhirnya, mampus juga kau!" jerit Arae puas hati.

"Bodoh! Kau fikir mereka sesenang itu mahu mati?" Satu suara bergema dalam mindanya.

"Kau cakaplah apa yang kau mahu cakap. Apa yang penting keturunan Fryswellendine dah mati bersama keturunan Ralynne."

"Kau fikir dia boleh mati dengan senang? Kau boleh kalahkan pewaris naga itu? Kau memang bodoh! Dia sudah kumpulkan kesemua Celestial Daggers."

Belum sempat Arae memproses kata-kata suara yang menerjah minda, tubuhnya sudah terpelanting jatuh ke atas tanah akibat serangan mengejut daripada Annabella. Dia memuntahkan sejumlah darah yang agak banyak kerana serangan itu merupakan serangan cahaya berwarna putih. Dia tidak boleh terkena cahaya putih itu. Jika dia terkena serangan tersebut, tubuhnya akan melecur dengan teruk. Untuk memulihkan kembali badannya, dia memerlukan kegelapan malam.

"Giliran aku pula untuk ketawa."
Suara Annabella memecah kesunyian. Dia melangkah keluar dari asap yang tebal. Tiada kesan calar atau luka pada badannya kerana dia menggunakan cahaya untuk menyelamatkan dirinya dan Eidan. Tangan kanannya yang bercahaya mula menghilang.

"Tidak sangka kau boleh terpedaya dengan helah aku yang bodoh, bodoh," ujar Annabella.

Arae yang sedang menahan kesakitan terkejut melihat Annabella dalam keadaan tidak apa-apa. Bagaimana boleh jadi begini? Dia sendiri melihat Annabella dan Eidan dihempap batu-bata yang runtuh.

"Kau lupa sesuatu, Arae. Aku bukan sahaja keturunan Fryswellendine dan Dalylla malah darah Neliant juga mengalir dalam tubuh aku."

Tiga darah keturunan Heroic Knight yang pertama? Bukan ke dalam ramalan aku yang akan menghapuskan Keres ialah Lvanians yang mempunyai empat darah keturunan Heroic Knight yang pertama. Kalau bukan dia, siapa?

"Bukan aku yang ditakdirkan untuk menghapuskan Keres."

"Kau yang menghalang penguasaan Keres." Arae bersuara tidak percaya.

"Aku yang menjadi penghalang tapi bukan aku yang hapuskan Keres."

Arae bangun berdiri. Badannya dibetulkan. Rasa sakit dibiarkan. Dia perlu bunuh Annabella kerana Annabella akan membunuhnya kelak. Arae memunculkan cemetinya kembali.

"Aku akan bunuh kau hari ini juga!" kata Annabella.

"Oh, ya? Kita tengok siapa yang mati dulu." Arae tersenyum sinis.

Cemeti dilibas ke arah Annabella tetapi dapat dielak mudah oleh Annabella. Serangan bertubi-tubi dilakukan manakala Annabella tetap bertahan. Dia cuba mengelak daripada terkena racun yang ada pada cemeti kerana racun tersebut oleh meragut nyawa sesiapa sahaja.
Annabella cuba bertahan dengan pedangnya yang bercahaya dari tadi.

Eidan pula tidah betah melihat Annabella diserang dengan bertubi-tubi. Dia bertindak menyerang Arae menggunakan bebola api yang bercampur dengan petir. Saat Arae leka, masa itulah dia menyerang Arae menyebabkan perempuan berambut hitam itu tercedera. Darah yang mengalir di celah bibir Arae dikesat dengan belakang tapak tangan. Dia merenung tajam ke arah Eidan yang cuba menganggunya berlawan dengan Annabella.

"Kau mahu mati bersama dia?" tanya Arae sinis.

"Aku tidak akan biarkan kau cederakan dia," balas Eidan serius.

"Kau boleh mati bersama-sama dia," kata Arae. Sejurus itu, dia melibas cemeti ke arah Eidan tetapi dapat dielak oleh Eidan. Dia menyerang Eidan tanpa henti.

"Lawan kau adalah aku!" jerit Annabella dari belakang.

Annabella terus berlari menyerang Arae dari belakang. Dia menghunuskan pedangnya ke arah kepala Arae untuk memancung perempuan tersebut. Tetapi dia tersilap langkah, Arae menyerangnya menggunakan cahaya hitam. Akibat daripada serangan itu, Annabella terhumban agak jauh di atas tanah. Perutnya terasa senak kerana terkena cahaya hitam itu. Belum sempat Annabella bangun berdiri, satu lagi serangan dari Arae menyebabkan badannya tercedera. Kepalanya terhantuk pada batu dari sisa runtuhan colosseum menyebabkan kepalanya berdarah.

"Anna!!!" jerit Eidan. Dia melihat Annabella terbaring lemah.

"Hahaha..." Arae ketawa besar apabila melihat Annabella lemah tidak bermaya.

"Tak guna!!!"

Eidan menyerang Arae tanpa henti menyebabkan dia keletihan kerana terlalu menggunakan banyak tenaga. Serangan yang dilakukan olehnya tidak berkesan pada Arae. Pergerakan Arae juga semakin laju apabila dia dapat rasa yang badannya tercedera tanpa dia sedari. Satu libasan terkena pada badannya sehingga dia terpelanting jauh.

Eidan mengerang kesakitan apabila terasa sesuatu yang menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Semakin lama semakin menyakitkan sehingga dia tidak mampu berdiri dek kesakitan yang tidak tertanggung. Perlahan-lahan sebelah tangannya bertukar menjadi biru keunguan dan warna itu semakin merebak.

Arae mendekati Eidan yang sedang mengerang kesakitan. Dia ketawa halus. Seronok melihat Eidan terseksa. Penderitaan, penyeksaan dan kesakitan adalah keseronokan baginya. Cemeti di tangannya hilang dan muncul pedang.

"Selamat tinggal. Sebentar lagi aku akan hantar Annabella kepada kau. Hahaha..."

Belum sempat Arae menikam dada Eidan dengan pedang, dia sudah terpelanting jauh. Dia mengerang kesakitan kerana terkena serangan kuat daripada Annabella. Satu lagi serangan dilakukan oleh Annabella menyebabkan Arae mengalami cedera parah. Tali cemeti yang diperbuat daripada cahaya putih dilibas pada badan Arae sehingga badan perempuan syaitan itu calar-balar sehingga mengalirkan darah yang banyak.

"Aku lawan kau. Kenapa kau serang dia?" kata Annabella dengan nada berbisik.

Satu lagi libasan cemeti dilibas pada badan Arae menyebabkan kecederaan yang sedia ada semakin teruk. Darah daripada luka itu keluar membuak-buak. Pandangan mata Annabella juga tiada belas kasihan. Auranya berwarna putih bercampur hitam muncul menyelubungi badannya. Fikirannya tidak mampu dikawal. Hanya perkataan bunuh sahaja bermain di fikirannya.

Bunuh! Hapus! Musnah!

Cemeti cahaya hilang di tangan Annabella. Dia menarik pedang yang tersisip di pinggangnya. Pedang itu bersinar-sinar. Muncul lagi satu pedang di tangan kirinya.

Langkahnya diatur ke arah Arae yang sedang mengerang kesakitan. Pedang di kedua-dua tangannya ditikam pada badan Arae secara rawak. Dia sengaja tidak menikam jantung perempuan syaitan itu kerana mahu menyeksa Arae. Matanya mula bertukar-tukar warna. Sekali merah, sekali biru.

"Anna bangun..." Pierce bersuara dalam minda Annabella. Dia tidak mahu pewarisnya itu terjerumus dalam kegelapan. Sedari lagi dia dapat rasakan yang Annabella sudah bangkitkan Killer Instinct tahap ketiga.

"Anna... Buka mata hati kau. Kuasa cahaya yang kau miliki adalah untuk bebaskan mereka yang sengsara dan menderita."

Pedang yang dipegang Annabella tiba-tiba sahaja terjatuh di atas tanah. Kepalanya tiba-tiba sakit. Bunyi yang nyaring berdesing di tepi telinga memaksa Annabella menekup telinga dengan tangan. Sakit kepala yang mencucuk-cucuk membuatkan Annabella jatuh melutut sambil menekup telinganya.

"Arghh!!!" jerit Annabella yang berada dalam kesakitan.

"Anna... Cahaya itu merupakan satu sinar kebahagian. Ia memberi harapan pada mereka bahawa esok ada bahagia."

"Arghh!!!"

"Sekali kau melihat kegelapan, cahaya yang menerangi hati kau akan menghilang perlahan-lahan. Buka mata hati kau. Hati kau akan bebas dari kegelapan."

"Arghh!!!"

Jeritan kesakitan Annabella bergema di setiap ruang. Eidan hanya mampu melihat kerana dirinya tercedera arah. Tangannya dikepal kerana tidak dapat menolong gadis itu. Anna...

Perlahan-lahan kabus hitam mula keluar dari badan Annabella lalu lenyap serta-merta. Tiba-tiba sahaja badan Annabella bercahaya sehingga menyilaukan mata. Badan Annabella yang bercahaya terangkat di udara. Pakaiannya yang berwarna hitam perlahan-lahan berubah menjadi warna putih. Garisannya pula berwarna emas. Rambutnya semakin bersinar dan terikat kemas. Apabila dia membuka mata, terserlah iris matanya yang berwarna emas.
"Terima kasih, Pierce," ucap Annabella melalui mindanya.

"No biggie," balas Pierce.

Annabella tidak mempedulikan Arae. Dia melangkah mendekati Eidan yang semakin tenat. Dia duduk melutut. Tangannya mula bercahaya berwarna emas. Wajah Eidan yang berkerut menahan kesakitan direnung. Maafkan aku...

"Eidan, aku akan hantar kau ke House of Healing," kata Annabella.

"Badan aku sudah tidak sakit," balas Eidan.

"Aku hanya mengurangkan kesakitan dan memperlahankan racun itu dari terus merebak. Hanya Zen yang mampu menyembuhkan kau."

"Aku tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi," ujar Eidan dengan lemah.

"Kau tidak perlu risau. Apa yang penting keadaan kau sekarang ini. Aku... Aku sudah lama maafkan kau dan yang lain-lain."

"Setiap saat aku risau tentang kau... Tidak pernah berkurang sejak tiga tahun yang lepas."

"Aku akan hantar kau ke House of Healing," ujar Annabella. Dia memunculkan medan teleportasi di sekeliling Eidan. Tangan Eidan mahu menyentuh wajahnya tetapi tidak sempat kerana medan teleportasi terlebih dahulu aktif dan Eidan hilang dari pandangan mata. Namun, dia terdengar bisikan Eidan.

Annabella bangun mahu berhadapan dengan Arae yang sudah perlahan-lahan memulihkan kecederaannya kerana waktu telah menjelang petang.

"Lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku betul-betul bunuh kau," ujar Annabella.

"Kau tidak akan mampu membunuh aku." Senyuman sinis terukir di wajahnya. Dia bangun berdiri.

"Cerberus the Ancient Beast, kau tersungkur dalam kegelapan! Bangkit bersama dendam terhadap cahaya! Tuntut kebebasanmu untuk selama-lamanya!" seru Arae.

Angin mula bertiup kencang. Timbul satu lohong hitam di dada langit. Satu medan magik berwarna hitam muncul di tanah. Medan magik itu bercahaya hitam. Perlahan-lahan muncul satu makhluk berkepala tiga yang sebesar bangunan 40 tingkat.

"Auww!!!" salak Cerberus. Tanda seperti permata pada dahi Cerberus hilang menandakan Ancient Beast tersebut telah ditelan oleh kegelapan.

"Serang dia, Cerberus."

Makhluk berkepala tiga itu berlari menyerang Annabella tetapi gadis itu masih tetap teguh berdiri di tempatnya. Tidak sedikit pun dia gentar menghadapi serigala yang berkepala tiga itu. Come... Attack me, Cerberus.

Belum sempat Cerberus mengapa-apakan Annabella, seseorang terlebih dahulu menyerang Cerberus menyebabkan makhluk itu terundur ke belakang. Annabella pula mengetap gigi geram kerana kedatangan pengacau yang tidak diundang.

"Hye, lil' sis! Wow, you look stunning!" puji Andrew apabila melihat perubahan Annabella.

"Thanks for the sweet compliment. You ruin my plan."

Andrew garu belakang lehernya apabila menyedari yang dia telah menghalang rancangan adiknya itu. Dia ingatkan Annabella betul-betul dalam bahaya rupa-rupanya itu hanya rancangan. Salah masa pula mahu membuat pembukaan yang bergaya.

"Bukankah abang ada misi?"

"Sudah selesai... Abang terus balik serta-merta apabila dapat berita daripada Pengetua Erald yang akademi diserang oleh Area. Sebaik sahaja sampai, ternampak Anna hampir serang oleh Cerberus. Tidak tahu pula Anna ada rancangan lain."

"Lain kali... Tanya dulu."

"Macam mana mahu tanya?"

"Apa gunanya telepati?"

"Betul jugak, kan? Jadi, kamu boleh selesaikannya sendiri. Selamat maju jaya!" Andrew melangkah pergi.

Annabella pula tercengang sendiri. Dia fikir Andrew datang ke sini mahu menolongnya? Tapi sangkaanya tersasar! Saat ini, dia sangat memerlukan bantuan untuk melaksanakan rancangannya. Jadi, terpaksalah dia guna cara ugutan untuk buat Andrew menolongnya.

"Anna bagitahu bonda yang abang biarkan Anna dalam bahaya!"

Buk!

Andrew terjatuh kerana tersadung batu mengundang sengihan lebar di wajah Annabella. Ini disebabkan ugutan Annabella yang membuatkan dia terjatuh. Dia bangun berdiri. Debu yang melekat pada baju disapu.

"Yelah, yelah... Abang mahu berehat pun tidak boleh. Jadi, apa rancangan kamu?"

"Rancangannya senang. Abang alihkan perhatian Cerberus manakala saya kalahkan Arae." Annabella senyum.

"Bunyi seperti tak adil," keluh Andrew. Dia terpaksa berlawan dengan makhluk yang berpuluh kali ganda besar darinya.

Annabella mula menyerang Arae. Kali ini pergerakannya semakin laju sehingga tidak dapat ditangkap dengan pandangan mata. Tali cemeti cahaya dilibas pada Arae tanpa henti membuatkan luka yang hampir sembuh kembali berdarah dan semakin parah. Serangan balas oleh Arae dapat ditangkis dengan mudah. Libasan demi libasan terkena pada badan Arae membuatkan dia semakin lemah dan tidak bermaya. Luka dari calar mengeluarkan darah yang banyak. Annabella berhenti menyerang.

"Menyerah kalah."

"Aku tidak akan menyerah kalah pada kau!"

Cemeti cahaya yang berwarna emas hilang. Muncul busur yang diperbuat daripada cahaya berwarna emas. Tali busur ditarik.

"Light of Justice, lend me your light to punish the evil. Lend me your Arrow of Light to defeat Arae the Daemon Curses. Bring the light through her heart. Send her into the deepest of hell and she never rise again."
Tiba-tiba sahaja muncul anak panah yang diperbuat daripada cahaya yang berwarna-warni. Annabella melepaskan tali busur. Anak panah cahaya itu tepat mengena pada jantung Arae menyebabkan Arae menjerit dengan nyaring kerana cahaya memasuki badannya. Perlahan-lahan badan Arae mengeluarkan cahaya. Dalam sekelip mata, Arae hilang daripada pandangan mata. Annabella melepaskan keluhan lega apabila dapat mengalahkan Arae.

"A little help here, Anna!" jerit Andrew yang sedang menahan Cerberus daripada menyerangnya dengan pedang. Bukan satu tapi tiga!
Annabella tepuk dahinya. Dia hampir terlupa tentang Andrew yang sedang berlawan dengan Cerberus. Dia hanya memikirkan sesuatu sehingga hampir terlupa tentang abangnya yang sedang bertungkus-lumus berlawan Cerberus.

"Selamat maju jaya!" Annabella berpura-pura mahu meninggalkan colosseum.

"Anna!!!" jerit Andrew.

Annabella ketawa kerana dapat mengenakan Andrew. Setelah tiga tahun, baru hari ini dia dapat ketawa.

"Anna! Apa lagi tu? Tolonglah!"

"Sekejap!"

Satu medan magik besar muncul. Simbol Cerberus muncul di tengah-tengah medan magik. Annabella melukakan jarinya dengan pedang yang tersisip di pinggangnya. Satu titik darah jatuh pada medan magik itu. Medan magik itu tersebut mula bercahaya.

"Buat Cerberus masuk ke dalam medan magik yang Anna buat!"

"Amboi! Sedapnya mengarah! Buat sendiri!"

"Dengan adik sendiri pun berkira!"

"Nyawa lagi penting tahu?"

"Yelah, yelah..."

Annabella menyimpan pedangnya kembali. Cemeti cahaya berwarna emas dimunculkan. Dia terus melibas cemeti itu ke arah Cerberus yang mahu menyerang Andrew. Cerberus menderam marah apabila dirinya diganggu oleh Annabella. Serigala berkepala tiga itu mengalihkan perhatian kepada Annabella. Sekali lagi Annabella melibas cemeti cahaya itu ke arah Cerberus. Makhluk itu terus berlari mahu menerkam Annabella. Mari... Mari dekat lagi.

Apabila melihat Cerberus mendekati medan magik yang dibuat tadi, Annabella sudah bersiap sedia melaksanakan rancangannya. Dua kaki hadapan Cerberus masuk ke dalam medan magik. Tanpa melengahkan masa, Annabella terus memunculkan rantai gergasi cahaya berwarna emas dari dalam tanah. Rantai gergasi itu terus membelit badan Cerberus dan menarik ke tengah-tengah medan magik.

"Auww!!!" salak ketiga-tiga kepala serigala.

Annabella menguatkan lagi belitan rantai cahaya pada badan Cerberus untuk mengelakkan makhluk itu terlepas. Semakin lama semakin lemah salakan Cerberus kerana dikurung dalam medan magik. Setelah itu, Annabella mendekati Cerberus. Tapak tangan kanannya diletakkan di atas kepala Cerberus yang berada di tengah-tengah medan magik.

"Tolong kami..." Bunyi suara yang sangat lemah berbisik di telinga Annabella.

"Aku akan menolong kau. Tapi kau perlu tahan rasa sakit."

"Kami tidak kisah asalkan dapat keluar dari penyeksaan ini."

"Baiklah..."

Perlahan-lahan tapak tangan Annabella mengeluarkan cahaya keemasan yang semakin lama semakin terang menyelubunyi tempat itu. Salakan Cerberus yang kuat bergema di setiap ruang kerana kesakitan yang melampau. Tidak lama kemudian, cahaya itu semakin pudar. Badan Cerberus semakin mengecil. Tanda permata yang hilang kembali timbul dan bercahaya seperti dulu.

"Terima kasih wahai keturunan Fryswellendine kerana membebaskan aku dari kegelapan," ucap Cerberus yang sudah pulih.

"Sudah menjadi tanggungjawabku."

"Serulah aku bila kau memerlukan pertolongan." Perlahan-lahan Cerberus hilang dari pandangan mata bersama medan magik.

"Sudah selesai?" Andrew bersuara.

"Dah!"

"Sepatutnya abang yang perlu menanggung semua ini bukan Anna."

"Ianya telah ditakdirkan untuk Anna," balas Annabella yang sudah bertukar pakaian. Dia hanya memakai baju lengan pendek berserta jaket, seluar panjang dan but. Iris matanya sudah bertukar warna biru semula.

"Kenapa abang rasa kamu sudah berubah?"

"Memang sudah berubah. Tiada lagi dendam di hati."

"Baguslah kalau begitu."

Tanpa disedari oleh mereka, seseorang yang memakai kerudung hitam dan jubah hitam memerhati dari atas tembok akademi. Wajahnya langsung tidak kelihatan. Dia sudah lama berada di situ memerhati sejak awal lagi.

"Nampaknya pengguna kuasa cahaya sudah bangkit sepenuhnya." Setelah itu, dia menghilangkan diri.

Continue Reading

You'll Also Like

294K 16.1K 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Acker...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.4K 2.1K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
19.5K 1.9K 54
Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat dirinya. Disebabkan dendam dan benci, keb...
1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...