THE ALCHEMIST (EDITING)

Autorstwa Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... Więcej

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 51: Bahaya

1.2K 100 15
Autorstwa Alexna_Syufa

Di Istana Vine,

"V..Vine?!"

Di luar sedar,nama itu yang pertama sekali terucap di bibir Syah.Matanya membuntang.Sukar untuk dia mengambarkan perasaannya ketika ini.

Gembira? Sedih? Kecewa? Semuanya bercampur-baur.

Di luar sedar,Zamry terlepas dari gendongannya.

Syawal terkejut. Tubuh Zamry pantas disambut.Nafas lega ditarik.Mujurlah dia sempat menghalang dari tubuh Zamry terhempas di atas lantai.

Kini dia juga turut membuang pandang ke arah Vine,seperti mereka yang lain.

Kejanggalan.Satu perasaan yang aneh dapat dirasai oleh semua ahli kumpulan Syah.Mereka yang lain terpingga-pingga,tak faham.Persoalan demi persoalan bermain di minda.Mereka di landa kebingungan.Pedang masih lagi tetap dihunus ke hadapan.

Tunggu sekejap! Ada soalan yang ingin diutarakan.Siapa gadis Vampire yang berada di hadapan mereka ini? Dan...siapa sebenarnya gadis yang dipeluk oleh Zinnt tu?

"Syah? Kau kenal dia?!"

Soalan cepumas terkeluar jua dari mulut Fellex.Mata Elf itu juga turut membuntang.Mana taknya,betina tulah yang gigit dia tempoh hari! Gila kau?!

Syah hanya terdiam,langsung tidak menjawab soalan Fellex.Pandangannya masih lagi dihalakan ke hadapan.Sebarang suara tidak mampu keluar dari bibirnya.Wajah Vine ditatap sedalam mungkin.Ya.Tak salah lagi...gadis itu sememangnya Vine!

Air mata Syah berlinangan untuk kesekian kalinya.Hatinya perit melihat gadis yang dicintainya telah bertukar sebegini rupa.Menakutkan.Menyeramkan.

Jiwa Syah benar-benar terseksa.

"Vine... Itu awakkan?" Soal Syah,perlahan.Air matanya mulai menitis satu per satu.

Di saat namanya di sebut Syah,Vine sekali lagi tersentak.Dia terkaku berdiri bersama mulut yang ditekup.Air mata darahnya mulai jatuh menitis.

Sumpah! Dia...benar-benar tak betah namanya dipanggil oleh insan yang dicintainya ini.Namun dia juga rindu.Rindu untuk mendengar namanya disebut Syah.

Tetapi...apakah lelaki itu akan mengerti bahawa dia bukannya Vine yang dulu? Tak! Lelaki itu takkan mengerti!

"S..ss..syah..."

Terketar-ketar Vine menyebut nama lelaki itu.Air matanya semakin lebat membasahi pipi.

"Syah..Ya.Ini saya,Vine... Tapi..saya bukan lagi Vine yang dulu.Sekarang ni,saya dah adalah seekor Vampire.. Saya bukan lagi manusia.." Ucapnya lagi,teresak-esak.Air mata darah semakin lama semakin membanjiri pipinya.

"Vine.. Kenapa awak boleh jadi macam ni? Kenapa Vine? Kenapa?" Soal Syah,penuh hiba.Air matanya kian mengalir deras.

Vine terdiam bersama linangan air mata.Dia menekup kedua-dua belah telinga,seekan-ekan tidak mahu mendengar.Dia tak sanggup nak beritahu Syah,siapa yang telah menjadikan dirinya sebegini!

"Vine! Tolong jawab soalan saya! Siapa yang buat awak begini? Kifft?! Kenapa selama ni awak tak cari saya?! Mu...mungkin saya boleh sembuhkan awak!" Desak Syah lagi,menginginkan jawapan.

Vine masih lagi menekup telinganya.Perlahan-lahan dia melorot jatuh diatas lantai.Kepalanya digeleng-gelengkan berulang kali,tanda tidak mahu didesak sebegitu.

"Syah... Saya dah tak boleh di sembuhkan lagi! Tolong jangan tanya saya lagi.. Pergi! Tolong...tinggalkan saya sendirian!" Raung Vine,sekuat hatinya.

Wajah ditunduk memandang lantai.Dia memejamkan matanya serapat mungkin.Air mata tetap jatuh menitis.Gaun hitam dicengkam kasar.Kali ini,tiada lagi kepura-puraan dalam setiap bicaranya.

"Vine.."

Dada yang sebak dicengkam.Hati Syah perit melihat Vine sedemikian rupa.Sakit.Bagaikan dirasuk,perlahan-lahan dia menapak ke hadapan.

Ingin sekali dia melihat wajah gadis itu dengan lebih dekat.Ingin sekali dia membelai gadis itu.Ingin sekali dia memeluk gadis itu.Oleh kerana kerasukan,iman mulai diabaikan.

"Syah! Jangan! Dia tu jahat! Dia yang buatkan Zinnt dan Fellex mati hari tu!"

Iryan lebih pantas menghalang.Lengan Syah dipeluk sekuat mungkin.Dia tak akan benarkan..

...Syah terluka lagi!!

Syah meronta kasar.Pegangan itu serta-merta terlepas.Iryan sudah jatuh terduduk manakala Syah tetap lagi meneruskan langkahnya.

Iryan terkedu diperlakukan sebegitu.Air matanya juga turut mengalir.Sampainya hati.Syah...dah tak sayangkan dia lagi ke? (Hahaha! Ni soalan bodoh😂)

"Syah! Jangan dekati dia!" Jerit Iryan sekuat hatinya.

Dia tak mahu! Dia tak mahu tengok Syah diapa-apakan oleh 'Syaitan' tu!

Jeritan Iryan diabaikan Syah.Langkah tetap diatur.Jarak antara dirinya dan Vine sudah semakin dekat.

Di saat Syah tiba dihadapan gadis itu,dia terus sahaja duduk melutut.Tangan gadis itu pantas dicapai lalu diramas lembut.

Vine tersentak di saat tangannya terasa disentuh seseorang.Perlahan-lahan dia mengangkat wajah.Anak matanya dan anak mata Syah bertembung menjadi satu.

Syah hanya menghadiahkan senyuman tipis.Air mata Vine dikesat lembut menggunakan hujung jari.

"Vine.. Memandangkan awak sudah tak boleh disembuhkan lagi,...tolong. Saya nak minta tolong sesuatu boleh?" Soalnya,perlahan.

Vine terdiam.Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Ya.. Boleh.Tapi,..tolong apa?" Soalnya pula,tidak mengerti apa maksud 'tolong' yang Syah ucapkan.

Syah masih lagi tersenyum nipis.Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya di tepi telinga Vine.

"Tolong...gigit saya." Bisiknya,perlahan.Matanya dipejamkan serapat mungkin.

Ada air mata yang mengalir. Ya.Inilah kuputusan muktamadnya.Demi cinta,dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.

Vine agak terpingga-pingga.Dia benar-benar rasa tak percaya.

"Tapi...nanti awak pun akan jadi sama seperti saya!" Ucapnya,seekan-ekan mengingatkan.

Syah tersenyum lagi.Dia menjauhkan kembali wajahnya.Anak mata Vine ditatap sedalam mungkin.

"Ya.Itulah yang saya mahukan." Balasnya,tanpa ragu-ragu.

"Tapi..."

Belum sempat Vine menghabiskan kata-katanya,Syah lebih cepat memintas.

"Tak ada tapi-tapi.Awak dah janji tadi kan? Sila tunaikan janji awak."

Serentak dengan itu,Syah pantas mengambil tangan Vine lalu dia menghalakan jari gadis itu tepat-tepat di lehernya.

Vine pula masih lagi terpingga-pingga, tak faham.Ahli kumpulan Syah juga begitu.Tertanya-tanya.Apa yang Alchemist itu mahu lakukan?

Iryan pula sudah mendapat firasat yang tak baik.Mesti Syah nak buat kerja gila ni!

"Cepat...gigit saya."

Perlahan-lahan,Syah melukakan lehernya sendiri menggunakan kuku panjang Vine itu.Darah biru yang bercampur merah,mulai berlumba-lumba keluar dari lukanya.

Vine terkedu.Melihatkan darah Syah,nafsu Vampire miliknya mulai bangkit.Darah Alchemist.Gigi taring perlahan-lahan terkeluar dengan sendirinya.Dia hilang kawalan.

Tubuh Syah ditarik lagi agar mendekati dirinya.Tak boleh tahan! Dia....benar-benar ingin mengigit lelaki ini..

Syah hanya tersenyum.Dia kemudiannya menutup matanya.Biar. .Biarlah gadis ini mengigit dirinya agar...mereka dapat bersama.

"Syah! Jangan!"

Iryan mengelabah bagai nak mati.Kesemua ahli kumpulan Syah dipandangnya sepintas lalu.Mereka semua hanya membeku di tempat masing-masing,langsung tidak membantu.

"Fellex! Tolong lakukan sesuatu! Tolong selamatkan Syah dari perempuan tu!!!" Jerit Iryan,sekuat hatinya.

"Hah?!"

Jeritan Iryan menyentakkan mereka semua secara serentak.

"Alamak! Kenapa kita termenung je dari tadi ni?! Tuan Syah dalam bahaya!"

Kini barulah mereka semua tergesa-gesa.Kalut.Menggelabah.Semua jadi tak kena.

Namun..

...di saat baru saja mereka mengangkat senjata,..

....kelihatan Syah,sudahpun terkulai layu diatas lantai..

Matanya tertutup rapat...

Berlumuran darah...

Dan kini dia berada di dalam dakapan Vine...

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajahnya,memandang ke arah mereka yang sudahpun kaku seperti batu.

"A...apa yang aku dah buat?" Soal Vine,sesal.Dia tak sedar apa yang dia telah lakukan sebentar tadi.Naluri Vampire miliknya telah menghasutnya ketika itu.

Kini,..

...jantung Fellex sudah terasa dicabut pergi ketika ini.Terkedu.Air matanya jatuh menitis. Jika Syah mati...ini bermakna,dia sudah melanggar amanat yang Queen Zyll telah berikan!

"Kau.... Betul-betul nak MATI!!!"

Pedang diangkat setinggi-tingginya.Dengan larian pantas,dia meluru laju ke arah Vine.Rasa marah membakar jiwanya.

Betina ini,sememangnya tak boleh di maafkan!!!






to be continued..

____________________________________

Author's Note:

Aik? Kenapa Author rasa part ni dah mula tak best? Hmm..Sorry guys.Hari ni sakit kepala sikit.Mak pulak tak habis2 suruh Author buat macam2 hari ni😩.

Please jangan bosan dengan citer The Alchemist ni.. 😰


Czytaj Dalej

To Też Polubisz

147K 837 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
129K 1.4K 16
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
298K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
10.6K 36 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg