ROYALIZE

By laurengates01

18.8K 1.1K 38

DANIEL ROYALIZE menyayangi satu-satunya keluarga yang tinggal, Damia. Kasih yang teramat melebihi nyawa sendi... More

1. Royalize
2. Dunia Magik
3. Tongkat sihir, Catten
4. Cornerludge
5. Kapal Memoir Feather
6. Teman Baru
7. Pemilihan
8. Profesor
9. Uji
10. Istimewa
11. Semangat
12. Damia Tunggu Justin
13. Aku takkan lupa...
14.Biar saya uruskan...
15. Jiwa yang kacau
16. Sisi gelap
17. Darkline, Goldsilv
18. Teka teki
19. Hari pertama pesta
20. Jawapan dan kesimpulan
21. Upacara Sumpah Setia
22. Tahun Dua
23. Vampire
24. Kembali ke Featherave
25. Pelan Parti
26. Pewarisan
27. Berdua
28. Serangan
29. Marviel Menunggu
30. Declan Noblesse
31. Janji
32. Kelas Posyen
33. Santai
34. Satu terpisah dua
35. Justin lagi
37. Penulenan
38. Memori Kembali
39. Yang satu lagi
40. Declan
41. Kesan
42. Hachimaru
43. Dia
44. Yang Sulung
45. Dela
46. Kelahiran semula
47. Kembali
48. Rintihan
49. Kehilangan
50. Berkongsi
51. Terhakis
52. Roshane dan Kuasanya
53. Ekstrak
54. Tuan
55. Berjumpa
56. Bertemu lagi
57. Sentuhan
58. Posyen Perencat
59.Manipulasi
60. Evander
61. Pasak
62. BOOM
63. Ya Hana

36. Tahun Tiga

237 15 2
By laurengates01

Okka terbaring di karpet rumput di tepi tasik utama Featherave. Tempat riadah di Featherave yang paling digemarinya. Walaupun agak jauh, namun ketenangan yang diperolehi membuatkannya berbaloi. Kebanyakan pelajar yang singgah di situ bertujuan untuk beristirehat dengan tenang.

"Okka?"

Okka membuka matanya. Wajah Damia dihadapannya. Dia melihat sekeliling. Tidak ada bayangan Justin. Dia tersenyum mesra. "Selamat petang, Mia"

Damia membalas senyumannya dan mengambil tempat untuk duduk di sampingnya.

Okka mencuri pandang ke arah Damia. Aneh kerana gadis itu tiba-tiba mendekatinya dengan inisiatif sendiri. Kalau dulu dia tidaklah hairan, tetapi semua berubah tiba-tiba pada awal persekolahan tahun tersebut. Dia tidak pasti atas kehendak siapa, Daniel atau Justin, yang pasti kedua-duanya tidak menyenanginya.

"Okka tak bawa coklat brevelf, kalau itu yang mia nak sekarang" Ujar Okka.

Damia menjeling. Dia menyeringa. "Mia nampak kebulur sangat ke?"

Ketawa kecil Okka dibuatnya. Fikirannya melayang ke rumah setiap kali dia melayan gelagat Damia. Entah kenapa... Okka menghelah nafas berat.

"Okka tak suka mia ke?"

Okka mengangkat keningnya. "Saya tak suka mia" Serius nada Okka mengutarakannya .

Wajah Damia berubah serta merta. Terkejut. Okka ketawa kecil tangannya menyentuh pipi gebu milik Damia. Dia mendekat dahinya dengan dahi Damia. "Mustahil saya tak suka akan Mia. Mia dah macam adik saya sendiri..."

"Yes!" Mia menunjuk reaksi gembira. "Kalau macam tu, Mia nak coklat brevelf sekarang boleh?"

Okka menjeling sebelum ketawa kecil. "Muka saya ni memang dah kena cop dengan coklat brevelf agaknya."

"Tak adalah, mana ada, Okka dah sama dengan coklat brevelf dalam hidup Mia," usik mengusik Okka.

Okka bangun, dia menepuk debu-debu pada pakaiannya. Damia memandangnya, dia membalas kembali. Damia mengangkat kening jelas kehairanan. Dia mengerut dahinya. "Bangunlah, cakap nak coklat brevelf. Coklat brevelf kat asrama, kalau tak balik, mana nak dapat coklat."

Damia tersengih memanjang. "Inilah personaliti Okka yang paling Mia suka. Sangat pemurah orangnya."

"Iyalah, cik adik. Kalau ada lagi coklat lebih, saya beri kat Mia."

Damia bersorak girang.

+_=

Okka turun dari asramanya, menuju ke ruang rehat utama Violetta. Seperti yang dijangka, Damia tidak lagi berseorangan, Justin sudah berada di sisi dengan aura gelapnya. Agak lucu apabila di benci seperti itu sekali.

Dia masih melangkah menghampiri Mia, coklat brevelf harus diserahkan, lagipun dia bukan pengemar manisan.

"Lama tunggu?"

"Demi coklat, Mia sanggup tunggu" ujar Damia dengan sengihnya. Justin menjelingnya tajam.

Okka menyerahkan beg yang berisi coklat kepada Damia namun tangan Justin opantas mengambilnya. Damia merampas kembali dari Justin.

"Ini Mia punya, Just jangan nak curi" tegur Damia geram.

Okka tersenyum, "Kongsilah, ada banyak tu. Tapi makan sorok-sorok sikit, takut pula pemberinya tahu saya bagi dekat Damia"
Damia mengangkat tanda 'okay', kemudian berlakon mengzip mulutnya. "Ini rahsia kita. Rahsia Just juga," Damia menjeling ke arah Justin yang mendiam diri.

"Jom pergi makan malam"

Okka ketawa. Aduh, lelaki itu sentiasa menunjukkan kebencian kepadanya terang-terangan. "Mia dengan Just pergi makan malam, jangan makan coklat pula. Saya naik atas dulu,"

"O, baiklah. Terima kasih ya untuk coklat"

Baru sahaja tangannya mahu memegang rambut Damia, Justin menepisnya. Suka pula dia melihat reaksi Justin. "Kasih diterima"

-Tahun Tiga-

Daniel menampar wajah lelaki yang duduk terikat dihadapannya dengan kuat. Sudah sekian lama dia menangkap pengintipnya. Walaupun dia menyeksa atau menggunakan apa cara pun lelaki itu tidak memberi maklumat yang berguna. Semuanya kata-kata yang merapu.

Daniel kembali duduk dikerusinya di balik bayang. Sakit hatinya.

"Siapa nama kau?" soal Marvin.

"Terri bukan sesiapa," gumam lelaki itu.

Jejari Daniel mula mencengkam alas tangan kerusi diduduknya. Soalan yang sering ditanya dan masih mendapat jawapan yang sama. Dia tahu lelaki itu bukan Terri tetapi Mikael yang bekerja sendiri di dunia bawah tanah. Temannya sudah melakukan kajian latar belakang lelaki itu.

"Siapa yang kau intip?"

"Penghisap darah yang hina, anjing hitam yang mencuci najisnya."

Pintu dihempas dengan kuat. Marvin dan Marviel mengeluh. Lelaki yang berusia di awal 40an itu memandang kosong. Sekalipun Daniel mendera lelaki itu. Lelaki itu menggigil sambil mengomel kata-kata yang tak difahami.

+_=

Marvin menutup pintu bilik bawah tanah dengan perlahan. Daniel bersandar dikerusi kerja dengan kemarahannya. Wajah jelas tegang. Semenjak tamat pengajian, Daniel menghabiskan masa dengan mencari musuh keluarganya.

Dia semakin terdesak apabila ada yang mengintipnya. Adakah itu bermakna musuh yang dicari menjumpainya terlebih dahulu? Kalau benar, adakah ini kewujudan Damia turut diketahui? Adakah puterinya terancam?

Marvin menyentuh bahu Daniel, dia mengurut bagi mengurangkan ketegangnya.

"Kejap lagi Viel bawa makan malam,"

Daniel mengeluh sebelum mengangguk tanda dia mendengar. Nasib baik dia dan kembarnya berada di samping Daniel. Lelaki itu kadang terlalu alpa dengan keberadaan dirinya sendiri. Terlalu obses dengan adiknya, langsung tidak berubah dari kecil sehingga sekarang.

Marvin merenung jauh bersama Daniel sementara menanti kehadiran Marviel. Mmm... apa yang boleh dia lakukan untuk sahabatnya itu? Bukan mudah menyakinkan Daniel bahawa mereka dapat melindungi diri mereka sendiri dalam membantunya, bahkan mereka sudah menipu keluarga dengan memberitahu mereka keluar mengembara. Pasti ada sesuatu yang mampu di bantu.

"Bagaimana dengan diari Fergany?"

"50 peratus baru ditafsir" jawab Marvin. "Tiada maklumat yang penting, selain operasi biasa, masih belum menyebut perihal Roshane" kerja pentafsirannya agak mengambil masa kerana keadaan buku yang sudah usang dan menggunakan struktur bahasa lama.

Daniel mengangguk. Roshane, antara keluarga Darkline yang aktif memburu keluarganya. Namun, Goldsilv sebagai keluarga terkuat takkan mudah dibunuh, Moreal goldsilv berjaya memburu Roshane sampai ke penjuru. Mungkin dia patut membawa keluar jornal Moreal dari Featherave, mana tahu ada maklumat yang dia terlepas pandang.

"Dan..."

Daniel memandang Marvin. Marvin kelihatan teragak-agak. Sesuatu yang bermain di fikiran sahabatnya itu.

"Bukan darah kau boleh buat seseorang menjadi hamba kau?" soal Marvin masih tidak percaya dia menyuarakan perkara tersebut. "Apa kata kau beri dia minum sedikit je darah kau?"

Daniel termangu, ada benarnya kata Marvin. Daniel bangun menuju ke arah rak bukunya, dia menarik beberapa buah buku. Sebahagiannya dilempar kepada Marvin.

"Mikael, pemburu pesendirian. Semua imej dan popularitinya dalam kalangan dunia gelap atas usahanya sendiri. Kita perlu pindahkan dia ke bilik gelap dalam laut Dunia mermaid."

Kuasa sihir makhluk selain mermaid berkurang effektifnya apabila berada di dalam air.

"Kita perlu kurangkan risiko dia terlepas, tingkatkan semua sistem keselamatan di sana terlebih dahulu."

Marvin tersenyum apabila Daniel kembali bersemangat. Sahabatnya memang tidak sesuai berduka mahupun gelisah, kerana itu membuatkan Daniel bukan Daniel.

"Jangan tersengih aje, buka buku tu, tengok sihir keselamatan yang sesuai. Beritahu Sconne, aku nak sihir pelemah lagi"

"Kirim angin je ke?"

Daniel menjeling. "Angin ape, kau dengan Marviel kan dah jadi pengurus kewangan aku sekarang. Sampai aku sendiri nak beli barang pun kena tapis dengan korang dulu." Daniel mencebik. "Macam duit aku bukan duit aku."

-writer's note-

assignment berlambak...huihui...sobsobsob

Continue Reading

You'll Also Like

123K 826 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
137K 1.6K 18
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
856K 61.2K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...