Your Choices [KTH]

By jineehyun_

89.2K 8K 577

▷ YOUR CHOICE "Kau pilih lah mana yang terbaik untuk kau. Sama ada aku atau diorang berdua. Ingat cakap aku... More

I n t r o
1 | E n c o u n t e r
• Bab 2
• Bab 3
• Bab 4
• Bab 5
• Bab 6
• Bab 7
• Bab 8
• Bab 10
• Bab 11
• Bab 12
• Bab 13
• Bab 14
• Bab 15
• Bab 16
• Bab 17
• Bab 18
• Bab 19
• Bab 20
• Bab 21
• Bab 22
• Bab 23
• Bab 24
• Bab 25
• Bab 26
• Bab 27
• Bab 28
• Bab 29
• Bab 30
• Bab 31
• Bab 32
• Bab 33
• Bab 34
• Bab 35
• Bab 36
• Bab 37
• Bab 38
• Bab 39
• Bab 40
• Bab 41
• Bab 42
• Bab 43
• Bab 44
• Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Tamat

• Bab 9

1.6K 169 9
By jineehyun_

      Selepas makan di restoran jjajangmyeon, aku dengan Yeonni pergi ke kedai buku yang berhampiran dengan restoran yang kitorang pergi tadi. Aku nak cari buku rujukan untuk pelajaran esok. Tu yang sengaja singgah kedai buku. Rasanya ini kali pertama aku datang kedai buku. Hahaha, sejak bila lah Kim Taehyung minat buku ni ? Bukan ke Taehyung suka bola keranjang ? Ini semua sebab dia. Aku nak perhatian dari dia.





“ Yah Yeonni, buku ni okay tak ? Ke buku yang ni ? Aku tak tahu nak pilih yang mana sebab isi kandungan dia lebih kurang je. Kau kan lebih arif pasal buku, kau pilihkan lah satu untuk aku. ” tanya aku dan menayangkan dua buku latihan Kimia di depannnya. Dia mengambil buku yang di tangan kanan aku dan membelek-belek di dalamnya. Dia menayangkan buku yang di tangan kirinya.




“ Aku pilih yang ni. Buku ni lebih sesuai sebab nota nya lebih ringkas dan ada contoh. Kau tu dah lah susah faham, baca nota ringkas macam ni bagus tau. Jadi, kau beli yang ni. ” ucap dia. Aku mengangguk dan meletakkan semula buku yang pilihan pertama. Aku melihat dia yang sibuk membelek buku di bahagian novel. Dia ambil sebuah buku dan membaca bahagian belakang buku itu.




“ Kau, ada nak beli apa-apa tak ? ”





“ Tak ada. Rumah aku dah banyak buku. Semua belum habis baca lagi. Dah jom bayar, kau dah habis pilih kan ? ” ucap dia dan meletakkan semua buku itu di raknya. Dia berjalan pergi ke kaunter. Aku mencuri tengok buku yang dia belek tadi. Apa yang seronok dengan buku tu sampai dia tak berganjak dari bahagian novel ? Aku tahu dia nak beli sebenarnya.




Old Little Prince




      Aku tertawa kecil apabila membaca tajuk buku tu. Macam budak-budak lah, baca buku macam ni. Aku ingat dia jenis baca huku sekolah je. Aku ambil buku itu dan terus pergi ke kaunter. Selepas membayar buku-buku itu, aku dan Yeonni berjalan keluar dari kedai tu. Aku berdiri di sebelah nya dan mengeluarkan buku yang dia suka itu. Aku menghulurkan buku itu di hadapannya.




“ Nah. ”




        Aku berdehem kecil. Rasa kekok pula bila buat baik dengan dia. Kalau tak selalunya nak cari gaduh je dengan dia. Yeonni terkejut bila nampak buku itu ada di hadapan mukanya. Aku dah agak dia akan buat muka terkejut itu. Dia mengambil buku itu dan melihatnya. Muka dia mula merona merah. Dia pandang aku semula dengan riak muka tak percaya. Baru tahu ke kalau aku ni baik sebenarnya ?




Mwoya ?! Ya—yang kau beli buku ni kenapa ? Untuk aku ke ni ?! Serieslah ?! Kenapa kau bagi aku buku ni ? Yah ! ” tanya dia yang kelihatan teruja dengan senyuman lebar. Dia ambil buku itu dan membeleknya. Dia ni, memang obses dengan buku agaknya. Aku tersenyum dan mengangguk. Dia ni memang Comel kan ? Boleh tak nak cubit pipi dia ?





“ Aku tengok kau macam seronok je tengok buku tu sampai tak tinggal seksyen novel. Jadi, aku beli kan je lah. Tak sangka pulak kau ni macam budak-budak. Baca buku cenggini. Our Little Prince ?! Macam budak tak matang. Hahaha ! ” ucap aku dam tertawa. Dia hanya menjeling dan memeluk erat buku novel itu. Aku rasa gembira pula bila dia suka hadiah aku tu.





Best tau buku ni. Kau je yang tak ada hati dengan buku. Kalau kau mendalami, mesti kau suka. Herm apapun, gomawo. Nanti aku bayar balik duit kau. Aku tak bawak duit tadi. Kalau tak aku dah beli punya. Tak perlu untuk kau belikan sebenarnya. ” ucap Yeonni. Aku menggosok kepalanya. Dia ni, aku beli tu untuk dia, dia nak bayar balik pula. Tolong lah jangan buat aku geram dengan kau.





“ Tak payah nak bayar balik. Aku memang nak bagi kau pun. Anggaplah hadiah sebab jadi Slave aku. Senang sikit aku nak suruh-suruh kau lepasni. Kau dah tak ada alasan untuk mengelak lagi. ” ucap aku dan tertawa. Hahaha, aku sengaja nak tengok reaksi muka dia. Dia hanya menjeling dan mendengus geram. Seperti aku jangka yang muka dia macam tu.




“ Apa-apa jelah. ”





      Aku hanya tersengih menayang barisan gigi. Banyak kali, aku terusik dengan sikapnya. Apa maksudnya tu ? Ey, seolma. Tiba-tiba, telefon aku bergetar dalam poket blazer. Aku terus keluarkan Iphone aku dan melihat nama ‘Jungkook’ yang tertera di skrin. Dia nak apa ni ? Kacau je aku nak menyakat Yeonni. Tangan aku menyentuh kotak pesanan yang Jungkook hantar dan membacanya. Oh ?!




“ Kenapa terkejut sangat muka kau ? Ada apa-apa ke ? ”





“ Jeon Jungkook mesej aku. Aku lupa pula yang harini aku ada latihan bola keranjang. Jadi, aku kenalah pergi sekolah dan kau kena ikut aku, faham ? Kau tak boleh balik sensorang. Khajja. ” tanya aku dan pandang dia dengan senyuman. Yeonni mengundur sedikit dan segera menggelengkan kepala. Berani dia menolak permintaan aku lepas bagi dia hadiah ?!





“ Taknak lah. Aku nak balik ! ”






“ Heh, tak ada. Kau kena ikut jugak. No excuse. Aku perlukan kau untuk jaga barang-barang dan beg aku ni ? Jadi, jom pergi ! Jangan nak membantah ! Aku dah belikan buku kan ? ” ucap aku dan menarik tangan Yeonni dengan segera sebelum sempat dia ingin mengelak. Dia meronta-ronta minta dilepas. Hahaha, aku peduli apa ! Aku takkan biarkan kau balik macam tu je.




“ Yah ! Kim Taehyung ! ”




      Aku hanya mengabaikan panggilan dan bebelan dia tanpa henti itu. Aku terus tarik tangan dia sampai lah kitorang berdua tiba di sekolah. Aku dan dia masuk ke dalam Basketball court. Aku terus lepaskan tangan dia bila dah sampai dalam court itu. Kelihatan member-member aku tengah panaskan badan memasing. Aku ingat diorang dah mula berlatih. Aduhai, macam mana aku boleh lupa ada latihan.





“ Kau, duduk sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Kalau kau lari, siaplah kau..aracchi ? Kau tahu kan, apa yang boleh aku buat kalau kau lari ? ” ucap aku dan memaksa dia duduk di kerusi penonton di court itu. Dia mencebik dan menganggukkan kepala. Malas nak berbalah dengan aku agaknya. Hah, kan bagus kalau dengar kata.


“ Taulah. ”





     Aku pun berlari ke arah kawan-kawan aku. Diorang semua tersenyum melihat ketibaan aku di gelanggang. Biasalah, aku pemain paling handal dalam pasukan ni tau. Jadi, mereka perlukan aku untuk latihan. Yang kedua handal ialah Yoongi hyung. Sebab tu aku dengan Yoongi hyung mainkan peranan penting dalam pasukan ni. Aku membuka baju sekolah aku. Nasib baik aku dan standby pakai baju sukan.



“ Datang pun kau. Aku ingat kau tak nak datang. Yelah, kau kan dah ada yeochin baru sekarang. Bukannya nak roger ada yeochin. Aku dapat tahu pun daripada Jungkook. Hahah, kau dah kantoi Kim Taehyung. ” ucap Jin hyung dan menunjuk ke arah Yeonni yang sedang membaca buku Old little prince itu. Aku melihat Yeonni dan menggelengkan kepala.




“ Mana ada. Kawan je tu. ”





“ Okaylah, stop talking. Masa untuk fokus latihan. Semua dah ada kan ? Eh kejap, mana Jimin ? Dia tak datang lagi ke ? Atau badan dia masih sakit ? Baru aku perasan dia tak ada. Ingatkan, kau je yang tak ada. ” tanya Hosoek hyung. Kitorang semua memandang ke sekeliling mencari kelibat Jimin. Namun, satu batang hidung dia pun tak ada. Masih sakit, mungkin.



“ Kejap lagi sampai lah tu. Dah jom kita main dulu ! ” ucap Namjoon hyung. Aku mengambil bola basket itu dan melemparkan nya kepada Jungkook. Sempat lagi aku curi-curi pandang Yeonni yang syok membaca. Aku tersenyum kecil. Aku terpesona dengan kecantikan nya. Baru sekarang aku sedar. Bila dia fokus membaca, dengan rambut panjang yang melepasi bahu, mata hazel coklatnya. Aku injeong (terima) kalau dia tu sebenarnya cantik.

Dia cantik.






       Seperti yang aku jangka, buku novel ni memang best gila. Tak rugi aku ambil dan tengok tadi. Baiknya hati Taehyung belikan buku ni. Bukan apa, aku memang tak bawak duit tadi. Kalau tak, tak adanya aku nak susahkan dia tau. Rasanya aku tak sedar kalau aku baca buku ni dah 20 minit. Aku menutup buku itu dan melihat Taehyung yang tengah main bola keranjang. Oh, diorang masih berlatih lagi.





Aku tak tipu, bila aku cakap yang dia nampak kacak bila tengah berpeluh macam tu. Aduhai.





“ Hai, Yeonni. ”




“ Oh ? Jimin ? Kenapa awak lambat datang ? Saya baru perasan kalau awak tak ada. Semua kawan-kawan awak dah mula main tau. Ah, saya lupa badan awak masih sakit kan. Mianhae. Awak okay ? ” tanya aku dengan perasaan risau. Yelah, disebabkan aku dia sakit. Jimin memberikan senyum dan menganggukkan kepala tanda dia okay.





" Herm, saya ada hal tadi. Badan saya dah okay. Tak perlu risau. Oh ye, kenapa awak ada kat sini ? Awak tak balik dari tadi ke ? Awak balik dengan Yeolhee kan tadi ? ” tanya Jimin dengan riak muka tertanya. Aku terkejut sedikit dengan soalannya. Alamak, takkan aku nak bagitahu dia yang aku pergi kubur tadi ? Terpaksa lah aku menipu dia kan ?





“ Saya pergi rumah kawan saya. Lepastu, terserempak dengan Taehyung di jalan. Awak faham-faham je lah dengan perangai dia. Dia suruh saya teman dia beli buku dan tiba-tiba dia ajak datang sini. Saya memang nak balik. Mamat tu punya pasal, saya ada di sini. Dia suruh saya jaga beg dan barang-barang dia ni. ” ucap aku dan tengok beg sekolah dan barang buku yang dia beli tadi. Jimin mengangguk kecil.





“ Ouh, macam tu. ”





      Aku kan suka tengok Jimin senyum manis macam ni. Dia comel dan nampak sangat hensem. Mata dia yang menyepet bila senyum tu..buat aku tertarik dengan dia sekarang ni. Hati aku yang tengah marah Taehyung, terus reda dengan senyuman dia. Aduhai, kenapa lah lelaki serupa malaikat ni muncul di depan aku ? Tengah syok melihat senyuman dia, aku ternampak bola basket yang di baling Jin sunbae tu ke arah Jimin.





“ Jimin !! ”





     Aku terus bangun dan tolak badan Jimin ke tepi dan membuatkan bola tu terkena di kepala aku dengan sangat kuat. Jimin pula dah terjatuh terduduk. Ah, sakit nya kepala aku sekarang ni. Aku merasakan ada cecair menitik di hidung aku. Aku menadah tangan di bawah hidung. Darah ?! Jimin terus bangun dan peluk badan aku sebelum rebah ke lantai. Aku merasa pitam tengok darah mengalir.





“ Yeonni ?! Awak okay ?! ”





         Kepala aku terasa sangat sakit. Pandangan aku mula kabur dan suara yang memanggil nama aku semakin hilang. Yang aku nampak hanya bayangan Jimin. Tapi, dari bayangan Jimin..berubah menjadi Taehyung. Kenapa Taehyung ? Aku tak dapat menampung mata aku lagi. Akhirnya, aku pingsan dan tidak sedarkan diri. Apalah nasib aku harini. Kena buli dengan Taehyung dan sekarang kena bola keranjang kat kepala.





“ Yah ! Apa yang kau dah buat ni Jin hyung ! Baling bola tu tengok-tengoklah lainkali ! ” marah Taehyung dan menjegil kepada Jin. Taehyung terus angkat Yeonni ala bridal style. Jin mula rasa bersalah sebab dah melukakan Yeonni. Dia terbaling salah arah tadi ! Jimin pula, hanya melihat Yeonni yang dah digendong Taehyung. Kenapa dia pula yang angkat ?




“ Aku nak hantar bola tu dekat Namjoon sebenarnya, tiba-tiba tersasar jauh pula bolanya. Namjoon pun satu ! Bukannya nak tangkap ! Aduhai, kalau jadi apa-apa macam mana ?! ” marah Jin kepada Namjoon yang ada di sebelahnya. Namjoon memandang Jin dengan perasaan pelik. Jimin melihat Taehyung yang merenung wajah Yeonni. Hati berasa tidak selesa.




“ Dah kau nak salahkan aku pulak ? Kau tu yang baling tak betul. ”




“ Tak payah nak gaduh boleh tak ? Lebih baik kita bawak Yeonni pergi bilik kesihatan dulu. Dahi dia dah makin bengkak tu. Hidung dia pun berdarah. Bawa dia cepat, Taehyung. ” ucap Jimin. Mereka semua saling berpandangan dan memganggukkan kepala. Taehyung segera membawa Yeonni pergi dari situ. Dia berasa risau dengan Yeonni.




“ Okay ! ”





     Tiba di bilik kesihatan, Taehyung terus membaringkan Yeonni di atas katil. Jimin segera pergi ke peti dan mengambil sepaket ais yang ada di dalamnya. Kemudian, dia terus memberinya kepada Taehyung. Taehyung menekap ais itu perlahan-lahan di atas bengkak itu. Kemudian, Jimin berikan tisu untuk lap hidung Yeonni yang mengalirkan darah. Semua orang mengelilingi katil itu.





“ Kenapa dia tak bangun lagi ni ? risau pulak aku dengan dia. Haih, jangan jadi apa-apa sudah ! ” ucap Jin yang berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu. Yoongi yang melihat Jin itu mula berasa rimas. Dia terus menarik tangan Jin supaya dia duduk. Yelah, benda kecil je pun kenapa nak kecoh sangat ? Buat orang panik jelah dia ni !





“ Boleh tak kau duduk diam-diam ? Rimas aku tengok kau dari tadi tau tak. Budak tu okay je lah. Ala, kepala kena bola je kot. Tak payah mengada okay. Sekejap lagi, dia bangun lah tu. ” ucap Yoongi dan menjelingkan mata. Menyampah tengok Jin yang melebih-lebih itu. Jin mengeluhkan nafas dan tengok Yeonni. Jimin alihkan ais itu dan menyapu ubat di bahagian bengkak itu. Kemudian, Taehyung menampalkan handplast di atasnya.





“ Memanglah. Tapi, kalau tiba-tiba dia hilang ingatan. Dia lupa keluarga dia macam mana ?! Aku yang dipersalahkan kau tahu tak ! Aku tak nak kena buang sekolah ! Aku muda lagi nak kena buang sekolah ! ” ucap Jin dengan gediknya. Semua ahli BTS hanya menggelengkan kepala. Harap je paling tua dalam kumpulan ni. Tapi, perangai mengalahkan Jungkook yang maknae ni.




“ Tak adanya ! ”





“ Er—erm, aku kat mana ni ? ”






      Semua ahli BTS mengelilingi katil Yeonni selepas Yeonni bersuara. Yeonni yang baru sedar itu terus bangun dan memegang handplast yang tertampal di dahinya. Rasa sakit masih lagi terasa di dahinya. Denyut-denyut di kepala pula masih belum hilang. Yeonni melihat satu persatu wajah ahli BTS. Dia melihat ruang bilik itu. Ah, bilik kesihatan rupanya. Aduhai, malunya rasa ditenung mereka begitu.




“ Yeonni ?! Kau kenal aku kan ? Ke kau lupa aku ? Cakap lah sesuatu ! Jangan buat aku risau lah ! Ni aku SeokJin ! Lelaki paling hensem sekolah ! ” ucap Jin dan melambaikan tangan di depan Yeonni. Kemudian, menggoncang-goncang bahu Yeonni. Makin pening kepala Yeonni dibuatnya. Yeonni menurunkan tangan Jin dari bahunya.





“ M—mestilah saya kenal sunbae. Jin sunbae kan ? Kenapa saya nak lupa sunbaenim pula ? ” ucap Yeonni dan tersenyum kecil. Jin yang rasa terharu terus memeluk Yeonni dengan erat. Terkejut Yeonni dengan tindakan Jin yang tiba-tiba. Begitu juga dengan ahli BTS yang lain. Jimin dan Taehyung mula berasa cemburu tengok Jin memeluk Yeonni. Ini dah melampau ! Kenapa nak kena peluk pula ni ?!





“ Syukurlah !! Maafkan aku tau Yeonni !! Huhu, aku takut kau lupa ingatan ! Aku betul-betul tak sengaja terbaling bola tu pada kau ! Jeongmal mianhae ! ” ucap Jin siap buat suara sedih. Taehyung yang mula terasa semakin geram tu terus tarik badan Jin untuk lepaskan Yeonni. Sesuka hati dia je peluk anak dara orang. Dia ingat tu bantal peluk ke apa ?




“ Kau ni, suka-suka je peluk dia. ”





“ Kau jeles ea Taehyung bila aku peluk dia tadi ? ”





“ Mana ada ! Ma—mana ada aku jeles. Buat apa nak jeles ? Takdelah, Yeonni tu dah lah baru bangun..kejap lagi dia bau ketiak kau..pingsan balik. Kan dah susah ! Kau tu dah lah tengah berpeluh !  ” ucap Taehyung dan memukul bahu Jin. Pipi Taehyung dah semakin merah. Yeonni yang melihat itu hanya tersenyum. Dia tahu kalau dia tengah malu sekarang ini.





“ Mana ada ketiak aku bau !! Penipu ! Hesh, dah jeles tak nak mengaku. Maafkan aku tau Yeonni. Aku memang tak sengaja tadi. Aku minta maaf sangat-sangat. ” ucap Jin dan menunduk hormat beberapa kali. Yeonni terkedip-kedip melihat Jin yang menunduk hormat dan menggelengkan kepala. Dia pula rasa bersalah apabila lelaki itu berulang kali minta maaf.





“ Tak apalah. By the way, macam mana tahu nama saya Yeonni ? ”






“ Siapa je tak kenal kau ? Pelajar top sekolah yang selalu sertai pertandingan akademik sekolah. Nak tunggu Jimin dengan Taehyung kenalkan kau pada kitorang ? Memang berjanggut lah kan. ” ucap Yoongi hyung dengan nada sindiran. Yeonni hanya tersenyum dan mengangguk tanda memahami. Jimin duduk di sisi Yeonni dan tengok gadis itu dengan perasaan lega.





Gomawo, sebab selamatkan saya tadi. Lainkali tak payah. Biarkan je saya kena bola tu. Saya kuat lah ! Setakat kena bola tu apa lah sangat. Okay ?  Nasib baik awak tak apa-apa tau. ” ucap Jimin dan menggosok kepala Yeonni dengan lemah lembutnya. Jantung Yeonni mula berdegup laju. Mata mereka saling bertembung. Jantung dia juga berdebar hangat.



Na—nae. ”






B E R S A M B U N G









I give up Jimin. You can have her.

Continue Reading

You'll Also Like

43.5K 5K 41
[Completed] Bagi Jimin anak tunggalnya adalah segalanya. Namun ibunya beria mahu dia berkahwin semula tetapi tidak bagi Jimin. Sehinggalah muncul Cho...
93.7K 13.2K 54
siapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke...
2.9K 84 3
NAK TENGOK BTS MAFIA CUTE JOM BACA FF NI >_<
4.3K 1.4K 11
+ Ini bukan realiti . p/s : penulisannya seperti bangunan runtuh. maaf bangunan itu tidak dapat diselamatkan. © ssawvaend storyline