THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri

1.3K 96 8
By Alexna_Syufa

Di sebuah menara misteri yang agak berdekatan dengan Lorong Roh,

SEORANG Magician yang misteri,sedang tersenyum indah di hadapan jendelanya.Senyumannya..,seekan-ekan menyerupai seseorang yang pembaca kenali.

   Wajahnya kelihatan dalam lingkungan 20 tahun,muda dan tinggi lampai orangnya.Rambutnya pendek,di potong rapi.Tiada sebarang jambang mahupun misai yang tumbuh di wajahnya.Nampaknya,pemuda ini sememangnya mementingkan kebersihan.

     Dia tersengih jahat.Poketnya diseluk lalu dia mengeluarkan berlian tujuh warna dari poketnya itu.

    Berlian sekecil bola pingpong itu di angkat tinggi-tinggi lalu ditelitinya penuh asyik.Berlian inilah yang diambilnya ketika di Jurang Kekayaan tadi.

    Dengan adanya berlian ini,...akan lengkaplah segala perancangan yang dirancangnya selama dua minggu ini.Semuanya telah dirancang rapi.Dia yakin,sebarang kesilapan tidak akan berlaku.

      "Akhirnya... Tak lama lagi,bunga Asfloera akan jadi milik aku.." Ucapnya,perlahan.Berlian itu kemudiannya di genggam berserta sebuah senyuman.

     Kini,dia membuang pandang pula ke luar jendela.Tanah yang 'mati' itu dipandangnya tanpa perasaan.Hujan lebat memenuhi ruang angkasa,kini.

    Tiba-tiba, dia teringat kembali apa yang dilihatnya di Jurang Kekayaan tadi.Seorang lelaki.Namun wajah lelaki itu kelihatan agak samar-samar di matanya,lantaran air hujan yang lebat membasahi bumi.

       "Emm...Siapa kau sebenarnya?" Soal Magician itu,seorang diri.Dia termenung untuk seketika.

        Tak lama kemudian....

"Hachuumm!"

     ...tiba-tiba sahaja si Magician itu terbersin.Hingus yang mulai meleleh turun dari hidungnya,di lap perlahan dengan menggunakan sapu tangan.

       "Aduhai...Nak demam lagi ke aku ni? Ah.. Auch! Arghh... Sakitnya...."

     Pemuda itu terus sahaja memegang dada kirinya yang tiba-tiba terasa perit.Wajahnya berkerut-kerut menahan kesakitan yang tidak terperi.

    Entah kenapa,sudah dua minggu lebih kesakitan itu dapat dirasainya tanpa henti.Semua jenis potion telah diminum,namun masih tetap tiada perubahan yang berlaku.

     Kreekkkk...

    Tiba-tiba..,pintu biliknya dikuak dari luar.

    "Abang?" Panggil satu suara,merdu sekali.

      Magician itu pantas menoleh ke belakang.Wajah adik perempuannya itu dipandang penuh kasih.Dada kirinya masih dipegang.

      "Ya,adik? Kenapa cari abang ni? Lapar?" Soal Magician itu,prihatin.Senyuman tetap dilemparkan walaupun dirinya sedang di dalam kesakitan.

       Adiknya hanya menggeleng-gelengkan kepala berulang kali.Wajahnya kelihatan risau.

    "Abang Ivy.. Abang sakit lagi?" Soal adiknya pula.Dia mulai mengatur langkah ke arah abangnya itu.

     Magician yang dikenali sebagai Ivy itu,hanya tersenyum memandang adiknya yang semakin menghampiri.

      "Poison..abang dah pernah kata kan yang abang boleh jaga diri sendiri?" Balas Ivy bersama senyuman paksa.Kesakitan tadi masih mencengkam.

    Poison.Seorang gadis yang sudahpun berusia 186 tahun namun masih awet muda seperti gadis 17 tahun.Berketurunan Witch iaitu keturunan yang panjang umurnya.

   Ivy pula,merupakan seorang lelaki yang telahpun berusia 200 tahun.Seorang Magician yang mempunyai sihir yang hebat sehinggakan tiada sesiapa pun yang dapat menandingi kekuatannya.Namun,lelaki ini mempunyai latar belakang yang sungguh misteri.Asal-usulnya langsung tidak diketahui.

     Adik-beradik ini membesar bersama-sama di dalam kesakitan.Hidup mereka selalu dikongkong.Ayah mereka sememangnya garang dan tidak berhati perut.Ketika mereka masih kecil dahulu,badan merekalah tempat persinggahan uji kaji ayah mereka.Pernah sekali mereka hampir-hampir saja mati kerana diberi minum racun.

   Namun saat yang paling menyeksakan mereka berdua adalah di mana mereka saling menaruh perasaan sesama sendiri namun,cinta mereka ditentang hebat oleh ayah mereka.Ya.Cinta itu sememangnya buta.

     "Yelah tu.."

      Poison hanya memuncung.Sapu tangan yang dipegang abangnya perlahan-lahan diambil.Hidung abangnya itu dilap penuh kasih.

     "Yelah tu..Tipulah kalau abang cakap abang boleh jaga diri sendiri.Dari kecik sampai besar,abang ni selalu sakit.Adik dan ayah yang selalu jagakan abang.Dahlah manja..,cuai pulak tu." Bebel Poison penuh panjang lebar.

    Ivy hanya tersenyum.Tangan adiknya itu pantas diraih lalu dicium.

    Poison hanya terkedu untuk seketika.Wajah abangnya dipandang bersama kerutan di dahi.

    "Abang?" Soal Poison,kehairanan.Pelik.Tak pernah pun abangnya bersikap sedemikian rupa.

     Ivy hanya tersenyum.

    "Poison..Jujur abang katakan,abang benar-benar cintakan kamu...Kalaulah kamu bukan adik abang.."

    Belum Ivy sempat menghabiskan bicaranya,tiba-tiba Poison lebih cepat memotong. Sempat lagi gadis itu meletakkan jari telunjuknya di bibir Ivy.

    "Syhhhh! Tolong jangan cakap lagi macam tu abang! Nanti..kalau ayah dengar,pasti dia marah..." Ucap Poison,penuh gusar.Sekeliling tempat itu diperhatinya.Takut kalau-kalau ayah mereka mencuri dengar.

    Chuppp!

  Poison terkaku.Tanpa diduga,Ivy tiba-tiba menciumnya!

     Senyap.Poison langsung tidak membalas ciuman abangnya itu.Tak lama kemudian, Ivy melepaskan bibirnya.

     "Poison.. Biarlah ayah marah sekalipun,abang dah tak kesah.Abang...betul-betul cintakan kamu sejak kecil lagi.Poison...Mari kita..kahwin?" Ucap Ivy seperti sudah hilang pedoman.Kini tangan adiknya pula dikucup lembut.
    
        Air mata Poison mulai berlinangan.Perlahan-lahan dia meleraikan pegangan tangan abangnya itu.Mulutnya ditekup dengan rasa tak percaya.Wajah Ivy dipandangnya dengan mata yang berkaca-kaca.

    "Abang..ci..cium saya?! Abang tahu tak yang abang dah buat silap yang besar?! Kita ni adik-beradik!" Ucapnya,separuh menjerit.Perlahan-lahan dia menapak beberapa langkah ke belakang.

    "Tapi Poison,..abang cintakan kamu! Abang tak kesah kita ni adik-beradik ke apa.Kita kahwin! Kita lari dari sini,..sejauh mungkin dari orang tua tu!" Balas Ivy semula,bagaikan sudah hilang akal.Pinggang adiknya pantas dirangkul.

   "Lepaslah!"

     Poison cuba untuk melepaskan dirinya dari dirangkul sebegitu namun gagal.Pelukan itu terlalu kuat untuk dirungkaikan.

    "Tak! Tak boleh! Kita tak boleh kahwin! Abang tahu tak yang kita ni adik-beradik kan...."

    Belum sempat Poison menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba Ivy lebih cepat memintas.

    "Angkat." Ucap Ivy,sepatah namun cukup untuk membuatkan Poison terdiam.Wajah Ivy kelihatan dingin sekali,tak macam selalunya.

    Poison hanya terdiam untuk seketika.Tersentak.Tak sangka Ivy sudah mengetahui rahsia yang selama ini mereka sorokkan.Ya.Kenyataannya,Ivy dan dirinya hanyalah sekadar adik-beradik angkat.

   Di luar sedar,air mata Poison perlahan-lahan menuruni pipinya yang mulus itu.Teresak-esak dia menangis.

    Ivy hanya tersenyum kemenangan.Air mata Poison disekanya penuh kasih lalu tubuh kecil gadis itu dipeluk.

    "Angkat... Kita cuma adik-beradik angkat saja,kan? Abang dapat tahu hal ni dah lama dah.Cuma,abang sengaja tak nak beritahu.Jadi...dengan ini tiada sesiapa pun yang dapat halang cinta kita.. Tiada sesiapa,sayang.." Ucap Ivy,tulus dari hati gelapnya.

     "Ta..tapi.. ayah macam mana? Mesti dia akan bantah habis-habisan...kan?" Soal Poison,teresak-esak menangis didalam dakapan hangat lelaki tersebut.

      Ivy tiba-tiba tersenyum jahat. Dia kemudiannya mengeratkan lagi pelukannya itu.Kepala Poison diusapnya penuh kasih.

    "Seperti yang abang kata...tiada apa-apa yang akan dapat menghalang cinta kita..sayang.."





To be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

65K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
130K 1.5K 16
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
2K 10 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia