Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 68K 3.9K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 37: First Kiss

18K 1.1K 50
By Nur_Haura

ISTANA Kerajaan Astland sangat meriah kerana mengadakan majlis sempena kepulangan Putera Mahkota Astland. Kerabat diraja dan golongan bangsawan dari seluruh negara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Rakyat juga dijemput untuk meraikan kepulangan Putera Mahkota kerajaan tersebut.

Para gadis terutama sekali teruja untuk menghadiri majlis itu kerana berpeluang melihat Putera Mahkota Astland. Jika bernasib baik, mungkin salah seorang daripada mereka dapat menari dengan sang putera.

“Wow! Our first-ranker really look like a Crown Prince,” kata Haziel. Dia memerhati Eidan yang memakai persalinan diraja.

Semua ahli Heroic Knight dijemput hadir ke majlis ini. Mereka bermalam di istana diraja Astlandsejak dua hari lepas. Layanan yang diberi sangat baik malah pakaian yang mereka pakai hari ini dijahit khas oleh tukang jahit diraja.

Eidan tidak mengendahkan kata-kata Hariel. Ketampanannya terserlah apabila memakai pakaian rasmi untuk putera raja yang berwarna putih dan disertakan dengan mantel yang berkibar megah di belakang. Pedang Griffin disisipkan di pinggang.

“Haziel, kau ada nampak Freya?” tanya Lenhil. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Eidan. Dia kelihatan segak memakai pakaian rasmi diraja berwarna blonde sama seperti rambutnya.

“Manalah aku tahu... Aku bukan pengawal peribadi dia. Kau sangat obses dengan Freya. Eh? Kau ada nampak kembar aku?” tanya Haziel. Dia baru teringat tentang Hariel.

“Memang aku obses dengan Freya. Hariel kembar kau, kau carilah sendiri. Hai, Eidan! Kau kelihatan kacak malam ini tapi tidak mampu menandingi kekacakan aku. Hahaha... Aku perlu dulu.” Setelah itu, Lenhil melangkah keluar untuk mencari Freya.

“Kau rasakan, Eidan... Freya akan pakai gaun yang disediakan atau tidak? Aku tidak boleh bayangkan Freya yang kasar itu memakai gaun. Mesti buruk. Hahaha...” Haziel ketawa.

Dush!

Haziel sudah jatuh terlantang atas lantai apabila ditendang dari belakang. Kepalanya sakit kerana dipukul oleh sesuatu yang keras. Dia mengerang kesakitan. Dia menoleh ke belakang. Semua ahli Heroic Knight telah berkumpul dalam bilik Eidan. Hariel sedang ketawa terbahak-bahak. Tak guna punya kembar!

“Kau cakap aku macam apa?” kata Freya. Tangannya mencekak mafela milik Haziel.

Haziel pula tercengang melihat Freya yang sangat cantik memakai gaun berwarna merah jambu lembut. Rambutnya disanggul rapi dihiasi mutiara di sekeliling sanggulan tersebut. Gadis itu juga memakai sarung tangan yang berwarna putih. Cantik bagaikan puteri.

“Patutlah Lenhil tergila-gilakan kau, Freya... Rupanya kau sangat cantik,” puji Haziel dengan senyuman menggoda. Umur belakang kira.

Dush!

Pipi Haziel terasa sengal apabila ditumbuk oleh Freya tetapi dia tidak kisah. Agak berbaloi dapat penumbuk dari gadis cantik seperti Freya. Karyle merawat kesan tumbukan Freya di muka Hariel.

“Majlis sudah bermula,” ujar Frielan. Cermin matanya ditolak sedikit. Dia kelihatan kacak memakai persalinan putera raja yang berwarna ungu gelap.

Mereka melangkah keluar dari bilik Eidan dan menuju ke ballroom di mana majlis diadakan.

“Dipersilakan Putera Mahkota Eidan de la Ralynne dan The Circle of Heroic Knight iaitu Raja Karyle de la Wyslicenus, Lady Freya Landrieu, Puteri Clara de la Dainelan, Putera Frielan de la Sellavian...” Jurucakap itu memberitahu satu persatu nama Heroic Knight.

Mereka menjadi tumpuan tetamu yang hadir terutama sekali Eidan. Para gadis sudah tersenyum-senyum melihat ahli lelaki Heroic Knight yang kacak manakala para jejaka asyik memerhati kecantikan Serena dan Clara terutama sekali Freya yang menjadi tumpuan lelaki.

Selepas mendengar ucapan Raja Eden iaitu Raja Astland, majlis pun bermula. Si kembar mula memikat gadis dengan ayat manis mereka. Karyle hanya menari dengan sesiapa sahaja yang mengajaknya. Frielan pula hanya memerhati keadaan sekeliling tapi kali ini dia tidak membawa Ipad bersaamanya. Clara dan Serena pula hanya berdiri sambil memerhati keadaan. Ada lelaki yang mengajak mereka menari tapi ditolak dengan dingin. Freya pula hanya mahu melarikan diri dari Lenhil yang tidak putus asa mengajaknya menari.
Eidan mendekati Raja Eden dan Permaisuri Fiara. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat.

“Maafkan anakanda kerana telah buat ayahanda dan bonda risau,” ucap Eidan.

“Tidak mengapa, anakanda. Asalkan anakanda selamat. Anakanda sudah bagitahu sebab kehilangan anakanda. Tindakan anakanda ingin tahu tentang keadaan di Thylirius sangat tepat,” balas Raja Eden.

Eidan meminta diri untuk berlalu mahu memberi ruang ayahanda dan bondanya berbual mesra dengan tetamu.

ANNA, kau serius mahu lakukannya malam ni?” Suara Pierce kedengaran di mindanya.

“Kalau tidak, bila lagi?” balas Annabella.

Kau boleh mendapatkannya dari Eidan. Dia sudah berjanji akan bagi apa saja yang kau minta.” Pierce memberi cadangan.

“Kau ingat Raja Astland senang hati mahu menyerahkan Ignitting Glare setelah diisytihar sebagai harta negara?”

Habis tu? Kau mahu buat apa?”

Annabella senyum. Ianya senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia mengenakan topeng putih ditaburi berlian yang sesuai dengan tema majlis malam ini iaitu masquerade. Dia melangkah keluar dari kereta kuda dan mendaki satu-persatu anak tangga. Sampai di pintu masuk, dua orang pengawal sudah terpegun melihat kecantikannya. Dia dibenarkan masuk.

“Boleh saya tahu nama, cik?” tanya jurucakap.

Dia berbisik perlahan di telinga jurucakap tersebut.

“Dipersilakan Lady Isabelle Everlyn...”

Pengumuman tersebut menarik perhatian tetamu yang hadir. Mereka terpegun dengan kecantikan gadis itu yang memakai gaun berwarna biru putih. Rambut yang disanggul kemas dan membiarkan sedikit rambut terjuntai di tepi telinga. Satu tiara terletak elok di atas kepala gadis itu menambahkan kecantikkannya.

“Pheww! That girl is so hot!” ujar Haziel. Tangannya mengesat peluh begitu juga dengan Hariel.

Eidan juga tidak lepas memandang gadis itu. Kecantikkan gadis itu sangat memukau matanya. Dia lihat ramai lelaki asyik memerhati gadis itu. Seorang lelaki iaitu salah seorang anak bangsawan di daerah Astland mahu mendekati gadis itu tetapi dia terlebih memulakan langkah. Dia milik aku.

“May I have the dance?” Eidan menghulurkan tangan ke arah gadis itu.

“Kenapa?” Gadis itu berkerut dahi memandang sang putera yang tiba-tiba berminat dengannya.

“Kerana beta tidak mahu melepaskan peluang untuk mengenali kamu.”
Gadis itu mencapai tangannya. Mereka berdua bergerak di tengah-tengah lantai tari. Semua tetamu berhenti menari kerana mahu melihat Putera Mahkota yang jarang mahu menari dengan mana-mana gadis.

Eidan memegang tangan gadis itu, sebelah lagi diletakkan pada pinggang gadis itu manakala sebelah lagi tangan diletakkan pada bahu Eidan. Mereka mula menari mengikut rentak melodi. Semua orang asyik melihat Eidan dan gadis misteri itu menari. Mereka berdua sangat sepadan apabila digandingkan bersama.

“Did I know you, Miss Everlyn?” tanya Eidan.

“You already know my name.”

“Not in a person...”

Tetamu yang hadir mula menari bersama pasangan masing-masing. Eidan dan si gadis misteri seakan-akan berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

“Kamu berasal dari mana?”

“Di merata-rata tempat.”

“You mean... You’re an adventurer?” Eidan agak terkejut.

“Precisely...”

“Gadis cantik seperti kamu mengembara seorang diri?”

“Kenapa, tuanku? Pelik sangat ke?”

“Tidak... Kamu ingatkan saya pada seseorang.”

“Istimewa?”

“Tidak seistimewa kamu,” balas Eidan bersama senyuman nipis.
Gadis itu berhenti menari dengan tiba-tiba. Matanya tertumpu pada sesuatu. Pegangan tangannya terlepas dari genggaman Eidan. Dia menundukkan kepala sedikit.

“Patik rasa sangat bertuah menari dengan Tuanku. Patik meminta diri dahulu,” ujar gadis itu. Dia berlalu pergi dan menghilangkan diri di sebalik orang ramai.

Eidan mengeluh perlahan. Entah apa yang dia kesalkan pun tidak pasti. Tangan yang pernah menggenggam tangan gadis misteri itu direnung. Satu senyuman terukir di wajahnya tanpa dilihat oleh orang lain. Belum lagi masuk pukul 12 sudah mahu pulang? Patutkah dia mengejarnya? Manalah tahu gadis itu tertanggalkan kasut kacanya.

NAFASNYA tersekat-sekat kerana keletihan. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk kerana geram tidak dapat menangkap orang yang menceroboh masuk ke dalam istana. Kalau dia dapat menggunakan kuasanya sudah tentu penceroboh tersebut dapat ditangkap. Tapi dalam keadaan begini dia tidak boleh menggunakannya kerana auranya dapat dikesan oleh kerabat diraja di sini.

“Damn it!” Kasut yang dipakai dibaling ke atas tanah. Sebab kasut bertumit tinggi itu dia tidak dapat menangkap penceroboh tersebut.

“We meet again, Lady Isabelle Everlyn.” ujar Eidan sambil keluar dari tempat gelap untuk menunjukkan dirinya. Kasut yang dibaling oleh gadis itu diambil. Eidan mendekati gadis itu. Kasut yang diambil diletakkan di hadapan gadis itu.

“I thought Cinderella left her shoes but you throw your own shoes.” Dia serahkan kasut itu kembali pemiliknya.

“Then, I not that Cinderella who left her shoes.” Gadis itu mengambil kasutnya kembali lalu disarungkan kembali pada kaki.

“Sudah semestinya... Kamu seperti Cinderella versi baharu yang sukakan cabaran.”

“Thanks for the compliment, Your Highness.” Gadis itu menundukkan badan sedikit sebagai tanda terima kasihnya.

“Kenapa kamu berada di sini?” tanya Eidan.

“Patik tertarik dengan keindahan taman diraja. Ianya sangat cantik...”

“Tapi tidak mampu menandingi kecantikan kamu,” bisik Eidan perlahan.

“Patik perlu pergi sekarang.”

Dia mahu melangkah pergi tetapi pergelangan tangannya ditarik oleh Eidan membuatkan dirinya terjatuh dalam pelukan Putera Mahkota Astland. Dia dapat rasa pinggangnya dirangkul erat oleh tangan Eidan. Dia mahu menolak tubuh Eidan dari memeluknya tetapi tidak berjaya. Apalah sangat kekuatan seorang wanita berbanding seorang lelaki?

“You are so mean, Your Highness,” kata gadis itu dengan geram.

“Thanks.”

“Let me go!” Gadis itu meronta-ronta mahu melepaskan diri.

“Baiklah.” Eidan melepaskan rangkulannya.

Baru sahaja beberapa langkah gadis itu melangkah, pergelangan tangan kanannya digenggam oleh Eidan dan ditarik dalam pelukan lelaki itu sekali lagi. Dalam sekelip mata sahaja, bibirnya sudah bertaut dengan bibir Eidan.

Apabila tersedar perlakuan mereka, tangannya menolak badan Eidan dengan sekuat hati. Mukanya sudah merah dan terasa panas dengan apa yang berlaku. Dadanya juga sudah berdegup kencang. Perasaan malu, geram, dan banyak lagi bercampur-baur dalam dirinya.

“Kenapa Lady Isabelle Everlyn atau Annabella Dreselle de la Fryswellendine?” ujar Eidan.

“Kau memang tak guna, Eidan!” jerit Annabella kegeraman. Tangannya sudah dikepal mahu memukul Eidan tetapi lelaki itu pandai mengelak.
Cup!

Satu lagi ciuman pantas singgah dibibir Annabbella membuatkan gadis itu terhenti memukul Eidan. Muka Annabella sudah merah menyala atas apa yang berlaku.

“Muka kau merah, Anna,” usik Eidan.

“Diamlah! Lelaki tak guna! Penggatal!” kata Annabella dengan geram.

“Aku tidak kisah asalkan… I have your first kiss,” ujar Eidan. Dia mengenyitkan mata membuatkan wajah Annabella semakin merah.

“Kau memang tak guna!” jerit Annabella. Dia sangat geram bercampur malu.

“Diamlah! Nanti pengawal datang,” bagitahu Eidan.

“Ini semua kau punya pasal!” marah Annabella.

“Tapi kau balas ciuman aku,” kata Eidan bersama sengihan lebar.

Apabila mendengar kata-kata Eidan, wajah Annabella semakin merah kerana menanggung malu. Tak guna! Tak guna! Tak guna! Tak guna! Kutuk Annabella dalam hati. Dia tidak sedar dia membalas ciuman Eidan. Kenapa dia tidak menolak Eidan? Malah membalas kembali ciuman lelaki itu.

“Bagaimana kau boleh mengenali aku?” tanya Annabella. Dia sengaja mengalih topik.

“Aku tahu yang itu kau. Kau menyamar orang lain dan mengubah penampilan kau. Aku tetap kenal kau. Satu lagi... Sarung tangan yang kau pakai di tangan kanan membuatkan aku yakin itu kau. Bukan itu sahaja, kau suka membantah cakap aku. Aku sudah kata jangan pakai baju terdedah macam ni tapi kau pakai juga. Degil!”

“Suka hati akulah mahu pakai baju macam mana pun. Bukan urusan kau!” balas Annabella.

“Masalahnya ia urusan aku. Lebih baik kau tukar baju sekarang. Pakai baju yang tertutup bahagian dada kau tu! Kau mahu tahu sesuatu? Lelaki dalam ballroom tadi melihat kau seperti mereka mahu mengoyakkan baju yang kau pakai.”

“Tak guna betullah kau ni, Eidan!” marah Annabella. Dalam dia memprotes kata Eidan, dia dengar juga apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Dia menukar kepada gaun yang tertutup di bahagian dadanya yang sedikit terdedah. Gaun yang lebih sopan dari tadi.

“Barulah kau kelihatan cantik,” puji Eidan.

Annabella senyap. Fikirannya mula teringatkan rancangannya malam ini tetapi telah musnah disebabkan Eidan. Pengacau keadaan betullah! Bukan itu sahaja, lelaki itu juga merupakan pengacau jiwanya.

“Anna...” Ketawa Pierce bergema dalam minda Annabella.

“Diam, Pierce!” Annabella memarahi sang naga itu melalui mindanya.

“Permulaan yang bagus. Aku tidak sabar melihat rupa si kembar,” balas Pierce.

“Dalam mimpi kau! Itu tidak akan terjadi. Fokus pada misi kita malam ni!”

“Kau cuba berbincang dahulu dengan Eidan. Kalau tidak boleh, kau teruskan dengan rancangan asal,” ujar Pierce sebelum hilang dari fikiran Annabella.

“Eidan, kau pernah berjanji dengan aku yang kau akan tunaikan apa sahaja yang aku minta, kan?” Annabella mahu menuntut semula janji lelaki itu.

“Kau mahu hati aku? Boleh saja...” Eidan senyum nakal.

“Bukanlah!” Muka Annabella sudah merah bila diusik Eidan.

“Habis tu?”

“Aku mahukan Ignitting Glare,” kata Annabella berterus-terang.

“Ooo... Apa? Tak boleh! Ignitting Glare sudah menjadi harta Astland. Aku tidak boleh serahkan begitu sahaja pada orang. Tambahan lagi, ia merupakan simbol Astland.”

“Aku perlukannya, Eidan. Tanpa salah satu Celestial Daggers kuasa aku tidak akan mampu mengembalikan Hydra, Chimera dan Cerberus.”

“Salah satu?”

“Ye! Aku sudah kumpulkan semua Celestial Daggers kecuali Ignitting Glare. Aku boleh kembalikan tiga Ancient Beast tu dengan kuasa yang aku ada sekarang tapi...”

“Tapi apa?”

“Tidak ada apa-apa. Ianya bahaya. Jika kau tidak boleh bagi aku Ignitting Glare, aku akan dapatkannya dengan sendiri tanpa bantuan kau.”

Continue Reading

You'll Also Like

183K 15.7K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
148K 22.3K 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirn...
134K 12.9K 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh or...
318K 21.9K 68
Mana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai b...