Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 68K 3.9K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 36: HK1 Kembali!

16.5K 1K 47
By Nur_Haura

RAMBUTNYA yang panjang paras pinggang diikat toncang satu. Jaket kuning putih disarungkan pada badannya. Buku dan alat tulis sudah diletakkan di dalam beg sekolah. Dia membuka medan magik masa untuk melihat waktu sekarang. Matanya terbeliak apabila menyedari yang dirinya sudah terlambat.

"Alamak!" jeritnya.

Dia terus mencapai beg berisi buku dan bergegas keluar dari bilik. Dia berlari sekuat hati untuk sampai ke kelas dengan harapan profesor yang akan masuk tidak datang lagi. Apabila sampai ke kelas, dia menarik nafas lega kerana profesor tidak masuk lagi.

"Nasib baik..." gumamnya.

"Nasib baik apa, Wilda?" tanya seseorang yang berdiri di belakang gadis itu.

Wilda menoleh ke belakang. Dia menayang giginya yang putih. Prof. Lordes sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang serius.

"Denda macam biasa!" ujar Prof. Lordes. Dia melangkah masuk ke dalam kelas.

Wilda mengeluh. Dari Underlevel sehingga level 1, gred 4, dia asyik bertemu dengan Prof. Lordes sebagai pengajar mata pelajaran Sejarah.
Hanya seorang ke pengajar mata pelajaran Sejarah dalam akademi ni?
Bukan itu sahaja, setiap kali masa Sejarah mesti diadakan pada waktu pagi. Dia mengambil tempat duduk di belakang sekali seperti biasa sejak tiga tahun lepas. Tempat paling belakang memang tidak asing baginya lagi. Buku sejarah dibuka untuk mengikuti pembelajaran hari ini.

Sejak kehilangan Annabella, dia selalu berseorangan, kesunyian dan kesepian. Dia seperti disisihkan oleh pelajar akademi yang lain seolah-olah dirinya tidak wujud. Tapi dia tidak mempedulikan semua itu dan terus bertahan.

Pelajar akademi bergaul berdasarkan pangkat keluarga masing-masing. Golongan bangsawan hanya berkawan dengan golongan sama dengan mereka. Golongan marhean pula disisihkan. Keluhan dilepaskan.
Tiada lagi orang yang boleh digelar sahabat baginya. Dia rindukan Annabella. Gadis itu satu-satunya sahabat yang dia ada. Gelang kayu di pergelangan tangan yang diberi oleh Annabela tiga tahun lepas direnung. Sekalipun dia tidak pernah menanggalkannya.

Kau apa khabar? Sampai hati kau pergi tanpa bawa aku sekali. Kau memang pentingkan diri sendiri. Sejak kau pergi, aku cuba belajar untuk lupakan kau. Tapi tak boleh...
Kau tetap sahabat aku. Satu-satunya sahabat aku. Sepanjang tiga tahun pemergian kau, aku mula belajar meningkatkan kemahiran dan keupayaan aku dalam menguasai kuasa aku supaya dapat mengalahkan Heroic Knight yang menjadi penyebab kau mati. Aku janji, Anna...
Aku akan balas dendam untuk kau.

Selepas tamat sesi pembelajaran, Wilda terus bergegas ke perpustakaan untuk melaksanakan denda Prof. Lordes iaitu menyusun buku. Dari dulu sampai sekarang, denda itu juga yang selalu dikenakan.

"Maafkan saya, Prof! Saya terlewat," ujar Wilda. Dia tayang gigi yang putih.

"Kamu pernah datang awal?
Sudahlah... Pergi susun buku," kata Prof Lordes.

"Prof... Tidak ada denda lain untuk saya? Asyik kena susun buku je." rungut Wilda.

"Kamu mahu bersihkan semua longkang dalam akademi ni?"

"Saya pergi susun buku sekarang!"

Wilda terus menghilangkan diri di sebalik rak buku. Buku yang bertimbun yang tidak disimpan dengan betul diambil. Dia mengasingkan setiap buku mengikut kategori masing-masing. Kemudian, menyusun di rak kategori berkenan. Dia mengangkat sejumlah buku sejarah untuk disimpan kembali pada rak. Satu-persatu buku disusun dengan kemas.

Dia terpandang satu buku yang nampak tersorok di hujung rak. Ia kelihatan seperti tiada orang menyentuh buku tersebut kerana habuk yang semakin menebal. The Secret of Heroic Knight. Itulah tajuk yang terdapat di kulit buku tersebut. Rahsia? Disebabkan perasaan ingin tahu yang menggunung dalam diri untuk mengetahui kandungan buku tersebut, Wilda menarik buku tersebut.

"Arghh!!!"

Kedebush!

Kepala yang sakit digosok perlahan apabila tiba-tiba sahaja rak buku itu terbuka dari dalam. Dia bangun dari jatuh. Habuk yang terlekat pada baju dan seluar ditepuk untuk menghilangkannya. Dia memerhati tempat yang telah membawa ke sini. Hanya satu lorong yang diterangi cahaya yang berada di dalam bekas kaca yang terapung di udara.

"Tempat apa ni? Ada laluan rahsia ada di sini," katanya seorang diri.
Dengan keberanian yang ada, dia mengikuti lorong tersebut. Semakin lama semakin jauh dia berjalan. Sekali-sekala dia berhenti kerana penat berjalan yang berliku dan bertangga sehinggalah dia menemui jalan mati.

"Jalan mati? Sia-sia saja aku berjalan jauh tapi jumpa jalan mati. Menyusahkan!" bebel Wilda. Dia menyandarkan badannya pada dinding sekadar mahu berehat sebentar.

Krek!

Buk!

Wilda jatuh terlentang ke belakang apabila dinding yang dijadikan tempat bersandar bergerak. Dia mengerutkan dahi sambil menutup mata apabila terasa sakit di bahagian belakang. Saat dia buka mata, sepuluh orang mengelilingi. Dua daripadanya seorang kanak-kanak dan seorang memakai kerudung dan penutup mulut, matanya sahaja yang kelihatan.

"ZEN, kamu sudah kemaskan barang kamu?" tanya Annabella.

"Perlu ke kita pergi?" tanya Zen. Dia agak sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat di mana dia membesar.

"Perlu... Saya tidak boleh harapkan kamu tinggal di sini lagi. Di sini sudah tidak selamat. Konco-konco Gorm bila-bila masa akan serbu tempat ini untuk menangkap kamu. Saya tidak boleh melindungi kamu setiap saat," balas Annabella.

"Kalau Zen ikut Kak Anna, boleh?" pinta Zen dengan membulatkan matanya.

"Tak boleh! Ianya sangat berbahaya," tegas Annabella. Dia tidak akan termakan wajah comel Zen.

"Tapi... Zen tak kenal sesiapa di sana. Zen takut." Zen bagi alasan kukuh.

"Abang Eidan ada," sampuk Eidan.

"Sudah tidak ada masalah untuk Zen tinggal di sana."

Annabella keluar bilik Zen dan menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba, satu cahaya putih di udara muncul.
Eidan hanya memerhati sahaja tingkah laku Annabella. Dia tahu cahaya putih itu adalah portal untuk merentas ke mana-mana tempat dengan cepat tanpa menggunakan medan magik teleportasi. Setahunya, Majlis Perwakilan saja yang boleh menggunakan portal itu tapi bagaimana Annabella dapat menggunakannya? Itu salah satu kuasanya?

"Tidak... Ini kelebihan aku. Zen juga sama," balas Annabella. Dia dapat membaca fikiran Eidan.

"Apa maksud kau?" tanya Eidan.

"Kelebihan aku dan Zen adalah membuka portal dan mengklonkan diri. Sembilan Heroic Knight yang pertama ada kelebihan masing-masing. Kelebihan Dragwellestyn adalah kekuatan. Ralynne pula mampu membina ilusi. Wyslicenus mempunyai penglihatan yang tajam. Kelebihan Dainelan pula adalah kepantasannya. Neliant pula mempunyai pendengaran yang tajam. Sellavian, Frielan bijak mestilah kelebihan dia adalah kebijaksaan. Dalylla, mungkin kecantikan. Fryswellendine dan Wallenstein, adik beradik. Mereka memiliki dua kelebihan."

"Banyak betul kau tahu."

"Lebih dari yang kau jangka."

"Kenapa kau tukar fikiran?"

"Itu rancangan sebenar aku. Jadi, aku tidak boleh meninggalkan Zen seorang diri lagi. Dia perlu dijaga dan diperhatikan. Tidak ada masalah untuk kau jaga dia, kan?" kata Annabella.

"Aku sudah janji akan menunaikan segala permintaan kau dan mengikut apa sahaja yang kau cakap," balas Eidan senang hati.

"Bagus! Kau pegang pada janji. Zen, keluar sekarang!"

Zen keluar dengan muka tidak rela bersama beg pakaiannya. Sedih mahu meninggalkan rumah. Dia perlu akur untuk keselamatannya juga. Mereka bertiga sudah bersedia untuk ke destinasi yang dituju. Langkah diatur memasuki ke dalam cahaya putih itu. Hanya berapa saat sahaja mereka sudah muncul di tempat latihan Heroic Knight. Annabella sudah melindungi wajahnya dengan kerudung dan penutup mulut biarpun dia sudah dikenali oleh mereka semua.

Hariel dan Haziel yang sedang berlatih pedang terkebil-kebil melihat tiga orang tetamu yang tidak diundang yang muncul dengan tiba-tiba. Mata mereka digosok perlahan. Barulah menyedari yang Heroic Knight Pertama sudah kembali.

"Hei, Eidan dah kembali!" jerit Haziel. Dia mendapatkan Eidan.

"Mana kau pergi, hah? Ayahanda kau sudah mengerahkan askar mencari kau."

"Pergi makan angin," balas Eidan.

"Bercuti tak ajak aku! Apa punya kawanlah kau ni! Err... Anna ke?" bisik Hariel kepada Eidan. Dia melihat seorang berkerudung dan menutup mulutnya. Hanya mata sahaja yang kelihatan.

Eidan mengangguk.

"Oh, Eidan! Kau kembali bersama Anna," sapa Karyle. Dia terdengar jeritan Haziel tadi.

Semua orang menegur Eidan. Hanya Frielan sahaja yang berdiam diri sambil mencatat sesuatu dalam Ipadnya. Clara pula tidak memberi reaksi apa-apa kerana tidak suka dengan kehadiran Annabella.

"Err... Anna, kau marah kami lagi?" tanya Serena yang agak teragak-agak.

Annabella tidak menjawab pertanyaan Serena. Dia melangkah masuk ke dalam kediaman Heroic Knight dan menuju ke ruang tamu. Dia meraba-raba dinding yang kosong. Kelakuannya diperhatikan oleh orang yang berada di situ. Apabila sudah jumpa, barulah dia menekan bata. Dinding tersebut terbuka dengan sendiri.

Buk!

Seorang gadis berambut merah jatuh terlentang ke belakang dan mengadu kesakitan. Semua orang yang berada di situ mengelilingi gadis itu.

"Awak rupanya," ujar Karyle yang mengenali Wilda.

"Kekasih kau ke, Karyle?" tanya Freya sambil menyiku Karyle.

"Saya bukan kekasih dia!" balas Wilda dengan geram. Dia sudah bangun berdiri. Dia tidak suka berada di kalangan Heroic Knight. Baginya, Heroic Knight adalah pembunuh kawannya.

"Kamu comel." Hariel dan Haziel mula memainkan peranan sebagai pencinta wanita.

"Don't touch me!" marah Wilda.

"Garangnya..." kata Haziel.

"Macam mana awak boleh berada di sini?" tanya Karyle bersama senyuman.

"Saya mahu mengambil sebuah buku. Apabila saya tarik, ia buat saya masuk ke satu lorong. Saya ikut sajalah. Tidak sangka pula ia bersambung ke sini," terang Wilda.

"Entah-entah mahu mengintip." Clara bersuara.

Wilda sudah ketap gigi geram.

"She's not a liar. There's a way to get here in library," balas Annabella. Dia telah melihat memori gadis berambut merah. Entah kenapa dia dapat rasakan dia mengenali gadis itu.
Wilda memerhati gadis misteri itu. Kenapa dia rasa seperti mengenali gadis berkerudung itu?

"Saya pergi dulu," kata Wilda. Dia terus meluru keluar dari situ kerana tidak betah mengadap muka Heroic Knight.

"So, Anna... What bring you here?" tanya Karyle.

"Kenapa? Aku dilarang untuk datang ke sini? Oh, Clara... Aku tahu apa yang kau fikirkan. Niat aku ke sini hanya mahu menghantar orang yang sudah menyusahkan aku selama tiga minggu bukan mahu menuntut semula kedudukan Heroic Knight Keempat tu. Aku tidak kisah."
Annabella bersuara apabila melihat wajah tidak suka Clara.
Eidan pula yang sakit hati mendengar kata-kata Annabella walaupun ucapan itu dituju kepada Clara.

"You want to gain my forgiveness?" tawar Annbella.

"Not so fast. This kid... Aku mahu kau jaga dia dengan sebaik mungkin. Jika berlaku apa-apa padanya, bersiap-sedia bertarung dengan aku."

Kalau bukan nasihat Andrew, dia tidak akan menjejakkan kaki di sini. Dia melakukannya setelah diberi amaran dengan balasan kepalanya diketuk oleh Andrew. Dia akui kata-kata Andrew ada betulnya. Kalau peristiwa itu tidak berlaku, dia tidak akan jadi seperti sekarang. Mereka juga tidak akan tahu yang mereka sebenarnya adik-beradik. Jika dia diselamatkan dan salah satu Heroic Knight mungkin akan terkorban, dia akan menanggung penyesalan seumur hidup.

"No problem! Serahkannya kepada kami! Kami akan menjaganya dengan sebaik mungkin," balas Hariel dan Haziel serentak.

"You can count on us," balas Freya dan Serena.

DIA bermain dengan jarinya kerana terasa kekok dengan situasi tersebut ditambah lagi dia tidak biasa dengan semua orang di sini. Pipinya sudah bertukar merah kerana dicubit oleh si kembar. Dia mahu mengikuti Annabella tetapi gadis itu tidak benarkan dirinya terlibat dalam apa-apa masalah.

"Nama kamu apa?" tanya Karyle yang memecah kesunyian.

"N-nama saya... Zen," balasnya agak tergagap.

"It's okay. Jangan takut. Kami semua akan jaga kamu," ujar Karyle bersama senyuman.

"Haah! Tidak perlu takut. Kami semua baik!" balas Freya.

"Mulai sekarang Zen tinggal dengan kami. Kamu boleh belajar dengan kami banyak perkara," kata Hariel dan Haziel dengan bersemangat.

"Tapi... Kamu ni anak Anna ke?" tanya Hariel dengan ingin tahu.

"Kau ni... Logiklah sikit! Anna menghilang tiga tahun mana mungkin dia mempunyai anak umur lapan tahun," bidas Serena.

"Oo... Jadi, kamu ni siapa? Adik dia ke?"

"Saya..."

"Zen, kamu boleh berehat dalam bilik abang. Pergilah," celah Eidan.
Zen menurut kata-kata Eidan. Dia masuk ke dalam bilik Eidan yang telah ditunjukkan tadi.

"Boleh kau bagitahu kami?" tanya Karyle.

"Dia bukan lagi Anna yang kita kenal dulu. Dia sudah banyak berubah. Annabella Valiant yang kita kenal sudah mati. Sekarang ini, Annabella Dreselle de la Fryswellendine," bagitahu Eidan.

"Apa!!!" Kebanyakkan orang menjerit kerana terkejut kecuali Karyle dan Frielan yang sudah meneka hal ini.

"Kita tidak boleh pandang rendah pada dia lagi. She the heir of The Unsleeping Dragon. Her power is no joke. Aku sudah melihat sendiri kuasanya. But, I can't figure out what power she have. She have too many auras. She incredible powerful. Peristiwa tiga tahun lalu telah membangkitkan dirinya yang sebenar. She is reborn with power."

"As expected from bloodline of Fryswellendine and Dalylla," ujar Frielan perlahan.

"I see... Jadi, siapa Zen sebenarnya?" tanya Karyle.

"Zen yang telah menyelamatkan Anna dari badannya dihanyut oleh air sungai. Dia juga yang telah menjaga Anna dan menyembuhkan luka pada badan Anna sehingga sembuh sampai Anna sedarkan diri."

"Tak payah tipulah... Budak lima tahun pada masa tu jaga Anna," celah Hariel.

"It's not impossible. His real name is Zennith de la Wallenstein. The last heir of Drakons."

Sekali lagi mereka menjerit 'apa' kerana terkejut kecuali Karyle dan Frielan. Mereka berdua hanya menunjukkan reaksi tenang.

"Aku sendiri lihat bagaimana budak lapan tahun tu tundukkan Drakons," ujar Eidan.

"Biar betul kau ni..." sampuk Haziel.

"Buat apa aku cakap kalau aku menipu? Zen, keturunan terakhir Wallenstein. Ibu bapanya sendiri dibunuh Drakons. Walaupun dia hanya seorang kanak-kanak, kita tidak boleh memandang rendah padanya. Kekuatannya sangat hebat. Dia dilatih oleh Anna sendiri. Disebabkan itu, Zen sudah mencapai Killer Instinct tahap kedua," balas Eidan.

"Kalau Zen dilatih sendiri oleh Anna, memang tidak hairan Zen boleh jadi kuat. Sebab ayah Anna, Andrea merupakan seorang General Kesatria Agung Diraja Sylvania yang hebat." Frielan bersuara.

"Kejap, kejap... Makin pelik! Anna tu adik kepada Lord Andrew keturunan Fryswellendine dan Dalylla, ayah mereka Andrea, ibu dorang Puteri Alyana. Jadi, mereka tu..." kata Hariel.

"Apa lagi? Itu pun kau tidak boleh berfikir," bidas Serena.

"Aku cuma mahu buat rumusan."

"Baiklah, semua... Kamu boleh buat kerja masing-masing. Our first ranker need some rest. Eidan, kamu patut kembali ke Astland terlebih," bagitahu Karyle.

"Yeah, I know..."

Continue Reading

You'll Also Like

1M 68K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
321K 1.9K 6
QUEEN OF MAFIA WORLD •Mafia|Love|Romance|TeenFiction *PERHATIAN* -CERITA INI TELAH DIJADIKAN EBOOK. BOLEH PERGI KE IG @the_sweetylollipop UNTUK DAPAT...
60.8K 6.7K 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak per...
8K 853 12
"𝐵𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑐𝑖 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑝𝑎𝑑𝑎ℎ𝑎𝑙 𝑖𝑎 𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑚𝑢, 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑝𝑢𝑙𝑎 𝑘...