0.1 | M I K A S Y A

By seketulshie

951K 52.5K 4.1K

Mikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau li... More

mikasya series pertama
d u a
t i g a
e m p a t
l i m a
e n a m
t u j u h
l a p a n
s e m b i l a n
s e p u l u h
s a t u b e l a s
d u a b e l a s
t i g a b e l a s
e m p a t b e l a s
l i m a b e l a s
e n a m b e l a s
t u j u h b e l a s
l a p a n b e l a s
s e m b i l a n b e l a s
d u a p u l u h
d u a s a t u
d u a d u a
d u a t i g a
d u a e m p a t
d u a l i m a
d u a e n a m
d u a t u j u h
d u a l a p a n
d u a s e m b i l a n
t i g a p u l u h
t i g a s a t u
t i g a d u a
t i g a t i g a
t i g a e m p a t
[R] : Pesanan Terakhir
t i g a l i m a
[R] : Dina's Journey
t i g a e n a m
[R] : Hai, Encik Imam
t i g a t u j u h
[R] Super Mama
t i g a l a p a n
t i g a s e m b i l a n
e m p a t p u l u h
e m p a t s a t u
I M P O R T A N T
GOOD NEWS | HIATUS
e m p a t d u a
e m p a t t i g a
NOTE FOR YOU
e m p a t e m p a t
empat lima
e m p a t e n a m
e m p a t t u j u h
e m p a t l a p a n
e m p a t s e m b i l a n
l i m a p u l u h

s a t u

46.9K 2K 64
By seketulshie










Biar lena aku,
bermimpikan bahagia.






" Mikael... "

Tangan kanan diletakkan di atas bahunya. Dia melepaskan keluhan, seraya merenung Mikael yang sedang menatap batu nisan yang masih baru itu.

" Dah hampir dua bulan, sampai bila kau nak duduk sini dan meratap pemergian dia? "

" Kau.. Tak akan faham. "

Bibirnya melepaskan keluhan. Seluar jeans hitamnya diangkat sedikit lalu dia duduk di atas tikar mengkuang iaitu bersebelahan dengan Mikael. Dia melihat wajah sisi Mikael yang sedang menatap batu nisan sedari tadi. Telefonnya terasa bagai nak dihempas gara gara geram dengan rakannya yang tidak mahu menjawab panggilan yang berpuluh puluh itu. Hampir satu sekolah dicarinya dari pagi sehingga ke waktu rehat, namun dalam banyak banyak tempat tanah kubur juga yang menjadi pilihannya itu?

" Kau tak akan faham.. Bila perempuan yang paling kau cintai, yang kau paling nak jaga akhirnya hancur dalam tangan kawan baik kau sendiri." Suasana yang sepi dipecahkan oleh suara Mikael yang serak gara gara menangis tadi. Dia dan Mikael sama sama menaburkan bunga berwarna merah jambu di atas tanah kubur ini.

" Kau tak akan faham macam mana rasa sakitnya bila kawan baik kau sendiri bergelak tawa atas perbuatan yang dia buat pada perempuan yang kau cintai-- Cara dia seolah olah dia tengah lakukan perkara yang betul."

Dia melihat tangan Mikael yang mengenggam penumbuk itu.

" Dan kau tak akan faham, macam mana dendamnya aku pada Adam."

Kepala Mikael yang ditundukkan tadi sedikit terangkat dan menoleh ke kiri. Air liur ditelan kelat, gara gara menyaksikan pandangan mata yang tajam menghelang ini. Iris mata Mikael yang hitam membulat itu seakan menunjukkan dendam yang semakin membara di dalam hatinya.

" Arash Mikael.. " Panggil dia dengan lembut. Matanya menatap susuk tubuh Mikael yang telah bangun itu.

" Jangan buat kerja bodoh--aku merayu, jangan biarkan dendam menguasai diri kau sendiri.."

" Aku merayu.." Matanya jatuh pada batu nisan yang berwarna putih itu. Terus dirinya diselubungi dengan rasa sebak.

MATA Adam melurus ke hadapan, melihat susuk tubuh Mikael yang berada di luar kedai ini. Mikael yang memeluk tubuh dan menatap tajam ke arahnya dari tadi menimbulkan rasa hairan di dalam dirinya. Adam tahu apa tujuan Mikael mencari dirinya, namun apa yang dia lebih risaukan apabila dia melihat mata Mikael yang jatuh pada adik perempuannya yang sedang makan ini.

" Sedap, sayang? " Bibirnya menguturkan soalan. Tangannya mengusap perlahan kepala Qisya Humaira yang baru sahaja berusia 15 tahun, yang muda dua tahun sahaja daripadanya.

Tenang sahaja wajahnya apabila melihat sisi adiknya ; Humaira yang sedang menikmat mi kari yang popular di kedai ini. Kepala melurus ke hadapan dan matanya masih menangkap mata Mikael yang memerhati setiap tingkah laku adiknya. Bibir Mikael yang tiba tiba sahaja mengukirkan senyuman, membuatkan dia berasa tidak selesa.

Kerana dia, mengetahui maksud di sebalik senyuman itu.

" Humaira.. " Pandangannya jatuh kembali pada adiknya yang senang leka dengan makanannya itu. Kepala Humaira diusap lembut, menyalurkan kasih sayang daripada seorang abang.

Humaira, adik perempuan yang paling di sayangi. Walaupun semua ahli keluarga memulaukan dirinya kerana percaya dengan ' nasib malang ' yang dia bawa, namun nama Humaira tetap utuh di hatinya. Kasih sayang dia pada Humaira tiada bandingnya, dan melebihi segala galanya.

" Abang..? " Lamunannya terhenti. Adam mengukirkan senyuman yang paling manis buat dirinya. Beberapa not duit diletakkan di tepi pinggan sebelum sisi kepala Humaira diciumnya.

" Abang nak jumpa kawan abang dekat luar sekejap.. " Matanya lama menatap Humaira. Seakan ini adalah kali terakhir dia dapat melihat adik kesayangannya ini.

" Abang... " Dia berdiri. Melihat Humaira yang turut menatapnya.

" Sayang adik. Dunia, akhirat.. "

Dahi adiknya dicium dengan penuh syahdu. Membiarkan pandangan orang ramai yang menonton perlakuannya ini. Dan wajah Humaira detik ini, akan sentiasa menjadi gambaran dalam rakaman mindannya.



MATANYA mengalirkan darah yang banyak apabila menerima tumbukan padu daripada Mikael ini. Bibirnya pecah, dan hidungnya turut mengalirkan darah yang agak banyak. Kali ini, perutnya pula yang menjadi sasaran tumbukan Mikael.

Kakinya sedikit demi sedikit ke belakang. Badannya disandarkan pada pokok tua yang kebetulan ada berdekatan dengan tempat mereka. Dengan matanya yang tertutup sebelah, kepalanya naik dan menatap wajah Mikael yang membengis itu.

" Sekurang kurangnya aku puas.. Aku puas bila akhirnya nama aku yang keluar dari mulut dia--" Adam tertawa kecil. Mindanya bermain tentang kejadian di malam hari yang di mana dia meragut segala galanya yang pada pada gadis itu.

Gadis yang sama sama dicintai oleh mereka.

" Sebab aku benci... Bila nama kau yang sentiasa keluar dari mulut dia.."

Matanya tajam menatap wajah Mikael ini. Tanpa banyak bicara, Mikael menumbuk lagi bahagian wajah dan perutnya. Namun tindakan pantas Adam, telah menyepak bahagian belakang kaki Mikael, lalu memusingkan badan Mikael dan menghimpitnya ke pokok tersebut. Tangannya mengunci segala kaki dan tangan Mikael menggunakan segala kemahiran yang dia belajar satu masa dahulu.

Kepala Mikael ditekan kuat pada pokok tersebut.

" Aku benci bila dia hanya memikirkan soal kau dan langsung tak nak hiraukan aku yang cintakan dia sepenuh mati! " Adam menjerit. Matanya hitam membulat. Sama sama menunjukkan dendam yang membara di dalam diri mereka.

" Lelaki bangsat macam kau--tak layak untuk dapat perempuan baik macam dia lah sial! " Mikael meronta, lalu menghentak kaki Adam menggunakan lututnya. Adam terjatuh dan pada masa itu Mikael menendang bahagian dagunya sehingga membuatkan Adam jatuh pada jalan tar ini.

Adam tertawa kuat. Darah sudah banyak membasahi kepala dan wajahnya. Dadanya dipijak oleh kaki Mikael.

" Aku! " Adam mengeluarkan suaranya yang mulai serak itu.

" Bukan! Perempuan tuh yang buta! "

Matanya tajam melihat Mikael yang berada di atasnya ini.

" Dia buta dengan cinta dan janji palsu yang engkau buat pada dia. Dan aku paling benci--bila aku nampak air mata dia mengalir hanya gara gara kau! Aku! Aku yang selalu ada untuk dia bila dia bersedih. Aku yang selalu ada bila dia ada masalah. Aku yang selalu ada dengan dia bila dia ditimpa kecelakaan."

" Dan mana kau pada waktu tuh? Kau bersuka ria dengan perempuan lain! "

" Kau tak pernah ada di sisi dia. Aku yang selalu ada untuk dengar semua luahan dia! Tapi kenapa nama kau jugak yang meniti di bibir dia? "

" TAPI KAU ROGOL DIA LAH SIAL! "

" Sebab aku nak dia sedar siapa yang lebih cintakan dia waktu itu ! "

Jeritnya kuat berselangkan kesakitan yang dia alami pada bahagian perutnya gara gara disepak kuat oleh Mikael. Bibirnya mengeluarkan darah dengan membuak buak. Mikael nampaknya sedang menunjukkan dendamnya yang betul betul membara itu.

" Kau rogol dia, Adam. Kau hancurkan masa depan dia sebagai seorang perempuan. Kau buatkan dia bunuh diri, Adam! Kau penyebab kematian dia! Dan kau masih anggap aku sebagai lelaki bangsat? "

Matanya tajam menikam. Mikael menunduk, mencengkam rahang Adam bagi menatap wajahnya itu.

" Aku, lelaki bangsat? " Mikael mengangguk angguk. Dia menoleh ke kiri, lebih tepat melihat seorang perempuan kecil di seberang sana yang telah menjatuhkan ais krimnya dengan tidak sengaja.

" ABANG ! " Humaira menjerit kuat.

" Kau tahu apa yang paling sakit? " Mikael menuturkan soalan. Tanpa sedar, tangan kanannya mengeluarkan pisau lipat dari kocek belakangnya.

Adam tidak mampu bersuara kerana dia betul betul sedang lemah gara gara kehilangan darah yang teramat banyak. Dia hanya menatap sahaja bayangan Humaira yang sedang menangis lalu berlari ke arah mereka. Kepala mengeleng, tidak mahu membiarkan adiknya mendekati mereka. Namun suaranya terasa disekat, tak mampu dikeluarkan walau sebutir kata sekali pun.

" Bila kau kehilangan orang yang kau paling sayang... " Mikael menghentikan kata katanya. Dia tersenyum sinis, melihat gadis kecil yang sedamg berlari ini.

" Mati di hadapan kau! "

Dan waktu itu, pisau lipat ditikam tepat pada perutnya.

" HUMAIRA ! " Adam menjerit kuat!Badan Adam sedikit terangkat sebelum dia kembali terhentak pada jalan tar ini. Kepalanya terteleng ke kiri.

Adam menatap susuk tubuh Humaira yang sedang bergolek di atas jalan tar gara gara dilanggar oleh kereta berwarna hitam itu. Tangan adam yang memegang pisau yang berada di perutnya itu akhirnya jatuh ke tanah.

Air matanya lelakinya jatuh bersama darah yang mengalir di kepalanya itu.

Mikael.

Dia melihat susuk tubuh Mikael yang menaiki kereta yang sama, sebelum matanya tertutup.

" Humaira... "

Itu kata kata terakhirnya..






________________________________________________________________


Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
623K 22K 41
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
1.6M 61.6K 73
[LIT ROMANCE BOOK FLAMEAWARDS] 『❁ Apa kau rasa bila sedar sahaja kau berada di tempat lain? Kemudian, lelaki di hadapan kau tersenyum sambil meminta...
1M 40.3K 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...