THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 46: Godaan

1.3K 98 0
By Alexna_Syufa

SYAH termenung panjang.Dia kemudiannya meraup wajah.Otaknya cuba untuk menafikan apa yang dilihatnya tadi namun,..hatinya meronta-ronta menyuruhnya percaya!

Dia mulai mengurut-urut dahinya yang terasa pening.Pandangannya masih dilontarkan ke luar tingkap.Kosong.Yang ada hanyalah air hujan dan emas permata di luar sana.

Bukk!

Syah tersentak.Tiba-tiba dia dapat merasakan seseorang sedang memeluk erat dirinya dari arah belakang.Malang sekali apabila,kecederaannya membataskan pergerakannya untuk menoleh.

"I..Iryan?" Soal Syah,inginkan kepastian.

Senyap.Tiada balasan.Namun,pelukan itu terasa semakin diperketatkan.Syah mendegus geram.

"Iryan..Janganlah peluk saya macam ni.Lemaslah.Lagipun awak buat saya sakit.." Rengeknya,menahan pedih.

Senyap.Orang yang sedang memeluk dirinya tika ini,masih tetap berdiam diri.

Rasa tak senang hati mulai terbit di hati Syah.Selalunya,kalau Iryan yang peluk dia,mulut 'budak' tu akan berceloteh tak henti-henti macam bertih jagung.Tapi sekarang ni,diam je! Kalau bukan Iryan yang peluk dia sekarang ni,habistu siapa pulak?

Di dalam Syah buntu memikirkan siapa,tiba-tiba kedengaran satu suara mengoda membalas.

"Hmm...Syah...Ni beta,bukannya Iryan."

Mendengarkan suara Lady Autumn yang membalas,Syah jadi terkedu.Dia cuba untuk merungkaikan pelukan itu namun gagal.Dasyat betul kekuatan perempuan nih..😑

"Syah...Kenapa sayang? Kenapa kalut semacam ni? Beta ni menakutkan ke? Ataupun..kamu tak sukakan beta?" Soal Lady Autumn a.k.a Vine yang sedang menyamar itu.

Pelukannya di pinggang Syah semakin diperketatkan.Dadanya bertemu dengan belakang Syah.

Syah semakin terkedu di saat sesuatu yang lembut mengenai belakangnya.Dia jadi gelabah,tak tentu hala.Dia cuba untuk melepaskan diri,namun sekali lagi gagal.

"Hei perempuan! Lepaskan akulah! Kau tau tak sakit?!" Hambur Syah,penuh amarah.Dia meronta-ronta keras.

"Hahaha!"

Hamburan Syah dibalas dengan ketawa lucu.Kini,Vine sudah merayapkan tangannya di seluruh badan lelaki ini.

"Syah..Sakit? Mahu beta rawatkan?" Soal Vine,bernada manja.Kepalanya perlahan-lahan diletokkan di belakang badan Syah.

Syah mendegus geram.Dia meraup kasar rambutnya.

"Heh.Pandai ke kau merawat? Aku rasa,apa-apa pun kau tak pandai buat.Betul man?" Sindirnya,pedas.

Vine tersengih.Pinggang Syah masih tak dilepasnya.Dia langsung tak terasa hati dengan kata-kata Syah tu,malah nafsu jahatnya kian memuncak.

"Hei..Kenapa kata begitu? Beta tahu sahaja merawat orang. Mahu beta tunjukkan?" Duga Vine bersama senyuman nakal yang semestinya Syah tak nampak.

"Huh.Cakap je lebih.Aku langsung tak percaya." Kutuk Syah lagi.Dia tersengih sinis.

Vine pulak dah rasa tercabar.

"Baiklah.Kamu sendiri yang meminta.Beta akan tunjukkan...macam mana...cara beta merawat.." Bisiknya satu persatu.

Gedebukkk!

Vine pantas menolak tubuh lelaki itu ke atas katil.Dia tersengih manja.

Syah pula agak tersentak,bercampur rasa terkejut yang teramat.Dia bagaikan terpaku sekejap diatas katil.

Baru saja Syah ingin melarikan diri,tiba-tiba muncul satu lingkaran hitam yang menjerut kuat lehernya.Dia seekan-ekan ditambat seperti seekor binatang.

Syah akhirnya mulai meronta-ronta kasar,cuba untuk melepaskan diri dari jerutan itu.

Namun,semakin dia meronta,semakin kuat pula jerutan itu jadinya! Dan..dia tak boleh nak bersuara! Cis! Tak guna! Mesti ni adalah Sihir Ketaatan!

Hati Syah membentak geram.Wajahnya memerah menahan rasa.Lady Autumn a.k.a Vine itu dipandangnya, tajam sekali.

"Syah sayang..." Panggil Vine,mengoda.Dengan kaki yang melangkah perlahan ke arah lelaki itu,satu persatu butang bajunya dibuka.

Baju ala-ala princess itu pantas di tanggalkan lalu dibuang ke tepi.Hanya baju tidur satin sahaja yang menutupi tubuhnya kini.

Syah pula sudah mengalihkan pandangannya ke arah lain.Dia menutup matanya serapat mungkin.Imannya mulai terusik.Dia takut.Takut seandainya dia tak boleh menahan dirinya dari...

...melakukan dosa ini.

••••••••••••••••••••••••∆•••••••••••••••••••••


SYAWAL teresak-esak menangis,mengigit kukunya sendiri.Celahan antara katil menjadi tempat persembunyiannya dari dijumpai sesiapa.Tabiat merajuknya masih sukar dibuang.

Merajuk! Ya,dia nak merajuk dengan Syah.Di dalam hati,dia mengutuk Syah sebanyak mungkin.Syah jahat! Kedekut! Gila kuasa! Suka marah-marah orang!

Namun...semakin banyak dia mengutuk,semakin sakit hatinya pula.Ya.Dia sakit hati dengan dirinya sendiri.

Sakit hati kerana mengutuk orang yang telah menyelamatkan nyawanya dua hari lepas.

"Syawal?" Tegur satu suara dari atas katil.Suara Iryan.

Syawal terkedu.Air matanya pantas diseka.

"Aa..a...Ya?" Sahutnya tanpa menoleh.Tiba-tiba dia dapat merasakan tengkuk dipeluk dari arah belakang.

"Yeayhhh! Kenapa awak ada dekat sini? Puas saya cari awak tadi tau! Awak main nyorok-nyorok tak ajak saya sekali eh?" Ucap Iryan,manja.Dia sengaja meletakkan dagunya di belakang Syawal dalam posisi memeluk.

"Er..aa..umm.."

Lidah Syawal tiba-tiba terasa kelu.Dia kematian kata-kata.

"Hmm..Syawal? Awak ada nampak Syah tak? Saya nak ajak dia main teka-teki... Dah dua hari dia tak keluar bilik..Bosanlahh.." Rengek Iryan,manja.Rambut pendek Syawal digulungnya dengan hujung jari.

Syawal serta-merta mencebik geram.

Syah... Dia masih lagi merajuk dengan lelaki tu!

"Oh.Syah? Dia ada dalam bilik dia.Pergilah.Saya nak duduk sini." Rajuknya,sambil memeluk lutut.Wajah yanv masam ditayangkan.

"Alaaaa..."

Iryan terus saja melepaskan pelukannya sebentar tadi.Dia bergolek-golek diatas katil,kebosanan.Wajahnya tersembam diatas katil.

"Syawal kena ikut jugak! Ikut jugak! Saya tak kira! Tak kiraa!" Rengek Iryan lagi dengan wajah yang tersembam.

Katil itu dipukul-pukulnya berulang kali.Dia meronta-ronta dan merengek macam budak kecik.

Syawal pantas menekup telinga,pura-pura tak dengar.

"Syawal! Ikutlah saya! Ikutlaaa.." Rengek Iryan lagi,hampir-hampir nak menangis.

Syawal masih tak mengendahkan.

"Diamlah Iryan! Awak ni bisinglah! Pergilah sorang-sorang! Nak takut apa? Syah tu cuma makan nasi je,bukannya orang.Tapi.. tak taulah pulak saya kalau Syah tu tiba-tiba lapar sangat ke sampai nak makan awak? Iyelah kan.Dah tiga hari dia tak makan.Daging Iryan pun sedap jugak." Usik Syawal,nakal.

Iryan pantas mengangkat wajahnya.Matanya berkaca-kaca.Nampaknya, 'budak' ni akan menangis tak lama lagi.

"Waaaa! Awak kejamlah Syawal! Awak jahat! Awak sengajakan nak buat saya takut? Kalau tak nak teman pun,cakaplah baik-baik.Waaa! Awak jahat!" Raung Iryan,nyaring.Belakang Syawal dipukulnya berulang kali.

Syawal sekali lagi mengendahkan.Dia menekup kedua-dua belah telinga sambil ketawa lucu.

"Hei...Syawal? Iryan? Apa kecoh-kecoh ni?" Soal Fellex yang baru tiba bersama Zinnt di sebelahnya.

Iryan masih lagi meraung.

"Fellex! Zinnt! Tengok Syawal ni! Dia..dia kata Syah lapar sangat sampai nak makan saya...Waaa! Syawal jahaat!" Adu Iryan dengan jari yang ditundingkan ke arah Syawal.Air mata membanjiri pipi gebunya.

Perhatian Fellex dan Zinnt kini sepenuhnya tertumpu kepada Syawal yang sedang menekup telinga.Mereka berdua mengangkat kening,seekan-ekan bertanya apa yang sedang terjadi.

Syawal hanya menyengih dan tunjuk muka tak bersalah.Hehehe... Seronok kacau 'budak kecik' ni sebenarnya.

Fellex yang malas nak ambik tahu,hanya tegak berdiri sambil menutupi telinga panjangnya.

Manakala Zinnt yang penyayang pula,pantas meluru kearah Iryan.

"Alolololo...Keciannya Iryan..Meh sini.."

Zinnt perlahan-lahan menarik Iryan ke dalam pelukannya.Belakang Archer ini ditepuk penuh kasih.Tangisan Iryan semakin lama semakin reda.

Fellex pulak sudah mengatur langkah ke arah mereka.Pipi Syawal pantas dicubitnya seperti getah elastik.Di bibirnya terukir sebuah senyuman tak bersalah.

"Yeayhh! Dapat cubit!" Fellex bersorak riang.Seperti biasa,..muka tak bersalah ditayangkan.

"Adodoi! Sakitlah Fellex! Lepaskanlah pipi saya ni!"

"Hahaha! Cubit! Cubit! Cubit!"

Tanpa mengendahkan pergaduhan kecil diantara Syawal dan Fellex itu,Zinnt pantas memujuk lembut Iryan yang masih tersendu-sendu menangis.

"Iryan..Dengar sini.Syah tak makan orang,okey? Dia tu bukannya raksasa.Syawal ni yang sengaja usik awak je."

"B..betul ni?" Soal Iryan semula.Dia kelihatan innocent dan comel sekali.

"Betullah.Takkanlah saya nak tipu kut?" Balas Zinnt kembali berserta ketawa lucu.Pelukan dilepaskan.

"O..okey..Kalau macam tu,..boleh tak temankan saya ke bilik Syah?"

Zinnt hanya mengangguk.Kepala Iryan diusap.

"Boleh.Apa salahnya?"

••••••••••••••••••••••••∆•••••••••••••••••••••

"ARGHHH! Lepaskan akulah! Lepaskan!" Jerit Syah,nyaring.Dia meronta-ronta kasar.Semakin lama,terasa jerutan di lehernya semakin ketat dan kuat.

Arghh! Dia kesah apa pasal jerutan ni?! Asalkan dia terlepas! Itu yang penting!

"Syah...Janganlah macam ni..Nanti kamu mati macam mana? Lagipun,tak boleh ke kamu diam dan ikut 'rentak' permainan beta?" Ucap Vine,pura-pura prihatin.Pipi Syah mulai dikucup lembut.

"Arghhh! Kesah apa aku?! Aku lebih sanggup mati dari di nodai oleh kaulah,setan! Mati hidup balik pun aku taknak kau!" Jerit Syah lagi bersama rontaan kasar.

Vine agak tersentak.Wajah Syah dipandangnya dengan pandangan maut.Sepantas kilat,pipi Syah dicengkam kasar.Matanya tiba-tiba bertukar menjadi merah menyala.

"Kau..! Cuba kau ulang balik kata-kata kau tadi...?" Ucap Vine,menyinga.Dia berang dipanggil 'setan'.

Syah hanya tersengih.Wajah Vine ditatapnya tanpa rasa gentar.Nampaknya, 'harimau' sudah mulai menunjukkan belangnya.

"Aku ada cakap apa-apa ke tadi? Rasanya tak ada kan?" Provok Syah,sengaja ingin menyakitkan hati Vine.

Senyap.Suasana tegang terhasil.Mereka berdua saling bertatapan semasa sendiri,tajam sekali.Geram,marah,sakit hati.Semua perasaan bercampur baur di dalam hati masing-masing.

Syah kerjanya hanya menyengih sinis sahaja dari tadi.Melihatkan Vine seperti kaku untuk mengapa-apakan dirinya lagi,jadi dia hanya memejamkan mata, cuba mengurangkan rasa pening yang bersisa.

Vine pula perlahan-lahan turun dari atas Syah.Dia kemudiannya berbaring di sebelah lelaki itu,memandang siling.

Hilang sudah minatnya untuk mengoda lagi.Sia-sia saja bila Syah langsung pun tak melayan dirinya.Lagipun,dia sengaja nak mengacah-acah dengan lelaki ni sahaja.Dia cuma nak tengok,adakah Syah mampu menahan godaan atau tidak.

Suasana senyap menyelubungi mereka berdua..

"Syah...Jika beta katakan beta adalah Vine,adakah kamu akan percaya?" Soal Vine secara tiba-tiba.

Suasana sunyi untuk seketika.Hanya irama air hujan sahaja yang kedengaran.Tak lama kemudian,Syah membalas.

"Huh..Jangan mengarutlah.Sudah semestinya aku takkan percayakan kau.Vine dah lama mati..tapi.."

Bicara Syah tergantung.Dia perlahan-lahan membuka kelopak matanya,turut memandang ke arah siling.

"Tapi dia tetap..sentiasa bertahta di hati aku.. Selamanya.." Ucap Syah,perlahan namun jelas di pendengaran Vine.

Perlahan-lahan Syah menutup matanya kembali.Dia akhirnya terlena dibuai mimpi.Mungkin keletihan bergelut dengan sihir tadi.Lagipun,badannya masih lemah untuk berlawan.

Perlahan-lahan bibir Vine mengukir senyum.Di luar sedar,air matanya menuruni pipi.Dia berkalih,menghadap wajah Syah yang sudah lena dibuai mimpi itu.Pipi Syah dipegangnya.

"Syah...Kenapa awak masih cintakan saya walaupun awak dah terima hakikat yang saya..dah lama mati?" Soalnya bersama air mata yang berlinangan di pipi.

to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
111K 781 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
128K 1.4K 15
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
373K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu