Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 32: Bedtime Story

16.7K 1.1K 40
By Nur_Haura

MALAM hampir menjelma. Setelah seharian meredah Hutan Bernyawa, mereka tiba di hujung hutan tersebut tetapi tidak boleh meneruskan perjalanan kerana matahari sudah melabuhkan tirainya.

Eidan bersandar pada sebatang pokok sambil mengurut kakinya yang seharian berjalan. Lututnya juga melecet kerana terjatuh beberapa kali akibat tersadung akar pokok.
Annabella hanya memandang Eidan tanpa perasaan dan sikit pun tidak mahu menolongnya malah menggesanya meneruskan perjalanan.

Tangannya masih terikat dengan tali cahaya. Macam mana nak putuskan tali ni? Dia teringatkan pisau yang diselitkan pada celah kasutnya. Dengan susah-payah dia menarik keluar pisau itu dan berusaha memotong tali tersebut. Tetapi usahanya gagal apabila pisau itu sikit pun tidak dapat diputuskan. Dia mengeluh perlahan.

Nampaknya dia tiada jalan lain selain merayu pada Annabella untuk melepaskan ikatan tali ini. Tapi sekarang ini gadis itu menghilang pergi mencari kayu api. Hanya dia dan Ethion saja yang berada di situ. Kudanya dibiarkan bebas tanpa diikat tapi aku? Rasa seperti kedudukannya lebih rendah dari Ethion.

“Tidak sangka kau membandingkan kedudukan kau dengan seekor kuda,” celah Annabella. Dia keluar dari semak sambil memegang seberkas kayu untuk dijadikan unggun api.
Dia boleh baca fikiran aku? desis Eidan dalam hati.

“Ya... Aku boleh baca fikiran kau malah aku boleh melihat memori kau.” Annabella mengiakan apa yang difikirkan oleh lelaki itu.

“Kau pengguna kuasa semangat?” tanya Eidan.

“Lebih kurang...” Annabella menggosokkan kedua-dua tapak tangannya sehingga menghasilkan haba. Tidak lama kemudian, muncul api pada tapak tangannya dan menyalakan kayu tersebut. Annabella menyandarkan badannya pada sebatang pokok. Kedudukannya bertentangan dengan Eidan tetapi hanya terpisah dengan unggun api.

“Boleh tak kau lepaskan aku?”

“Kenapa aku perlu lepaskan duit aku? Kau sangat berharga, Eidan. Mungkin kau akan larikan diri. Habislah duit satu juta jewels aku.”

“Aku tidak akan lari kalau kau lepaskan aku.”

“Kau ingat aku akan percaya cakap kau?”

“Kalau aku lari pun, aku mahu lari ke mana? Aku tidak kenal sesiapa pun di sini.”

“Kau ada alasan yang kukuh. Tapi aku tetap tidak percaya pada kau. Tapi kalau kau merayu pada aku mungkin aku akan pertimbangkan dengan ganjaran yang lumayan.”

“Tolong lepaskan aku, Anna. Aku janji tidak akan lari dari kau.” Eidan tiada pilihan selain merayu pada gadis itu.

“Tidak cukup lagi.” Annabella memejamkan mata.

“Apa faedahnya kau serahkan aku pada pemberontak? Kau mungkin dapat duit tapi kau akan diburu oleh askar diraja kerana kau terlibat dalam jenayah.”

“Aku tidak takut.”

“Cuba kau fikir baik-baik. Berita kehilangan aku mungkin sudah sampai di pengetahuan ayahanda dan bonda aku.”

“Teruskan.”

“Sekarang ini mesti mereka akan lakukan apa sahaja untuk mencari aku. Mereka akan berikan ganjaran yang lebih lumayan jika dapat jumpa aku. Jika kau bawa aku ke Astland dengan selamat, semua orang fikir kau yang selamatkan aku. Secara automatik kau dapat ganjaran itu,” bicara Eidan lagi.

“Kau fikir aku akan terpedaya dengan tipu helah oleh golongan atasan? Ganjaran yang lumayan yang diwar-warkan hanyalah propaganda. Bila kau sudah balik ke pangkuan keluarga kau, ianya hilang. Sebab apa? Golongan atasan takut harta mereka akan habis disebabkan golongan marhean,” tempelak Annabella.

“Ayahanda dan bonda aku tidak begitu! Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menyenangkan hidup rakyat.”

“Oh, ya? Jadi, kenapa ada pemberontak dalam negara kau? Kau tidak pernah terfikir ke, Eidan? Bila kau jadi raja nanti, aku nasihatkan jejakkan kaki kau pada tempat golongan marhaen tinggal. Baru kau tahu apa yang mereka rasa. Kau akan tahu apa yang golongan bangsawan buat pada golongan marhaen. Satu soalan aku nak tanya... Pernah kau dekati rakyat kau untuk tahu apa masalah mereka?” ujar Annabella sinis.

Eidan betul-betul terpukul dengan soalan yang dilemparkan oleh Annabella kepadanya. Dia tidak dapat menjawab kerana dia sendiri tidak pernah bertanya masalah rakyatnya hadapi. Harap sahaja Putera Mahkota tetapi masalah rakyat tidak dipedulikan.

“Kau sebagai Putera Mahkota Astland sendiri tidak dapat jawab soalan aku. Mungkin kau sudah ada pengajar diraja yang sudah mengajar kau tentang politik negara. Tapi... Kau hanya belajar berdasarkan teori semata-mata bukan melakukan dan melaksanakannya. Layakkah kau jadi pemerintah?”

Annabella mengambil dua biji epal yang berada di dalam beg galasnya. Satu diberi kepada Ethion satu lagi digigitnya untuk mengisi perut sebelum mereka tiba ke perkampungan yang terletak di negara Thrunland esok.

Kriuk!

Eidan memalingkan wajahnya ke arah lain. Wajahnya sudah merah menyala akibat bunyi perutnya yang kelaparan. Tak guna punya perut! Kau memalukan tuan kau sendiri. Langkah diatur mendekati Eidan yang sedang menyandar pada sebatang pokok dengan tangan masih terikat. Dia tunduk sedikit. Epal digigit di depan Eidan. Saja mahu menyeksa lelaki itu.

“Kau lapar?”

“Dah kenyang...” balas Eidan. Dia melirikkan mata ke arah  Annabella yang berpakaian agak terdedah kerana memakai baju singlet hitam. Senyuman senget diukir kepada Annabella.

Annabella kembali berdiri tegak. Dia memetik jari. Muncul jaket labuh berwarna hitam dengan sebelah lengan baju pendek dan sebelah lagi panjang pada badannya. Wajahnya yang merah menahan malu dikawal supaya tidak dilihat oleh sesiapa.

“Gatal juga kau ye?”

“Aku lelaki.”

“Kenapa? Baru kau tahu aku ni perempuan? Kau tertarik dengan aku?”

“Sekelumit pun tak!”

“Aku pun tak heran.”

“Lepaskan aku.”

“Then, what?”

“Aku tidak akan lari. Kita akan ke Thrunland esok, kan? Thrunland merupakan negara jajahan Astland. Jadi, aku akan melaksanakan tanggungjawab aku sebagai Putera Mahkota dengan melihat sendiri masalah rakyat.” Eidan cuba menyakinkan gadis itu.

“Aku suka semangat kau.” Annabella bangun untuk berehat di tempatnya tadi.

“Aku akan tunaikan semua permintaan kau. Kau mintaklah apa-apa pun, aku akan berikan pada kau.”
Langkah Anna terhenti apabila memikirkan tawaran Eidan.

Anna, kau boleh gunakannya untuk dapat Ignitting Glare.” Suara Pierce menerjah mindanya. Ya... Dia boleh gunakan Eidan untuk dapatkan Ignitting Glare.

“Apa sahaja?”

“Ya.” Eidan mengangguk untuk meraih kepercayaan gadis itu.

“Bagaimana kalau aku suruh kau serahkan Thrunland kepada aku?” uji Anna.

“Aku sanggup serahkan apa sahaja pada kau jika kau mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat Thrunland.”

“Aku kagum dengan kau. Satu sahaja cara untuk kau buka ikatan tali tu. Fikir sahaja tali tu hilang.”

“Hah?”

“Aku hanya cakap sekali sahaja.”

Fikirkan tali hilang. Hilang dari tangan aku. Hilang... Hilang... Hilang... Eidan membuka matanya. Dia lihat tangannya sudah tidak terikat lagi dengan tali cahaya lagi.

“Kau fikir mahu memotong tali itu memang tidak akan putus sebab ia diperbuat dari cahaya. Bila kau fikir ia hilang, automatik ia akan hilang,” terang Annabella. Dia melemparkan sebiji epal kepada Eidan. Lelaki itu menangkapnya dengan mudah walaupun dilontarkan dari jarak jauh.

Suasana malam makin sunyi. Kelip-kelip mula keluar menyinari malam. Bunyi suara orang bersenandung kedengaran mengisi kekosongan malam.

“Bagaimana kau boleh selamat dari pusaran air Charybdis?” tanya Eidan membuatkan Annabella berhenti bersenandung.

“Bukan selamat tapi dilahirkan semula.”

“Reborn? But, how?”

“Aku sudah mati saat aku tenggelam dalam pusaran air itu tapi...”
Peristiwa tiga tahun lepas menerjah ruang mindanya.

DIA membuka mata perlahan-lahan saat cahaya memancang terang sehingga menyilaukan mata. Keadaan di sekelilingnya putih. Semua putih bahkan pakaiannya yang dilumuri oleh darah juga putih. Luka ditusuk duri juga hilang. Rasa sakit juga hilang. Apa yang sudah terjadi? Jadi ini tempat untuk orang yang telah mati?

Dia menoleh ke belakang apabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Air matanya mula bergenang di tubir mata apabila melihat orang yang dirindui siang dan malam berada di hadapan mata.

“Ayah...” serunya sambil memeluk erat ayahnya.

“Manjanya kamu ni, Anna.”

“Anna sangat rindukan ayah. Kenapa ayah tinggalkan Anna? Siapa ayah? Siapa Anna? Siapa kita sebenarnya? Anna mahukan kebenaran...”

“Ayah kenalkan Anna pada seseorang.”

Tidak lama kemudian, muncul empat orang yang memakai pakaian serba putih. Mereka semua pernah dilihat kecuali seorang lelaki yang agak asing dengannya.

“Jadi, inilah penyambung keturunanku,” balas seorang lelaki berambut merah dan memiliki sepasang mata biru.

“Nampaknya dia datang pada bukan masanya lagi,” ujar seorang wanita berambut emas dan mempunyai sepasang mata berwarna biru juga.

“Ayah, kenapa mereka berada di sini?”

“Sebab mereka memang berada di sini. Anna yang tidak sepatutnya berada di sini. Mereka merupakan moyang kita, Anna.”

“Nampaknya kamu belum menceritakan segala-galanya pada dia, Andrea,” ujar seorang lelaki. Dia mempunyai iras wajah ayahnya juga memiliki rambut merah dan mata biru seperti ayahnya.

“Nama kamu yang sebenar ialah Annabella Dreselle de la Fryswellendine. Nama ayah ialah Andrea de la Fryswellendine. Kita adalah keturunan Fryswellendine dan Dalylla termasuklah abang kamu, Andrew de la Fryswellendine,” terang ayahnya.

Dia tergamam. Andrew... Abang dia? Abang kandungnya?

“Anna... Kamu merupakan pewaris The Unsleeping Dragon yang seterusnya selepas ayah kamu. Selepas kematianku, tiada yang terpilih oleh The Unsleeping Dragon. Setelah lahir ayahmu, dia memilih Andrea dan kamu adalah seterusnya,” ujar seseorang yang mirip wajah ayahnya.

“Ayah... Siapa dia? Kenapa wajah dia mirip ayah?” tanya Annabella keliru.

“Dia... Silent Knight. Ardenaur de la Fryswellendine...” balas Andrea, ayahnya.

Dia kelu seketika jadi di hadapannya sekarang ini ialah Fryswellendine, Dalylla, Ardenaur dan... Wallenstein?

“Ya... Aku Wallenstein,” kata seorang lelaki berambut merah persis Fryswellendine.

“Annabella, bukan masamu lagi untuk berada di sini. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kami semua merestui hidupmu untuk kembali ke sana,” kata Dalylla.

Satu-persatu tangan letak di atas bahunya. Dia agak terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Cahaya putih semakin terang menyelubungi dirinya. Sebelum dia tidak sedarkan diri, dia terdengar sayup-sayup suara memberitahunya.

“Cari keturunanku, Zen. Ajarnya... Dia akan membantumu kelak,” tutur Wallenstein.

Pandangan matanya menjadi gelap serta-merta. Dia kembali membuka mata tetapi dirinya kini berada di dalam air. Tenggelam di dalam air tanpa boleh buat apa-apa. Saat itulah, sepasang mata tajam yang selalu hadir di dalam mimpinya muncul di hadapan mata. Perasaan takut mula merajai hati. Dia ingin berenang untuk melarikan diri tetapi tidak mampu kerana mata itu ada berada di mana-mana.

“Kau tidak boleh lari dari aku. Aku sudah memilih diri kau. Darah kau sudah bersatu dengan aku.” Satu suara garau dan kasar bergema dalam mindanya.

Perlahan-lahan oksigen yang ada semakin hilang. Tubuhnya semakin lemah dan tidak mampu bergerak. Kaku bagai jasad tiada roh. Tubuh yang kaku itu ditarik oleh seseorang untuk menyelamatkannya. Dengan susah-payah, tubuhnya ditarik ke daratan dengan segala kudrat yang ada. Orang yang telah menyelamatkannya tercungap-cungap mencari nafas. Tiba-tiba rantai yang dipakainya bercahaya terang.

Tolong dia.”

“Baik...” Orang itu agak ketakutan apabila melihat sesuatu yang keluar dari rantai yang dipakai oleh orang yang diselamatkannya.

EIDAN khusyuk mendengar cerita Annabella. Memang betullah gadis itu kata tadi. Annabella bukan diselamatkan tapi dilahirkan semula dengan kuasa yang hebat.

“Annabella Valiant yang kau kenal dulu sudah mati. Yang ada di depan mata kau ini adalah Annabella Dreselle de la Fryswellendine,” kata Annabella.

“Kau bukan lagi Anna yang aku kenal.”

“Kalau aku kata, aku betul-betul mahukan Thrunland. Bagaimana?”

“Maksud kau?” Eidan mengerutkan dahi.

“Pemerintah asal Thrunland adalah Fryswellendine. Apabila dia melarikan diri, Thrunland dibiarkan tidak beraja. Moyang kau, Ralynne yang ambil alih Thrunland. Bukan, tapi diamanahkan oleh Fryswellendine untuk menjaga Thrunland. Jadi, aku mahu mengambil hak aku semula,” terang Annabella.

“Kenapa?”

“Sebab aku tidak sanggup melihat penduduk Thrunland menderita lagi.”

“Tapi bagaimana kau mahu keluarkan mereka dari penderitaan jika kau tidak mempunyai apa-apa?”

“Itu gunanya kau di sini. Kau tahu aku tidak mampu. Apabila kau melihat penderitaan mereka, aku harap kau tidak sama seperti moyang kau yang terdahulu selepas Ralynne.”

“Aku cuba.”

Senyap.

“Jadi, bagaimana rupa naga sebenar?” Eidan memecah kesunyian yang ada.

Annabella teringat kembali saat bertemu dengan naga itu.

SETELAH seminggu tidak sedarkan diri, akhirnya Annabella sedar dari mimpi yang panjang. Sebaik sahaja membuka mata, dia nampak seekor haiwan sebesar anak gajah sedang memanaskan badan di hadapan pendiang api di dalam biliknya.

Langkah diatur untuk mendekati haiwan tersebut. Perasaan kagum menguasai diri apabila melihat haiwan tersebut. Badan haiwan itu bersisik warna putih salji di bahagian atas kepala sehingga bahagian atas badannya. Bahagian bawah badannya berwarna biru muda. Sayapnya juga berwarna biru bercampur sedikit dengan warna putih. Ekornya yang panjang bersisik juga berwarna biru. Sangat cantik dan comel.

“Jadi, kaulah The Unsleeping Dragon?” tanya Annabella.

Rupanya kau telah sedar. Ya, kenapa?” Naga tersebut angkat kepala. Ekornya bergerak-gerak.

“Aku ingat rupa kau menakutkan rupa-rupanya kau sangat comel,” puji Annabella.

Apa kau kata aku comel? Aku makhluk paling mengerikan tahu tak?” marah naga itu.

“Tapi kau comel...”

Ini bukan rupa aku yang sebenar. Kau belum lihat rupa sebenar aku.”

“Hmmm… Jadi, apa nama kau?”

The Unsleeping Dragon.”

“Itu gelaran kau. Nama kau... Kau tidak ada nama?”

Naga itu senyap.

“Baiklah, mulai hari ini nama kau adalah Louie,” kata Annabella.

Apa? Aku tidak mahu!” Ekornya dilibas secara rawak. Tanda tidak suka. Ekornya menghentam kerusi sehingga pecah.

“Hah! Aku panggil kau Pierce!”

Ekor naga itu berhenti melibas dan memusnahkan barang yang lain apabila Annabella memanggilnya Pierce.

ANNABELLA tidak menjawab soalan Eidan. Dia hanya mendiamkan diri. Dia dapat rasa Pierce sudah merenungnya tajam.

“Tentu kau tidak sanggup melihat rupa sebenarnya.” Annabella bersuara. Dia dapat dengar deraman Pierce yang menunjukkan amaran.

“Bedtime story is over.”

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...
3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.4K 2.1K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...