S.A.G☜SEPUPU ATAU GIRLfriend

By Srfcnk_

462K 7.7K 158

SUNGGUH TAK DI SANGKA! THIS IS my Third novels after? #Mrs Right and #Penangan Wanita. THIS STORY ABOUT?? ⇩... More

Prolog.
1: First day.
2: Siapa datang?
3: Cuti!!
4: OMG!
5: Party.
6: Stress!
7: aku kahwin?
9: Terlalu rindu.
10: Neck Tie
11: Cengeng.
12: YES! YES!!
13: Saranghea.
14: Status ?
15: Hug me like a PILLOW
16: LUNA ?
17: tetamu ku madu ku
18: Merajuk !
19: Aku risaukan dia?
2O: ngada betul lah.
21: R you preggy ?
22: Berbeza
23: Bahagia mu Derita ku.
23: Runsing
24: Surat.
25: Aku takut.
26: Dunia Baru.
27: Sesal separuh jiwa.
28: kawan Lama.
29: Finding Gia.
3O: Gia pengsan!!
31: Kehadiran tak terduga.
32: Give up ?
33: Sakitnya RINDU!
34: Hampa︶︿︶
35: Gia dah balik !
36: Jealous ?
37: Sa.. sayang ?
38: Aku suka !
39: Hari bahagia.
4O: Big Surprise !
41: It's hurt
42: Baby.
43: Riana.
44: kidnap.
45: ugutan
46: Tukar Ganti.
47: Rancangan Rahsia.
48: see U again.

8: malam pertama ku.

12.2K 168 3
By Srfcnk_

Aku semakin cuak bila, teringat akan tanggungjawab seorang isteri dalam melayani suami. Aku mula terbayang dengan tips² yang di beritahu oleh kakak² sepupu ku. Auch!! Hilang semua khayalan ku pabila pinggan yang aku basuh terlepas dari tangan ku. Cepat² aku bersihkan kaca yang bertaburan di dalam sinki.

"Ya Allah! Tu lah. Umi cakap tak payah buat. Nak jugak kakak buat."

"Umi."  Adu ku manja pada Umi bila, jari telunjuk ku terhiris oleh kaca.

"Pegi lah, berehat Gia. Bawak Ary masuk bilik. Korang berdua mesti penat, duduk sehari kat atas pelamin."

Aku rasa darah panas menyerbu ke muka ku. Entah kenapa bila mak ngah mention perkataan "bilik" aku terus teringat apa yang di ajarkan pada ku oleh kakak sepupu ku. Aku sudah mencipta bermacam-macam alasan tapi, diorang Umi tetap tak bagi aku tolong buat kerja kat dapur. Dengan berat hati, aku meninggalkan dapur.

"Malam pertama kan ku serahkan, segala cinta ku yang hanya lah untuk mu."

Aku sedekahkan jelingan pada Kak Laila yang sedang menyanyi lagu Rossa, yang bertajuk malam pertama. Di orang ni memang suka menyakat aku. Dah lah aku tengah berdebar.

"I give my all tonight, just more night with you." 

Pulak dah! Kak Ema pun nyanyi sama. Ketawa berguling² kalau Mariah carey dengar, kak Ema nyanyi lagu dia. Dah lah pitching ke laut ada hati nak nyanyi lagu My All. Aku buat² tak dengar je kakak² sepupu ku yang tak bertauliah tu menyakat aku.

"Amboi, tak sabar nampak."

"Ee!! Tak nak kawan korang."  Bentak ku geram dengan Kak Intan.

Tak tahan telinga ku mendengar ejekan diorang. Pintu bilik ku kuak kasar, eei geramnya boleh pulak diorang gelakan aku. Aku tumbuk katil tidur ku, untuk mengurangkan rasa geram dengan ejekan diorang. Automatik terhenti perbuatan ku, tatkala melihat tubuh  abang Ary yang hanya bertuala sedang keluar daripada bilik mandi. Hati ku berdegup laju, aku belum sedia lagi!!

"Kau tak payah lah, nak lari. Kau ingat aku nak sangat dengan badan kau tu?"

Berdesing telinga ku mendengar kata sinis abang Ary. Aku melepaskan genggaman pada tombol pintu bilik yang tadinya aku ingin melarikan diri. Perlahan² aku pusingkan tubuh ku menghadap abang Ary. Hati ku berdebar, bila abang Ary memandang ku dengan wajah ketat.

"Kau bahagia tak dengan perkahwinan ni?"

Aku memandang perbuatan abang Ary yang sedang memakai baju. Hilang rasa malu ku pabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut lelaki itu. Aku tak faham kenapa abang Ary bertanya macam tu.

"Why you silent? Meaning kau tak bahagia lah?"

Baru saja aku ingin membangkang apa yang abang Ary katakan, tapi tidak jadi. Bila dia terlebih dahulu membuka mulut.

"Honestly, aku pun tak bahagia."

"A.. apa. Abang Ary cakap ni?"

Aku tak sangka, sungguh aku tak sangka abang Ary berkata seperti ini. Dapat ku lihat dengan jelas, wajahnya terpamer kekesalan.

"Cuba kau fikir eh. kau di paksa kahwin dengan someone, yang kau tak cinta? Lebih² lagi sepupu! Are you happy?"

"Maksud abang? Abang tak bahagia Kahwin dengan Gia ke?"  Soal ku seperti orang bodoh, aku tidak percaya dengan semua ni. Aku inginkan lebih penjelasan.

"Eh'eh dia ni, habis siapa lagi! Kalau bukan sebab diorang mumy paksa, aku tak kahwin lah dengan kau." 

Ya Allah. Kalau hatiku kaca mungkin sudah jatuh bertaburan di atas lantai. Sakitnya perasaan ku, dengar setiap kata yang keluar daripada mulut abang Ary. Sakit sangat sakit, baru ku sedari cintaku bertepuk sebelah tangan.

"Kalau macam tu? Kenapa abang tak tolak perkahwinan ni? Bila semua benda dah terjadi, baru abang nak explain?"  Sakit pulak jiwa ku.

"You want knew the truth?  Listen carefully, mumy tak nak aku kahwin dengan orang lain. Selain dengan kau! Di sebabkan kau Gia, dady sanggup buang aku dan lucutkan jawatan aku. Kalau bukan ugutan tu? Hei! Aku tak nak lah kahwin."

Aku terkejut, tidak percaya sampai begitu sekali pak long dan mak ngah lakukan. Hanya kerana nak kan aku jadi menantu  diorang. Kasihan pula, abang Ary tak pasal² kena berkahwin dengan aku. Walaupun perit semua kenyataan ini, ku terima walau sakit hati.

"Maafkan Gia, abang Ary. Nanti Gia bincang dengan mak ngah, pasal hal ni."

Terhenti aku berkata, air mata ku mencucuk² di tubir mata. Aku ketap bibir menahan tangisan. Aku pandang muka dingin abang Ary, lansung tiada garis sendu di wajahnya. Aku sedar abang Ary tak cinta kan aku.

"Kalau abang Ary, nak ceraikan Gia.
Gi.. Gia redha, yang penting Abang bahagia."

"Kau ingat? Mumy setuju? Aku dah bagi macam² alasan pun, still kena kahwin jugak dengan kau. Kau bagi makan apa dengan mumy aku hah!  Sampai diorang kejam dengan anak sendiri."

"Abang please lower you voice. Gia tak nak abah dan umi tahu pasal kita." 

"Aku peduli apa! Ni semua keluarga kita yang atur kau tahu. Aku sakit hati sangat, sepatutnya hari ni, aku dah propose Luna. Tapi, tak jadi disebabkan dengan fucking marriage ni!"

Airmata ku memenuhi tubir mata, aku tak mampu tahan lagi. Air mata ku perlahan-lahan mengalir dipipi seperti hujan membasahi bumi. Hati ku remuk dengar nama Luna yang abang Ary nak lamar. Ah! Tak payah lah aku tanya, aku tahu itu mesti girlfriend abang Ary. Ya Allah, kenapa aku tak selidik terlebih dahulu sebelum menerima perkahwinan ini.  Akhirnya aku sendiri yang terluka.

"Abang. Tak baik cakap macam tu, orang tua lebih tahu apa yang terbaik untuk anak²  mereka."  Aku harap amarah abang Ary berkurang. Aku mahu abang Ary sedar, takde keluarga yang ingin memusnahkan hidup anak² nya.

"Kau jangan nak, berkhutbah Jumaat kat sini lah. Tahu yang terbaik untuk anak² tengkorak kau! Sekarang ni terbaik ke, aku terluka adalah."

Air mata semakin deras mengalir, abang Ary seratus peratus dah berubah. Dia dah layan aku macam orang asing. Setiap kata yang keluar daripada mulutnya buat hatiku bengkak. Bila dia lihat aku sedang teresak² dan terjelopok di atas lantai. Boleh dia biar je aku, takde lansung belas kasihan dia melihat keadaan ku.

"Abang Ary. Kenapa abang kasar sangat ni. Kalau abang Ary, tak boleh terima Gia? Sebagai isteri abang. It's ok but, please don't treat me like this abang Ary. Gia nak kita macam dulu." 

"No way! Disebabkan layanan mesra aku, diorang semua salah faham. Dan aku tak nak, kau pula salah faham, dengan layanan baik aku pada kau. I think It's better like this."  Kata Ary dengan muka tegang sambil menghempas kasar pintu bilik.

Aku menhamburkan tangisan ku semahu - mahunya. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ini. Bagaimana dengan hari² yang seterusnya nya, sanggupkah aku menjalani kehidupan berumah tangga dengan suami yang lansung tiada perasaan cinta pada isterinya, walau sebesar kuman sekalipun. Malam pertama ku, aku tidur bertemankan airmata, malam pertama ku, hati ku terluka. Ya Allah tabahkan aku.









♡TQ voteRead♡

Continue Reading

You'll Also Like

87.1K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- ❝ I'm your husband and you're going to admit th...
63.2K 1.9K 21
Terbanglah rama-rama ku Mencapai awan biru Andai badai menimpa Ingatlah yang aku sentiasa ada Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan...
1.4M 77.6K 48
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...
Wattpad App - Unlock exclusive features