Aku Suami Kau Isteri ✅

By anissyaaa

3.8M 83.7K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... More

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK

Bab 28

63.8K 2.3K 32
By anissyaaa

"Sorry saya lambat," ujar Qira sebaik melabuhkan punggung di hadapan Farouq. Pagi tadi dia telah menerima mesej daripada Farouq yang mengajaknya lunch bersama.

"It's okey. Saya pun baru saja sampai," balas Farouq mengukir senyuman manis.

"Awak dah order?" Soal Qira.

"Belum. Saya tunggu awak,"

Setelah memesan makanan, mereka berdua berbual-bual mengenai pekerjaan dan diri masing-masing.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Farouq memecah kebisuan setelah mereka menikmati makanan dalam diam.

"Awak dah pun tanya soalam," senda Qira.

Farouq mengukir senyuman.

"Are you single?"

Qira hampir tersedak makanan yang sedang dikunyahnya. Pantas jus oren yang berada di hadapannya dicapai dan dihirup perlahan bagi melegakan tekaknya. Setelah tekaknya kembali baik , dia kembali memandang Farouq yang menantikan jawapannya.

"Kalau saya cakap saya tak single," balas Qira.

Entah mengapa Qira dapat melihat kekecewaan pada raut wajah Farouq untuk seketika. Mungkin dia salah faham. Fikirnya.

"Why?" Soal Qira apabila Farouq hanya diam menekur makanan dihadapannya.

"Nothing," balas Faroq mengukir senyuman palsu. Dia cuba menyembunyikan perasaan kecewa yang tiba-tiba timbul di dalam hatinya.

* At a Restaurant ****

DANISH membuka mesej yang diterima daripada Qira. Sejak mereka berkahwin, telefonnya penuh dengan mesej yang dihantar oleh Qira. Setiap kali gadis ITU, keluar kemana-mana sahaja pasti dimaklumkan kepadanya. Senang dengan hanya menggunakan pesanan ringkas. Jujur dia katakan , dia kagun dengan sikap Qira yang tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sekurang-kurangnya dia tahu kemana Qira pergi. Tetapi kali ini dahinya berkerut apabila membaca mesej yang diterimanya kali ini.

Danish saya keluar dengan Farouq. Budak gym. Dia ajak saya keluar lunch.

Mesej itu dibacanya berkali-kali. Siapa Farouq??? Kebiasaannya Qira keluar bersama Fina, Kak Aina ataupun Fifi. Mungkin mereka bertemu di gym. Walaupun Danish cuba untuk tidak mempedulikan soal lelaki bernama Farouq ini. Entah kenapa hatinya tidak senang. Dia sendiri buntu dengan perasaannya ketika itu.

"Kawan, kau ni kenapa?"

Danish kembali berpaling kepada Nazrul yang berada dihadapannya. Hampir sahaja dia lupa bahawa Nazrul juga turut berada bersamanya ketika itu.

"Siapa yang mesej?" Soal Nazrul lagi. Dia perasan raut wajah Danish berubah menjadi ketat sebaik sahaja membaca mesej yang diterimanya.

Danish pantas menggeleng. Dia kembali meletakkan telefonnya ke atas meja.

"Nazrul, malam ni gather dekat gelanggang jom," cadang Danish dan kembali menjamu makanan tengah harinya.

Nazrul menjongketkan keningnya sebelah.

"Kau ada masalah ke? Biasanya kau suka main tengah malam bila fikiran kau tengah serabut saja. Anything I should know?" Tebak Nazrul. Bukan dia tak kenal dengan perangai semua kawan-kawannya termasuklah dirinya sendiri. Mereka pasti akan turun bermain bola keranjang di gelanggang pada waktu malam jika salah seorang daripada mereka ingin melepaskan tekanan.

Bola keranjang merupakan salah satu Cara mereka menenangkam diri dan melupakan segala yang menyerabutkan kepala mereka.

"Tak ada apa. Aku nak release penat saja," balas Danish.

"Aku okey saja. Tapi kau rasa okey ke kalau kau tinggalkan Qira sorang-sorang dekat rumah setelah kes pecah rumah hari tu," kata Nazrul tiba-tiba teringatkan Qira dan kejadian yang menimpa kedua sahabatnya itu.

"Jangan risau. Aku bawak mak nenek tu sekali," balas Danish.

"Alright! Nanti aku inform yang lain,"

"Great!"

** At House ****

QIRA mengerling jam yang terletak elok di atas meja berdekatan. Pukul 8.45 malam. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Ke mana si Danish nak keluar malam-malam ni? Lagipun esok bukan cuti hujung minggu.

Ah. Lantaklah. Qira sekadar mengangkat bahu. Dia mencapai remote TV untuk menonton siaran kegemarannya.

Dalam keasyikannya menonton drama kegemarannya. Skrin TV tiba-tiba bertukar menjadi gelap. Seraya ITU, dia mendongak memandang Danish yang sedang memegang plat.

"Danish Arshad! Awak tak nampak ke saya tengah tengok TV ni. Janganlah kacau," bentak Qira dengan geram.

"Pergi bersiap sekarang," arah Danish tenang.

Bersiap? Qira menggerutu geram. Dia melemparkan pandangan maut pada Danish. Sambil ITU, sempat juga dia meneliti pemakaian Danish. Danish memakai tshirt hitam beserta jaket hitam dipadankan dengan seluar pendek paras lutut warna yang sama. Walaupun nampak ringkas dan kasual. Danish tetap kelihatan kacak dan aura machonya  tetap tak hilang.

"Dah habis check aku?" Soal Danish sambil menjongket sebelah kening.
Qira berdehem perlahan dan terus melarikan pandangannya.

"Tepilah. Orang nak tengok tv ni," gerutu Qira lagi. Dia bangkit sedikit dan menolak Danish sekaligus kembali memasang kembali plat yang telah dicabut tadi.

Sebaik sahaja Qira kembali duduk di atas sofa sekali lagi skrin TV terpadam. Qira menarik nafas dalam cuba bersabar.

"Pergi bersiap sekarang. Kita keluar," tegas Danish lagi.

Qira mendengus geram.

"Saya tak nak keluar. Malas. Awak pergi sajalah," jawab Qira.

"Wei nenek kebayan, aku cakap pergi bersiap sekarang," ujar Danish lagi yang mulai bengang.

"Tak nak!" Tegas Qira jua. Dia memeluk tubuh seraya melemparkan jelingan maut pada Danish.

Danish meraup wajah dengan geram. Degil betul minah senget ni.

"Now!"

"No!"

"Ya Allah, geramnya aku," keluh Danish.

Qira menggigit bibir untuk menyembunyikan senyumannya daripada terukir melihat muka Danish yang bengang.

Danish tiba-tiba mengukir senyuman sinis.

Apahal pulak mamat ni , tiba-tiba senyum macan tu. Menakutkanlah pulak.

Danish melangkah mendekati Qira yang duduk di atas sofa. Qira menjongketkan keningnya. Entah mengapa jantungnya tiba-tiba memainkan rentak seribu. Dia cuba berlagak tenang.

"Baik kau pergi bersiap sekarang, kalau tak....," danish berhenti. Dia kemudiannya mengukir senyuman manis.

"Kalau tak APA?" Soal Qira mencabar.

Danish merapatkan ruang antara mereka dan membisikkan sesuatu pada telinganya membuatkan bulu romanya berdirj dan mukanya merah padam. Qira menelan air liur apabila Danish kembali memandangnya dengan senyuman sinis yang penuh yakin. Serentak itu, Qira terus melarikan diri ke biliknya untuk bersiap.

Danish yang melihat muka Qira yang merah padan itu tidak dapat menahan dirinya daripada mengukir senyuman.

DALAM biliknya Qira mengutuk Danish habis-habisan sambil tangannya ligat membetulkan tudungnya.

"Tak guna punya Danish! Berani dia ugut aku macam tu. Mentang-mentanglah dia suami aku," Bebel Qira lagi seraya memakai pelembab bibir. Dia mengerang geram apabila dia masih tidak dapat membuang kata-kata Danish daripada fikirannya.

"Kalau tak aku cium kau sekarang jugak, jangan lupa sayang aku suami kau isteri. So, I can do anything I want with you," dengan penuh lembut Danish membisikkan kata-kata itu. Meremang seketika bulu romanya. Untuk pertama kalinya Danish menyebut perkataan sayang menyebabkan jantungnya semakin berdegup laju. Walaupun Danish menyebut sekadar untuk mengugutnya hatinya tetap berasa aneh.

*** di Gelanggang****

QIRA menarik nafas lemas sebaik melihat destinasi yang mereka tuju.
Main bola keranjang apa tengah malam macam ni?? Walaupun hatinya memprotes dia tetap mengekori Danish melangkah masuk ke gelanggang.

Sebaik sahaja tiba di gelanggang, mereka disapa oleh sahabat Danish yang lain.

"Hai, husband and wife. Finally sampai pun," sapa Azmi. Serentak itu Danish menepuk belakang kepala Azmi.

"Woi, sakitlah!" Rungut Azmi.

Qira sekadar menggeleng kepala seraya mengukir senyuman Manis menyapa mereka semua.

"So, Qira macam mana hidup dengan Danish?" Soal mike.

Qira sekadar mengangkat bahu.

"Danish. Kau buli Qira ke?" Soal mike lagi.

"Diamlah kau," balas Danish geram. Tak pernah habis berhenti menyakat.

Qira mengambil tempat duduk di salah satu tempat duduk penonton untuk memerhati permainan Danish dan rakan-rakannya.

"Qira. Jomlah join sekali," laung Nazmi.

"Tak naklah. Tak pandai,"balas Qira.

Qira terus memerhati Danish bermain. Qira perasan Danish nampak lebih relaks apabila bersama-sama rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi apabila bermain bola keranjang.

Fokusnya terganggu apabila telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Satu mesej daripada Farouq. Qira melepaskam keluhan lemah.

FHai Qira! Malam hujung minggu nanti awak free tak ? Jom pergi dinner.

Qira mencebik bibir. Keluar tengah malam dengan lelaki? Memang taklah. Lagipun dia masih sedar dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Q : maaf. Tapi saya tak keluar malam dengan lelaki.

F : ohh! Sorry. How about another lunch.??

Qira mengukir senyuman kecil. Mamat ni memang tak tahu putus asa.

Q : sure :)

F: Great!! See you soon.

Qira kembali meletakkan telefonnya ke atas kerusi disebelahnya. Seraya itu juga sebiji bola berwarna jingga jatuh ke atas ribanya. Terkejut besar dia dibuatnya. Nasib baik tak sakit jantung.

Qira memandang bola itu kemudian memandang Lima orang lelaki yang berada di gelanggang. Masing-masing sudah melemparkan pandangan kepadanya.

Kemudian jari telunjuk mereka ditujukan pada Danish yang hanya mempamerkan riak tak bersalah.

"Mak nenek. Bagi bola tu cepat," ujar Danish seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dasar lelaki zombie.

"Okey," Qira mengukir senyuman manis kemudian berdiri. Danish menjongket kening curiga.

Qira melangkah ke arah mereka berlima berdiri dan berdiri di hadapan Danish.

"Baling saja kan...,"

Danish tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana Qira melepaskan tumbukan geram ke perutnya.

"Ops, sorry," ujar Qira menyerahkan bola kepada Danish.

"Dasar mak Cik gila," rungut Danish. Mujurlah dia sudah lali dengan sebarang tumbukan kerana pernah menyertai pelbagai kejuaraan seni mempertahankan diri.

Masing-masing yang melihat adegan itu tergamam. Siapa sangka hati Danish ada juga tempat yang lembut. Nazrul sekadar mengukir senyuman penuh makna. Dia yakin kalau orang lain yang melayan Danish seperti itu pasti sudah dihamburnya. Nampaknya Qira semakin mendapat tempat dalam hati Danish. Tetapi malangnya Danish sendiri tidak dapat memahami perasaannya sendiri. Dia melepaskan keluhan lemah kesal kerana sahabatnya Lansung tidak dapat kenal tentang soal cinta.

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 93.7K 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat me...
515K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
792K 30.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
1.4M 53.5K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...