THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 40: Mati?

1.2K 113 4
By Alexna_Syufa

"ZINNT!! Zinnt! Bangun Zinnt!"

     Iryan menampar perlahan pipi Zinnt berulang kali.Oleh kerana tiada respons yang ditunjukkan,dia kemudiannya meletakkan jari di hadapan hidung Elf tersebut.Tersentak.Tiada langsung hembusan nafas yang boleh dirasai jarinya.

Iryan semakin kalut.Kini dia mendekatkan telinganya pula ke dada bidang Zinnt.

    Sebak.Perasaan sebak mulai memenuhi ruang dada.Malang sekali,tiada degupan jantung yang kedengaran.Dia mengangkat kembali kepalanya, memandang ke arah Syawal dengan mata yang memerah.

"I..Iryan..Zinnt macam mana?" Soal Syawal,tersedu-sedu.Lengan Iryan dipegangnya.

    Iryan hanya membisu.Dia pantas membuang pandang ke arah kumpulan Syah yang lain.Ada diantara mereka yang menangis bagai nak gila,ada juga yang teresak-esak sambil memeluk tubuh kaku Fellex.

    "Iryan..Tolonglah jawab soalan saya!" Rayu Syawal.Pipi Iryan dipegang lalu dipalingkan agar Archer ini melihat wajahnya.

   Iryan sekali lagi membisu.Tangan Syawal yang memegang pipinya itu,dileraikan secara lembut lalu diramasnya perlahan.

   "Zinnt..dah gagal."

    Syawal tersentak.Jawapan Iryan bagai merentap tangkai hatinya.Dia menekup mulut.Adakah ni bermakna...Zinnt juga telah MATI?

"Tak..Awak tipu!" Jerit Syawal secara tiba-tiba.

   Iryan hanya diam.Dia perlahan-lahan menarik tubuh Syawal ke dalam dakapannya.

   "Tak.Saya tak tipu.Inilah kenyataannya.Zinnt dah mati." Ucap Iryan,tanpa perasaan.Belakang Syawal ditepuk perlahan namun lelaki itu melawan.

   Syawal menolak kasar tubuh Iryan dengan jeritan mengila.Satu pun jeritannya tidak dapat difahami dek akal.Mencarut mungkin?

    Iryan tersentak.Hatinya tiba-tiba saja terasa memanas.Tahap kesabaran yang cuba dipratikkan selama dua minggu ini tiba-tiba merapuh.Wajah Syawal dipandangnya,tajam sekali.

"Tak! Awak tipu! Awak tipu! Dia tak mati lagi! Saya nak cari Syah! Syahhh!!!"

    Syawal hilang pedoman.Dia menjerit-jerit bagaikan orang gila yang disampuk hantu.

Pangggg!

    Jeritan Syawal terhenti di saat pipinya terasa pedih.Satu tamparan kuat yang hinggap di pipinya itu membuatkan bibirnya berdarah.Wajah Iryan ditenungnya dengan rasa tak percaya.Iryan..tampar dia ke tadi?

"Hei! Berhentilah menangis macam budak-budak! Kau..sikit-sikit Syah! Sikit-sikit Syah! Kau tak nampak ke diorang dah mati?! Kau dah lupa ke,Syah sedang tenat?! Fellex dan Zinnt dah mati,Syawal! Dah mati!" Jerkah Iryan,lantang.Air mata membanjiri mulai pipinya.Mayat Zinnt pantas dirangkul erat di pangkuannya.

    "Zinnt.." Panggil Iryan mulai teresak-esak.Dia tak sangka,kawannya akan mati secepat ini.

    Adakah dunia ini terlalu kejam? Dia baru sahaja dia ingin membuka langkah baharu namun pada awal langkah,dia sudahpun jatuh tersungkur.Musibah datang bertimpa-timpa.

   Syawal pula hanya mampu terkedu.Inilah kali pertama Iryan memarahinya sebegini.Pipinya yang terasa berbirat masih lagi dipegang.Dia menunduk memandang lantai.Air mata jatuh menitis.

   "Syah...Fellex.. Zinnt..." Ucap Syawal,tersendu-senduan.Dadanya terasa sesak sekali.Dia menekup wajah.

   "...Kamu semua susah sebab saya...Maafkan saya.." Sambungya lagi,penuh sesalan.Dia mengangkat wajah.

   Di saat matanya terlihatkan pedangnya yang berada di tepian katil,satu idea bodoh tiba-tiba datang menerjah minda.Tika ini,syaitan mulai menguasai mindanya.

  Di bawah sedar,Syawal pantas berdiri.Langkah lemah diatur ke arah pedangnya itu.Pedang yang berukiran naga itu pantas dicapai.

    Iryan terkaku.Tangisannya terhenti.Apa yang Syawal nak buat tu? Janganlah..

    "Syawal! Apa kau cuba nak buat tu?! Jangan buat kerja bodoh!" Tegah Iryan,keras.Dia pantas berdiri.

"Maafkan saya Iryan.. Dah tak ada jalan lain..Saya rasa..saya tak patut hidup lagi!!!" Balas Syawal,bersama esak tangis yang mengila.Pedang kemudiannya diangkat tinggi ke udara,sudah bersedia ingin menikam diri sendiri.

    "Syawal!! Jangann!!!!"

Shinggg!

    Belum sempat Iryan menghalang,Syawal terlebih dahulu menikam dirinya sendiri! Iryan terkedu!

    "Arghhhhh!" Syawal mengerang kesakitan.Pedang itu terbenam tepat-tepat di perutnya.Perlahan-lahan,dia jatuh melutut sebelum rebah diatas lantai.Darah merah mengalir dari luka tikaman tersebut.

   "Syawal!!! Kenapa kau bodoh sangat hah?!!" Jerit Iryan,nyaring.Dia segera berlari mendapatkan Syawal.Kepala lelaki itu di ribanya.Air mata menitis laju.Kau memang gila Syawal! Memang gila!

    Kini,semua ahli kumpulan Syah mulai mengeremuni mereka berdua.Rasa sebak semakin menjadi-jadi di saat seorang demi seorang buat kerja gila!

Syawal hanya tersenyum nipis.Dengan tangan yang terketar-ketar,air mata Iryan di kesatnya.

    "Saya..minta..maaf.." Ucapnya satu per satu sebelum dia tidak sedarkan diri.Tangannya jatuh terkulai ke lantai.

    Mata Iryan serta-merta terbeliak luas.Dahi dan leher Syawal disentuh.Sejuk!

"Syawal! Jangan tinggalkan aku!" Jerit Iryan,bersama tangisan mengila.Tubuh Syawal digoncang perlahan.Syawal! Tolonglah.. jangan tinggalkan aku seorang diri!

    Tiba-tiba salah seorang satria di situ terus sahaja duduk melutut di sebelahnya.Pergelangan tangan Syawal diraih lalu denyutan nadi lelaki itu dicari.

   Syukur! Satria yang bernama West itu tersenyum.Nadi Syawal masih berdenyut namun keadaannya adalah lemah.

"Iryan! Syawal masih hidup! Kita cuma kena bagi dia rawatan segera sebelum terlambat!" Ucap West dengan tangan yang mulai mengoyakkan baju Syawal itu.

   Terdesak! Masa kian suntuk!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Di sebalik tingkap bilik yang menempatkan Syawal dan ahli yang lain ..

VINE tersenyum jahat.Dia gembira,betul-betul gembira.Ahh.. Tak sangka Emotion Poison yang dia letakkan pada tuala mereka tadi telah membuahkan hasil.

   Oh! Lupa nak cakap pulak tadi.Hmm..Tadi,hanya tuala Syah sahaja yang diletakkan Serbuk Pemikat Hati manakala tuala-tuala yang lain diletakkan Emotion Poison.

   Jangan risau. Emotion Poison tidak akan membahayakan nyawa mereka namun ia hanya akan buat mereka hilang pedoman di saat kesedihan dan kemarahan menimpa.

    Mereka akan bunuh sesama sendiri jika mereka marah manakala mereka akan bunuh diri sendiri jika mereka sedih.Emosi memainkan peranan dalam hal ini.

Vine tersengih lagi.Tiga sudah 'selesai'.Masih ada 13 orang lagi yang tinggal.Nampaknya kerjanya akan lebih mudah kali ini.

   'Ah..Tak sabarnya aku nak merasa,..darah The Undead Ghoul buat kali pertamanya.'Bisik hati Vine,seksi.

   Dia mengintip dari celahan tingkap untuk sekian kalinya.Iryan yang sedang tekun merawat kecederaan Syawal itu, dipandangnya dengan pandangan mengoda.Tak lama lagi,giliran kau pula untuk mati,Iryanku sayang..

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"HAHH..Nasib baik sempat."

   Iryan mengelap peluh yang berjuraian di dahi.Dia berasa agak lega kerana dapat menyelamatkan Syawal,namun kehilangan Zinnt dan Fellex masih terasa di hatinya.

     Dia pantas membuang pandang kearah mayat Zinnt dan Fellex yang sedang diuruskan oleh satria-satria di situ.Mayat mereka diletakkan ke atas katil,tanda menghormati permergian dua insan yang selalu menghiasi hari-hari mereka selama ini.

  Melihatkan keadaan itu,dada Iryan kembali sebak.Tak..Aku tak tabah untuk hadapi semua ujian ni...Walaupun aku adalah seekor The Undead Ghoul,tak bermakna aku tiada perasaanku yang tersendiri.

    Hati Iryan kemudiannya tiba-tiba membengkak.Baju jubah berhudnya diramas kasar.Semua ni salah Kifft! Kalau setan tu tak suruh dia buat kerja gila ni,semua ni takkan terjadi! Arghh! Aku sumpah kau Kifft! Aku sumpah kau mati awal!

    "Arghhhhhhhhh!"

    "Arghhh! Tolong!"

Tiba-tiba,bunyi jeritan yang berselang seli mematikan lamunan Iryan.Dia pantas berdiri, tercari-cari siapakah yang menjerit itu.Namun kegelapan agak menyukarkan penglihatannya.

    Tiba-tiba pintu bilik ini tertutup dengan sendirinya! Kegelapan menyelubungi diri sepenuhnya.Dia tidak mampu melihat apa-apa.

   "H..hh...hei! Janganlah main-main! Tak lawak okey?" Ucap Iryan,bersama suara yang terketar-ketar.

   "Hahh ....hahh..."

Tak lama kemudian,kedengaran seseorang seperti bernafas di tepi telinganya.Bulu tengkuk Iryan serta-merta mencanak naik.Seram!

   Atas rasa ingin tahu,dia perlahan-lahan menoleh ke arah belakang...


to be continued..


------------------•••••••• 🎀••••••••-----------------

Author's note:

Hello guys! 😂 Author penah cakap kan yg semalam Author nk merajuk seminggu tu kan? Hehehe.. It just joking.😜 Saja je nak kenakan pembaca jap.Tapi ...sbb rasa macam bersalah sangat kat korang,Author akhirnya pdam jugak ruang mengarut tu.😂

   Apa-apa pun,Seriously...Korang rasa,cerita Author makin menarik ke ataupun makin menurun? Alaa..komenlah cikit.Author pun nak tahu jugak😣.

Sebelum tu,Author nak nangis dan melalut dulu..

  "Zinnt! Kenapa kau mati?! Kenapa?! Huwawawa! Syawal! Kenapa kau bodoh sangat?! kenapa kau tikam diri sendiri? Mana perginya pegangan agama yang kau pegang selama ni?! Kau nak sangat ke masuk api neraka hah?!" *sob,sob,sob*

Eh? Ter-over plak Author kali ni.*blushing😳* Apa-apa pun,Author nak buat jalan cerita ni semakin gempak! Biar korang rasa panas!

Sila nantikan episode yang seterusnya dan setialah bersama Author dan Syah!😆😆 Sayonara!

Ps: Jika ada typo harap dimaafkan! Tolong tegur Author sekali! Kadang-kadang Author tak perasan.🙇

Continue Reading

You'll Also Like

122K 824 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
790K 63.1K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...
64.4K 324 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
494K 1.2K 17
Mula mula