Book 1: Annabella Valiant [✓]

Par Nur_Haura

1M 68K 3.9K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... Plus

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 19: We're Sorry, Anna!

17K 1.5K 59
Par Nur_Haura

Mare de la princesa del son, (Tidurlah puteri bonda)

Mare estimada princesa,
(Puteri kesayangan bonda)

Bell somni només,
(Mimpikan yang indah sahaja)

Vas a dormir,
( Kau akan lena)

Sempre i quan no és amb la mare,
(Selagi bonda ada bersama)

el fill no li faria mal...
(anakanda takkan terluka)

Seorang wanita anggun sedang menyanyikan lagu untuk mendodoikan anaknya yang masih bayi. Rambut anaknya dibelai penuh kasih sayang. Disebabkan bilik itu hanya diterangi cahaya bulan, dia tidak dapat melihat wajah wanita dan anaknya. Dia asyik mendengar lagu yang didodoikan oleh wanita itu.
Hatinya terasa tenang dan selamat.

Dia ingin mendekati wanita tersebut dengan anaknya untuk melihat wajah mereka dengan lebih dekat tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi letupan. Keadaan rumah tersebut menjadi huru-hara dalam sekelip mata. Wanita tersebut mendakap anaknya yang masih kecil sambil menyanyikan lagu tadi berulang kali untuk menenangkan si anak yang tidak tahu apa-apa. Satu lagi bunyi letupan yang kuat kedengaran menyentakkan wanita tersebut. Anaknya menangis dalam dakapannya.

“Annabella!!!” jerit seseorang.

“Argh!!! Huff... Huff...” Annabella terjaga dari tidurnya yang panjang. Nafasnya tercungap-cungap seolah-olah sedang berlari dalam acara maraton. Dia mengurut dadanya yang berdegup kencang. Dadanya naik turun untuk mengatur nafasnya supaya teratur seperti biasa. Tangannya meraup wajahnya untuk mengelap peluh yang membasahi dahi.

“Nak kena jerit baru kau bangun?” perli Wilda. Dia sudah lengkap memakai uniform Underlevel iaitu jaket berwarna hijau putih.

“Kalau tidak menjerit nama aku, agaknya tidak lengkap hidup kau.”

“Sudah dua minggu aku tidak menjerit nama kau.”

“Kau memang kawan tak guna. Suka jerit nama aku di tepi telinga. Kalau gegendang telinga aku pecah bagaimana?”

“Kau akan jadi pekak.” Wilda ketawa.

“Huh!” rengus Annabella.

“Sejak kau jadi Heroic Knight, kau sudah berubah jadi seorang yang panas baran.”

“Jangan kau tanya kenapa!” ugut Annabella.

“Jangan kaitkan aku dengan Heroic Knight! Aku tidak suka.”

“Kenapa dengan kau ni? Kau cari gaduh dengan mereka?”

“Heroic Knight yang kau dan orang lain sanjung dan kagum tidak seperti yang kau bayangkan. Mereka tidak segah namanya. Mereka sangat menjengkelkan, menyusahkan, membebankan, menyakitkan hati orang dan suka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Itu kau kata pelindung?” Suara Annabella kedengaran sinis.

“Apa yang sudah terjadi?” tanya Wilda.

“Sepanjang dua minggu aku tinggal dengan mereka, aku dilayan seperti pembantu rumah. Mentang-mentang aku hanya manusia biasa yang lemah dan tidak ada kuasa. Mereka arah aku sesuka hati mereka! Sudahlah meminta pertolongan aku tanpa persetujuan aku. Bila aku siap lakukan kerja mereka, ucap terima kasih pun tidak!”

“Sebab itu kau tidur di sini? Kenapa tidak balik ke sana?”

“Aku tak nak! Aku menyampah tengok muka mereka. Aku mahu pulang ke tempat asal aku, Wilda. Ini bukan dunia aku.”

“Kalau itu yang kau mahu, aku tidak boleh halang. Kau tidak mahu tahu siapa diri kau?”

“Kalau aku tahu, apa yang boleh aku buat? Aku tidak ada siapa-siapa di dunia ni.”

“Sudahlah! Kau tidak perlu menangis hiba. Lebih baik kau pergi mandi dan bersiap. Sekejap lagi mata pelajaran dengan Prof. Lordes. Kalau kita lambat, nanti sepuluh bakul dia membebel,” bebel Wilda.

“Bukan dia yang membebel tapi kau! Kenapa mata pelajaran dia ada setiap hari pada waktu pagi? Pagi-pagi lagi sudah mengadap muka Prof. Lordes tu,” rungut Annabella. Dia berlalu membersihkan diri di dalam bilik air. Dia melangkah keluar setelah siap berpakaian.

“Baju tu memang sesuai dengan kau, Anna. Rambut kau nampak sesuai dengan jalur emas tu.”

“Kau perli aku?”

“Aku puji kaulah, senget! Jom pergi ke kelas.”

Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah bahagian barat akademi di mana pembelajaran Underlevel terletak. Walaupun Annabella sudah menjadi Heroic Knight, pembelajaran tetap tidak berubah. Mujurlah dia masih sekelas dengan Wilda. Kalau tidak, hubungan persahabatan yang mula terjalin pasti renggang apabila mereka berjauhan.

“Annabella Valiant! Wilda Fermos!”
Prof. Lordes berdiri di muka pintu kelas dengan muka yang garang. Kaca mata yang dipakai ditolak dengan jari sedikit untuk membetulkan kedudukannya. Dia sudah menjangkakan bahawa pelajarnya ini akan lambat seperti biasa. Jadi, sudah kebiasaannya dia menunggu di muka pintu kelas.

“Annabella, kamu didenda!”

“Saya seorang ke didenda, Prof?” tanya Annabella tidak puas hati.

“Ya, kamu saja di denda. Jumpa di perpustakaan selepas habis waktu belajar untuk hari ini.”

Annabella memasamkan wajahnya. Tidak adil dia saja yang didenda padahal Wilda juga lambat. Kawannya itu hanya tayang sengihan. Sakit hati!

SETELAH selesai pembelajaran hari itu, Annabella berseorangan sahaja menuju ke bahagian selatan akademi di mana perpustakaan terletak untuk menjalani hukuman yang diberi oleh Prof. Lordes. Denda yang sudah biasa dilakukannya iaitu menyusun buku mengikut abjab dan kategori. Bunyi senang tapi sukar bagi Annabella dan Wilda kerana perpustakaan sangat luas dan besar. Ia memerlukan sebulan atau lebih untuk mereka menyusun semula. Tetapi hari ini Annabella terpaksa melakukannya seorang diri.

“Sampai pun kamu. Lewat seperti selalu,” kata Prof. Lordes apabila melihat pelajarnya lewat sampai.

“Maaf, Prof...” ucap Annabella.

“Saya pergi buat kerja sekarang.”

“Hari ini kamu tidak perlu menyusun buku.”

“Habis saya perlu buat apa?” tanya Annabella.

“Saya mahu kamu cari buku yang saya inginkan.”

“Buku apa? Tajuk apa?”

“Saya mahu kamu salin supaya tidak lupa. The Legend of Silent Knight, The Guardian of Fryswellendine...”

Annabella tersentak apabila mendengar tajuk buku kedua. Fryswellendine... Seperti pernah dengar nama tersebut. Eh? Itukan nama yang selalu aku dengar melalui bisikan.

“Prof? Siapa Fryswellendine?”

“Kenapa kamu tanya, Anna?”

“Saya selalu terdengar orang panggil nama saya tapi nama yang saya dengar lain sikit.”

“Nama apa yang kamu dengar? Dari mana kamu dengar?”

“Ardenaur de la Fryswellendine. Saya tidak tahu macam mana saya dengar tapi ia seakan-akan berbisik di telinga saya.”

Prof. Lordes berkerut dahi. Ini kali pertama dia dengar nama tersebut. Sebagai pengkaji Sejarah, dia tahu yang Fryswellendine tiada keturunan untuk menyambung lagendanya.

“Mungkin kamu silap dengar, Anna. Kamu selalu tidur di dalam kelas dan kemungkinan kamu bermimpi.”
Annabella mengeluh. Semua orang kata dia bermimpi. Namun, apa yang dia dengar seakan-akan benar.

“Buku seterusnya adalah Ancient Beast of Sylvania, Type of Demons and History of King Dark Tralgar. Thats all... Now, go and find it.”

“Baik...” sahut Annabella.

Prof. Lordes selalu memerhati setiap pelajarnya tetapi Annabela lebih mendapat perhatiannya. Ada sesuatu dalam diri pelajarnya itu. Mengikut Pengetua Erald, budak itu hanya manusia biasa. Apa yang dia ketahui dari Pengetua Erald bahawa Annabella boleh merasai Demonic Spirit dan boleh bercakap dengan familiar Karyle. Dia putuskan Annabella mungkin adalah Lvanian. Apa buktinya?

“Prof! Saya sudah jumpa buku History of King Dark Tralgar!” beritahu Annabella.

“Buku ini saya sudah baca. Buku yang saya suruh kamu cari adalah untuk kamu baca.”

“Eh? Tapi kenapa?” Annabella terkejut.

“Kamu adalah salah seorang Heroic Knight. Kamu patut tahu dan baca buku seperti ini. Sudah, sambung cari buku lain sampai jumpa.”

Annabella mengeluh. Macam mana nak cari? Sudahlah buku di sini beribu-ribu jenis. Sampai esok pun dia tidak akan jumpa. Dia jumpa buku History of King Dark Tralgar hanya kebetulan sebab dia ternampak seorang pelajar perempuan membaca buku tersebut.

Setelah dua jam mencari buku yang diingini, Annabella sudah berputus asa untuk mencari tiga buah buku lagi. Dua buah buku iaitu History of King Dark Tralgar dan Type of Demons sudah dijumpai. Tiga lagi susah untuk dicari. Dia hanya berteleku di tangga tingkat ketiga perpustakaan tersebut. Sudahlah buku tidak jumpa, perutnya pula lapar.

“Sudah jumpa, Anna?” tanya Prof Lordes. Dia melihat pelajarnya termenung di anak tangga di tingkat tiga.

“Saya lapar!” kata Annabella terus terang.

“Sudah turun sekarang.”

Annabella menuruni anak tangga satu persatu. Tiba sahaja di bawah, Prof Lordes susah menyediakan makanan untuknya. Annabella kembali bersemangat. Kecur air liurnya apabila melihat pai daging ayam dan kentang penyek dengan daging bakar. Baunya sangat menggoda nafsu makannya. Dia makan dengan berselera sekali. Sekali sekala dia menyanyi kecil. Lagu yang dia dengar melalui mimpinya.

“Bagaimana kamu tahu Bahasa Purba Lvanian, Anna?” tanya Prof Lordes.

“Saya dengar dalam mimpi saya. Seorang ibu mendodoikan anaknya dengan lagu tu. Kenapa? Apa maksudnya?”

“Hanya pujukan si ibu yang mahu anaknya tidur. Sudah habis makan?”

“Dah!”

“Ikut saya.”

“Nak pergi ke mana, Prof?” tanya Annabella. Kakinya tetap melangkah mengikuti Prof. Lordes.

Mereka keluar dari perpustakaan dan menuju ke arah bahagian utara akademi di mana tempat tinggal Heroic Knight terletak. Annabella sudah memasamkan muka kerana mengetahui yang Prof. Lordes membawanya ke sini. Mereka memasuki kediaman Heroic Knight tetapi tiada orang yang berada di situ. Mereka menuju ke ruang tamu. Prof Lordes meletakkan tangan pada dinding yang berbata dan menolak lembut. Bata pada dinding tertolak ke belakang. Satu laluan rahsia di tengah-tengah ruang tamu terbuka. Satu-persatu anak tangga timbul menuju ke bawah yang semakin dalam dan gelap.

Annabella pula ternganga melihat laluan rahsia yang belum pernah dia ketahui. Selama dia berada di sini, dia tidak pernah tahu kewujudan laluan ni. Tidak pernah sekali dia lihat salah seorang Heroic Knight membuka laluan tersebut.

“Jom, turun! Semua sudah berkumpul tinggal kamu je,” kata Prof Lordes. Kakinya menuruni anak tangga tersebut.

Annabella mengikuti sahaja langkah Prof Lordes tanpa banyak soal sebaik sahaja mereka berada di bawah. Laluan rahsia tersebut tertutup seperti tiada apa-apa yang berlaku. Muncul satu persatu cahaya menerangi tempat tersebut seperti batu permata berwarna putih yang berada di dalam bekas kaca berbentuk bulat dan terapung di udara. Magik lagi?

Setelah lima belas minit menyusuri laluan yang bengkang-bengkok dan menuruni tangga beberapa kali dengan bantuan batu permata yang bercahaya, mereka tiba di depan pintu. Prof. Lordes membuka pintu tersebut. Satu baldi air sudah membasahinya.

“GUYS! Are you ready to surprise Anna?” tanya Freya dengan teruja.

“Ready!” sahut yang lain kecuali Karyle, Eidan dan Frielan.

“They gonna feel Anna’s wrath once again,” kata Frielan. Jari telunjuknya menolak cermin matanya. Buku dan pena di tangan tidak pernah terpisah dari tangannya.

“At least, they try,” kata Karyle dengan senyuman seperti selalu.

Pengetua Erald yang turut berada di situ menggelengkan kepala apabila melihat gelagat pelajar elit akademi. Pintu bilik dibuka dari luar. Freya, Serena, Hariel dan Haziel sudah bersedia mahu menyimbah air pada Annabella saat gadis itu muncul di muka pintu. Itu cara mereka mahu meminta maaf. Freya yang mencadangkan idea tersebut jadi yang lain hanya setuju.

Sebaik sahaja pintu di buka, “We’re sorry, Anna!”

Bush!

Mereka berempat tergamam apabila melihat orang yang membuka pintu. Mereka menyangka Annabella yang buka pintu rupa-rupanya Prof. Lordes. Habis basah lencun profesor tersebut. Muka Prof. Lordes sudah merah menahan marah. Rakannya, Pengetua Erald sudah galak ketawa apabila sahabatnya basah disebabkan empat orang Heroic Knight. Frielan menulis sesuatu di dalam bukunya manakala Karyle senyum seperti selalu. Eidan pula tayang muka tidak ada perasaan dengan situasi yang berlaku.

Annabella yang melihat situasi tersebut terkedu. Nasib baik bukan aku yang buka pintu, getusnya di dalam hati.

******************************

Sylvania dh smpai 3k++😂 xsangka citer mengarut ni ada orang nk baca. (Thanks to all readers😘😘 I love all of u😘😘😘) Ekceli, this story nak uji kekreatifan saya dlm menulis. (Pfft! Eksen) haha

Cover ditukar bcos ada citer yg sama gmbrnya. So, whaddaya think about the new cover?

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

46.4K 1.7K 27
Kewujudan kuasa baru telah menggugat kedudukan Raja Demon setelah empayarnya yang dibina beribu-ribu tahun dahulu menyebabkan beberapa puak musnah te...
2.4K 175 22
Irene atau nama penuh TENGKU MEGAN IRENE NICOLE ialah seorang gadis remaja yang ceria, peramah,sopan santun tetapi segalanya berubah apabila dikhabar...
915K 66.3K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
26.8K 2.5K 43
Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tap...