Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 18: Manusia atau Lvanians?

16.9K 1.1K 42
By Nur_Haura

SUASANA menjadi sunyi setelah Annabella melangkah keluar. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain kerana menyebabkan kemarahan Annabella. Mereka berkumpul di ruang tamu untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

“Sekarang ini apa yang perlu kita lakukan?” Karyle bersuara. Dia sebagai Heroic Knight Pertama mempunyai tanggungjawab sebagai ketua kumpulan.

“Perbuatan kamu berempat menyebabkan perkara ini berlaku,” kata Karyle lagi. Ianya dituju kepada Freya, Serena dan pasangan kembar.

“Come on, Karyle! Aku cuma meminta tolong sahaja,” kata Freya tanpa bersalah.

“Tapi ada kau dapatkan persetujuannya untuk melakukan kerja kau?” ujar Karyle.

“Err... Rasa-rasanya... Tak ada,” balas Freya lambat-lambat.

“Kamu semua tidak sepatutnya buat Anna begitu. Dia tidak perlu dilayan seperti pembantu. Ini ke Heroic Knight yang dikagumi?” tutur Karyle. Walaupun suaranya kedengaran lembut tetapi ada ketegasan.

“Pembantu rumah cuti. Siapa yang akan buat kalau bukan Anna?” Serena bersuara.

“Kalau Clara masih ada, adakah kamu menyuruh dia buat kerja kamu semua?” Pertanyaan Karyle mendiamkan mereka berempat. Kepala ditundukkan. Karyle mengeluh perlahan.

“Walaupun dia bukan dari sini, kita tidak sepatutnya melayannya begitu. Seorang Heroic Knight tidak akan mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah daripada kita. Kita sepatutnya membantu dan menolong mereka yang lemah.” Karyle agak kecewa dengan sikap ahlinya.

“Apa yang perlu kami lakukan untuk tebus kesalahan kami?” tanya Hariel.

“Minta maaf dengan Anna.”

“Baiklah,” balas Freya, Serena dan pasangan kembar.

“Boleh bersurai.”

Masing-masing masuk ke dalam bilik masing-masing. Tinggal Karyle, Frielan dan Eidan yang berada di situ. Mereka mahu berbincang tentang sesuatu yang sangat penting tetapi tidak boleh dilakukan di situ. Oleh itu, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik bacaan dan mengunci pintu tersebut.

“Phoenix the Ancient Beast, bersatu bersamamu, menjagaku yang dipilihmu,” seru Karyle.

Pisau yang berada di pinggangnya diambil lalu menghiris tangannya sehingga setitik darah menitis. Muncul satu cahaya yang menyilaukan pandangan. Setelah itu, muncul seekor burung berwarna merah seperti api yang membara. Sayapnya ada kilauan emas apabila terkena cahaya matahari. Terdapat satu tanda berbentuk permata di dahi burung tersebut. Ia terbang lalu bertenggek di atas palang kerusi.

“Ada apa kau memanggilku, Karyle?” tanya burung tersebut.

“Maaf menganggumu, Elioni. Aku memerlukan pertolonganmu untuk membantu kami,” ujar Karyle.

Sudah menjadi tugasku untuk membantumu. Apa yang perlu aku lakukan?” kata Elioni.

“Tolong lihat keadaan seorang gadis yang berambut emas dan mempunyai sepasang mata berwarna biru?” pinta Karyle.

“Pengguna dua kuasa?”

“Tidak. Dia hanya manusia.”

“Baiklah. Kalau itu yang kamu mahu aku lakukan.” Setelah itu burung tersebut menghilangkan diri.

“Jadi, bagaimana?” soal Frielan sambil membetulkan cermin matanya.

“Elioni bersetuju melihat keadaan, Anna. Kita hanya perlu menunggunya kembali,” balas Karyle.

Apabila seseorang berada di level 2 atau gred 3, mereka akan mencari familiar atau haiwan suci untuk menjadi penjaga dan pelindung masing-masing dan mengikat perjanjian dengan mereka. Tetapi tidak mudah mengikat perjanjian dengan familiar kerana mereka dipilih oleh haiwan suci. Perjanjian mereka adalah darah dengan darah. Untuk menyeru familiar, memerlukan setitik darah. Selain itu, hanya pemilik familiar dan pengguna kuasa semangat sahaja yang dapat berhubung atau berinteraksi dengan familiar.

"Kau boleh membaca mindanya?” tanya Eidan.

Karyle menggelengkan kepala. Sepatutnya dia boleh membaca minda seorang manusia dengan mudah kerana manusia tidak boleh membina pendinding dalam kotak memori. Apabila dia cuba membaca minda Annabella, ada satu pendinding yang kuat yang menghalangnya untuk membaca apa yang difikirkan oleh Annabella dan melihat memori gadis itu.

“Kenapa tidak boleh?” soal Frielan pula.

“Terdapat pendinding yang kuat dalam fikirannya. Aku tidak boleh membaca dan melihat apa yang berada di dalam fikiran Anna,” jawab Karyle tenang.

“Aku rasa ada aura kuat yang berlegar ketika itu,” ujar Eidan.

“Seperti ingin membebaskan dirinya? Aku juga merasai,” sampuk Frielan.

“Aura itu seperti tenggelam timbul. Seperti ada sesuatu yang mengurungnya,” tutur Karyle.

“Ia datang dari Anna?” tanya Eidan.

“Tidak pasti. Kita tunggu Elioni datang.”

Eidan rasa aura itu datang dari Annabella kerana dia sahaja yang berada dekat dengan Annabella ketika gadis ity mengamuk. Niatnya menegur untuk menolong gadis itu tapi menyebabkan kemarahan gadis itu. Ketika itulah dia dapat rasa aura kuat yang tenggelam timbul.
Tidak lama kemudian, Elioni muncul.

“Bagaimana, Elioni?” tanya Karyle.

Dia hanya manusia biasa yang datang dari Bumi?” tanya Elioni.

“Ya, kenapa?”

Aku menjumpai di atas tembok akademi. Anehnya dia dapat merasai kehadiranku malah dia boleh memahamiku,” kata Elioni, Phoenix the Ancient Beast.

“Ada rasa sesuatu tentangnya?”

Ya, ada. Ada sesuatu yang terkunci dalam tubuhnya.”

“Dapat rasa auranya?” Karyle ajukan soalan.

Manusia tiada aura tetapi aku dapat rasa dia memiliki aura tetapi auranya lemah.

“Bagaimana dengan memorinya?”

Ada pendinding yang menghalangku melihat mindanya. Sesuatu yang kuat. Rasa seperti aura...”

“Aura apa? Elioni?” celah Karyle.

Tidak ada apa-apa mungkin perasaanku sahaja. Ada apa-apa lagi yang perlu aku lakukan?”

“Terima kasih Elioni,”  ucap Karyle.

Sama-sama. Sudah menjadi tanggungjawabku membantumu. Aku pergi dulu.” Setelah itu Elioni menghilang.

“Bagaimana, Karyle?” tanya Frielan.

“Anna dapat berinteraksi dengan Elioni,” jawab Karyle.

“Anna boleh bercakap dengan Elioni? Hanya kau dan pengguna kuasa semangat sahaja yang boleh bercakap dengan Elioni. Bagaimana Anna boleh bercakap dengan Elioni?” kata Eidan.

“Aku tidak tahu tapi itu yang Elioni katakan saat berjumpa dengan Anna. Anna boleh merasai kehadirannya. Elioni kata ada sesuatu yang terkurung dalam tubuh Anna kerana dia dapat rasa aura yang lemah tetapi manusia biasa tiada aura seperti kita.” Karyle bersuara.

“Mungkin Anna merupakan Lvanian?” simpul Frielan.

“Boleh jadi... Kita akan beritahu tahu Lord Andrew dan Pengetua Erald tentang perkara ini.” Karyle memutuskan untuk memberitahu mereka.

ANNABELLA merenung kepekatan malam yang gelap gelita di atas tembok tinggi akademi. Hanya cahaya dari sinaran bintang dan cahaya dari menara pemerhati akademi yang sekali-sekala melintasinya. Dia naik ke atas tembok tersebut kerana terdapat tangga yang berada di situ.

Dia baru sahaja berbual dengan seekor burung yang sangat cantik bernama Elioni. Hilang sedikit kesunyian yang ada tetapi hanya sebentar apabila Elioni meminta diri untuk pulang kepada tuannya. Dia sangat terkejut haiwan itu dapat berbual dengannya.

“Kau mahu bunuh aku atas apa yang aku cakap petang tadi?” Annabella bersuara apabila dapat merasa ada seseorang yang berada berdekatan dengannya. Perasaan ini dia dapat rasa apabila berdekatan dengan Eidan sahaja.

“Atau kau mahu bunuh diri?” Eidan memunculkan diri apabila kehadirannya dapat dirasai oleh Annabella.

“Bunuh diri bukan cara aku mahu mati. Lebih baik mati di tangan kau sebab kau bukan sahaja seorang Heroic Knight malah berdarah kerabat diraja Astland.”

“Kalau kau mahu mati, aku boleh bunuh kau sekarang,” ujar Eidan. Dia memuncul bebola api yang bercampur dengan kilat.

“Just give it a go.”

Bebola kilat api dilontarkan ke arah Annabella tanpa rasa ragu-ragu malah Annabella sikit pun tidak berganjak dari tempat duduknya. Tidak lama kemudian, satu letupan kedengaran.

“Pandai kau buat bunga api,” puji Annabella. Dia mendongakkan wajah untuk melihat dada langit yang dihiasi dengan percikan api.

“Aku sudah agak yang kau tidak akan bunuh aku dengan mudah.”

“Lebih seronok kalau bunuh orang yang kuat dan berkuasa daripada orang yang lemah.”

“Kau kata aku lemah?” Annabella sudah geram.

“Lebih kepada lembab!” kata Eidan.
Annabella mendengus kegeraman. Berani dia kutuk aku.

“Apa kau buat di sini?”

“Lord Andrew yang suruh aku tengok kau.”

“Mana orang tua tu pergi? Aku mahu jumpa dia sekarang,” tanya Annabella. Dia mahu jumpa Andrew dan bagitahu lelaki itu yang dia mahu pulang ke Bumi.

“Dia ada tugas yang perlu diselesaikan,” beritahu Eidan.

“Berapa lama?”

“Berdasarkan tugas apa yang diberi. Boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Kenapa kau mahu jumpa dia?”

“Bukan urusan kau.”

“Kau mahu pulang ke Bumi?”

“Baguslah kalau kau tahu. Untuk pengetahuan kau, aku sudah muak tinggal di sini. Hidup di sini hanya menyusahkan diri aku. Sylvania penuh dengan orang yang angkuh dengan kuasa yang mereka ada. Bukan itu sahaja, mereka suka menindas orang yang lemah,” luah Annabella geram.

“Jika aku bagitahu kau bahawa kau penduduk di sini, kau masih mahu pulang ke Bumi?” Eidan mematikan niat Annabella mahu pulang ke Bumi.

“Tidak mungkin aku merupakan penduduk di sini yang menjengkelkan.” Annabella menafikan kenyataan itu.

“Semasa kau mengamuk petang tadi, kau ada rasa sesuatu?” tanya Eidan.

“Ada!"

“Apa?”

“Rasa mahu bunuh kau dan yang lain-lain.”

Eidan mendengus. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

“Kau jumpa Elioni?”

“Bagaimana kau tahu?”

“Dia familiar Karyle.”

“Jadi?”

“Kau dapat bercakap dengan Elioni?”

“Apa masalahnya kalau aku dapat bercakap dengan Elioni?”

“Hanya pemilik familiar dan pengguna kuasa semangat sahaja yang boleh bercakap dengan Ancient Beast. Kalau kau manusia biasa, kau tidak akan mampu bercakap dengannya. Jika kau boleh bercakap dengannya, kemungkinan kau adalah Lvanian  pengguna kuasa semangat,” terang Eidan.

Annabella mendiamkan diri. Otaknya mahu memproses apa yang dikatakan oleh Eidan. Jadi, bisikan yang dia dengar selama ini menandakan dia adalah Lvanian? Tidak masuk akal! Kalau ya, dia sudah ketahui dari dulu. Fikirannya makin kusut apabila mendengar kenyataan daripada Eidan. Siapa dirinya? Manusia Bumi atau Lvanian?

“Tidak pasti lagi, kan?” Annabella mahu memastikan kenyataan itu tidak dipastikan lagi.
Eidan mengangguk.

“Ini bermakna aku manusia biasa.” Suara Annabella kedengaran lega.

“Manusia biasa tidak ada aura. Kau ada aura yang lemah. Bila kau marah tadi, aku dapat rasa aura yang kuat yang tenggelam timbul,” sambung Eidan lagi.

“Perasaan kau sahaja.”

“Seorang Lvanian kerabat diraja mampu merasai dan melihat aura seseorang.”

“Jadi... Kau, Putera Mahkota Kerajaan Astland boleh rasa aura dan boleh melihatnya?” tanya Annabella dengan nada menyampah.

Eidan mengangguk perlahan.

“Semakin lama, semakin pelik dunia ini.”

“Kau yang pelik.”

“Kau boleh pergi aku mahu bersendirian,” halau Annabella. Eidan tidak berganjak dari tempatnya menyandar.

“Kau buat apa lagi di sini?”

“Kalau ikutkan hati aku, aku tidak mahu berada di sini. Oleh sebab Lord Andrew yang menyuruh aku perhatikan kau, aku terpaksa,” balas Eidan tenang.

“Urgh! Orang tua tu... Selalu sekat apa yang aku mahu lakukan,” rungut Annabella. Dia terpandang pedang Eidan yang tersisip dipinggang lelaki itu.

“Boleh aku pinjam pedang kau?”

“Kau mahu buat apa?”

“Kalau kau tidak bagi, aku terjun dari tembok ni. Selepas itu, Andrew akan salahkan kau dan tidak akan mengaku kau anak muridnya lagi,” ugut Annabella.

“Menyusahkan betullah kau ni!” Eidan terpaksa menyerahkan pedang kesayangan kepada Annabella.

“Wow! Cantiknya pedang kau!”

Pemegang pedang yang diperbuat daripada emas dan terdapat satu simbol kepala burung helang. Kuku harimau yang dibentuk seolah-oleh mencengkam pedang tersebut. Batu permata berwarna merah bersinar di tengah-tengah. Pedang itu dihala ke atas. Muncung pedang yang tajam itu bersinar apabila terkena sinaran bulan.

“Ianya milik moyang aku yang diperolehi daripada Griffin, Ancient Beast,” beritahu Eidan.

“Griffin? Haiwan yang mempunyai badan seperti singa tetapi mempunyai kepala dan sayap seperti helang? Jadi, familiar kau adalah Griffin?” soal Annabella.

“Selagi aku tidak masuk mencapai gred 3, aku tidak akan mempunyai familiar. Griffin salah satu daripada Ancient Beast.”

“Salah satu dari Ancient Beast? Bermakna ada banyak lagi ke?”

“Griffin, Phoenix, Drakon, Cetea, Dracaenae dan...”

“Dan?"

“Ada lima je.”

“Tidak ada sesiapa yang dapat mengikat perjanjian dengan Ancient Beast?”

“Karyle dan Frielan. Elioni tu Ancient Beast. Phoenix.”

Rambutnya yang panjang mengurai dijatuh di bahu kiri. Dia menggengam pedang tersebut.

“Kau mahu buat apa?” tanya Eidan. Dia nampak cemas apabila melihat Annabella menghala pedang itu ke leher.

“Kau rasa apa? Bunuh diri?” soal Annabella kembali. Sekali potong sahaja rambut emasnya sudah dikerat menjadi pendek di paras lehernya.

“Nah!”

Eidan kembali menyimpan pedangnya. Lega hatinya sebab Anna tidak bertindak mencederakan dirinya.

“Kenapa kau potong rambut kau?”

“Ianya merimaskan aku seperti kau dan yang lain. Sangat merimaskan dan menjengkelkan.

“Kau mahu campak di luar? Kau mahu Demons dahagakan darah dan daging kau apabila mereka hidu rambut kau?”

“Kau bakarlah. Nah!”

Eidan terus bakar rambut Annabella dengan kuasa apinya.

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 830 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
463K 34.9K 53
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
1.4M 92.2K 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ****************************************...