Book 1: Annabella Valiant [✓]

Por Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... Más

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 16: The Circle of Heroic Knight

16.5K 1.2K 33
Por Nur_Haura

ANNABELLA termenung di depan jendela. Pemandangan Akademi Seraglio sangat indah pada waktu petang tetapi tidak mampu menenangkan fikirannya. Apa yang berlaku selama dia tinggal di sini bagaikan mimpi. Rasa percaya dan tidak percaya masih berbelah bahagi. Dia masih berharap apabila dia buka mata, semuanya adalah satu mimpi yang panjang.

Keluhan berat dilepaskan. Semasa kecil, dia tahu yang dia bukan kanak-kanak biasa. Seawal usia umur tujuh tahun dia sudah sudah mahir menggunakan senjata dan teknik mempertahankan diri. Setiap kali dia bertanya pada ayahnya kenapa dia perlu menjalani semua latihan itu. Hanya tiga perkataan sahaja dia dapat.

“Untuk masa depan.”

“Jadi, inilah masa depan yang ayah cakap? Siapa ayah sebenarnya? Siapa diri Anna? Siapa kita, ayah? Anna harap kita hanya manusia biasa bukan penduduk di sini,” desis Annabella dalam hati.

“Anna, bersiap sekarang!”
Dia menoleh. Andrew lagi.

“Untuk apa?”

“Nah!” Andrew menghulur satu bungkusan plastik kepada Annabella.

“Apa ni?” tanya Annabella. Tangannya membuka bungkusan plastik yang diberi oleh Andrew.

“Baju!”

“Awak punya?”

“Erena punya.”

“Tidak seperti seragam pelajar akademi pun tapi...”

“Pakaian rasmi Heroic Knight. Hari ini kamu akan tinggal bersama ahli Heroic Knight,” celah Andrew.

“Kalau saya tidak mahu?”

“Saya akan paksa kamu. Saya tunggu di luar.” Andrew terus melangkah keluar. Dia tidak mengendahkan bantahan Annabella.

Annabella menilik baju yang berada di tangannya. Baju berwarna putih dan berjalur emas. Pada bahagian bahu kiri terdapat satu simbol yang diukir dengan begitu teliti dan halus. Cantik dan bergaya, puji Annabella dalam hati.

“Nampaknya aku perlu menggunting rambut aku jadi pendek,” keluh Annabella. Dia mengikat rambutnya yang mencecah pinggul dengan reben putih. Dia melangkah keluar dari bilik pesakit itu mendapatkan Andrew yang sedang menantinya.

“Pakaian tersebut sangat sesuai dengan kamu,” puji Andrew.

“It is a compliment or insult?”

“Kamu tidak tahu bezakannya?”

Annabella mengikuti Andrew dari belakang. Sekali lagi pelajar akademi memandang aneh kepadanya seperti kali pertama dia menjejakkan kaki di situ tetapi Annabella tidak pedulikan semua itu. Dia sudah terbiasa dengan pandangan begitu sepanjang dia berada di sini. Mereka melangkah menuju ke arah utara bahagian Akademi Seraglio. Setahunya bahagian utara adalah kawasan larangan bagi pelajar akademi di sini.

“Apa kita buat di sini? Bukankah pelajar akademi dilarang menjejakkan kaki di sini?” soal Annabella.

“Sekarang ini kamu adalah ahli Heroic Knight dan bukan sekadar pelajar akademi sahaja. Bahagian utara akademi adalah kawasan rasmi Heroic Knight. Kamu akan tinggal bersama tujuh orang Heroic Knight yang lain. Kita sudah sampai. Jadi, di sini saja saya boleh hantar kamu. Lagipun, saya ada kerja. Jumpa lagi.” Andrew terus meninggalkan Annabella.

“T-tunggu... Cepat betul orang tua tu menghilangkan diri. Aku perlu tinggal di sini dengan tujuh orang lagi Heroic Knight. Ia bukan teruk sangat.”

Pintu terbuka luas memeranjatkan Annabella. Dia tercegat di muka pintu.

“Welcome to The Circle of Heroic Knight, my princess,” ucap seorang lelaki berambut biru dan mempunyai sepasang mata biru juga.

“Welcome to The Circle, my queen,” ucap seorang lagi lelaki yang mempunyai wajah, rambut, dan mata yang sama dengan lelaki tadi.

Kedua-dua lelaki tersebut melutut bagai orang mahu melamar. Kedua-dua belah tangan Annabella diraih oleh mereka. Belakang tapak tangannya dicium oleh dua orang lelaki tersebut. Muka Annabella sudah berubah merah. Inilah kali pertama dia alami situasi begini.

“Come in, my lady.”

Annabella melangkah masuk ke dalam bilik yang sangat luas sebesar rumah banglo tiga tingkat. Dia nampak seorang lelaki dan perempuan yang sedang duduk di atas sofa.

“I’m Hariel Orwell. The seventh ranker.” Hariel memperkenalkan dirinya.

“I’m Haziel Orwell. The eighth ranker.” Ianya diikuti oleh kembarnya, Haziel.

“We’re 20 years old. Level 1, grade 5, year 2...” kata mereka serentak.
Mereka bermain dengan rambut Annabella membuatkan gadis itu rasa tidak selesa.

“Berhenti menggatal,” kata seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut. Rambut gadis itu yang berwarna hijau gelap dipotong pendek. Warna matanya juga sama dengan warna rambutnya.

“Kami bukan penggatal tapi penakhluk cinta,” kata Hariel dan Haziel serentak.

Gadis berambut pendek itu menjulingkan mata tanda menyampah dengan perangai buaya pasangan kembar tersebut.

“I’m Serena Vermont. The sixth ranker. Same like them.” Serena bersalaman dengan Annabella.

“Serena? Sejak bila kau pandai pakai bedak ni?” usik Hariel.

“Kau kelihatan sangat cantik,” kata Haziel dengan senyuman menggoda.

“Menyampah!” kata Serena geram.

“Aku lagi menyampah dengan kau,” balas Hariel.

Serena dan Hariel mula bergaduh tanpa mempedulikan kehadiran Annabella yang keliru dengan situasi sekarang. Pergaduhan antara Serena dan Hariel memang tidak asing lagi bagi yang lain.

“Jangan risau, puteriku. Mereka selalu begitu setiap masa. Mereka akan berbaik semula seperti biasa dan bergaduh lagi,” kata Haziel untuk menerangkan kepada Annabella.

“As loud as always even we have new fourth ranker,” kata seorang lelaki. Dia mempunyai rambut berwarna biru muda dan mempunyai sepasang mata berwarna kuning. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Dia mendekati Annabella. Tangan Annabella diraih dan diusap lembut.

“I’m Karyle de la Wyslicenus. The first ranker. 22 years old. Level 3, grade 2, year 1. Nice to meet you, Annabella,” sambungnya.

“Gembira jumpa awak jugak,” balas Annabella dengan nada kekok.

“I’m Freya Landrieu. The second ranker. Same age like him, same level and same grade. Nice to meet you, Human Girl. How did you beat Clara? You must have secret. Come on tell me! I’m a good secret keeper,” kata seorang gadis berambut merah jambu panjang dan mempunyai mata berwarna biru. Dia menyenggol perut Annabella dengan sikunya.
Annabella mengukir senyuman kekok.

“Freya, behave. She’s our guest,” sampuk seorang lelaki berambut ungu begitu juga matanya. Lelaki itu memakai cermin mata dan terdapat sebuah buku berada di tangannya.

“Kau lupa ke apa? Dia merupakan salah satu daripada ahli kita,” kata Freya. Dia menepuk belakang Annabella dengan kasar.

“You hurting her, Freya...” kata Frielan.

“Aku mahu mengeratkan hubungan aku dengan dia je, Freak Frielan,” balas Freya geram.

“Aku dengar apa yang kau cakap.” Frielan membetulkan cermin matanya sedikit.

“Memang niat aku mahu kau dengar pun,” kata Freya menghempaskan badan pada sofa.

“I’m Frielan de la Sellavian. The fifth ranker. 21 years old. Level 2, grade 3, year 2. You should tie your hair neatly,” kata Frielan. Dia mencatat sesuatu pada buku yang berada di tangannya.

Annabella sengih. Rambutnya yang agak serabai kerana si kembar yang bermain dengan rambutnya tadi.

BAMM!

Annabella terkejut apabila mendengar pintu dihempas kuat. Bahunya terhinyut sedikit kerana terkejut. Hanya dia sahaja yang terkejut mendengar bunyi pintu dihempas manakala yang lain bereaksi biasa bagai sudah terbiasa dengan bunyi hempasan pintu.

“Kau sudah balik, Eidan? Aku ingat kau tidak sempat menyambut Heroic Knight Keempat baru kita,” ujar Karyle.

“There’s no need to welcome her,” kata Eidan dengan dingin.

Annabella mengetap gigi geram. Dia kenal sangat dengan lelaki yang berambut perak dan mata biru itu. Lelaki itulah yang selalu mencari pasal dengannya apabila terserempak.

“Jangan kecil hati, Annabella. Dia memang begitu. Nama dia Eidan de la Ralynne. The second ranker. Same your age. Level 1, grade 4, year 2...”

Patutlah berlagak nak mampus. Baru jadi Heroic Knight Kedua sudah berlagak tidak ingat Sylvania. Kalau jadi Heroic Knight Pertama, mesti lagi berlagak. Dengus Annabella dalam hati.

“Saya Annabella Valiant. Panggil saja Anna. Umur saya 20 tahun, Underlevel, tahun 1.” Annabella memperkenalkan diri.

The Circle of Heroic Knight. Nama saja sudah kedengaran gah dan hebat tapi orangnya tidak seperti dia bayangkan. Karyle, lelaki yang suka senyum. Eidan, lelaki yang suka cari pasal dengannya dan dingin orangnya. Freya, gadis perwatakan kasar tetapi ceria. Frielan, mementingkan kekemasan dan protokal. Serena, nampak tidak mesra dengan orang. Hariel dan Haziel, playboy yang berjaya. The Circle of Heroic Knight... Penuh dengan orang pelik.

Seguir leyendo

También te gustarán

HYDRA 187 Por eynaasarah

Misterio / Suspenso

22.4K 2.1K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
463K 34.9K 53
『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...