Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 8: Teka-Teki di Penjara
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 14: Anna Vs Clara

17K 1.2K 49
By Nur_Haura

BAJU yang tergantung pada dinding diambil lalu disarungkan pada badannya yang langsing. Satu beg kecil diikat pada bahagian pinggang. Kotak yang tertera tulisan 'selamat hari lahir' dibuka. Hadiah hari jadi yang terakhir diterima dari ayahnya pada tahun lepas.

Dia mengambil hadiah tersebut dan membelek dengan penuh minat. Ringan! Sangat cantik. Kain baldu berwarna emas diguna sebagai lapisan luaran. Dia mula mengibas pada wajahnya. Kipas baldu panjang dua tapak tangan disimpan di dalam poket seluar. Buat kibas jika kepanasan semasa perlawanan nanti. Rambutnya yang panjang mengurai diikat dengan reben seperti ekor kuda. Dia sudah bersedia untuk berlawan dengan Clara.

"Ini pakaian kau?" soal Wilda yang memerhati lagak Annabella.

"Haah. Kenapa?"

"Senanglah Clara mahu belasah kau nanti."

"Aku tidak peduli asalkan aku selesa. Kalau aku pakai baju besi, aku cedera. Lebih baik aku pakai begini sebab senang nak lari. Hehe..." Annabella ketawa dengan kata-katanya sendiri.

"Jom! Lord Andrew sudah seperti cacing kepanasan tunggu kau."

Mereka melangkah menuju ke colosseum di mana perlawanan antara Annabella dan Clara berlangsung. Bunyi sorakan membingitkan suasana. Hadirin yang hadir sudah tidak sabar mahu melihat pertarungan Heroic Knight Keempat dengan manusia biasa. Ada yang buat taruhan semasa sendiri. Kebanyakkan orang yakin yang Clara akan menang. Tiada siapa yang berharap Annabella akan menang malah Wilda sahaja berharap yang Annabella tidak cedera teruk.

Annabella melangkah masuk ke gelanggang dengan langkah bersaja. Tiada riak risau terukir di wajahnya. Pedang di tangan di pusing seolah-olah itu hanya permainan yang selalu dia main. Dia melihat Clara yang memakai pakaian bersahaja tetapi nampak mewah dan bergaya dari Annabella. Terdapat sebilah pedang yang panjang, lebar dan tajam di tangan Clara.

Di tempat penonton...

"Aku harap dia tidak apa-apa," kata Andrew dengan wajah yang risau.

"Anna bukan seperti yang kau sangka. Perlawanan tempoh hari membuktikan yang Anna bukan 'kosong' orangnya. Kemahirannya bermain pedang membuktikan yang dia sangat berkemahiran tinggi." Erena menenangkan Andrew.

"Aku tahu tentang itu. Sebab itu aku semakin curiga tentang dirinya yang sebenar." Matanya merenung tepat pada Annabella. Hatinya mengatakan bahawa terdapat sesuatu yang tersembunyi dalam diri gadis itu. Seawal usia tujuh tahun sudah mampu menguasai kemahiran mempertahankan diri.

"Clara! Kerjakan budak tu cukup-cukup!" sorak gadis berambut merah jambu. Dia melambai-lambai ke arah rakannya itu.

"Tidak, Freya! Orang cantik seperti Gadis Manusia tidak patut tercedera, kan Haziel?"

"Betul tu, Hariel." Haziel menyokong kembarnya.

"Aku tertanya-tanya... Bagaimana perlawanan ini akan berakhir?" soal seorang lelaki.

"Sudah semestinya Clara yang menang. She's one of Heroic Knight," balas seorang gadis berambut hijau.

"Base on my observation, Clara have a lot of chance to win. But that girl... I respect her bravery," ujar Frielan. Cermin mata ditolak sedikit.

"Frielan! Berhenti dengan teori kau tu!" bangkah Freya.

"As loud as always. Whats your opinion, Eidan?" Pertanyaannya tidak dibalas oleh lelaki itu. Jadi, dia kembali fokus pada perlawanan yang baru sahaja berlangsung.

Pada masa yang sama, Clara dan Annabella menyerang secara serentak. Bunyi dentingan kedengaran saat pedang mereka berlaga antara satu sama lain.
Annabella melompat ke belakang apabila tidak dapat menahan asakan pedang Clara. Dia mengelak apabila Clara melibas pedang ke arahnya. Postur badannya tetap berdiri teguh. Clara menyerangnya sekali lagi tetapi Annabella masih mampu bertahan.

Oleh sebab tidak dapat menahan asakan dari Clara, Annabella mengundur ke belakang buat sementara waktu. Pedang yang berada di tangan kanan ditukar ke tangan kiri. Dia berlari mendekati lawannya untuk mengerang kembali. Setapak mendekati Clara, Annabella menukar pedangnya ke tangan kanan dan berjaya melukakan tangan Clara. Strateginya berjaya.

"Not bad for human girl like you," kata Clara dengan sinis.

"Don't judge me by my identity. I have split personality when I'm kid. Kadang-kadang aku boleh jadi budak comel yang baik hati. Kadang-kadang aku boleh jadi budak yang bijak. Kadang-kadang aku boleh jadi pembunuh!"

Serangan yang dilakukan ke atasnya oleh Clara masih berterusan. Annabella lebih kepada bertahan. Jika ada peluang, dia akan menyerang.

"Pembunuh?"

"Yup! Aku bunuh seekor kucing yang lalu depan mata aku," kata Annabella dengan bangga.

"Haha... Menyedihkan!"

"Aku tidak sukakan kekasaran."

"You're such a cocky, human girl."

Clara menyerang Annabella dengan bertalu-talu sehingga pedang yang berada di dalam genggaman tangan Annabella terlepas dan terjatuh ke atas tanah. Clara mengambil kesempatan itu untuk mencederakan Annabella.

Dahi berkerut apabila rasa ngilu dan perit menjalar di tubuhnya. Baju yang dipakai oleh Annabella sudah kotor dengan darah. Sakit yang menyengat dalam diri membuatkan Annabella jatuh terduduk. Belum sempat dia mengambil nafas. Dagunya ditendang kasar membuatkan bibirnya terkacip gigi dan berdarah. Cecair merah mula mengalir melalui celah bibirnya. Dia terbaring di atas tanah.
Nafas Annabella tersekat-sekat. Dadanya berdendang hebat. Rasa ngilu dan sakit semakin menjalar pada tubuhnya. Dia nampak Clara tersenyum sinis. Matanya dipejam seketika.

"Annabella Dreselle de la Fryswellendine. Darahmu ada darahnya. Darahnya mengalir dalam tubuhmu. Bangkitkah wahai keturunan Ardenaur de la Fryswellendine..."

Bisikan itu datang lagi. Suara itu menyapa gegendang telinganya. Ia berbisik lembut di cuping telinganya. Merdu dan gemersik. Biarpun suasana bising tetapi dia dapat mendengar bisikan tersebut dengan jelas.

"Bila jatuh, bangun. Bila rebah, bangkit. Saat kita tersungkur, saat itulah kita akan berjaya."

"Kenapa mahu mengalah? Sedangkan saat itu kita belum tahu takdir kita."

Pesanan ayahnya mula berlegar di minda. Annabella bangun dengan menongkat tangan. Bibirnya yang cedera tidak henti mengalir darah dikesat menggunakan belakang tapak tangan. Senyuman terukir di wajahnya kelihatan mengerikan kerana darah dicelah bibirnya tetap mengalir tanpa henti.

"Hei, Clara. Ini sahaja yang kau boleh buat? Rasa seperti dipukul oleh bantal yang gebu. Kau kata aku menyedihkan? Kau tidak sedar yang kau lagi menyedihkan dari aku. Kau cabar manusia biasa seperti aku. Sudah jelas kau takut cabar orang yang lebih kuat dari kau."

Clara mengetap gigi geram apabila mendengar kata-kata Annabella. Angin yang sepoi-sepoi bahasa mula bertiup kencang. Perlahan-lahan membentuk satu pusaran angin yang besar menyebabkan pandangan penonton menjadi kabur kerana angin yang bertiup kencang bersama debu. Pusaran angin itu menyerang Annabella.

Annabella tidak boleh melakukan apa-apa kerana pusaran angin itu sangat kuat. Dia tenggelam dalam pusaran angin. Clara tersenyum sinis apabila Annabella sudah ditelan oleh pusaran angin yang terjadi akibat kemarahannya.

Di tempan penonton, Andrew sudah cemas. Angin yang kencang itu menyukarkan penglihatan matanya. Dalam keadaan begini, Annabella mungkin tidak dapat diselamatkan.

"Apa yang dia buat?" tanya Freya.

"Mungkin budak tu telah buat Clara marah," balas Frielan.

"This is bad!" kata gadis berambut hijau.

Pusaran angin yang kuat itu semakin lama semakin hilang dari pandangan mata. Keadaan kembali tenang. Clara terkejut apabila melihat sekujur tubuh masih tegap berdiri tidak jauh darinya. Rata-rata yang melihat juga terkejut terutama sekali Andrew dan orang-orang yang mengenali Annabella dan Clara kerana tidak menyangka yang gadis itu masih berdiri walaupun ditelan oleh angin kencang.

Angin yang kencang tadi sudah reda. Kelihatan Annabella masih berdiri dengan senyuman. Terdapat sebuah kipas berbaldu emas di tangannya.

"Surprise!" katanya dengan wajah yang ceria.

Clara tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setelah apa yang berlaku tadi, Annabella tidak mampu bangun atau bernyawa lagi. Sebaliknya... Lawannya itu masih berdiri teguh dengan senyuman.

"Kau terkejut?"

Clara tidak puas hati. Dia menyerang Annabella dengan angin yang dibentuk seperti bilah pedang tetapi dapat dielak oleh Annabella dengan mudah. Clara menyerang Annabella dengan serangan yang sama. Sekali lagi Annabella dapat mematahkan serangan Clara dengan kipas tangan di tangannya.

Annabella menanggalkan kain baldu yang membaluti kipas tangan tersebut menunjukkan rupa sebenar kipas itu. Lapan bilah pisau yang tajam kemas tersusun di dalam genggaman Annabella. Senyuman manis pula diukir oleh Annabella.

Sekelip mata sahaja, Clara sudah terlekat pada dinding. Pergerakannya terbatas kerana dikunci oleh pisau yang mengelilinginya. Pisau yang terakhir tepat-tepat tercacak seinci mengenai kepala Clara.

Annabella mendekati lawannya.

"Aku boleh jadi baik dan aku boleh jadi kejam. Ini adalah sisi baik aku."

******************************


Saya tak pandai nak terangkan situasi dalam bab ini jadi itu yang terjadi. Haha... Harap uolls dapat bayangkan apa yang jadi.

Here the dagger yang diguna oleh Anna.

Continue Reading

You'll Also Like

294K 16.1K 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Acker...
3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...
19.5K 1.9K 54
Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat dirinya. Disebabkan dendam dan benci, keb...
6.8K 830 31
Dua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memi...