Gengster Tu Aku Punya!

Oleh cuteflwara

8.9M 468K 65.6K

Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku pun... Lebih Banyak

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
Epilog
thank you!

BAB 23

124K 6.6K 1.6K
Oleh cuteflwara

Pagi itu, kelas Emerld bising tanpa kedatangan guru. Budak lelaki main baling-baling kertas di dalam kelas manakala budak perempuan pula bergosip.

Rizki melompat turun dari mejanya lalu dia menapak ke meja Alief dan Ayna. Meja Ayna ditepuk. "Weh Ayna, kau tinggal dengan Alief ke?" soal Rizki dengan senyuman sinis.

Tersentak Ayna dibuatnya. Alief yang sedang duduk di atas meja Faris itu menoleh ke arah Rizki. Apakah tiba-tiba ni?

"Ape benda kau ni Riz? Soalan bodoh sangat." ujar Iqbal pula. Rizki masih tersengih. "Haritu, aku macam nampak kelibat Ayna dengan Alief masuk rumah sama-sama" ujar Rizki.

Seisi kelas mula bising dengan bisikan.

Ayna memandang satu kelas lalu menoleh ke arah Alief.

"Riz, kau selalu dapat nombor satu dalam kelas kan? Cuba guna otak kau yng pandai tu sikit" Alief menunjal kepala Rizki kasar.

Rizki tersentak. Senyumannya mula hilang. Alief dipandang tajam.

"Aku nampak lah korang. Dekat dengan kawasan perumahan aku. Sumpah" jwb Rizki pula. Seisi kelas sudah memandang Alief dan Ayna.

"Bro, ape main sumpah-sumpah ni??" Faris merangkul bahu Rizki kasar.

"Takkan Alief nak tinggal dengan minah ni pulak" Faris terus membaling bola kertas tepat mengena kepala Ayna. Ayna mengetap bibir menahan sabar. Matanya dipejam seketika.

"Sebelum cakap tu, boleh fikir dulu tak?" Dania menjeling menyampah. Panas pula hatinya.

"Habis, yang aku nampak tu ape?" Rizki memandang Ayna pula. Renungannya tajam.

"K-kau salah orng kut. Kawasan perumahan aku jauh sikit dari sekolah." jawab Ayna cuba berlagak tenang.

Baru hari pertama datang sekolah sebagai isteri Alief, dah macam-macam.

"Yeke?" Rizki merenung Ayna lebih tajam. Ayna menelan air liurnya seketika.

"Semua sila duduk tempat masing-masing!" Cikgu Nurul melangkah masuk dengan pembaris panjangnya. Pelajar yang tidak duduk di tempat masing-masing diketuk guna pembaris itu. Lantak kau.

Ayna menghela nafas lega. Alief dipandang sekilas. Apa lah yng akan jadi kalau pelajar-pelajar ni tahu tentang status mereka.

Cikgu Nurul bercekak pinggang. "Okay kelas, ingat tak drama yang cikgu suruh buat??" soal guru itu. Seisi kelas mengeluh. "Ingat" jwb mereka malas. Ada juga yang semangat.

"Ingat ahli kumpulan masing-masing?" Cikgu Nurul tersengih pula. Masing-masing sudah mula membuka mulut.

"In five seconds, I want all of you to sit in your group." Cikgu Nurul berpeluk tubuh. "one, two, three--"

Semua terus bangun dan berlari-lari ke arah kumpulan masing-masing. Cuak bhai.

"Four, five!"  Cikgu Nurul berjalan-jalan memandang setiap seorang pelajarnya. Cikgu Nurul memberhentikan langkahnya di meja Dania. Guru itu berpeluk tubuh. diketuk perlahan kepala Dania menggunakan pembaris

Dania terjerit kecil. Dia memegang kepalanya dengan muncung di mulut.

"Kumpulan kamu mana?" soal guru itu garang. Dania membuat muka. Terus dia berdiri lalu dengan malasnya dia masuk ke kumpulannya iaitu satu kumpulan dengan Ayna.

Cikgu Nurul memandang sekeliling lagi. Dia tersenyum puas. "Baiklah, dengan masa yng ada ni, I want you guys to discuss together about the drama" arah guru itu.

"I want you to do the drama according to the genre that has been given. Understand??"

"Yes!"

"Write the scripts carefully, make sure there is a lesson and moral values from the drama and share the characters correctly such as the main character, the side characters and so on." sambung guru itu lagi.

Semua terangguk-angguk faham.

Ayna menghela nafas. Dipandang setiap ahli kumpulannya yang memang langsung tak membantu kecuali Hasya dan Iqa.

"Woi, boleh tak korang bagi kerjasama sikit?" Ayna mengetuk mejanya dengan pen. Ingin tarik perhatian mereka-mereka di hadapannya saat ini.

Dania menjeling sekilas sebelum dia menunjukkan kukunya pada Alief di sebelah. "You, tengok kuku I. Cantik tak? I baru buat semalam" tukas Dania ingin menarik perhatian Alief.

Alief pula hanya melayan.

Dia menoleh ke arah Dania lalu kuku Dania dipandang. "Ha cantik. Pandai you buat" puji Alief. Sengaja buat tak nampak Ayna dihadapan.

Ayna mengetap bibir. Sengaja nak buat aku naik angin ke apa ni?

Dania pula makin lebar senyumannya apabila pakwe dia puji.

"Hoi hoi, kau tak payah lah nak tunjuk sangat kuku kau tu" ujar Hasya menyampah. Sekali aku karate minah ni, patah kuku dia tu kang.

"Kau tak payah nak sebok ah" Dania menjeling Hasya pula. Memang suka jeling-jeling minah ni.

"Dah, daripada korang duduk buang masa, baik fikir. Cerita macam mana kita nak buat" tukas Hariz pula. Sedih betul dapat kumpulan macam ni. Langsung tak nak beri kerjasama.

"Kita buat romeo and juliet nak??" cadang Ilham mengangkat keningnya. Hasya yang memandang mengacah-acah ingin menumbuk Ilham.

"Romeo and Juliet? Aku jadi Juliet, Alief jadi Romeo!" Dania tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk tangan. Gembira dengan idea itu.

"Ingat sweet ke?" soal Faris pula membuat muka.

"Sweet la. Aku dengan Alief kan the hottest couple in this school. Mestilah sweet. Kan sayang" Dania mencuit bahu Alief. Alief tersenyum lalu menangguk sahaja.

Ayna pula yang mencebik. Eh eh dia ni. Melebih pulak dengan suami aku. Eh?

"Kalau macam tu, kita buat love story pasal Najib dengan Rosmah lah. Dania kau Rosmah, Alief Najib" ujar Ameer selamba.

Semua di situ tersengih. Dania membuat muka. "Ew! Rambut aku ni ada sebijik ke dengan rambut Rosmah ha?" tempik Dania. Mahu saja dia jahit mulut Ameer itu.

"Rambut memang tak sama, tapi perangai kau lagi teruk dari Rosmah" bidas Ayna pula selamba. Haa amek kau! Mulut tak reti jaga betul si Ayna ni.

Dania yang mendengar menjadi panas. Terus dia menepuk mejanya kuat. "Hoi! Mulut kau jangan kurang ajar sangat eh!" tukas Dania merenung Ayna tajam.

Ayna hanya tayang wajah selamba. Lantak aku lah! Mulut aku, bukan mulut kau!

Alief lantas menarik Dania duduk. "You jangan jerit-jerit boleh tak?" tukas Alief tidak senang dengan perangai Dania yng memang suka terpekik terlolong.

Dania berpeluk tubuh.

"Aku rasa, romeo dan juliet tu not bad. Kita tukar jalan cerita lah. Buat jalan cerita sendiri" cadang Hariz terus menukar topik. Iqa dan Wani mengangguk setuju.

"Aku lagi suka cerita titanic. Jack and Rose" ujar Ilham pula. "Ada orng tanya ke kau suka apa?" soal Faris pula sengaja mengejek. "Ada aku cakap dengan kau ke?" Balas Ilham pula.

Faris berdiri. Dia merenung Ilham tajam. Cari pasal nampak?

Terus Ameer menarik Faris duduk.

"Titanic? Aku Rose, Alief Jack!" tukas Dania pula. Ayna mecebik. Tak habis habis lah perempuan ni.

"Kita buat Beauty And The Beast nak?" cadang Wani pula. Dania tersenyum dengan lebih lebar. "Yes yes! Aku Belle and Alief is the beast prince omg!" tukas Dania semakin teruja.

Ayna menutup matanya seketika.

"Hoi perempuan! kumpulan ni bukan kau dengan Alief je lah! Sedar diri sikit boleh tak?" sergah Ayna geram. Dari tadi di sebutnya nama dia dengan Alief sahaja.

Baik pergi buat drama berdua kalau camtu!

"Suka hati aku lah! Aku ketua kat sini" balas Dania dengan suara mengejek. Ayna terus menoleh. "Eh eh? #ejak bila kita semua lantik kau jadi ketua ha shytonn?" tukas Ayna pula.

Dania mengetap bibir geram. "Aku bukan syaiton! Aku tak macam kau!" sahut Dania sengaja cari pasal.

Ayna menjeling.

"Perangai kau sebijik lah macam syaiton!" balas Hasya ingin menolong Ayna. Dania ternganga. "Habis perangai kau tu?? Tak serupa iblis??" jawab Dania pula tak mahu mengalah.

"Iblis tu pun kau! Syaiton bertopengkan manusia!" tukas Iqa pula. Ha amek kau. Backup member namanya.

Dania menyepak kerusi Wani. "Woi! Tolong lah aku!" ujarnya tidak puas hati. Terus dia berdiri lalu menepuk meja.

Seisi kelas sudah mula memandang ke arah kumpulan mereka. Rasa macam kumpulan ni sahaja yang paling kecoh.

"Korang boleh tak cermin diri sendiri dulu sebelum cakap?" bidas Wani. Ayna tersenyum sinis. "Kau cakap dekat diri sendiri ke?" balas Ayna lagi.

"Hei perempuan. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ha?" Dania menolak bahu Ayna. Ayna menepis tangan Dania.

Ayna juga ikut berdiri.

"Kau tu yng apahal sebenarnya? Dari tadi masuk bakul angkat sendiri!" Ayna menarik hujung rambut Dania. Dania ternganga. Berani dia tarik rambut gojes aku?

"Kalau jeles, cakap jelah!" Dania menunjal dahi Ayna kasar. Mata Ayna pula terbeliak. Berani dia sentuh dahi aku?

"Hei minah, kau ingat aku ada masa ke nak jeles bagai ni? Aku ni ada maruah. Bukan macam kau!" bidas Ayna kasar. Terus Dania menarik rambut Ayna.

"Argh!" Ayna menjerit kecil. Tanganya pantas menarik semula rambut Dania. Semakin kuat tarikan Dania, semakin kuat cengkaman Ayna. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Dah ada perang tarik-menarik rambut. terus Hasya dan Iqa cuba untuk meleraikan pergelutan itu.

Termasuk juga Alief. Dia cuba untuk menarik tangan Dania tetapi dengan tidak sengajanya menampar pipi Hasya yng berada di sebelahnya.

Hasya ternganga sambil memegang pipinya.

"Hasya! Aku tak sengaja!" tukas Alief.

Ilham yang melihat menjadi panas. Terus kolar baju Alief ditarik. "Kau main kasar pulak dengan perempuan eh?" jeritnya.

Faris terus menolak Ilham kasar. "Dia tak sengaja kan sial!" ujar Faris. Ilham menolak pula tubuh Faris. "Aku tak cakap dengan kau pun lah setan!" bidas Ilham pula.

"Kau pahal main tolak-tolak ni?" balas Ameer pula mula naik angin. "Kau tak payah masuk campur lah!" jerit Ilham lagi.

Wani dan Iqa pula sedaya upaya ingin menghentikan pergelutan itu sehingga mereka sendiri termasuk di dalam pergelutan itu.

"Kau tarik lah kawan kau tu!" jerit Wani cemas. "Hei! Member kau tu yang tarik rambut member aku dulu. Suruh lah dia yang berhenti!" bidas Iqa pula tak puas hati.

"Apesal pulak!" Wani tiba-tiba menolak Iqa. Terus Iqa menarik tudung Wani dengan geram. Wani membalas semula dengan menarik tudung Iqa pula.

"Lepaskan lah betina!" jerit Dania. "Kau lah yang lepaskan dulu sotong!" balas Ayna pula.

"Kau memang nak cari pasal!" terus Alief menghayunkan penumbuk sebijik ke muka Ilham.

"Lepaskan tudung Iqa!" Hasya menarik tangan Wani. "Lepaskan rambut Ayna!" Hasya tarik pula tangan Dania.

"Kau yng mulakan sial!" Ilham membalas tumbukan Alief dengan satu tumbukan juga hinggap di bibir Alief.

"Korang! Dah lah tu!" sergah Hariz pula. Dengan tiba-tiba Faris menumbuk Hariz tanpa sebab. Hariz tersentak. Apa pasal dia tumbuk aku pulak? Hariz menjadi naik angin lalu dia menumbuk semula wajah Faris.

Kali ni Ameer pula yng menumbuk wajah Ilham. Ilham terus mencengkam kolar baju Ameer. Tanpa sempat berbuat apa-apa, Alief memberi sebijik lagi penumbuk pada Ilham.

Ilham merengus kasar. Kolar baju Alief ditarik lagi sekali. Matanya dan mata Alief bertembung.

Seisi kelas Emerld menjadi kecoh saat ini. Pelajar di dalam kelas masing-masing cuba untuk meleraikan pergduhan dan pergelutan yang berlaku.

"Semua berhenti sekarang!!"

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.1M 59.2K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejΓ‘ vu. Setiap kali...
601K 34.1K 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pa...