Aku Suami Kau Isteri ✅

Bởi anissyaaa

3.8M 83.7K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... Xem Thêm

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK

Bab 26

65.5K 2.4K 25
Bởi anissyaaa

Tiga hari berlalu sepanjang Danish berada di hospital. Sepanjang tiga hari itu, Qira menjaga Danish melayan kerenah Danish yang menyakitkan hati mengalahkan budak-budak. Pernah beberapa kali mereka berdua bertengkar kerana Danish berkeras ingin segera keluar dari hospital atas kebosanan. Luka di betis Danish masih belum sembuh begitu juga luka pada abdomen perutnya.

Setiap kali Danish bertindak untuk meninggalkan hospital Qira akan mengugut untuk memukul luka Danish yang masih berbalut itu.

"Kejam," ujar Danish apabila Qira bertindak mengugutnya.

Qira tidak peduli, biarlah kejam asalkan luka Danish dapat pulih sepenuhnya. Nanti tak pasal-pasal lukanya melarat.

Sepanjang di hospital juga Qira terpaksa menjadi jururawat tak berbayar Danish disebabkan sikap dingin dan keras kepala Danish. Sehinggakan jururawat yang ditugaskan menjaga Danish takut untuk mendekatinya. Memang betul-betul manusia berhati batu.

Masih Segar lagi diingatannya dua hari lepas, apabila seorang jururawat datang untuk mencuci luka Danish. Kesian gadis itu dimarahi oleh Danish.

"What are you doing?" Ujar Danish yang terkejut apabila jururawat itu ingin membuka balutannya.

"Maaf Encik, tapi saya kena bersihkan luka Encik supaya tak melarat," balas jururawat itu dengan nada memujuk.

Danish melemparkan pandangan tajam pada gadis itu. Gadis itu terus tunduk memandang lantai. Qira yang sedang membaca majalah di kerusi berdekatan sekadar menggeleng lemah.

"Tak payah," balas Danish kasar.

"Tapi Encik, saya tak boleh abaikan tugas saya," jelas jururawat itu lagi yang kelihatan dalam dilema. Kalau dia tidak menjalankan tugasnya jika sesuatu berlaku dia pasti akan dipersalahkan. Namun kedegilan dan sikap dingin Danish menakutkan gadis itu.

"Aku tak peduli," bidas Danish tanpa riak.

"Encik, tolong bagi kerjasama,"

Sekali lagi Danish melemparkan jelingan tajam menyebabkan gadis itu menunduk.

"Aku tak suka orang sentuh aku," ujar Danish mendatar.

Jururawat itu mengeluh lemah.

"Wei mak nenek," pekik Danish pada Qira yang masih asyik membaca majalah.

Qira mengalihkan pandangannya kepada Danish. Dia menjongketkan keningnya sebagai tanda 'what?'

"Biar mak nenek tu yang buat," ujar Dnaish selamba.

Serentak itu, Qira ternganga. Qira memandang Danish seakan Danish sudah terputus akal.

"Dia boleh cucikan luka aku,"

Qira mencerlung geram.

"Awak dah tak betul? Saya tak pandai cuci luka orang," balas Qira. Lagipula dia bukan jenis yang boleh tahan tengok luka ataupun darah. Mamat ni dah nyanyuk ke apa.?

"It's okey sis, saya boleh tolong tunjukkan," jururawat itu memberikan senyuman yakin kepada Qira.

Qira mengeluh lemah. Nak tak nak terpaksalah juga dia mengambil tugas mencuci luka Danish. Lagipun dia kasihankan jururawat itu yang terpaksa berdepan dengan pesakit yang keras kepala seperti Danish.

Sebagai dendam, setiap kali Danish merungut apabila dia mencuci lukanya. Qira dengan sengaja mencubit pinggang Danish dengan kuat. Balas dendam!!

QIRA mencapai kunci keretanya untuk ke pejabat. Sudah hampir seminggu dia tak masuk pejabat pasti ada gossip sepanjang ketiadaannya. Lumrah manusia memang tak boleh kita elakkan.

Dia sendiri pun tak pasti kenapa Ada orang dipejabat cemburu dengannya. Mungkin sebab dia rapat dengan Nazrul dipejabat agaknya. Tapi tak semua rakan kerjanya suka bergosip. Kebanyakannya senang dengan kehadirannya di D.A holding kerana bagi mereka Qira seorang sahaja yang berani menundukkan Danish Boss mereka yang garang itu.

Rata-rata pekerja di syarikat itu masih belum mengetahui hubungannya dan danish. Qira terus memandu keretanya ke syarikat D.A holdings yang berdiri megah di tengah bandar itu. Dia perlu mengsmbil fail laporan sebelum pergi menyelia pusat sukan seperti yang dilakukannya sekali setiap minggu.

Sebaik sahaja melangkah ke pejabat dia disapa oleh suara yang selalu tak puas hati dengannya.

"Hai Qira, lamanya kau cuti. Mentang-mentanglah bos tak masuk pejabat mulalah kau tunjuk belang,"

Qira mengetap gigi cuba bersabar. Herlina Adrianana. Nama cantik tapi perangai lansung tak sama. Selalu Cari kesalahan orang lain. Bukan Qira seorang sahaja yang sering menjadi mangsa umpatannya. Dengar kata, Herlina sentiasa ingin mencari tumpuan Nazrul dan Danish. Namun selalu menemui jalan buntu.

Mana taknya , Danish pandang perempuan sekali pun belum tentu kalau tak penting. Si nazrul pulak, mesti cari perempuan yang lebih baik daripada si Herlina.

"Apasal kau diam, betul kan apa yang aku cakap," sambung Herlina lagi.

"Saya tak ada masa nak layan awak Lin, saya ada kerja," balas Qira.

Belum sempat Qira melangkah lengannya disambar oleh Herlina.

"Kau jangan berlagak boleh tak? Kau baru dua bulan kerja dekat sini. Aku jamin tak lama lagi kau pun akan letak jawatan macam setiausaha dia yang lain," ujar Herlina dengan angkuh dan yakin. Qira mengukir senyuman manis.

"Listen Lin, saya berani jamin saya tak akan letak jawatan," balas Qira juga dengan yakin.

"We will see. Aku akan laporkan pada boss yang kau ponteng kerja almost a week sepanjang dia tak Ada," ugut Herlina apabila Qira lansung tidak makan dengan kata-katanya.

"Silakan," ujar Qira dengan senyuman manis yang menyindir.

"You'll get fired. Just wait and see," 

Dengan ITU, Herlina terus berlalu dengan muka yang masam dan bengang. Qira memicit dahinya. Pening melayan kerenah herlina. Dia terus melangkah ke mejanya.

"Qira, are you okay? Lama saya tak nampak awak. Awak cuti sakit ke?" Sapa Fiqa pekerja yang agak rapat dengannya.

"I'm okey. Just family problems," balas Qira mengukir senyuman manis.

Setelah bertegur sapa, Qira segera menuju ke mejanya dan mengambil fail yang berkaitan. Dia juga harus mengemas kini jadual Danish sebelum Danish masuk ke pejabat .

"QIRA," Satu suara lelaki memanggilnya dari jauh.

"Hei," sapa Qira kepada lelaki itu.

"Masih ingat saya?,". Qira angguk membuatkan lelaki itu mengukir senyuman lebar.

"Farouk?" Lelaki itu mengiakan. "Awak selalu datang sini ke?" Soal Qira cuba menunjukkan sikap mesra walaupun dia ingin segera berlalu dari situ.

"Not really. Just twice a week," balas Farouk. "So, actually saya ingat nak ajak awak lunch. Are you free ?" Soal Farouk dengan harapan.

Qira berfikir sejenak.

"Not today, next time??,"

"Sure," balas Farouq masih tak lekang daripada senyuman.

"Okey,saya pergi dulu,"

Qira terus melangkah pergi.

"Is that the girl?" Soal seseorang daripada belakang Farouq.

Farouq tersengih seraya mengangguk.

"Not bad. Cantik. Manis. Tapi tak sangka kau tersangkut dengan perempuan bertudung," ujar Fezrul memandang rakannya.

Farouq sekadar mengangkat bahu.

"People can change,"

***** D. A Holdings ******

Danish menguak rambutbya apabila melihat fail yang bertimbun di atas meja. Disebabkan inilah dia tidak suka cuti panjang. Pengurusan tentang pembinaan hotel yang baru masih banyak yang perlu diuruskan. Mungkin dia perlukan bantuan Qira untuk menguruskan hotel itu setelah siap dibuka.

Qira? Mak Cik itu pasti akan mengamuk besar kalau tahu dia masuk ke pejabat hari ini. Qira masih tiada di pejabat . mungkin berada di pusat sukan.

Pintu pejabat biliknya diketuk.

"Masuk!,"

Herlina, pengurus kewangan syarikatnya masuk dengan lenggok yang menggoda.  Danish tidak memberikan jelingan untuk kali kedua , dia terus memandang fail yang berada di atas mejanya.

"Boss ini laporan kewangan bulan ini," ujar Herlina meletakkan laporan yang dikehendakinya

Danish sekadar mengangguk tanpa mendongak.

"Anything else?," soal Danish dengan nada dingin apabila Herlina masih belum berganjak daripada pejabatnya.

"Actually boss, saya nak laporkan pasal Qira,"

Tumpuan Danish terus beralih apabila nama Qira disebut.

Dalam hati , Herlina sudah bersorak keriangan. Akhirnya dapat juga dia sikirikan Qira.

"Why?," Danish bertanya dengan nada yang tenang.

"Dia ponteng kerja almost a week," ujar Herlina.

Danish sekadar mengukir senyuman sinis. Of course la dia tahu.

"So?"

"Boss. Takkan boss nak biarkan saja dia buat macam tu. Pecat saja dia. Itu maksudnya dia tak respect boss," sambung herlina lagi.

"Bukan itu sahaja, saya dengar dia ponteng kerja sebab melepak dengan jantan dia ,"

Mendengar kata-kata Herlina menimbulkan rasa marah dalam hati Danish. Bukan sebab cemburu tetapi sebab tuduhan yang tak berasas.

"Listen Herlina, she's already told me about her leave. She's been taken care of her husband for a week. So, jangan memandai nak buat cerita," ujar Danish dengan tegas.

"Itu alasan saja boss. Entah-entah dia pergi bercuti dengan mamat....,"

"ENOUGH!!!," suara Danish lantang memotong kata-kata Herlina. Dia melemparkan pandangan maut bercampur amarah kepada Herlina.

"Out," ujar Danish dengan nada tenang tetapi berbisa.

"Now,"

Tanpa membuang masa , Herlina terus berlalu keluar.

Danish menarik nafas lemah seraya menguak rambutnya. Kalau terus begini pasti banyak yang tak baik tentang Qira akan disebarkan. Satu-satunya jalan terbaik adalah dengan mengumunkan status yang sebenar.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

2.9M 93.7K 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat me...
3.7M 142K 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini di...
1.4M 65.9K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea