Book 1: Annabella Valiant [✓]

By Nur_Haura

1M 67.8K 3.8K

Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang mengha... More

Bab 1:Annabella
Bab 2:Bayang-bayang
Bab 3:Serigala Jadian
Bab 4:Andrew Cranel
Bab 5: A Film Star Ghost
Bab 6: Ke Dunia Baru
Bab 7: Welcome to Sylvania
Bab 9: Goodbye, Sunshine!
Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda
Bab 11: Lawan jadi Kawan
All about Sylvania
Bab 12: Bisikan Bagai Mimpi
Bab 13: A Duel? Again?
Bab 14: Anna Vs Clara
Bab 15: Good Girl, Bad Girl
Bab 16: The Circle of Heroic Knight
Heroic Knights
Bab 17: Annabella's Wrath
Bab 18: Manusia atau Lvanians?
Bab 19: We're Sorry, Anna!
Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah
Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!
Bab 22: Sapphire String
Bab 23: Malam di Nadegda Mihailova
Bab 24: Kebenaran yang Diinginkan
Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa
Bab 26: Kehilangan Anna
Bab 27: Unwanted Visitor
Bab 28: Kekeliruan
Bab 29: Dreselle
Bab 30: Her Revenge
Bab 31: You're My Captive!
Bab 32: Bedtime Story
Bab 33: Zen
Bab 34: The Last Heir of Drakons
Bab 35: Five Minutes
Bab 36: HK1 Kembali!
Bab 37: First Kiss
Bab 38: The Rising Heir of The Unsleeping Dragon
Bab 39: Illusion
Bab 40: Arae The Daemon of Curses
Bab 41: Pengguna Kuasa Cahaya
Bab 42: Luahan hati
Bab 43: Meet Old Friend
Bab 44: Cemburu!
Bab 45: Eurynomos
Bab 46: I love You!
Bab 47: The Council
Bab 48: Strategi Peperangan
Bab 49: Perang Darah Muda
Bab 50: Perang Lvanians-Demons
Bab 51: The Fallen Dragon
Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon
Bab 53: Endless Smile
Bab 54: Sweet Dream
Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon
IKLAN!!!
FLEUR

Bab 8: Teka-Teki di Penjara

17.8K 1.2K 96
By Nur_Haura

ANNABELLA merenung dinding yang diperbuat daripada bata berwarna merah. Tangannya diletakkan di bawah kepala sebagai alas biarpun sudah ada bantal. Kakinya disilangkan lagak orang kaya yang hidup dalam kemewahan.

“Arghh!!!” jerit Annabella kerana tidak tahan dengan kebosanan yang melanda.

Dia bangun dari pembaringan. Duduk sambil berteleku. Tangannya menongkat dagu. Tiada apa yang boleh dia lakukan di dalam penjara itu.
Pokok menjalar dari ruang udara sudah tiada kerana sudah ‘dikerjakan’ oleh Annabella petang semalam kerana kebosanan. Tinggal batang yang menjuntai dari lubang udara tersebut. Dia mati kebosanan jika berada di sini dalam masa yang lama.

Annabella bangun mengatur langkah ke dinding yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar atau dengan kata lain dibina dengan kuasa magik.Annabella memanggilnya Invisible Wall. Dia duduk bersila di hadapan Invisible Wall untuk melihat jika ada orang yang boleh diajak berbual. Selang beberapa minit, seorang pengawal lalu. Mangsa sudah sampai!

“Encik Pengawal Penjara! Mari la sini,” panggil Annabella.

Pengawal itu mendekati Annabella apabila melihat gadis itu melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

“Apa?” Wajah pengawal penjara itu berkerut tidak suka apabila kerjanya diganggu.

“Saya bosan. Encik mahu berbual dengan saya?” Permintaan Annabella membuatkan pengawal itu garu kepala.

“Alah... Encik mesti bosan juga, kan? Yelah! Terpaksa berjaga seorang diri di sini daripada biarkan cengkerik mengambil alih suasana, lebih baik kita berbual mesra.”

“Err...”

“Tidak perlu ragu-ragu. Duduklah. Saya ada teka-teki mahu tanya Encik Pengawal Penjara.”

Pengawal tersebut termakan dengan pujukan Annabella. Dia duduk bertentangan dengan Annabella tetapi Invisible Wall menjadi halangan mereka.

“Teka-teki yang pertama. Bila kita berdiri, dia berbaring. Bila kita berbaring, berdiri. Apakah ia?”

“Senang je... Kaki!” jawab pengawal itu dengan bersemangat.

“Mula-mula dia buka baju. Lepas tu nampak bulu. Buang bulu nampak isinya yang lazat. Apakah ia?”

“Perempuan.”

“Salah!”

“Habis tu?”

“Jagung. Hahaha....” Annabella gelak besar.

“Soalan yang seterusnya,” kata pengawal. Dia menyampah mendengar ketawa Annabella.
Hampir setengah jam mereka bermain teka-teki, hanya teka-teki pertama tadi sahaja pengawal tersebut dapat jawab dengan betul. Annabella sudah tentu gelak besar apabila pengawal tersebut tidak dapat menjawab soalan teka-tekinya.

“Teka-teki yang terakhir! Pintu apa yang tidak boleh dibuka?”

“Pintu keselamatan.”

“Salah.”

“Pintu kebal!”

“Salah!”

“Pintu besi yang dikunci.”

“Salah.”

“Habis tu?” Pengawal itu sudah bengang.

“Pintu yang ada perkataan ‘tutup’. Hahaha...” Annabella ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengenakan pengawal tersebut. Sampai mengalir air matanya kerana terlalu banyak ketawa.

“Mengarut! Malaslah nak layan kamu.” Pengawal tersebut bangun lalu melangkah pergi meninggalkan Annabella yang sedang galak ketawa.

“Diri sendiri tidak sedar sudah setengah jam dia duduk tercongok depan aku. Takut untuk mengaku kalah la tu...”

Suasana kembali sunyi. Annabella kembali kebosanan. Dia kembali merenung dinding. Menunggu masa untuk dikeluarkan dari penjara. Kalau dihitung dengan jari, sudah seminggu dia dikurung di dalam penjara. Bajunya pun tidak bertukar. Badannya sudah lama melekit dan berbau. Kalau ada kambing, mesti ingat aku ni saudara dia.

Apa yang perlu dia lakukan? Bosannya... Sampai bila dia perlu tinggal di dalam penjara ni? Sampai bila-bila ke? Oh, tidak! Dia tidak mahu! Masih banyak lagi impiannya yang belum tercapai.

“Annabella!” panggil seseorang.
Annabella terus bangun berlari mendekati Invisible Wall.

“Berapa hari lagi saya terpaksa habiskan masa kat dalam ni, hah?” tanya Annabella dalam nada yang marah.

“Bertenang, Annabella... Geez, you’re such short-tempered girl.”

“Baru tahu ke? Mana-mana orang yang terkurung di sini boleh berubah sekelip mata je tahu!” marah Annabella. Kecik besar, kecik besar dia nampak Andrew yang sedang galak ketawakannya. Kurang saraf otak sungguh!

“Kamu ni sangat kelakar.”

“Mana janji awak mahu keluarkan saya dari sini? Sudah seminggu! SE. MING. GU. Saya terkurung di sini. Rambut ni! Dulu hanya di paras bahu, sekarang sudah mencecah pinggang tahu tak? Cuci pun tak!” marah Annabella.

“Rambut panjang sangat sesuai dengan kamu. Peredaran masa di Sylvania dan di Bumi jauh bezanya. Sepuluh tahun di sini bersamaan satu tahun di Bumi. Sebab itulah, rambut kamu cepat panjang...”

“Jadi, apa yang awak buat di sini?” celah Annabella yang sudah tidak berminat dengan kata-kata Andrew.

“Keluarkan kamu dari sini.”

“Kenapa awak tidak cakap dari awal? Buang masa saya marah-marah tadi.”

“Kamu yang tidak bagi peluang kepada saya untuk bercakap. Berdiri jauh sikit dari sini.”

Annabella ikut arahan lelaki itu. Dia nampak Andrew meletakkan tapak tangan pada dinding halimunan tersebut. Selepas itu, timbul medan magik yang penuh dengan simbol-simbol yang pelik. Sepuluh simbol berlainan dipilih. Kemudian, digabung menjadi satu. Selepas itu, medan magik tersebut hilang dari pandangan mata.

“Jom!”

“Err... Sudah boleh keluar ke?” tanya Annabella ragu-ragu.

“Ya! Jom!”

Annabella melangkah keluar dari penjara. Rasa nak menjerit pada dunia yang dia sudah bebas. Tiada lagi dinding untuk ditenung. Tiada lagi kebosanan menemaninya. Tiada lagi pengawal untuk diajak berteka-teki. Akhirnya, aku bebas. Kakinya mengatur langkah mengikuti Andrew dari belakang.

“Kita mahu ke mana ni?”

“Sepatutnya kamu tanya ‘saya perlu pergi ke mana’ betul tak?”

“Saya perlu pergi ke mana?” ajuk Annabella.

“Majlis Perwakilan sudah putuskan bahawa...”

“Cepatlah! Tidak perlu cakap satu-persatu!”

“My, my, my... You're such short-tempered.”

“Awak sudah bagitahu tahu tadi, sudah tidak ingat ke? Apa keputusannya?”

“Ikut saya. Nanti kamu tahulah. Jom!”

ANNABELLA terpegun seketika apabila melihat pemandangan di hadapan mata. Mulutnya sudah ternganga luas. Sebuah bangunan atau lebih kepada seperti istana yang selalu dia lihat dalam cerita dongeng Barbie. Di kiri dan kanannya terdapat kawasan lapang. Dia dapat melihat beberapa kumpulan pelajar sedang berlatih menggunakan senjata dan magik. Tolong bagitahu dia bahawa dia tidak bermimpi.

Satu figura menarik perhatiannya. Seorang lelaki yang mungkin sebayanya sedang memegang sebilah pedang. Dia lihat aura merah menyelubunyi lelaki tersebut. Pedang yang dipegang sudah menyala dengan api yang marak lalu dilibas ke arah semak yang berhampiran. Habis hangus semak tersebut tanpa tinggal sebarang petunjuk. Habuk pun tiada.

“Wow!”

“Annabella, lets go!”

“Ya, ya, I'm coming.” Annabella terus berlari mengejar langkah Andrew yang sudah jauh ke hadapan memasuki istana tersebut. Sekali lagi Annabella mempamerkan reaksi kagum melihat isi dalam istana tersebut. Sangat mengagumkan dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

“Hei, Andrew?”

“Ya, Annabella.”

“Kenapa mereka tengok saya macam saya ni makhluk asing dari planet lain?" tanya Annabella. Sungguh dia tidak selesa apabila orang yang berjalan melepasinya melihatnya dengan pandangan yang pelik.

“Mereka bukan tengok kamu tapi tengok rambut emas kamu tu.”

“Kenapa saya dengar mereka cakap saya ni banduan? Nak terangkan?”

“Annabella, kamu janganlah berfikiran negatif sangat. Biarkan mereka.”

Annabella mendengus geram.

“Kita sudah sampai!”

Mereka tiba di sebuah bilik yang agak besar. Selepas mendapat keizinan untuk masuk, mereka terus melangkah masuk ke dalam. Terdapat dua orang lelaki sedang bercakap. Seorang lelaki dewasa berambut kelabu gelap atau uban sedang duduk di atas kerusi sambil menongkat tangannya pada meja yang tersusun kemas dengan timbunan buku dan kertas. Seorang lagi lelaki muda mungkin sebaya Annabella mempunyai rambut berwarna perak lebih tepat warna putih. Mukanya tidak nampak kerana membelakangi Anna dan Andrew.

“Saya mengganggu ke, Pengetua Erald?” tanya Andrew.

“Tidak, Andrew. Kami hanya berbincang hal kecil sahaja.”

“Bagaimana dengan misi kamu di Bumi?”

“Berjalan dengan lancar.”

“Jadi, inilah budak perempuan yang tolong kamu?” tanya Pengetua Erald. Dia memandang Annabella. Wajah remaja perempuan itu seperti seseorang.

“Lebih kuranglah,” balas Andrew.

“Sebenarnya, saya terperangkap di sini disebabkan dia,” celah Annabella.

“A high-spirit young girl. Apa nama kamu?” tanya Pengetua Erald.
“Annabella.”

“Nama terakhir kamu?”

“Valiant. Annabella Valiant.”

“Valiant? Rasanya saya pernah dengar nama itu. Tapi tidak mengapalah... Apa yang boleh saya bantu?” kata Pengetua Erald. Nama Valiant tu sama dengan nama sahabatnya yang sudah lam hilang tanpa khabar berita. Mungkin hanya kebetulan.

“Saya telah berbincang dengan Majlis Perwakilan. Mereka putuskan untuk masukkan Annabella ke dalam akademi,” ujar Andrew.

“Apa? Awak kata saya boleh balik ke rumah saya,” sampuk Annabella.

“Bila saya cakap macam tu?”

“T-tadi... Lupalah tu! Yelah, sudah tua...” Penipuannya gagal.

“Ehem! Perkataan tu sangat sensitif, Annabella,” ujar Pengetua Erald.

“Bukan awak. Jangan risau! Awak nampak lebih muda dari dia,” kata Annabella menyebabkan Pengetua Erald ketawa besar.

“Auch! Sakitlah!” Annabella menggosok telinganya yang ditarik oleh Andrew.

“Berbalik pada perkara asal, ada tak kekosongan untuk dia masuk ke akademi?" tanya Andrew kepada Pengetua Akademi Seraglio.

“Kebetulan kami akan mengambil pelajar baru.”

“Baguslah.”

“Hei, hei! Saya tidak kata yang saya mahu masuk akademi yang pihak mahkamah tu cadangkan. Saya mahu balik! Bawa saya balik ke rumah sekarang!” bantah Annabella.

“Mulai dari sekarang, Akademi Seraglio adalah rumah kamu,” putus Andrew.

“Apa? Awak ni siapa nak kacau hidup saya?” marah Annabella.

“Sekarang ini, saya adalah penjaga kamu. Saya telah berjanji pada Majlis Perwakilan akan menjaga kamu. Dengar sini Annabella, kamu boleh melihat kami malah boleh merasai Demonic Spirit. Ianya bukan perkara biasa bagi manusia seperti kamu. Demi keselamatan, kamu harus tinggal di sini.”

“Tapi...”

“Tiada kompromi. Jika kamu enggan, kamu akan dihukum bunuh,” ugut Andrew. Ugutan itu adalah benar. Jika Annabella mahu pulang ke Bumi, gadis itu terpaksa dibunuh untuk menjaga rahsia kewujudan Sylvania.
Annabella diam membisu. Dia tiada pilihan lain selain tinggal di dunia ini. Kalau dia tinggal di sini sekalipun, tiada orang yang risaukan dirinya.

Tapi bagaimana dengan Puan Flynn iaitu jirannya, kawan-kawannya iaitu Burn, Samantha, Will, dan Encik Kent iaitu bosnya? Dia sangat sayangkan mereka semua tetapi dia tiada pilihan lain.

“Kalau saya mati, awak orang pertama saya kacau selepas jadi hantu.”

“Baiklah...”

Continue Reading

You'll Also Like

294K 16.1K 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Acker...
16.4K 92 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
560K 43.6K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...
27.8K 132 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain