Protect The Boss (MalayNovel)

By hnurain_

525K 17.2K 445

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pili... More

1
2
5
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
For Readers

3

17.2K 556 9
By hnurain_

Sampai saja kat rumah aku , aku tengok ada sebuah Honda Civic tersadai di hadapan rumah . Siapa pula yang bawa kereta Honda ni? Nak kata kawan, Geetha dengan Mia je kawan aku. Dia orang pun sama species dengan aku, sengkek. Ada motor je. Selalu juga kita orang pergi merempit. He he he. Tipu je.

Aku rasa musykil, hanya aku seorang je ada kunci rumah ni. Memanglah ada pendua, tapi kunci pendua tu aku letak bawah pasu bunga. Apa-apa hal senang. Tapi, kenapa pintu rumah aku dah terbuka ni. Aku rasa ni mesti lintah darat yang lawat rumah aku ni. Perlahan-lahan aku pusing balik.Urgghh, seram meyh!

Aku dah hampir sampai ke pintu pagar aku dah, tiba-tiba ada satu lengan sasa balut leher aku. Hey! Apa ni?! Aku baru je nak siku dia..

"Kau dah lupa aku ke Qilla..?" Suara garau tu buat aku kaku. Berkali-kali aku menelan air liur. Ya Allah kau selamatkanlah aku. Aku berdoa banyak-banyak kali.

"Aku nak duit!" Selamba saja dia raba peha aku cari poket aku.

"Aku tak ada duit!" Aku cepat-cepat peluk erat beg tangan aku. Cuma tinggal seratus saja duit makan aku untuk bulan ni. Kalau tak ada ni macam mana aku nak hidup. Makin motor aku tu asyik sakit perut je sejak kebelakangan ni. Maklumlah, tuannya kat membawa motor tu secara tak bertauliah. Depan polis je aku tunjuk baik.

"Masuk." Suara dia berubah bengis. Aku tahan je kaki aku. Aku tahu, bila aku masuk.Pasti akan terjadi sesuatu yang tak diingini. Aku tak nak! Tapi aku manalah berdaya, dengan selambanya dia tarik rambut aku. Macam nak tercabut dah kulit kepala ni.

"Aku cakap tak ada , tak adalah!" Aku jerit. Tiba-tiba badan aku dihumban kedinding. Terhentak kepala aku sedikit. Buat seketika aku jadi pening.

"Kau ingat aku tak nampak ke kau pergi ke restoran tadi? Huh?!" Dia cengkam leher aku pula. Berderau darah aku. Dia nampak?! Jadi ianya bukan sangkaan akulah? Menggigil-gigil tangan aku ingin meleraikan tangannya dari mencengkam leherku. Semakin lama semakin kuat cengkamannya. Nafasku semakin sesak.

"Aku tak ada duit!" Aku tempelak dia lagi dengan nada yang tersekat-sekat. Beg tadi masih setia menjadi penemanku saat itu.

" Arrh! Bohong." Leherku ditarik. Serentak kepalaku terdorong kehadapan. Serentak itu juga dia menghentak kepalaku ke dinding. Terus mataku terpinar-pinar . Aku dapat rasakan beg tangan versi Petaling Street aku tu direntap. Aku terlorot dan seraya pandanganku menjadi kelam. Aku sempat rakam di mana Fakhri menggeledah begku.

Sebaik sahaja aku tersedar, aku lihat pintu rumah aku terbuka. Aku tengok jam pula. Dah tepat pukul 6 pagi. Lamanya aku 'ter'pengsan dengan pintu terbuka ni! Aku tengok keliling lagi, semua barang aku bersepah. Satu lagi kerja yang aku kena buat tiap-tiap kali pelawat setia tu datang rumah aku. Tanpa aku sedar tangan aku telah mengoyakkan bantal kecil aku aku ramas dari tadi.

Aku rasa sangat-sangatlah tertekan sebab dapat abang yang sebegini rupa. Nak nangis, sudah kering dah air mata ni. Sebenarnya mata aku ni dah boikot aku, tu sebab aku tak boleh nangis lagi. Apa jenis alasan daa, nampak benar tipu . Hu hu hu. Aku bangkit. Leher dan belakang kepala aku terasa perit. Perkara pertama yang aku buat adalah mencari cermin.

"Huii! Lebam teruk ni! Macam mana aku nak pergi kerja?" Aku bermonolog sendiri. Tangan aku sibuk meraba leher aku yang membiru.
Lepas je bersihkan rumah, aku sepahkan pula dengan membaling cotton bud yang aku celupkan dengan krim concealer banyak-banyak kat depan meja ruang tamu. Tension! Krim tu pun tak dapat hilangkan kesan lebam ni. Ada ke orang pakai concealer nak hilangkan lebam? Nak hilangkan kesan jerawat adalah. Ni bukan jerawat lagi. Ni terus pergi species saudara jerawat. Hu hu hu.

Aku tengok jam lagi. Dah nak pukul 7 dah. Bila pulak aku nak siap pergi kerja. Aku dah malas nak cover pakai concealer lagi.Aku terus bangun tinggalkan cotton bud dengan keadaan berselerak.Nanti-nantilah aku kemas. Aku nak solat dulu. Bertepek-tepek dosa aku tinggalkan dua waktu malam tadi. Takkan subuh pun aku nak tinggalkan.

Aku keluar dengan rambut yang aku lepaskan. Panjang juga rambut aku ni rupanya kan? Kan? Separas tulang belikat tu. He he he . Tiba-tiba ada satu selendang sepanjang satu meter terbang melintas depan mata aku. Ni mesti jiran aku punya.

Serentak juga otak aku dapat idea bernas. He he he. Aku capai selendang tadi dan terus lilit kat leher aku. Wah, sungguh feminin aku hari ni. Weeheehee. Baru sajak orang panggil Miss Aqilla. Selalunya orang akan pandang aku macam ni, 'Hai Mr Fif.' Haha. Thanks tu cara pemakaian aku yang sungguh maskulin.

"Kak Kiah oii! Orang pinjam shawl tahun depan baru pulang!!" Aku jeritkan jiran sebelah aku seraya pecut dengan motor aku. Tujuan pertama aku adalah mencari bank yang terdekat. Nasib baiklah ada 50 lagi dalam bank tu. Tu je duit tersepit aku yang tinggal. Sodih mak. Hu hu hu.

Lepas je keluarkan wang, aku pergi isi minyak pula. Dan terus pecut ke pejabat. Nanti kalau lambat boss bising . Membebel macam Kak Kiah sebelah rumah aku. Siap beri nasihat dan ceramah agama pula nanti. Aku yang tak kacau orang pun orang dikategorikan kacau orang. Apa nak buat, telan ajelah.

Suasana pejabat macam biasa. Ada yang berbual-bual. Ada yang berlonggok kat pantri cari makan. Ada yang sibuk bermain muka buku atau kata lainnya facebook. Ada juga yang habiskan masa dengan tidur . Alaa, pagi lagi. Tu sebab dia orang boleh relaxe . Boss pun tak masuk lagi. Aku cepat-cepat pergi lari masuk bilik boss. Tak silap aku , aku ada nampak minyak affiat kat atas almari boss yang besar tahap gaban tu. Minyak tu memang berkesan tau!

Lepas aku songlap minyak tu, aku terus pergi ke tandas. Perlahan-lahan aku buka lilitan selendang di leherku. Semakin teruk, aku tak perasan pula yang ada kesan cakaran di tepi leher aku sebelah kiri. Dah kering dah pun . Aku sapu minyak tadi kat tempat yang kronik je, nanti kalau sapu banyak-banyak orang terbau pula. Buat malu aje, orang lain pakai Gucci, Polo , Tom girl , aku duduk tak duduk pakai minyak affiat. Baguslah tu.

"Dah, dah. Lilit balik. Lilit balik." Aku bermonolog sendirian. Kadang-kadang, aku ni dah macam mengalahkan orang yang duduk kat Negara sejuk pula. Hu hu hu.
Lepas aku letak semula minyak urut tadi, aku cepat-cepat keluar pergi ke tempat aku dan bersapa dengan kawan-kawan pejabat ni.

"Eh, kau tahu tak yang C.O.O kita nak akhiri gelaran sleeping partner dia?" Hah! Gossip yang aku curi-curi dengar tu berjaya menaikkan cuping telingaku 2 meter dari aras 'meja' he he he. Aku ni betul-betul merosakkan bahasa. Hu hu hu.

"Oh ye ke. Maksudnya dia akan ada kat sini?" Tanya seorang perempuan aku tak pasti siapa.

"Tak, dia akan bekerja sepenuh masa kat pejabat dia satu lagi tu." Aku terkesima. Apa? Hancur ha..ha..ti...Terus kepala aku tertunduk sedikit.

"Abis siapa yang akan gantikan dia?"

"Siapa lagi, boss kan ada dua je anak lelaki, yang nama Hafiz tu laa akan gantikan mamat handsome kita tu..." 'Gukk!' bunyi meja berdentum sedikit.

"Aduhh, aku gosok-gosok dagu aku. Apaa??! Itu budak kurang ajar sama wa mau jadi C.O.O ka? Ini mana mau adil maa?! Aku gosok lagi dagu aku. Sampai terhentak dagu aku bila dengan nama itu budak kurang ajar.

" Tapi, antara Hafiz dengan Haizrill kan? Aku rasa mereka tu memang dilahirkan untuk jadi orang yang handsomelah. Kau tengoklah cara dia orang dressing , dengan kot dia. Kemeja. Badan tegap pula tu." Aku dah mengangguk-angguk sambil membayangkan wajah putera idaman kalbu aku tu. Tapi bila masuk bab Hafiz, terus mati senyuman aku nan indah ni. He he he. Apa pula, budak tu muscle pun tak ada, tegap apanya? Muka dahlah pecah rumah. Aku kutuk lagi. Bertan-tan dosa aku kumpul hari ni. He he he. Esok-esok aku taubatlah.

"Ehhheemm" Terus terlucut pen kat tangan aku. Aku cepat-cepat berpura-pura rajin. Terus aku keluarkan iPad dari dalam laci meja yang berkunci. Aku tak berani bawa balik barang-barang mahal yang boss beri kerumah . Dibuatnya 'pelawat setia' aku jumpa itu benda, mati aku nak kena tawar harga dengan pelelong .Tak ke menambah lagi kerja aku yang sedia ada banyak ni?

"Selamat pagi boss" ucapku penuh tertib. He he he. Pagi-pagi lagi semua wangi. Cuba dah petang karang , senyum pun tak nak. Dengan muka berminyak. Dahlah hari-hari aku tepekkan bedak baby Johnson je kat muka aku ni. Eh, bukan bedak tu untuk badan ke..? Err. Apa nak buat, jimat kos. Dari aku beli mekap-mekap yang banyak dan yang dah tentu-tentu menjahanamkan duit aku yang sungguh berharga ni, baik aku beli sesuatu yang boleh diguna dengan pelbagai cara. Bedak tu boleh tepek kat badan dan muka. Easy dan simple. Kan?

" Jadual saya untuk hari ni?" Tanya boss. Aku angguk seraya mengikut dia masuk ke dalam bilik dia.

"Boss ada meeting dengan Mr Hirako . Khas dari jepun didatangkan kemari untuk berbincang tentang joint venture dengan cawangan Avant Garde di Korea. Hurrm, lepas tu ada Annual diner at Hariz Junior Legacy. Boss dijemput jadi V.V.I.P . Tema dia ialah, 'Tuxedo and night dress" Yes! Boss kena pakai kot lagi. He he he.

"Majlis tu pukul berapa?"

"Pukul 6 petang mula."

"Lepas tu saya ada apa-apa appointment tak?" Aku angguk. Ada lagi, jangan nak mengelat pula ya boss?

"Batalkan. Fif, awak ikut saya sekali okay. Nanti saya suruh sesiapa ambil awak kat rumah." Eh, boss ni, sesuka jiwa je nak ambil aku. Aku nak siapkan kerja menjahit manik aku tu lah. Macam mana aku nak bergerak?

"Tapi boss.." Aku cuba mengelat.

"No , no , no, tak ada tapi-tapi.Aku cuma bawa badan saja. Baju pun saya support okey?" Aku mengeluh. Aku tak bolehlah.

"Boss, saya masih ada kerja tertunggak kat rumah tu lah boss." Aku masih berusaha nak mengelak. Dahlah satu malam semalam dah terbazir. Takkan aku nak membazir lagi?

"Percayalah, ini satu peluang baik untuk awak mengenali dunia korperat dengan lebih mendalam lagi." Boss memandangku dengan penuh mengharap .

"Boss, sejak bila pula saya kata saya minat bidang korperat ni?" Aku buat kening kerut-kerut.

"Awak ni ada saja alasan lah! Tak de. Tak de, ikut jugak. Kalau tak saya potong gaji." Dengar je perkataan 'potong gaji' terus terbeliak mata aku. Boss dah tersenyum nakal.

"Ye la. Ye la. Saya pergi." Aku mengeluh panjang sambil buat muncung sedepa. Hu hu hu.

"Yess! Suruh Hanan siapkan kereta. Saya nak gerak pukul 9 nanti." Aku tak cakap apa-apa selain mengangguk. Cepat-cepat aku lari keluar dari bilik tu sebelum boss minta yang bukan-bukan lagi. Fuuhh, nasib baik dia tak tanya pasal leher aku ni. Err, nanti . Kalau aku pakai dress malam karang, mesti leher aku ni terdedah?! Mati , mati. Mati aku. Hu hu hu.

Satu hari aku memikirkan macam mana nak tutup lebam ni.Aku rasa aku dah buntu dah ni. Senang-senang , aku buat-buat demam aje malam ni, habis cerita. He he he.

Sangkaku bila aku dah mesej kat boss , yang aku demam. Boss dah mengalah. Ni tak , dia sendiri turun padang datang rumah aku. Hishh! Segan aku. Aku berjalan lemah menuju ke pagar. Boss sudah cekak pinggang.

"Tak ada muka demam pun?" Boss soal siasat. Aku pun buat-buat batuk sampai nak terkeluar anak tekak. Uhuk uhuk!

"Saya sakit ni boss. Tak nampak ke? Boss tak simpati kat saya ke?" Aku menduga.

"Tak~" Jawab boss tegas. Adoiiyaii seksa aku dapat boss macam ni lah. Apa yang penting sangat aku ni sampai dia ajak aku pergi sana sekali? Aku tension betullah.

"Apa boss ni. Tak de pankreas betullah." Selamba badak aku je kutuk boss. He he he. Boss ketawa besar. Aku buat muka bengkek.

"Pa, dress pink ni ke yang hitam ni. Ke merah ni? Semua cantiklah." Terangkat aku bila dengar suara putera idaman aku. Aku cepat-cepat jengah belakang. Boss. Aku tengok peha Haizrill ditimbuni dengan gaun-gaun pelbagai warna. Dia macam tenggelam dengan timbunan gaun-gaun tu. Comel! Desis hati nakalku.

" Haizrill , jom tolong papa tarik ini budak. Dia degil semacam ni." Aku dah melompat kebelakang. Apa boss ni guna cara kejam? Aku buat muka ketat bila boss bertindak redah je masuk dalam rumah aku.

"Boss!" Aku jerit. Tengok tu, anak beranak sama je. Yang anaknya sibuk bawa baju pelbagai warna sampai tak nampak kepala. Yang bapanya sibuk keluarkan beg kotak . Apa kerja dia orang ni?!

"Apa yang boss cuba lakukan ni?" Aku tanya dia orang sambil cekak pinggang. Mata aku asyik tengok Haizrill yang sedang buat muka blur sambil garu-garu kepalanya menghadap baju-baju yang bertimbun.

"Nah, cuba awak pakai satu-satu baju kat sini." Boss dan Haizrill berdiri sebaris seraya mengangguk-angguk. Aku dah kerutkan dahi. Biar betik dua orang ni? Punyalah banyak baju yang dia nak aku cuba pakai. Manalah dia orang songlap baju ni. Hu hu hu.

Aku dah pegang selendang kat leher aku. Haizrill menggeleng seraya menghampiriku. Tiba-tiba aku dapat rasakan selendang di leherku terurai tanpa sempat aku menghalang. Terserlahlah leherku yang kebiru-biruan macam avatar ni hu hu hu. Serentak boss dengan Haizrill terkaku.

"Siapa yang buat ni?" Tanya Haizrill perlahan. Aku dapat dengar nada suara dia bergetar.

"Tak ada sesiapa." Dalihku seraya mengambil semula selendang kat tangan dia. Aku cepat-cepat jalan masuk bilik. Tapi belum sampai sekerat jalan Haizrill dah tarik tangan aku. Mencerlung mata aku pandang dia. Tak ada sesiapa lagi yang berani menyentuh aku. Nasib baik Haizrill tu putera aku, kalau macam Hafiz tu, dah lama aku lipat dia. Hu hu hu.

Haizrill cepat-cepat lepaskan tangan dia. Dia buat muka kasihan.Aku tak jadi nak marah. Aku pandang boss. Boss pandang aku balik. Aku mengeluh. Ye la. Ye la. Aku ikut.

"Boleh, tapi kita kena fikir macam mana nak tutup lebam ni dulu." Aku menghampiri boss. Terus ceria wajah boss. Hah, kan bagus? Dari buat muka seposen tu, buruk rupalah!

"Senang je. Awak pilihlah baju apa yang awak nak." Boss tunjuk kat timbunan baju yang masih dalam plastik butik. Apa nak jadilah dengan dia orang ni, buang duit je.

"Err, saya tak tahulah boss rasa?" Aku tanya boss.

"Cuba dulu semua." Jawab boss dan Haizrill serentak seraya buat muka bahagia. Suka sangat buat muka bahagia. Orang tak sukalah!

"Masa cukup ke tak ni?" Aku tanya dia orang. Dia orang angguk-angguk.

"Cukup, baru pukul 6 kot. Dah cepat-cepat." Boss menggesa. Untuk tidak memenatkan dan menyerabutkan kepala aku , aku asingkan baju-baju yang aku rasa layak untuk makcik-makcik. Hu hu hu. Lepas tapis punya tapis, hah, tinggal sebelas je. Okeylah tu dari 24 pasang gaun. Hu hu hu . Belum cerita yang permata sampai boleh buat orang lumpuh nak bawa. Banyak sangat. Tak gatal ke?

Aku cuba satu-satu. Sampai lembik kaki. Hu hu hu. Yang dua orang manusia tu tahu komen je kat luar. Lagi-lagi Haizrill, nampak je macam tu. Tapi cerewet bukan main. Sekurang-kurangnya boss ada juga menyatakan yang aku nampak anggun dengan gaun hitam. Dia menggeleng. Lepas tu dia membantah. Terpaksa aku tukar gaun lain pula. Hah, ni yang terakhir. Warna merah cili.Berkain valvet. Ditambah lagi dengan leher berbentuk kotak dan tangan yang flair sampai boleh lap meja cukup buat aku terpegun dengan kecantikkan baju ni.

"The last one" Ucapku seraya keluar dari bilik dan tayangkan depan dia orang. Haizrill membulatkan matanya. Tak lama kemudian dia tersenyum. Cepatlah cakap macam ni you look beautiful in this dress honey ha ha ha! Apa ni? Aku berangan yang bukan-bukan! Boss dari awal memang dah senyum. Aku tengok boss cari sesuatu dari dalam beg kotak tadi.

"Nah" seutas rantai yang macam name tag kucing tu diberikan kepadaku. Ouh! Aku tahu, boss nak tutup lebam ni. Aku tengok Haizrill pandang aku tak puas hati. Tak puas hatilah tu sebab aku tak beritahu dia siapa yang buat ni. Takkan aku nak dedahkan buruk abang aku kan?

"Dah siap!" Boss sengih. Aku buat muka blur. Aku rimas betul pakai baju-baju macam ni. Sepanjang setahun aku jadi setiausaha, aku tak pernah pula pergi ke function besar macam ni. Boss ok je kalau aku cakap tak nak pergi. Kali ni dia beria-ria sangat mesti ada sesuatu. Hu hu hu.

"Boss, habis tu saya tak payah solat?" Aku soal boss.

"Ya tak ya juga ya. Hurmm, macam ni. Saya balik dulu. Pukul lapan malam saya jemput awak balik. Mungkin Haizrill kot. Saya dah kena ada kat majlis. Saya tinggalkan aksesori ni kat sini. Semua mekap ada dalam tu. Saya cilok kat butik anak saya. He he he. Pandai-pandailah awak renovate muka awak ya? Kalau jadi lain , saya pulaukan awak."Boss mengusik. Aku pandang sepi beg kotak tu. Hissh! Aku dahlah tak pandai nak mekap. Tak pe, youtube ka nada. Belajar mekap kat situ lagi cepat. Aku dah merangka-rangka apa yang aku patut buat lepas solat maghrib nanti.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.5K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
168K 14.6K 62
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
369K 19.7K 86
Bagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'be...