[ Edit ] Mine + Jimin

By Nadhylee07

164K 10.7K 747

[ Sedang diedit ] Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki berna... More

Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18

Part 1

19.6K 830 54
By Nadhylee07

"KAMU nak ke mana tu? Malam-ii macam ni pon masih nak keluar?" tanya Puan Jung

Langkah Yoora terhenti sebaik sahaja melihat ibunya di ruang tamu itu

"Mama..Yoora ingatkan mama dah tidur" jawab Yoora

"Mama tak boleh nak tidur. Tu yang turun minum air kejap" kata Puan Jung pula

Yoora cuma mengangguk sambil garu kepala

"Ni kamu nih. Nak ke mana malam-ii ni? Kamu tak tau ke sekarang ni pukul berapa?" Puan Jung menyilangkan tangan ke dada. Mata sempat menilik pakaian anak perempuannya itu. Bukan dia tak tau ke mana Yoora selalu pergi dengan pakaian macam ni. Hampir setiap malam dia keluar rumah tanpa pengetahuan mereka

"Tau. Pukul 11"

"Dah tu. Tak reti nak duduk rumah? Mama ikat kaki kamu kat katil karang baru tahu"

"Alah mama ni. Dah memang setiap malam Yoora keluar kan. Macam tak biasa pulak. Lagipun bukannya Yoora pergi mana-ii pun" rungut Yoora perlahan. Kaki cuba melangkah tapi dihalang oleh ibunya

"Tak pergi mana-ii kamu cakap? Kamu ingat elok ke pergi tempat macam tu? Berfoya sana sini. Mama penat lah asyik nak nasihatkan kamu je"

Yoora merengus kasar.

"Tapi Mama, kawan Yoora semua dah tunggu ni. Takkan Yoora nak—"

"Sudah. Mama tak kira. Kawan kamu ke, nenek kamu ke, atau sesapa pon. Mama tetap takkan benarkan kamu pergi. Faham?! Tak habis-ii dengan clubbing. Pergi tempat yang baik takpe jugak. Pergi masuk bilik kamu sekarang!" Terpaksa juga Puan Jung meninggikan suara.

Yoora terdiam terus. Kepala ditunduk sambil menjuih bibir. Lantas dia berlari naik ke bilik tanpa memandang ibunya

Badan dihempas ke atas katil lmegeluarkan phone dari beg tangan dan mendail no Mina

"Weh, sorryla. Aku tak dapat nak join korang malam ni"

From : Mina

"Asal? Kitorang dah tunggu lama ni"

"Alah. Kau tau lah mama aku tu macam mana"

From : Mina

"Yelah. Aku faham. Malam esok macam mana? Kau join tak?"

Yoora termenung sekejap sebelum bibirnya menyenget sinis

"Aku try cari jalan. Pape nanti aku call"

From : Mina

"Baguslah tu. Jumpa nanti"

Yoora melepaskan keluhan kecil. Henfon dicampak ke tepi lalu dia memandang siling sambil letak tangan atas dahi. Setelah agak lama dia termenung, akhirnya dia terlelap juga

***

PERLAHAN lahan Yoora membuka mata sebaik sahaja cahaya matahari menembusi tingkap biliknya. Dengan malas dia bangun dari pembaringan lalu langkahnya diatur ke arah bilik air

Usai membersihkan diri, dia terus turun ke bawah untuk bersarapan. Bibir merekah dengan senyuman apabila melihat ibu dan ayahnya di ruang makan

"Morning pa, ma"

"Morning sayang.." Encik Jung tersenyum

"Papa kerja ke hari ni?" Yoora tarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah papanya. Kemudian, dia mencapai sekeping roti di atas meja

"Kerjalah. Kamu tak nampak ke papa pakai baju ape tu. Takkan duduk rumah pakai kemeja pulak" celah Puan Jung

"Alahh. Yoora tanya je"

Encik Jung cuma menggeleng perlahan.  "Mestilah papa kerja. Sape lagi nak uruskan syarikat papa. Kamu nak?"

Yoora berhenti mengunyah. Toleh pandang papanya di di sebelah. Ni yang dia lemah ni. Pantang betul bila bukak topik pasal hal kerja

"Tak pelah. Yoora tak minat dengan semua tu"

"Hmm. Kamu jelah satu satunya anak papa. Papa nak harapkan sape lagi. Papa ni dah tua. Sapelah yang nak uruskan syarikat papa nanti" ujar Encik Kim perlahan

Yoora telan liur. Takkan lah dia yang kene uruskan syarikat papa. Nanti kalau dia dah busy dengan kerja, macam mana dia nak hang out dengan kawan-ii dia lagi?

"Kamu okay ke tak ni, Yoora? Dengar tak apa yang papa kamu cakap tadi?" soal Puan Jung

Yoora memandang ibunya pula

"Ha? De-dengar. Yoora dengar apa yang papa cakap tadi lah"

"Baguslah. Kamu duduk rumah ni pon bukannya buat pape. Asyik nak keluar malam je. Pastu balik pagi-ii buta. Eloklah tu. Pastu nak harapkan duit papa je" sinis Encik Jung

Yoora diam.

Memang betul pon kata papanya tadi. Asyik menghabiskan masa dan duit papa di kelab malam. Tempat yang sudah menjadi kebiasaan gadis itu

"Papa carilah sapa-ii yang boleh ganti tempat appa kat syarikat tu. Yoora tak minat dengan semua tu, okay"

"Papa nak cari sape lagi? Kamu je yang papa ade. Kamu tu kan anak papa"

"Papa kutip jelah sapa-ii kat tepi jalan sana. Offer jelah dia kerja kat syarikat papa. Kan senang" jawab Yoora bersahaja. Roti disua ke dalam mulut tanpa memandang wajah papanya

"Papa serius ni. Kamu main-ii pulak. Kamu ingat orang sekarang ni boleh percaya ke?"

"Yoora tak kisah dengan semua tu. Yang penting, Yoora tak nak uruskan syarikat papa. Papa tak boleh paksa Yoora buat benda yang Yoora tak suka tau" Yoora letak roti yang masih berbaki separuh atas pinggan. Bangun dari kerusi dan terus meninggalkan ruang makan itu

Encik Jung hanya menggeleng melihat anak perempuannya itu. Dari dulu lagi, Yoora memang tak pernah nak ambil tau pasal hal syarikat

"Awak tengoklah anak awak tu. Dah pandai melawan sekarang ni"

"Anak saya, anak awak jugak. Manalah saya tau. Saya pun tengah pening dengan perangai dia tu" ujar Puan Jung

"Senang suruh dia kahwin ajelah. Biar dia belajar berdikari. Ni asyik nak harapkan duit aku je. Pokai la aku macam ni"

"Awak ni cakap je lebih. Nak suruh anak kita kahwin konon. Dah jumpa calonnya ke belum?" Puan Jung menjeling suaminya itu

Encik Jung cuma tayang gigi melihat isterinya sebelum menjongket bahu

Huh! Kerja pon malas. Ni disuruh kahwin pulak. Nak ke si Yoora tu?

***

YOORA menilik wajahnya di depan cermin. Dress hitamnya dibetulkan sedikit sebelum dia capai beg tangan di atas meja solek itu lalu dengan perlahan dia memulas tombol pintu biliknya dan melangkah keluar dari biliknya. Dia perhatikan sekeliling rumah, berharap agar mama dan papanya sudah pun tidur

Gadis itu tersenyum puas. 'Line clear'

Dengan perlahan dia berjalan menuruni anak tangga. Senyuman terus mati sebaik sahaja lampu di ruang tamu itu tiba-ii terpasang

"Ehem!"

Yoora toleh belakang. Terkejut melihat mama dan papanya di ruang tamu itu

"Papa dah agak. Kamu ni tak serik-ii lagi ke keluar malam?" soal Encik Jung tegas

Yoora sekadar menggeleng kepala. Tayang muka bersahaja. "Tak"

"Menjawab je kerja. Pergi masuk bilik kamu sekarang" arah Encik Jung

"Sorry pa, ma. Yoora tak boleh nak dengar cakap papa malam ni. Kawan Yoora dah tunggu kat luar tu. Yoora kene pergi sekarang. Bye!"

"Jung Yoora!"

Yoora tersenyum sinis dan terus berlari ke arah pintu

***

"KAU keluar macam tu je beb?" soal Mina tidak percaya

Yoora tayang sengih sambil mengangguk. Alah. Bukannya dia tak pernah buat semua tu. Sudah menjadi kebiasaan gadis itu sejak dulu lagi. Lagipon dia dah besar. Umur pon dah 19 tahun. Bukannya budak kecik lagi

"Serious lah weh?" soal Yuju pula

"Yelah. Dah diorang tak bagi aku keluar, aku terus bla macam tu je la. Sebelum ni, aku jarang kantoi macam ni" jawab Yoora. Air kemudian diteguk rakus

"Tak baik kau buat mama dengan papa kau macam tu. Kesian tau tak"

"Eleh. Kau pun dua kali lima jugak kan." Yoora jeling Mina

"Tapi aku takde la kantoi macam ko" balas Mina. Bibir menyenget sinis sesudah meneguk segelas air

Yoora menggulingkan biji mata lantas dia menarik mereka berdua ke tengah lantai tarian,menari mengikut rentak muzik yang sedang bermain di dalam kelab itu


Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

216K 13K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
37.6K 2.8K 155
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
Hanya Khayalan By Itik_.

Mystery / Thriller

210 70 20
Seorang remaja perempuan yang ingin mencapai cita-cita untuk membanggakan ibu bapanya, namun masalah keluarga dan mimpi ngeri yang dihadapinya setiap...
133K 15.6K 42
[completed] nothing disappoints me more than knowing that the least person i think would not hurt me, hurts me the most Started ;; December 16 End ;;...