THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 19: Sungai Berasid

1.3K 115 7
By Alexna_Syufa

SHASHA menindihkan tubuhnya perlahan-lahan diatas tubuh Syah.Dia tersenyum nakal.Pipi Syah diusap dan dibelai manja.Lembut dan gebu betul pipi Syah tu..

"Syah..hmm..awak ni kacaklah..Lembutnya pipi awak.." Ucap Shasha, perlahan.Dia masih leka mengusap pipi Syah.

Sekali sekala,Syah bergerak-gerak sedikit akibat tidurnya agak terganggu.Walaupun begitu,dia masih lena diulit mimpi.

Shasha ketawa kecil. Muka Syah comel sangat bila tidur.

Saat jari runcing Shasha terhenti di bibir Syah,nafsu mulai merasuk dirinya kembali.Dadanya berombak kencang semula.

Dia tahu Syah masih belum disentuh sesiapa hanya dengan melalui bau tubuh badan Syah saja.

Lagipun...bau badan Syah ni,bau yg jarang dijumpai.Bau orang yg cukup berkuasa dan hebat.

"Syah..kenapa awak tak terpikat dengan saya eh? Charming stone yg saya pakai,tak berkesan keatas awakkah? Hmm...Tapi...saya suka dekat orang yg tak mudah digoda..macam awak dan Fellex.." Ucap Shasha lagi dengan nada yg seksi.

Syah tiba-tiba bergerak sedikit.

"Emm...." Desah Syah,perlahan dan seekan-ekan dia dengar apa yg Shasha cakapkan.(Sebenarnya Syah tak dengar pun apa yg Shasha cakap.)

Shasha ketawa kecil.Pipi Syah diusap lagi.

"Awak ni comellah.." Ucap Shasha dalam nada mengoda.Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Syah.Baru saja dia ingin mengucup bibir Syah,tiba-tiba..

"SHASHA!! SYAH!! Korang ni memang dah melampaui batas!!!" Jerkah Fellex. Dadanya turun naik.Riak marah jelas kelihatan di wajahnya.

Jerkahan Fellex tadi menyentakkan Shasha dan semua yg sedang tidur.Semua orang terjaga dari tidur mereka dalam keadaan mamai.

Syah juga turut terjaga.Matanya membulat tatkala dia nampak Shasha sedang duduk atas dia sekarang ni!!

"Arghhh!! Ke tepi!!" Jerit Syah.Secara spontan,dia menolak tubuh seksi Shasha ke tepi.Mamailah katakan.

Shasha pulak sudah tergolek ke tepi macam bola.Dia mendengus geram.

'Hish..Kacau betullah Fellex ni.Ingatkan dah tidur tadi..'Omel hati Shasha.Wajah Fellex ditenungnya dalam.

"Tak guna punya Syah!! Tak guna!!" Jerkah Fellex lagi.Dia meluru kearah Syah lalu kolar baju Syah,dicengkam kasar.

"Kenapa ni??" Soal Syah dalam keadaan terpingga-pingga. Dia terpaksa berdiri apabila kolar bajunya dicengkam begitu.

Syawal pulak yg sudah terpisat-pisat bangun,hanya mengosok matanya.Rasa kantuk masih bersisa.

"Kenapa ni..Fellex?? Kenapa..huarghh!!..kenapa marah-marah ni?" Soal Syawal sambil menguap kecil.Dia menarik selimut hingga menutupi dadanya.Bukan apa-apa pun,cuma sejuk.

"Hrhhhh!! Syawal!! Kau patut tengok kawan kau ni baik-baik!! Dia ni,cuba nak rampas kekasih aku!! Kalau aku tak halang tadi,entah apa yg akan jadi!" Amuk Fellex.

Tubuh Syah digoncang-goncangnya laju.Pening kepala Syah dibuatnya.Mamai tadi pun semakin hilang.

"Chop,chop,chop!! Saya tak pernah ada hati pun nak rampas kekasih awak tu! Awak ni kenapa?!" Marah Syah pula.Dia meronta-ronta kasar agar dilepaskan.

"Kau jangan nak tipu aku!! Penipu!! Perampas!! Kau memang dengki dengan aku sejak awal lagi kan?!" Jerit Fellex.

Timbul urat hijau di tengkuknya akibat terlalu menekan suara.Tubuh Syah digoncang-goncang laju sekali lagi.Wajah Syah dipandang bagai nak tembus.

"Kejap!! Bila masa saya dengki dengan awak? Saya tak.."

"Kau diam!! Aku taknak dengar lagi penipuan kau!!" Jerit Fellex, nyaring.

Gedebukkk!!

Satu tumbukan padu mengenai wajah Syah.Syah jatuh terjelopok sambil memegang pipi yg terasa sengal.Pandangannya agak berpinar-pinar.

Shasha segera mendapatkan Syah."Awak okey??" Soalnya sambil memegang bahu Syah.

"Jangan sentuh saya!!" Marah Syah sambil menepis laju tangan Shasha.

Syah kembali berdiri tegak.Wajah Fellex direnungnya dengan renungan maut untuk beberapa saat.

Mereka semua yg sedang memerhati, sudah kecut perut.Takut seandainya akan ada pertumpahan darah berlaku.

Dengan muka Fellex yg bengang tu,bertambah lagi dengan renungan maut Syah tu,buatkan suasana terasa sengit untuk seketika.

Fellex kelihatan seperti sudah bersedia untuk bertarung.Syah pula nampak macam nak terkam Fellex tu bila-bila masa saja.

Beberapa saat kemudian,Syah meraup rambutnya ke belakang.Semua orang yg memerhati,menarik nafas lega.Ingatkan Syah nak tumbuk Fellex balik.

"Aku minta maaf." Ucap Syah dengan wajah yg penat.Dia mengambil selimutnya lalu berjalan kearah bawah pokok yg menempatkan Zamry tadi.

Syah menghamparkan selimut itu diatas tanah lalu dia baring,membelakangi mereka semua.

Fellex agak tergamam.Syah bahasakan dirinya 'aku' ke sebentar tadi ataupun dia,tersalah dengar?

Shasha juga turut membatu.Perlahan-lahan, dia menoleh kearah Fellex. Tubuh Fellex ditolaknya lalu Fellex terdorong sedikit ke belakang.

"Kau apahal?! Main tolak-tolak aku pulak." Marah Fellex. Dia memandang wajah Shasha sambil melaga-lagakan rahangnya.

Shasha melangut untuk melihat wajah Fellex yg agak tinggi darinya.Dia bercekak pinggang.Pipinya memerah,menahan marah.

"Hello? Tadi tu salah aku okey? Bukan Syahlah.Hrh..kau ni...,kan dia dah merajuk tu.Kau memang jahatlah.Kesian dia." Marah Shasha,separuh berbisik sebelum dia bergerak kearah tempat tidurnya kembali.

Fellex mengaru-garu kasar kepalanya sehingga berserabai rambut dia tu.

"Tak guna!! Dua-dua sama je!! Penipu!! Tak tahu malu!! Hrhhh!!" Amuk Fellex seorang diri.

Dia berjalan kearah salah satu pokok disitu lalu memanjatnya laju.Hatinya sakit!! Benar-benar sakit!!

'Syah tak guna!! Perampas kekasih orang!!' Itulah perkataan yg membakar didalam hatinya,kini.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ketika Syah baring di sebelah Zamry..

SYAH menguap kecil.Dia betul-betul mengantuk ketika ini.Semua ni Fellex punya kerjalah.Yang gerak dia pepagi buta apahal? Kalau nak ajak bergaduh,..boleh ajer.Cuma dia tadi rasa mengantuk sangat sampai tak larat nak layan marah Fellex tu.

Tapi,dari bergaduh,lebih baik dia mengalah dulu lepastu tidur.Habis cerita.Tak payah bazirkan tenaga.

Baru sahaja Syah ingin melelapkan matanya,tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Hari esok..adalah hari lahirnya!! Syah tersenyum sendirian.Esok..akan cukuplah umurnya 200 tahun.

Umur 200 tahun adalah umur yg sangat ditunggu-tunggu oleh seorang Alchemist kerana pada umur itu,mereka akan mendapat satu ability yg istimewa buat mereka.

Syah masih tersenyum sendirian sehinggalah dia menguap kecil sekali lagi.Alunan lembut arus sungai yg kedengaran di cuping telinga,semakin lama membuatkan Syah mengantuk.

Akhirnya,Syah tertidur jua...

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

WAKTU pagi menjelma.Syawal yg sudah lama bangun,meregangkan badannya.Dia membuat senaman ringkas sikit untuk menghilangkan lenguh di badan.

Saat matanya terpandang kearah Syah,senamannya terhenti.

Kelihatan Syah sedang duduk mencangkung seorang diri didalam gelap,dan sedang ketawa sorang-sorang.Aik? Dah macam orang gila pun ada.

Syawal agak terpingga-pingga.Reaksi Syah yg pelik tu,buatkan dia rasa tak senang duduklah pulak.

Perlahan-lahan,dia melangkah kearah Syah.

"Err...Syah? Awak buat apa sorang-sorang ni?" Soalnya.Bahu Syah ditepuk perlahan.

Tiba-tiba Syah menolak kasar tangan Syawal lalu dia pantas berdiri.Syawal tersentak.

"Jangan sentuh aku,setan!!" Marah Syah.Syawal terkedu plus bertambah terkejut.Syah tak pernah berkasar macam ni.

"Hah?! Aa..awak kata apa tadi?" Soal Syawal,tidak percaya.Syah kata dia setan?! What??

"Hrhhh....Kau jangan cuba nak sentuh aku,setan!! Kalau kau sentuh aku lagi,aku bunuh kau!! Pergi dari sini!! Pergi!!" Jerit Syah.Dia menjerit-jerit sambil menolak kasar tubuh Syawal.

"Bertenang..bertenang..Saya pergilah ni.." Syawal segera mengundur kearah belakang.

Setelah Syawal mengundur sebanyak 3 meter,Syah kembali duduk mencangkung sambil bercakap seorang diri.Sekejap ketawa,sekejap sedih-sedih,sekejap marah-marah.

Aii?? Kenapa dengan Syah ni? Pelik betul. Syawal mengaru-garu kepalanya yg tak gatal.Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

Ktapp!! Jari dipetik.Syawal sudah dapat jawapannya.Dia segera berlari anak kearah Fellex yg sedang rancak berbual dengan Zinnt diatas pokok.

************************************

"WHAT?! Syah akan bertukar personaliti setiap hari lahir dia?? How??" Ucap Zinnt,dengan rasa tak percaya.Wajah Syawal ditenungnya.

Fellex pulak buat muka menyampah.Malas dah dia nak kisah pasal Syah tu.

"Ya!! Dia akan berubah personaliti..Tahun lepas,dia jadi periang.Tahun ni,tak taulah pulak." Ucap Syawal sambil mengaru belakang tengkuk.Kadang kala,dia memerhati Syah yg masih bergelak seorang diri.

"Oh...Macam tu...Tapi,kita tetap kena teruskan perjalanan ni.Bunga Asfloera akan layu kalau kita asyik buang masa.Nak tak nak,kita kena seret jugak Syah sekali." Ucap Zinnt.Dia melompat turun dari atas pokok itu.

Fellex merengus geram.

"Hrhh. Senang cerita,korang bagi jelah dia pengsan.Senang cerita." Dengus Fellex.Dia juga melompat turun dari pokok itu.

"Tapi...ubat tidur tak berkesan dekat Syah.." Jawab Syawal,perlahan.

Mereka bertiga senyap seketika.Tiba-tiba..

"Hei korang bertiga!! Jangan nak melepak dekat situ! Amboi,amboi,amboi!! Mengumpat ya?! Semua!! Berbaris dekat sini aku cakap!!" Jerkah Syah dari jauh.

Zinnt,Fellex dan Syawal tersentak.Terhinggut bahu mereka dibuatnya.

"Er..er.." Syawal kehilangan kata-kata.Dia memandang wajah Syah dengan hati yg sudah sekecut buah kismis.

"Apa 'err..er'?? Aku kata,datang sinilah,pekak!! Badak!!" Jerkah Syah lagi.Dia sedang bercekak pinggang dengan wajah yg membengis,kini.

Bahu mereka bertiga,terhingut lagi akibat dijerkah sebegitu.Dengan pantas,mereka berbaris disebelah satria-satria yg berada dihadapan Syah.

Syah meletakkan tangannya ke belakang sambil berjalan berulang-alik dihadapan mereka.Dah macam big boss pulak si Syah ni.

"Kenapa..kenapa..kenapa korang lengahkan masa untuk ke sungai Berasid?! Kenapa?! Jawab soalan aku!!" Jerkah Syah kepada Fellex.

Fellex merenung Syah bagai nak telan.Rasa sakit hatinya semakin bertambah.

"Sebab kaulah!! Kau ni kenapa?! Sedap-sedap kau jerkah aku ya?! Nak mati??" Marah Fellex.Penumbuk ditayangkan.Suaranya lantang sekali.

Kini giliran Syah merenung wajah Fellex dengan renungan maut.

"Oh..Kau melawan ya?! kalau begitu,kita gerak sekarang!! Sekarang jugak!! Siapa lambat,aku bunuh sorang demi sorang!!" Marah Syah.Dia sudah pergi mengambil barang-barangnya.

Mereka semua,terpingga-pingga. Apa?! Sekarang?

"Awak nampak tak? Saya rasa..kali ni,Syah dah bertukar jadi seorang yg sombong dan perengus." Ucap Zinnt,jujur.Dia memandang wajah Fellex dan Syawal secara berselang-seli.

"Ya.Saya setuju." Balas Syawal,sambil mengigit ibu jarinya.

"Cepatlah kemas barang tu,babun-babun oii!!" Kutuk Syah dari jauh.

Nak tak nak,mereka semua terpaksa berkemas jugak sebab takut Syah marah lagi.

************************************

Setelah sepuluh jam berjalan..

"ARGHHH!! Kaki saya lenguh!! Tangan saya sakit! Perut saya lapar!! Saya nak berehat!! Huuuu..Syawal!! Tolonglah saya!" Adu Iryan.Dia mengesat air mata yg mulai berjuraian di pipi.

Syawal cuma mengeluh perlahan.Dia pun penat.Tangan dia pun sakit sebab asyik gendong Zamry dari tadi. Perut dia pun lapar tapi,nak buat macam mana bila...

...Syah tak nak bagi mereka berehat langsung!!

"Syah..boleh kami berhenti sekejap? Kami semua lapar..penat..dan tak larat nak berjalan lagi." Adu Syawal pula kepada Syah.Syah buat muka tak tahu.

"Tak boleh!! Kita tak boleh berehat!! Sungai berasid tu dah dekat!! Selagi tak sampai,jangan harap nak berehat." Marah Syah.Dia berjalan sambil berpeluk tubuh.

Mereka semua mengeluh panjang.Ada yg mengomel,tak puas hati.

Mereka berjalan dan berjalan sehinggalah..

Glukk..glupp..glukk..

...Sehinggalah kedengaran bunyi air yg mendidih.

Mereka semua sudah tersenyum seronok.Zinnt berlari-lari anak ke hadapan lalu menyelak sedikit pokok yg menutup menghalang pandangan mereka.

Saat dia melihat sungai berasid yg terbentang dihadapan,mata Zinnt terbuka luas.Dia melompat-lompat keseronokan.

"Kita dah sampai!!" Jeritnya,gembira.Mereka yg lain pula, sudah terduduk keletihan dengan wajah lega.

"Syukurlah kita dah sampai..kaki saya dah rasa nak tercabut ni.." Ucap Syawal sambil membaringkan Zamry ke bawah.

Syawal segera duduk diatas batu yg berdekatan untuk melepaskan lelah.Akhirnya mereka tiba jua.

Namun..tanpa mereka sedar,salah seorang dari kumpulan mereka,tersenyum sinis.

************************************

Di menara Kifft...

KIFFT yg sedang enak menjamah daging manusia,terhenti tatkala dia mendapat tahu Syah sudah sampai ke Sungai Berasid melalui The Undead Ghoul miliknya.

Kifft tersenyum jahat.

"Bagus!! Bagus!! Teruskan mengintip mereka.Bila sampai saja di jurang kekayaan nanti,kau buatlah apa yg sepatutnya." Ucap Kifft,seorang diri.

Sebenarnya dia sedang berhubung minda dengan The Undead Ghoul miliknya.

"Baik tuan." Balas hati The Undead Ghoul itu dari jauh.Dia tersenyum sinis memandang Syah.

Tak sangka penyamarannya selama ini telah mengaburi mata mereka semua,termasuk Syah sendiri.Bodohnya mereka!! Hahaha!!

Syah dan lain tak perasankah,dirinya adalah musuh dalam kumpulan mereka itu?? Dasar manusia bodoh.Musuh depan mata pun mereka tak perasan??

to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

147K 837 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
1.6K 9 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
369K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...