THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

β€’Openingβ€’
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 16: Jenaka Fellex

1.4K 126 0
By Alexna_Syufa

KELIHATAN Syawal dan yang lain-lain sudah habis bertarung.Mereka tercungap-cungap keletihan.Syawal duduk diatas salah satu mayat Goblin disitu.Dia memerhati sekeliling.

     Fuh..Nasib baik tiada sesiapa yang terkorban dalam kumpulan mereka.Cuma,ada yang luka dilibas pedang sahaja. Itupun cuma calar-calar kecil.

     Syawal memegang pipi yang terasa pedih.Dia berdecit sakit.Ada luka di situ.

    "Semua okey? Tak ada yang mati kan?" Soal Syawal lagi,hanya untuk kepastian.

         "Ya.Semua orang okey.Tak ada yang mati tapi ada sesetengah yang terluka." Lapor seorang Jeneral.Dia memegang tangannya yang tercedera.Syawal mengangguk faham.

      Dari kejauhan,Syawal terlihat tiga susuk tubuh yang sedang menghampiri mereka.Syawal segera bangun.

    Dia mengecilkan anak matanya untuk melihat gerangan siapa.Semakin lama..wajah ketiga-tiga kelibat itu semakin jelas kelihatan.

     "Syah!!" Jerit Syawal,gembira.Pedang dipacakkan di tanah.Dia segera meluru mendapatkan Syah.

      Syah masih memeluk tubuh ditengah-tengah Fellex dan Zinnt.Dia kelihatan kesejukan.

     Di saat Syawal tiba dihadapan Syah,dia memeluk tubuh lelaki itu,erat.Macam tak nak lepas pun ada.Syah agak terdorong sedikit ke belakang.

    "Syah..syukurlah awak masih hidup..Saya risau tau tak? Goblin tu tak sempat lukakan awak kan? Kan?" Soal Syawal sebelum dia melepaskan pelukannya.Wajah Syah dibeleknya.

     Syah hanya tersenyum nipis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

   "Ya..dia tak sempat buat apa-apa pun,cuma tadi dia hampir-hampir nak kerat tangan saya.Awalnya,dia rentap sarung tangan saya.Habis tercabut entah ke mana sarung tangan saya tu.Elok-elok saja dia genggam tangan saya,jari dia terputus.Dan masatu,tepat-tepat Zinnt hampir terpanah dia.Jadi,apa lagi,goblin tu pun teruslah cabut lari sebab takut dan sakit.Hahaha!" Syah bercerita bersama ketawa kecil.

      Syawal dan Zinnt juga turut ketawa.Selepas beberapa detik,mereka berpandangan sesama sendiri.

     "Saya Zinnt, abang Fellex. Kamu?" Soal Zinnt,ramah.Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

       Syawal menyambut huluran Zinnt dengan senyuman.

   "Saya,Syawal.Kawan baik Syah." Ucap Syawal pula.Zinnt mengangguk faham.Mereka segera meleraikan jabatan tangan mereka secara serentak.

      Syah pulak sudah berlari anak, mendapatkan satria-satria yang tercedera.

        "Kamu okey? Sakit ke?" Soal Syah dengan wajah risau.Sesetengah satria itu mengangguk dengan wajah yang berkerut menahan sakit.

      "Biar saya sembuhkan kamu semua." Syah duduk melutut sambil membuka sarung tangannya.

      Dia mengeluarkan kuasa pemulihan miliknya lalu menghalakannya di atas luka salah seorang satria disitu.

    Selepas beberapa saat,luka satria itu semakin pulih.Satria yang lain pula hanya tergamam.Mereka tak pernah tengok Alchemist menyembuhkan luka sebelum ni.

      "Okey...yang lain pulak." Syah sudah pergi kearah satria yg lain pula.Kuasa pemulihan dikeluarkan lagi lalu dihalakan diatas luka satria itu.

    Hal ini berlanjutan sehingga semua yg terluka,disembuhkan kembali.

   Syah menyarungkan sarung tangannya semula.Dia mengesat peluh yang mulai memercik di dahi sebelum membuang pandang kearah Syawal.

      Kelihatan Syawal,Fellex dan Zinnt sedang sibuk menguruskan mayat Goblin-goblin yang dibunuh tadi.Perlahan-lahan,Syah mengatur langkah kearah mereka bertiga.

      "Wuahhh! Abang! Tengok ni! Goblin ni sayang abang. Dia nak kiss abang! Tengoklah sini.Oh Zinnt sayang.. Mari kepadaku..Jangan risau..aku Goblin betina..muah..muahh! Hahaha!!!" Usik Fellex secara tiba-tiba kepada abangnya.

      Dia menayangkan salah satu kepala Goblin dihadapan muka Zinnt. Mata Zinnt terbeliak besar akibat terkejut.Hampir-hampir saja dia mencium wajah Goblin itu!

    "Arghhh! Euww! Benda tu hodohlah dik! Buanglah! Euww..geli abang dibuatnya.. Wekk! Buanglah dik! Eeee!!" Jerit Zinnt,geli.Dia menepis-nepis tangan Fellex berulang kali.

     Fellex pula begitu asyik menayang kepala Goblin itu di muka Zinnt.Hehehe! Tahu takut?

      "Tak nak..Adik tak nak buang! Blekk! Nah kepala Goblin ni..Nah! Nah!" Gurau Fellex lagi dengan senyuman jahatnya.Kini dia mengacah-ngacah ingin membaling kepala itu pula.

      "Arghhh! Toloonnggg!! Tolong!!" Jerit Zinnt,ketakutan.Dia sudah mengatur langkah,melarikan diri dari adiknya.

      "Tunggu! Jangan lari!" Laung Fellex pula.Dia mengejar Zinnt dari belakang,bersama-sama dengan kepala Goblin tadi.

    Mereka berkejaran mengelilingi tempat itu berulang kali.Macam kanak-kanak Ribena saja gayanya.

       Syah ketawa kecil.Terbit rasa lucu dalam hatinya.Dia berjalan kearah Syawal pula.

      "Syawal...Awak dah siap longgokkan mayat-mayat Goblin tu?" Soal Syah sambil matanya meliar memerhati sekeliling.Sudah tak ada mayat Goblin yang bergelimpangan di sana sini lagi.

       "Yup.Dah siap.Tapi ada satu lagi,yang dekat Fellex tu.Hahaha! Tengoklah mereka berdua.Cute sangat bila diaorang duk lari sana sini." Syawal kemudiannya menyeka peluhnya dengan belakang tapak tangan.

     Syah masih ketawa kecil.Dia mengelap sedikit air mata yang terkeluar.

    "Wuarghh! Ayahanda! Tolong! Tolong!" Jerit Zinnt,lebih nyaring.Dia sedang menyorok di belakang sebatang pokok,kini.

     "Miahahahaha!" Fellex ketawa jahat.Di tangannya masih ada kepala Goblin tadi.

      Syah,Syawal dan satria-satria yang lain sudah ketawa berdekah-dekah. Lawak betullah!

      Sedetik..dua detik..,tiga detik berlalu,baru Syah tiba-tiba teringatkan sesuatu.Dia terus sahaja berhenti dari ketawa seperti tadi.

      "Syawal..Awak ada nampak tak Zamry? Saya tak nampak pun dia.Patutnya dia dekat bawah pokok tu kan?" Soal Syah,cuak.

      Dia risau seandainya ada Goblin yang melarikan Zamry pula! Oh tidak! Dia tak sanggup adik angkatnya dimakan Goblin!

      Gelak tawa Syawal terus saja mati.Wajahnya juga kelihatan cuak.Dia memandang semula kearah pokok yang dia letakkan Zamry tadi.

      "Zamry...dah tak ada dekat situlah,Syah! Sepatutnya dia ada dekat situ!" Syawal bersuara cemas.

      Tatkala mereka semua terdengar saja jeritan cemas Syawal tadi,mereka terus sahaja tercari-cari kelibat Zamry.

     Fellex juga sudah berhenti mengusik abangnya.Wajahnya bertukar serius kembali.Dia lantas membuang kepala Goblin itu ke tepi.

      Zinnt pulak sudah menarik nafas lega.Dia mengurut dadanya berulang kali sambil matanya meliar,juga turut tercari-cari kelibat Zamry.

    "T..ttt...tolong..tt..tolong.." Ucap satu suara yg tersekat-sekat.Lemah dan perlahan saja bunyinya.

     Saat mata mereka terpandangkan empunya suara itu,mereka tergamam.

      Syawal sudah menekup mulut yang sedang terlopong luas.Mustahilnya!

     "Zamry! Lepaskan dia!" Jerit Syah,lantang.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Di Kota Bayangan..

RAJA Kota Bayangan yang baru sahaja tiba di perkarangan kampung,hanya tersenyum sendirian.Dia tak sangka yang dia akan terlepas dari pandangan pegawalnya hari ini dengan begitu mudah.Langit yang kelam itu,direnungnya.

   Swushh...swushh..

Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiupan,meniup jubah berhud yang dipakainya.

      Raja itu segera membetulkan sedikit hud yang dipakai.Keselamatan dirinya akan terancam sekiranya ada sesiapa dapat mengenalinya kini.

   "Fashafi..sັafasqq..riqque..lyiashh."

    Raja itu membaca perlahan spell teleportnya.Muncul satu pentagram dibawahnya sebelum dia menghilang dalam bentuk bunga sakura.

   Cashingg!!

      Sebaik sahaja raja itu tiba di destinasi yang diinginkan olehnya,dia mengosok-gosok sedikit matanya yang dimasuki habuk.

     "Aishh..habuk ni kan..ish.." Omelnya sendirian. Suasana yang sunyi didalam pusat rawatan itu,membuatkan suaranya bergema di setiap sudut.

       Dia mulai mengatur langkah kearah salah satu katil pesakit yang berdekatan dengannya.Pesakit itu adalah anak kecil yang berumur dalam lingkungan 6 tahun.

      Tubuhnya berbalut di sana sini sehingga cuma menampakkan mata dan mulutnya sahaja.Wajah anak itu juga kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya.

    Terbit rasa simpati di hati raja itu.Penyakit misteri yang melanda Kota Bayangan kini,benar-benar membuatkan semua rakyatnya hidup sengsara.Kasihan..

    Kreekkk..kreekk..

   Katil yang usang itu berbunyi tatkala dia melabuhkan punggung di tepian katil. Akibatnya,pesakit yang tidur diatas katil itu serta-merta terjaga dari lenanya sedari tadi.

      "P..pp...pak cik ni,siapa?" Soal anak kecil itu takut-takut.Kehadiran lelaki asing ini disisi sedikit sebanyak mengejutkannya.

   Raja itu juga kelihatan terkejut.Dia tak menyangka anak kecil ini akan terjaga dengan sebegitu mudah.Nampaknya,terpaksalah dia menjalankan rancangannya dihadapan anak kecil ini.

      Secara perlahan-lahan, raja itu mulai menguntum senyum di sebalik mask.Dia langsung tidak bersuara.

     Sarung tangan hitam yang dipakainya tadi juga turut ditanggalkan.

     Anak kecil itu pula,mulai mengeletar ketakutan.Dia menarik selimut sehingga menutupi wajahnya.Dia takut seandainya lelaki itu ingin mengapa-apakannya.

       "Pak cik cuma nak tolong kamu..Mari sini.." Ucap raja itu,lembut.Dia mengapai perlahan tangan anak kecil tadi.Serta-merta anak kecil itu berhenti bersembunyi.

    "Pak cik ni siapa? Pak cik bukan Necromancer yang jahat tu,kan?" Soal anak kecil itu lagi.Raja itu hanya mengeleng perlahan.

        "Pak cik bukan Necromancer,nak.Pak cik ni,pelawat dan..pak cik cuma datang untuk merawat kamu.Sebentar lagi,luka kamu akan sembuh.Tutuplah matamu.." Ucap raja tersebut sambil menutup perlahan pelupuk mata anak kecil itu.

      "Betul ke pak cik? Saya boleh sembuh?" Soal anak itu,kurang yakin.Walaupun begitu,dia tetap menutup matanya.

    "Ya..betul.Sekarang,kamu cuma perlu tutup mata sahaja..Boleh kan?" Jawab raja itu dengan senyuman manisnya.

    Sekali pandang,senyumannya kelihatan sama benar dengan senyuman seseorang.Iaitu..anaknya.

      "Emm!" Ucap Anak kecil itu seraya mengangguk. Matanya masih dipejamkan serapat mungkin.

      Raja itu tersenyum lagi.Dia mengenggam kedua-dua erat belah tapak tangan kecil itu sambil membaca spell miliknya.

"Fiusha..espifiallif...йёfshi..qilliq...virnavisha..elltika..zimnzi..inn"

     Setelah spell itu habis dibaca,satu cahaya putih yang terang berderang,muncul dari tubuh raja itu lalu memenuhi satu pusat rawatan tersebut.

      Setiap luka di tubuh pesakit-pesakit yang terkena sinaran cahaya itu,mulai pulih secara pantas,termasuklah luka di tubuh badan anak kecil itu.

   Pelik..Makin lama,anak kecil itu terasa mengantuk pula.Dia menguap kecil dengan mata yang tertutup rapat.

   Secara tiba-tiba, tubuh anak kecil tersebut mulai rebah namun sempat disambut oleh raja itu.Raja tersebut segera membaringkannya secara perlahan-lahan.

      Anak kecil itu cuma tertidur akibat kesan sampingan kuasanya tadi.

     Cahaya yang keluar dari tubuh raja itu,mulai menjadi pudar lalu menghilang dalam sekelip mata.Raja itu pantas berdiri dari duduknya tadi.

      "Maafkan beta.Beta cuma mampu untuk merawat luka luaran kalian sahaja...Anak beta pasti akan membawa pulang penawar yang sebetulnya tak lama lagi." Ucap raja itu sendirian.

   "Fashafi..sັafasqq..riqque..lyiashh."

      Sekali lagi raja itu membaca spell teleport miliknya dan kini dia menghilang dalam bentuk dedaun pula.

      Chinggg!!

  Kini dia muncul di istananya semula.Raja itu kemudiannya membuang pandang ke luar jendela.Bintang yang bertaburan di dada langit itu,di amatinya dalam-dalam.

     Dia meramas-ramas rantai yang dipakainya.Rantai itu mempunyai eksesori bercorak daun hijau yang berada ditengah-tengah pentagram dan..ia melambangkan untuk keluarga Alchemist.

     "Syaz..Syah.." Ucapnya sayu.Raja itu mengesat perlahan air matanya yang mulai menuruni pipi.







                           →to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

540K 36.8K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
10.4K 68 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
494K 1.2K 17
Mula mula