Aku Suami Kau Isteri ✅

By anissyaaa

3.8M 83.7K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... More

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK

Bab 18

59.5K 2.4K 29
By anissyaaa

Untuk kesekian kalinya Danish memandang jam telefonnya. Hampir jam 6.30 petang. Qira mahupun Darwish masih belum lagi pulang. Hampir 4 jam mereka berdua keluar membeli belah.

Danish mencapai telefonnya yang terletak di atas meja. Berkira-kira untuk menelefon Darwish ataupun Qira. Akhirnya, dia membatalkan niatnya dan kembali menonton rancangan kegemarannya. Namun, fikirannya masih tak tenang.

"Apa masalah aku ni? Diorang pergi shopping saja," omelnya sndirian.

Dia bukan cemburu tapi ada sesuatu yang mengganggunya memyebabkan hatinya tak tenang. Dia melepaskan nafas dengan kasar. Akhirnya, dia mencapai telefonnya dan mendail nombor Darwish.

DARWISH menggaru kepalanya apabila telefon bimbitnya berdering dan memaparkan nama abangnya. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello," sapanya.

"Kau tak reti nak balik ke?" Sergah Danish di talian. Terkejut dis dibuatnya. Dia paling lemah berhadapan dengan abangnya ditambah lagi dengan keadaan kakak iparnya yang sedang diperiksa oleh doctor sejam yang lepas.

"Kau dekat mana?," Danish menyoal.

"Wei. Aku tanya kau ni," pekik Danish lagi apabila tidak mendapat sebarang respon.

"Err, " Darwish menelan air liur.

Danish yang berada di talian semakin hairan.

"Darwish!,"

"Hospital," secara automatic dia bersuara apabila disergah.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk menjelaskan dengan lebih terperinci, telefonnya dirampas oleh seseorang daripada belakang. Dia berpusing dan terkejut melihat kakak iparnya yang sedang berdiri di belakangnya. Panggilan ditamatkan oleh Qira.

"Jom balik," kata Qira kepada Darwish yanh melemparkan pandangan hairan kepadanya.

"Akak dah okey ke?" Darwish bertanya. Qira mengangguk. Doktor sudah memberikannya suntikan yang diperlukan. Walaupun doktor masih tidak membenarkan dia untuk pulang, dia tetap berkeras.

"Lain kali, akak bagitahulah yang akak tu alergi dengan makanan. Kalau jadi teruk macam mana?" Bebel Darwish semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Ya. Akak minta maaf. Jangan nak membebel macam pak cik tua pulak," balas Qira bergurau.

DANISH mendengus marah apabila panggilannya diputuskan tiba-tiba. Belum sempat dia bersuara, panggilan dah ditamatkan. Hospital?  Apa yang berlaku sebenarnya? Sudahlah! Buang masa pening kepala fikir pasal mereka berdua. Namun jauh di sudut hati, memberontak nak tahu apa yang berlaku.

Lebih kurang setengah jam kemudian, deruman enjin kereta kedengaran di luar rumah. Danish masih bersandar tenang di atas sofa.

Dia menjeling sekilas ke arah Qira yang melintas untuk ke bilik. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Darwish yang melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh daripadanya.

"Abang, kau marah aku ke?"

"Apa hal pulak aku nak marah kau?" Balas Danish tanpa memandang Darwish. Darwish tersenyum lega.

"Aku nak minta maaf sebab tak sengaja buat kakak ipar aku tu msuk hospital," ujarnya lagi. Danish tidak menunjukkan sebarang respon.
"Aku tak tahu yang dia alah dengan kacang," Kali ini wajahnya abangnya berkerut sedikit.

"Aku masuk bilik dulu," kata Darwish sebelum meninggalkan abangnya sendirian.

QIRA mengurut dadanya, terkejut melihat Danish di muka pintu biliknya.

"Awak nak apa?" Soalnya kepada Danish.

"Masuk bilik aku sekarang," ujar Danish berbentuk arahan. Mulut Qira ternganga.

"Apasal pulak?" Balas Qira ragu-ragu. Pelik.

"Masuk bilik aku sekarang. Jangan banyak cakap!" Balas Danish.

"Tak nak" Qira menggelengkan kepalanya. Dia berpeluk tubuh.

"Lembap!" Danish menyindir seraya menarik tangan Qira ke biliknya di sebelah.

"Hei, lepaslah," Qira menarik tangan daripada genggaman Danish. Keningnya bertaut sebaik Danish menutup rapat pintu bilik.

"Awak nak buat apa ni?" Qira mengundur setapak. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Danish mengeluh berat seraya menggeleng lemah.

"Boleh tak kau jangan fikir yang bukan-bukan," balas Danish.

"Habis tu kenapa awak tarik saya masuk bilik ni,?" Balas Qira masih ragu-ragu.

"Selagi Darwish ada dekat sini, kau kena tidur dalam bilik ni," tegas Danish.

"Hah?!"

Qira menelan air liur. Tidur sebilik dengan Danish. Tambahan pula, Danish merupakan seorang lelaki.

"Aku tak akan buat apa-apa dengan kau, kalau aku nak aku boleh minta baik-baik," balas Danish tanpa riak.

Qira mencebik tetapi apapun dia tetap lega. Dia masih belum bersedia buat masa sekarang.

"At least bukan  sekarang but soon," ujar Danish lagi dengan senyuman sinis sebelum melangkah ke meja berdekatan. Dia duduk di atas sofa dan mengambil  akhbar yang dibelinya pagi tadi.

"Ini bilik ke pejabat?" Qira menyoal sambil memerhati sekeliling. Di hujung bilik itu terdapat sebuah meja dan sebuah komputer. Bilik yang agak luas dan selesa. Di tepi sofa dimana Danish duduk terdapat pintu kaca yang menghubungkan bilik itu dengan koridor luar. Tak ada beza dengan biliknya kecuali sofa dan meja kopi yang terdapat di bilik itu.

"Kau jangan nak mengomen," sela Danish dan bangun daripada duduknya dan merebahkan badannya ke atas katil.

"Kalau macam ni, baik saya tidur dalam bilik saya saja, aman," ujar Qira berkira-kira untuk keluar. Namun belum sempat dia melangkah keluar, Danish bertindak pantas menangkap tangannya menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Nak atau tak , kau kena tidur dalam bilik ni selagi Darwish ada," tegas Danish.

"Perlu ke saya dengar cakap awak?"  Qira mencekak pinggang.

"Wajib!"

Qira menjuihkan bibir. Nak tak nak dia terpaksa bersetuju dengan kata-kata Danish. Dia tidak mahu Darwish menyoal kenapa mereka tidak duduk sebilik. Kalau hal ini sampai ke pengaetahuan ibu bapa mereka, teruklah jadinya nanti.

"Kau nak pergi mana?" Danish bertanya apabila Qira membuka pintu.

"Nak mandi," balas Qira bersahaja.

Danish mengeluh kecil

"Mandi di sini,"

"Hah?"

"Kau dengar apa aku cakap bukan? Kau kena buat semua yang kau nak, di dalam bilik ni," ujar Danish tegas.

"Tapi,"

"Aku tak ingin pun nak tengok kau," balas Danish seakan tahu apa yang difikirkan oleh Qira.

Qira mencebik.

"Tak jadi masalah ke nanti?"

"Masalah apa?"

"Danish awak kan lelaki saya kan perempuan,"

"Habis tu? Kau risau kalau aku tengok kau tak pakai baju?" Danish terus bercakap tanpa sebarang kiasan.

Qira sekadar mampu melepaskan keluhan berat dengan sikap Danish yang suka bercakap main lepas. Ada juga nanti orang yang ditendangnya.

Belum sempat Qira ingin bersuara Danish terlebih dahulu memotong.

"Aku rasa tak ada masalah apa-apa. Lagipun aku boleh buat apa saja aku suka sebab kau dah sah jadi milik aku, kau kena ingat aku suami kau tu isteri. Bukan berdosa pun," ujar Danish selamba.

Qira terdiam. Matilah. Dia tak pernah lihat Danish serius apabila bercakap tentang hubungan mereka berdua.

"Kalau kau nak mandi, pergi cepat. Make sure kau siap mandi sebelum aku masuk bilik," sambung Danish lagi sebelum keluar daripda bilik tersebut.

Qira terpinga-pinga. Kemudian, dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi. Dia perlu bersiap cepat kalau tak mahu bertembung dengan Danish. Buat malu saja nanti.

QIRA dan Darwish sedang menonton televisyen di ruang tamu. Sesekali mereka berdua ketawa geli hati melihat gelagat ahli Running Man yang mencuit hati. Sempat Qira teringatkan si Danish yang menyiapkan kerjanya di bilik. Agak-agaknya kalau Danish turut serta, adakah dia akan turut sama tergelak ataupun keras macam patung. Sehingga kini, dia masih belum lihat lagi Danish ketawa apatah lagi senyum. Senyuman sinis saja yang sring dia tengok.

"Abang dah tidur ke?" Darwish bertanya setelah rancangan Running Man tamat.

Qira menggeleng. "Tengah mengadap kerja,"

"Pukul berapa sekarang?" Soal Qira pula

"Dah pukul 11," ujarnya melihat jam pada televisyen.

Qira menepuk dahinya. "Akak tidur dulu. Esok akak kerja. Kau jangan tidur lewat sangat," ujar Qira dan sempat berpesan pada Darwish. Darwish menggangguk dan mengucapkan selamat malam kepdanya.

Qira mendaki anak tangga menuju ke bilik dengan malas. Dia berhenti di hadapan biliknya seketika. Namun bila dia teringatkan Darwish dia segera mengatur langkah lemah ke bilik Danish. Dia memulas tombol pintu. Tak berkunci. Pintu bilik ditolak perlahan. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang berbaring mengadap ipad di atas katil.

Tanpa menghiraukan Danish, Qira merebahkan badannya ke atas katil bersebelahan Danish. Bantal golek ditengah menjadi pemisah antara mereka berdua. Dia menarik comforter dan menyelimuti badannya.

KONSENTRASI Danish terganggu apabila Qira berbaring di sebelahnya. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya. Tidak lama kemudian dengkuran halus mula kedengaran. Dia menjeling pada Qira yang sudah pun lena.

Danish akhirnya meletakkan ipadnya ke atas meja di sebelahnya. Jam masih menunjukkan 11.15 malam. Lebih awal daripada waktu dia tidur kebiasaannya. Dia merebahkan kepala ke atas bantal empuknya. Lampu meja dimatikan. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya mengadap Qira yang tidur mengadap ke arahnya. Tanpa dia sedar, dia tersenyum sendirian melihat Qira yang sedang lena itu. Akhirnya , dia juga turut terlena.

Continue Reading

You'll Also Like

258K 9K 38
Dahnia Farisya, seorang arkitek yang tersohor di dalam dan luar negara. Seorang yang work hard, dan selalu sibuk ke luar dan dalam negara sehingga ti...
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2.9M 93.7K 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat me...
619K 21.9K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...